KUALA LUMPUR: Pembentangan usul Rang Undang-undang Persendirian berkaitan RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 tidak akan memberi kesan kepada Barisan Nasional (BN) meraih sokongan pengundi bukan Melayu dalam dua pilihan raya kecil (PRK) pada 18 Jun ini.
Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata pergerakan Wanita Umno akan turun padang untuk memberikan penjelasan mengenai RUU tersebut kepada pengundi sewaktu berkempen di PRK Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor.
"RUU ini mungkin akan menjadi isu tetapi kita akan memberi penjelasan. RUU tersebut sebenarnya bukan hudud seperti yang digempar-gemburkan oleh pihak pembangkang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Festival India Global 2016 semalam.
RUU itu dibentang oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang juga Ahli Parlimen Marang, di Dewan Rakyat, Khamis lepas.
Shahrizat turut merayu kepada pengundi agar terus memberikan mandat kepada calon BN bagi kedua-dua pilihan raya itu.
Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, serta Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.
Datin Mastura Mohd Yazid merupakan calon BN di Kuala Kangsar manakala Budiman Mohd Zohdi, calon BN di Sungai Besar. (IH)
1 comment:
Nasihat kepada PAN Imayam yg menjadi Taliba-Root DAP. DAP pula anti Islam. Cukup2 lah berwalikan DAP tu wahai PAN Imayam
Ni nasihat dari ISMA gerakan Islam sederhana. Bukan dari PAS Wokey
http://www.ismaweb.net/2013/08/apabila-muslim-malu-dengan-agamanya/
Apabila Muslim Malu Dengan Agamanya
خاف اليوم الذي يصبح فيه المشرك فخور باخطأئه ويصبح المسلم خجول من ايمانه
(عمر بن الخطاب)
“I fear the day when the disbelievers are proud of their falsehood, and the Muslims are shy of their faith.” [Umar ibn al-Khattab]
“Aku takut/bimbang akan (datangnya) hari di mana kaum Musyrikin berbangga dengan kebatilan mereka dan kaum Muslimin malu dengan Din (ugama) mereka!” – Saidina ‘Umar Al Kha.
Sudah kelihatan banyak tanda dan bukti yang membenarkan kalimat daripada Khalifah Kedua yang bergelar Al Faruq ini!
Umat Islam sudah hilang jatidiri dan rasa ‘izzah dengan Islam. Pada waktu yang sama pula terlalu tawadhuk, memuliakan dan bertoleransi dengan kaum kafirin, tidak terkecuali di tanahair tercinta ini. Seolah-olah kaum kafirin itu merupakan umat yang dimuliakan Allah, dan umat Islam hidup dan wujud hanyalah untuk tunduk dan akur kepada segala kehendak dan tuntutan mereka!
Di zaman berdaulatnya Islam pada masa pemerintahan Khilafah Uthmaniyah Turki, ada undang-undang negara memperuntukkan bahawa sekiranya seorang Muslim sedang berjalan di sebatang jalan dan terdapat seorang kafir berjalan dari arah yang bertentangan di jalan yang sama, maka si kafir itu perlu melintas/menyeberangi jalan tersebut supaya tidak bertembung dengan si Muslim itu.
Dalam ertikata lain, beliau perlu memberi laluan kepada si Muslim itu.
Hari ini, seorang Muslim bukan saja dengan rela hati memberi jalan dan laluan kepada orang-orang kafir, malah menjemput mereka masuk ke pusat-pusat kekuatan dan kubu-kubu strategik umat Islamdan memberi kewewenangan yang seluas -luasnya untuk melemahkan sendi-sendi kekuatan umat Islam.
Umat Islam hari ini tidak lagi rasa terpukul atau marah dengan keceluparan mulut dan penzahiran sikap bongkak dan angkuh kaum kafirin. Sebaliknya ada sebahagian umat Islam tanpa segan silu mempertahankan kaum kafirin ini dan menyalahkan saudara seakidahnya sebagai tidak berhikmah dalam menangani isu-isu kepentingan Islam. Seolah-olah kaum Muslimin ditakdirkan hidup sebagai umat yang sentiasa rela dipermainkan atau diperbodohkan.
Atau barangkali sifat keberanian dan kejantanan sudah dicabut atau ditanggalkan dari tubuh umat Islam?
Agenda Liberalisma, Sekularisma, Kristianisasi dan Syi’ah yang sedang menjalar masuk dalam setiap rumah dan institusi masyarakat tidak diberi perhatian secara bersungguh-sungguh dan serius sejak sekian lama dengan sedikit pengecualian. Perjuangan umat Islam di seluruh dunia Islam yang besar seringkali mendapat liputan yang tidak adil dari media-media massa arus perdana ataupun sebaliknya.
Ceramah dan syarahan yang dihadiri oleh ribuan pendengar atau audien yang terhibur tidak akan melahirkan rijal-rijal Islam yang punya agenda yang jelas dan ketangkasan untuk bertindak secara berkesan.
Khutbah-khutbah Jumaat yang dilontarkan saban minggu tanpa dikaitkan dengan masalah dan persoalan umat Islam semasa akan kekal di dalam masjid sahaja seusia solat Jumaat.
Parti-parti politik yang sedia ada dengan agenda-agenda sempit masing-masing tidak boleh dijadikan harapan umat untuk memulakan satu anjakan paradigma untuk perubahan ke arah Islam yang diingini.
Pergerakan dan jamaah Islam yang tidak berfokus dalam setiap langkah atau tindakannya juga tidak akan membawa apa-apa makna kepada usaha untuk mendaulatkan Islam.
Barangkali, kalau umat Islam sudah bersebati dengan sifat yang dibimbangi oleh Saidina ‘Umar al Khattab di atas, ini mungkin satu petanda bahawa inilah masa yang sesuai dan tepat untuk menggantikan umat Islam di Malaysia dengan kaum lain yang lebih ikhlas dan serius memikul amanah Ummah ini.
Dan pastinya, golongan baru ini TIDAK akan sama dengan umat yang telah mencuaikan amanah
tersebut!
Oleh
Mohd Lutfi Bin Khalid
YDP ISMA Cawangan Sg.Petani.
Post a Comment