Friday, June 10, 2016

20 NGO Islam Gabung Tubuh JKK Akta 355 Tinggikan M/Syariah.



PUTRAJAYA, Rabu – Lebih 20 badan bukan kerajaan (NGO) Islam bersepakat membentuk sekretariat khas Akta 355 bagi menyokong dan memastikan rang undang-undang persendirian yang dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang Mei lalu, diluluskan.


Serentak itu, persetujuan bersama juga telah diputuskan menerusi perbincangan meja bulat, melantik Pengerusi Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya sebagai ketua sekretariat tersebut.

Malah anggota sekertariat yang diwakili oleh barisan NGO juga bersetuju bahawa pembentukan jawatankuasa khas itu berfungsi sebagai penyelaras dalam konteks mempertahankan Akta 355.

Perbincangan juga bersepakat bahawa pindaan Akta 355 tidak menyentuh orang bukan Islam di Malaysia mahupun mempunyai kaitan dengan pelaksanaan undang-undang hudud.

“Jadi, orang bukan Islam tidak perlu gusar atau bimbang dengan apa yang dibentangkan di Parlimen baru-baru ini. Itu tidak melibatkan mereka, ia hanya melibatkan orang Islam.
“Mereka tiada hak untuk mencampuri urusan orang Islam dan agama Islam,” kata Aminuddin kepada pemberita pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akan berbincang lanjut pada mesyuarat sekretariat yang dijadualkan minggu hadapan bagi merangka semula usaha dalam memastikan tujuan penubuhan jawatankuasa Akta 355 itu dilaksanakan.

Antara NGO yang hadir ialah MUAFAKAT, Pro Muslim, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA). (IH)

3 comments:

Anonymous said...

Di waktu 20 NGO Islam bergabung tubuh JKK Akta 355 untuk tinggikan mahkamah syariah, geng munafik dan pemimpin-pemimpin parti kafir menentang Akta 355 walaupun Akta 355 untuk umat Islam sahaja.

Ini jelas menunjukkan geng munafik dan pemimpin-pemimpin parti kafir memusuhi Islam dan umat Islam. Mereka lebih suka melihat umat Islam melakukan kemungkaran, kesesatan dan murtad dengan bebas tanpa sebarang sekatan !

Anonymous said...

Salam En. Anonymous yang selalu menyebut 'Nobody' tu,

GEng munafik kalau ikut standard Encik yang memecah-belahkan umat Islam tak lain tak bukan HAji 'Syirik' Hadi Awang!!!!

Berapa juta umat Islam dikafirkan sesama sendiri????

Berapa banyak kenduri-kendara, kematian yang tidak diziarahi????

Berapa banyak pasangan yang bercerai berai???

20 NGO Islam ni bukan menunjukkan pindaan RUU Akta 355 tu bagus!!!!

Ingatkan beratus-ratus NGO Islam yang sokong ok lah juga!!!!

Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

En. Anonymous,

Pindaan RUU Akta 355 itu tidak lengkap di sisi Islam!!!!

Kenapa perkara-perkara yang mengkafirkan sesama Islam tidak disebut???

Kenapa perkara-perkara yang melibatkan silaturrahim tidak disentuh contohnya 'Ana tak perlu jawab salam enta'????

Kenapa memfitnah dan memalukan peribadi umat Islam contohnya memfitnah Ustaz Ghani Samsuddin tidak ditimbulkan???

Ini adalah pindaan RUU syok sendiri dengan menjual nama Islam!!!!

Banyak khilaf dan tak lengkap!!!

Encik pergi belajar agama dan undang-undang dengan lebih mendalam dulu!!!

Yang masih jahil,

Nobody

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails