Thursday, June 16, 2016

200 Penyokong England Bertindak Liar Anti Rusia..


SUKAN


POLIS melepaskan tembakan gas pemedih mata terhadap penyokong England yang bertindak liar di Lille pada Rabu dalam satu lagi percubaan untuk mencetuskan kekecohan pada saingan Euro 2016.
Sekumpulan 200 penyokong England menimbulkan kekecohan dekat stesen kereta api di ibu negara itu dengan menyanyikan lagu anti Rusia dan merosakkan beberapa kenderaan sebelum polis bertindak mengawal keadaan.
Penyokong England dan Rusia melakukan rusuhan menjelang pertembungan kedua-dua pasukan di Stade Velodrome pada Sabtu lalu.

 Sekumpulan penyokong mencetuskan kekecohan.
Ketua Pendakwa Marseille Brice Robin mengakui kira-kira 150 'hooligan' Rusia terlibat dalam rusuhan itu.
Dengan Rusia bertemu Slovakia di Lille, malam Rabu dan pertembungan England dengan Wales di Lens pada Khamis berkemungkinan akan memburukkan lagi keadaan. 
Penyokong yang bertindak liar berkumpul di tepi jalan dan polis kemudiannya melepaskan gas pemedih mata menyebabkan mereka bertempiaran lari.
Beberapa penyokong Rusia terlibat walaupun salah seorang daripada mereka bergelut dengan polis kerana membaling botol.

 Penyokong bertindak liar berkumpulan di jalanan.
Insiden pergaduhan itu mengimbau kembali kenangan pahit ketika tragedi di pelabuhan Mediterranean membabitkan 'hooligan' England, penyokong Tunisia dan rakyat tempatan berbangsa Afrika Utara kepada Piala Dunia 1998. 
Pada masa itu, ratusan penyokong England terbabit dengan pergaduhan dengan rakyat tempatan di Marseille selama dua hari ketika England menentang Tunisia dan akhbar tempatan menggunakan tajuk "Pulanglah ke rumah, hooligan!" 
Keganasan terbabit mencemari suasana tenang di pelabuhan itu ketika penyokong beramah mesra bersama pelancong dengan polis sekadar melakukan rondaan.
Jawatankuasa Eksekutif Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA)  pada Ahad lalu memberi amaran kepada England dan Rusia bahawa kedua-dua pasukan itu boleh disingkirkan daripada kejohanan tersebut sekiranya insiden di Marseille berulang kembali.  
Susulan insiden itu pihak berkuasa tempatan membuka laluan yang berlainan untuk memasuki Stade Velodrome bagi kedua-dua penyokong untuk mengelakkan mereka bertembung sebelum memasuki stadium.  (mStar)

3 comments:

Anonymous said...

Mat Sabu terkelip2 sebab PAN ramai pemimpin dari pengikut. Itu pun ketua muayrikin penang kena tolong

Anonymous said...

Kalau tengok betoi2 la ni PAN macam orang tak betoi lagi ada. Awat lagu tu. Habaq kat hangpa, PAN ni dah terlajak makan budi dgn DAP. DAP pula anti Islam. Macam kena Yong Tow Foo Tangas saja.Itu sebab PAN ramai pemimpin tapi tak da penyokong.

Buktinya? As usual saya copy n paste kat bawah ni

32 AHLI BANTAH, BUAT MAT SABU TERMENUNG!!!

Heh! Nampak gayanya, Si Mat Sabu ni memang jenis yang tak dapat menerima hakikat apabila ada dikalangan ahli partinya sendiri yang cuba membelot dan mengkhianati parti pimpinannya.

Jika sebelum ini, parti KUALI pimpinan Si Mat Sabu tu telah pun digemparkan dengan pengumuman dari kalangan ahli parti itu yang dikatakan berikrar mahu menyokong calon Barisan Nasional.

Pekara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pengerusi PAN Kawasan Sungai Besar yang jelas tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah dibuat oleh pucuk pimpinan parti itu sebelum ini.
“Amanah telah meletakkan calon yang kami sifatkan sebagai ‘Touch N Go’ kerana beliau tak bermastautin di sini dan bukan dikira sebagai anak tempatan kerana menetap di Pahang.
“Jika menang sudah pasti beliau tidak mampu merencana dan melaksanakan apa-apa agenda pembangunan, sosial atau masyarakat kerana hanya berada di Sungai Besar dua kali sebulan untuk menjenguk kawasan,” katanya dalam satu sidang media tergempar di sini, sebentar tadi.
Menurutnya, mereka menolak Azhar kerana beliau memiliki ciri-ciri dan dan tidak-tanduk yang bongkak, angkuh dan sombong. Bahkan calon PAN itu juga turut didakwa seorang perampas.
“Sejak merampas kepimpinan Amanah Sungai Besar secara kotor, semua pemimpin yang menghidupkan parti tersebut telah disingkirkan.
“Perlakuan tersebut jelas di luar batas seorang pemimpin yang baik untuk rakyat kerana dari awal lagi beliau telah menunjukkan kebiadaban terhadap rakan-rakan parti di Sungai Besar,” katanya.
Namun, tindakan yang dilakukan oleh 32 orang ahli parti itu seolah - olah tidak diiktiraf oleh Mat Sabu dengan menjadikan alasan kononnya mereka bukan ahli parti KUALI pimpinannya.

Kata Si Mat Sabu, keahlian mereka yang tampil membuat bantahan itu masih belum disemak dan tidak dapat dipastikan sama ada mereka benar - benar ahli parti itu atau sebaliknya.
“Kita tak ada masalah sebab ini pengumuman-pengumuman yang biasa sebelum hari pengundian. Mungkin, kita akan lihat beberapa hari lagi yang keluar dari Amanah lebih daripada Amanah (kawasan) Sungai Besar itu sendiri,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Majlis Ceramah Umum Pakatan Harapan di Sungai Besar.
Nah! Itu menunjukkan yang Si Mat Sabu ni memang tak dapat terima hakikat bila ada ahli yang tak setuju dengan keputusan partinya. Secara tidak lansung, itu membuktikan bahawa keputusan yang dibuat tidak dibincangkan dengan mereka diperingkat akar umbi!!!

Semut Hitam at Rabu, Jun 15, 2016

Anonymous said...

Kerana PAN takda penyokong Mat Meroyan macam mat fit tak dapat daun. Kah kah kah alooop brader. Kah kah lah


SANGGUP KE MAT SABU MASUK DAPigs!!!

Sanggup ke Si Mat Sabu tu mengambil langkah meletakkan jawatan dari partinya untuk menyertai 'Abang Besar' dia dalam DAPigs selepas Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar?

Pengerusi PAN atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu telah melakukan satu peringatan penting kepada ahli dan penyokong PAN bahawa dia akan masuk DAPigs sekiranya PAN kalah teruk,

Bagi Mat Sabu, Pilihan Raya Kecil bagi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar kali ini bukan kecil anak. Yang dipertaruhkan bukan sahaja calon yang bertanding bagi mewakili parti itu sahaja.

Sebaliknya, Si Mat Sabu tu turut mempertaruhkan nama dan maruah dirinya sendiri yang sudah pasti akan tercalar kerana sudah banyak tercakap lebih meter, terlebih auta, terlebih bohong dan terlebih fitnah.

Dari satu sumber, Si Mat Sabu dikatakan sudah mengugut jentera parti KUALI pimpinannya di Sungai Besar dan Kuala Kangsar kerana culaan terakhir dibuat mendapati mereka akan mendapat undii lebih dari 100 saja.

Laporan itu juga mendedahkan bahawa masyarakat Cina di Sungai Besar tidak mahu mengundi calon HANTU RAYA dari parti KUALI Si Mat Sabu tu bagi mewakili Pakatan Haprak tu.

Bagaimana mereka akan memilih calon tersebut di mana dia sendiri membuat pengakuan akan ada di Sungai Besar hanya 2 bulan sekali? Itupun kalau dia rasa seronok. Kalau dia tak seronok, lansung dia tak balik terus.

Maka sebab itulah PAN terpaksa bekerja secara habis - habisan sampai solat terawih pun dibuat di Wisma DAPigs dan ceramah pan di kuala kangsar dianjurkan sebelum solat isyak lagi.

Mat Sabu katanya mahu mempertingkatkan lagi usaha - usaha terakhir kerana sudah tak tahan dengan dedak DAPigs yang dah semakin "berulat" untuk dijadikan sebagai bahan makanan.

Mat Sabu yang biasanya makan di hotel mewah dikatakan terpaksa berkorban demi untuk memperhebatkan lagi kempen tapi malangnya pengorbanan itu dilihat semakin tidak berbaloi.

Kuala Kangsar membuktikan, walaupun calon nuklear di hantar menjadi pertaruhan, namun otak pemikirannya hanya setaraf dengan Budak Tadika yang tidak reti menulis dan membaca.

Waima Lim Kit Siang dan Guan Eng buat doa selamat siang malam sekali pun, namun sokongan dan kecenderungan rakyat terhadap parti KUALI Si Mat Sabu tu semakin merundum.

Hujah - hujah bahalol dari calon PAN dapat dilihat di Sungai Besar dan Kuala Kangsar semakin terserlah. Ternyata calon tangkap muat untuk menggantikan Mat Sabu dan Nizar tu tak sehebat yang diharapkan.

Apa yang terbayang depan mata Mat Sabu pada ketika ini ialah 'Lubang Kubur' bagi partinya sendiri. Maka, sudah pasti jalan yang terbaik bagi Si Mat Sabu tu adalah dengan menyertai DAPigs. Kalau tidak, dia terpaksa tanggung kemaluan yang cukup besar nanti!!!

Semut Hitam at Selasa, Jun 14, 2016

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails