Monday, June 13, 2016

20 Mati, 40 Cedera, Serang Kelab Malam, Hilang Konsep Hiburan Jadi Pusat Maksiat.

 Pasukan kecemasan berada di luar kelab malam.
ORLANDO: Dianggarkan sejumlah 20 orang maut di sebuah kelab malam dan bar yang popular untuk golongan gay di sini, selepas insiden seorang penyerang bersenjata cuba menjadikan mereka tebusan pada awal Ahad.
Dalam keadaan cemas, pihak berkuasa turut menerima pesanan ringkas daripada pelanggan bar berkenaan, lantas membuatkan sepasukan anggota Pasukan Khas Senjata dan Taktik (SWAT) menyerbu lokasi itu, lapor AFP.
“Malang sekali, terdapat mereka yang terkorban dalam kejadian berbalas tembakan antara penyerang dan anggota polis, lebih kurang 20 orang kesemuanya, di dalam kelab hiburan tersebut,” ujar ejen FBI, Ron Harper.
Penyerang bersenjata itu turut terbunuh dalam kejadian tersebut.
 Keadaan pengunjung kelab malam yang berlumuran darah dekat lokasi kejadian.
Salah seorang anggota Pasukan Khas Senjata dan Taktik (SWAT) yang digegaskan ke lokasi kejadian di Orlando.  Salah seorang anggota Pasukan Khas Bersenjata (SWAT) digegaskan ke lokasi kejadian di Orlandao
Tambahnya, kira-kira 42 orang cedera dalam insiden itu dan mereka telah digegaskan ke tiga buah hospital.
"Ini sudah menjadi situasi tawanan. Katika jam 5 pagi, kami membuat keputusan untuk menyelamatkan tebusan yang masih di dalam premis,” ujar Ketua Polis Orlando, John Mina.
Masih belum jelas sama ada semua mangsa ditembak secara langsung oleh penyerang itu atau ada beberapa yang mati sewaktu kejadian tembak-menembak dengan polis. -Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pusat hiburan dan kelab malam di Malaysia pun terikut-ikut seperti pusat hiburan di barat, jadi pusat maksiat, hilang konsep hiburan yang sebenarnya.

1 comment:

Anonymous said...

pusat maksiat rupanya
ramai yang nama saja mansuia tapi hidup macam natang
diseluruh dunai sakarang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails