Friday, May 27, 2016
Undi Melayu Dijangka Penentu. Kalau PAS Menang 2PRK Ini, PRU 14 PAS Kuasai..
KUALA LUMPUR - Undi Melayu dijangka menjadi penentu kemenangan parti yang bertanding dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, 18 Jun ini.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ramalan itu dibuat berdasarkan jangkaan bahawa pengundi Cina tidak akan turun mengundi dalam kedua-dua PRK tersebut.
“Pembangkang memang susah nak menang sebab BN akan turun habis-habisan. Tetapi, peluang itu masih ada walaupun tiga penjuru.
“Kalau pengundi Cina tak undi Pas, undi mereka akan kosong. Jadi kita bergantung kepada undi Melayu, siapa yang lebih dominan untuk tarik undi Melayu dia akan menang. Maka, perlawanan nanti agak kuat dan sukar diramal,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Tuan Ibrahim berkata, pola pengundian dalam beberapa PRK yang lalu jelas menyaksikan penurunan undi masyarakat Cina.
“Walaupun DAP cakap mereka tak akan sokong calon Pas dalam PRK ini, saya ada buat kajian juga. Sebenarnya, dalam kebanyakan PRK, orang Cina tak turun undi pembangkang.
“Contohnya, DAP kalah di PRK Teluk Intan walaupun itu kerusi mereka. Malah dalam PRK Rompin, undi Pas meningkat tetapi undi masyarakat Cina di bandar merosot,” katanya.
Mengulas mengenai trend itu, Tuan Ibrahim berkata, ia mungkin disebabkan sikap orang Cina yang beranggapan PRK tidak akan membawa perubahan besar.
“Dalam kalangan pengundi Cina, kalau tukar kerajaan mereka sanggup. Kalau mereka turun undi dalam PRK pun, mereka tak berani undi pembangkang.
“Ini pola standard mereka, bukannya sebab perpecahan pembangkang atau faktor calon. Yang tak undi calon itu ialah pengundi Cina,” katanya.
Memberi contoh Dun Sekinchan yang dimenangi DAP dengan majoriti 2,000 undi pada PRU13 lalu, kata beliau, kawasan itu antara yang diramalkan mengalami kemerosotan undi masyarakat Cina.
“Saya jangka undi Cina di Sekinchan akan jatuh walaupun letak calon DAP. PRK ini standardnya begitu. Pengundi luar takkan balik sebab tak penting. Kalau ada kerja, mereka takkan undi,” katanya. (SH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Undi Melayu dijangka jadi penentu kemenangan dalam 2 pilihan raya kecil ini. Suasana begini dijangka berterusan hingga hingga Pillihan Raya Umum ke 14. Ertinya kalau PAS menang dalam 2 PRK ini, tandanya, Malaysia akan dikuasai PAS dalam PRU akan datang. Insya Allah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Habis qoa akan jadi dekat Mike Sabu al Selfie
Saya tak habis fikir apa tujuan Amanah di tubuh kan....kerana jelas dah terang mereka tak ada masa depan langsung dalam politik msia...
Amanah ditubuhkan untuk menyatukan khadam2 DAP. Nak jadi ahli DAP tak dapat jawatan. Buatlah parti grade B untuk mereka lempiaskan ego mereka itu
Nk crita pd rakyat RUU 355 bukanya hudud....hanya ubah suai undang undang yg ada.....
Nk imfo....pas umno dh berkawan baik...dlu ada mata kapiaqq....sekarang semua halal..
Nk bg org melayu islam berfikir....berjuang nk laksana hudud...tp RUU 355 dh kata hudud....
Salah....maka amanah nk jelaskan satu persatu.
Yaaaaa sebab di mata PAN, DAP amat kuat iman walaupun ketua Penang tu tak beriman.
Upah khadam dah dapat belum
dah jelas nak jelaskan apa lagi ruu355 nak gubal kuasa mahkamah syariah yang membolehkan perlaksanaan hukum hudud. bidang kuasa ini yang selama ini menghalang perlaksanaan hukum hudud. itu dari apa yang dijelaskan dari pembacaan tapi apa pun kita sebagai umat islam perlu bersama berdoa dan memberi sokongan dalam perkara tersebut sebab puak penentang bersatu menentang mereka tidak kira parti kenapa kita umat islam tidak boleh.
Post a Comment