Jika mementum protes dikalangan pengundi Melayu kekal, sehingga hari peengundi PAS mempunyai harapan untuk menang tipis mengikut kajian dalam yang dibuat oleh kajian Institut Darul Ehsan (IDE)
DENGAN kempen pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar berbaki dua hari sahaja lagi, PAS hari ini berkata parti itu yakin akan menawan kedua-dua kerusi parlimen berkenaan.
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata ia berdasarkan kajian yang dilakukan pasukannya dan kajian Institut Darul Ehsan (IDE) yang didedahkan semalam.
Katanya, berdasarkan dapatan yang diperolehi, PAS masih mempunyai peluang untuk menang di Sungai Besar dan Kuala Kangsar berikutan rasa tidak puas hati yang tinggi di kalangan pengundi Melayu terhadap kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Sekiranya rasa tidak berpuashati ini dapat dikekalkan seterusnya diterjemahkan sebagai undi protes di atas kertas undi, PAS ada harapan memenangi kedua-dua kerusi.
"Jentera PAS dalam tempoh dua hari terakhir ini perlu berusaha mewujudkan gelombang protes itu," katanya pada kenyataan media hari ini.
Menurutnya, berdasarkan kajian PPP Perak, sebanyak 59 peratus tidak bersetuju dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan 89 peratus tidak berpuashati dengan langkah kerajaan mengatasi kenaikan harga barang.
Manakala hanya 38.7 peratus berpuas hati dengan Najib Razak, katanya.
Di Sungai Besar, katanya, kajian IDE menunjukkan 47.4 peratus responden tidak berpuashati dengan Najib dan akan mendorong mereka untuk tidak mengundi BN kali ini.
Bagaimanapun dapatan kajian tersebut menunjukkan ketidakpuasan hati rakyat di Sungai Besar masih belum mendorong pengundi melakukan protes di atas kertas undi.
"Kajian itu mendapati BN masih memperolehi majoriti tipis di Sungai Besar disebabkan ayunan (swing) pengundi Cina kembali kepada BN," katanya.
Piihan Raya Kecil Sungai Besar 18 Jun ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara PAS, BN dan AMANAH, manakala di Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru dengan seorang calon bebas.
Kerusi tersebut kosong berikutan kematian dua penyandangnya dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak. (TKO)
Ada yang sakit telinga dengar!!
18 comments:
Menang sorak....
Ya setuju parti kuali yang menjadi barua Ketua Musyrikin Penang akan menang sorak sahaja. Kita berharap calon parti kuali tidak hilang wang deposit sepertimana yang di alami oleh calon kuali di Sarawak.
Kita yakin calon parti PAS akan memenangi PRK ini kerana:
(1) Rakyat menolak GST yang telah menyebabkan kenaikan kos dan harga barangan dan perkhidmatan pada kadar yang melampau.
(2) Umat Islam juga menolak parti yang menjadi barua parti Ketua Musyrikin Penang yang telah menghina ajaran Islam dan hukum Allah.
(3) Kesedaran dan kecintaan umat Islam yang tinggi terhadap ajaran Islam dan hukum Islam.
(4) Kegagalan politik sekular membela hak rakyat.
Pooodah! Atau pooorah! Pas ada peluang menang!!
Pi kerat kote ayam la kalau menang!!
Mr presideng pun dh cakap, pas taknak menang!!!
Hahahha betuiii...tu presideng pong cakap x mau menang...lebih baik bg undi kat parti yg nak menang...itu lebih afdal..hahahha
Anon 12:03 AM suka siksa ayam. Tanda penyakit mental? Mengapa tak potong anu Anon 12:03 AM sendiri kalau berani?
kikiki.. mimpi di siang hari
Kalau zuhud mangkuk tu yang buat bancian jangan.haraplah.Pis nak menang.itu semua propaganda murahan saja.Pis mana boleh menang
Islam akan menang itu janji Allah.
Anonymous June 17, 2016 at 9:55 AM -
Setuju memang janji Allah tu pastii tapi hati-hati jangan sampai samakan Islam dengan PIS. Islam tu ugama Allah, PIS tu parti politik dalam sistem pemerintahan sekular.
Walaun mr presideng PIS fikirkn yg Islam itu Pis dn semua tak dlm Pis tu bukan Islam...otak kemetot!!
Kajian dr zuhdi?
Barua-barua upahan menyokong dan menjilat parti sekular dan parti kafir dan menghina dan menfitnah parti Islam sebab hanya parti Islam menjadikan Islam sebagai matlamat perjuangan !
Barua-barua upahan dedak cap roket tersebut adalah hamba-abdi Abu Jahal, Abdullah bin Ubai, Fir'aun dan Ketua Musyrikin Penang ! Mereka suka melihat umat Islam melakukan kemungkaran dan kesesatan tanpa sebanrang sekatan!
MUFTI PERAK BIDAS PRESIDEN PAS JUAL NAMA ALLAH UTK POLITIK
Sesiapa yang mengundi calon Barisan Nasional atau pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak akan mendapat kemurkaan Allah, tegas Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
"Keadaan sekarang dalam waktu berkempen kita tidak payahlah kita nak menghukum orang berdosa atau celaka atau haram jika tidak sokong calon Pas.
"Dalam berkempen tak usah letak dosa ke tidak berdosa, eloklah jika kita nak memerintah, kita tunjukkan apa yang akan kita lakukan jika kita disokong pengundi dan kita menang.
"Tak payahlah... sudah-sudahlah nak kira dosa atau pahala tiap kali ceramah politik," kata Harussani kepada Malaysia Dateline.
Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam ketika berucap di Sungai Besar bahawa memilih wakil rakyat adalah satu tanggung jawab, dan kalau apa yang diucapkan oleh ahli parlimen adalah salah, maka berdosa dan celakalah pengundi. Pas sebelum ini mendakwa mereka yang mengundi calon parti itu akan mendapat ganjaran Allah.
Ini kerana ahli parlimen yang dipilih mewakili kerusi Sungai Besar dan juga Kuala Kangsar berpeluang membahas dan mengundi berhubung usul rang undang-undang persendirian Pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) bagi memperkasakan kuasa mahkamah syariah pada sesi Parlimen akan datang.
Bagi Harussani, semua pihak perlu mempertahankan perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama negara.
"Dalam perlembagaan sudah menyatakan Islam adalah agama negara.
"Maknanya sesiapapun calon parti dan pengundi dalam pilihan raya, mereka terikat dengan perlembagaan itu dan tidak boleh mengabaikannya.
"Melainkan jika calon itu tidak mahu terikat dengan perlembagaan yang mengatakan bahawa Islam adalah agama rasmi negara, calon ini wajib kita tolak kerana ia jelas bertentangan dengan perlembagaan dan agama Islam itu sendiri.
PAS tergadai.
PAS bkn Islam. PAS parti politik berkiblatkan demokrasi
Kalau ikut walaun parti pemfitnah Pas, mufti Perak pun barua roket jugak.
Nampaknya sekatalah BN dan PH dalam memperjuangkan ideologi sekular! Syukur alhamdulillah dan inilah hikmahnya PAS bersendirian!
Post a Comment