
KOTA KINABALU 16 Jun - Baru sahaja negara bergembira dengan pembebasan empat mangsa culik kumpulan militan Abu-Sayyaf pada 8 Jun lalu, kini timbul berita penculikan empat lagi rakyat Malaysia.
Keempat-empat mangsa terbaharu itu didakwa diculik di perairan Sulu pagi ini.
Kumpulan penculik yang belum dikenal pasti itu dikatakan melarikan mangsa terbabit ke perairan Sitangkai, Tawi-Tawi sebelum dibawa ke Sulu.
Kes berkenaan dilaporkan oleh sebuah portal Filipina, ABS-CBN News yang memetik Ketua Polis Tawi-Tawi, Jeselito Salido.
Menurut laporan itu, pihak berkuasa Tentera Mindanao turut mengesahkan maklumat sama.
Bagaimanapun, buat masa ini, pihak berkuasa Malaysia belum dapat mengesahkan kebenaran laporan portal berita berkenaan. (IH/Utusan)
No comments:
Post a Comment