KUALA LUMPUR – Pemimpin Melayu DAP, Zairil Khir Johari mendakwa undang-undang hudud jika dilaksanakan di Malaysia akan mengundang bias sosial ke atas golongan wanita, orang miskin dan masyarakat minoriti.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera memberi contoh hukuman sebat akan dikenakan ke atas mereka yang berzina, membuat fitnah dan minum arak manakala penjara ke atas mereka yang murtad atau berfahaman Syiah.
Malah, beliau melahirkan kebimbangan jika kes curi, rompakan dan liwat akan terkeluar daripada undan-undang Persekutuan dan diletak di bawah undang-undang syariah.
Justeru, kata beliau, pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian (Pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan 2015) Akta 355 di Parlimen oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini menimbulkan kebimbangan ramai pihak.
“Abdul Hadi menegaskan bahawa rang undang-undang itu hanya bertujuan untuk mengangkat martabat mahkamah syariah dan bukan untuk memperkenalkan hukum hudud di Kelantan. Adalah salah untuk mengatakan bahawa rang undang-undang ini tidak berkaitan dengan hudud.
“Melalui rang undang-undang ini, jenayah yang jatuh di bawah undang-undang persekutuan seperti pencurian, rompakan dan liwat telah dikecualikan. Pemansuhan had dalam Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) membolehkan kebanyakan daripada hukuman yang ditetapkan di bawah hukum hudud khususnya 100 sebatan untuk zina, 80 sebatan untuk qazaf (fitnah zina), 40-80 sebatan kerana mabuk dan hukuman penjara bagi mereka yang sesat dan murtad,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Sehubungan itu, kata Zairil, cadangan untuk mengangkat martabat mahkamah syariah seperti yang dibentangkan di Parlimen itu akan mengundang bahana kepada negara.
Menurutnya, ia bukan sekadar memberi kuasa hampir mutlak kepada sistem undang-undang syariah dalam penentuan hukuman, ia akan turut memisahkan masyarakat serta menyekat kebebasan peribadi umat Islam.
“Apakah jaminan bahawa sistem ini akan mengadili mereka dengan adil?” katanya.
Lapor Blog Mynewshub.cc
Begini cara fikir pemimpin Melayu DAP. Apa hukum kalau dia Islam? PAN pun berfiir begitu jugakah?
20 comments:
Nak Kira Apa DAP ni. Yg Penting Segala SUnnah Rasulullah ditentang. Itulah ideologi mereka yg amat dikagumi oleh PAN.
Wahai orang Mukminin. Di Hari suci dan bulan suci ini marilah kita meonalak PAN yg menjadi hamba abdi sukarela bagi DAP. Cuba baca Ismaweb kat bawah ni. DAP menawarkan pesta arak besar besaran jika mereka menang PRK. Adakah kaum muslimin mahu kampung saudara2 dihina begitu rupa. Apa akan jadi jika Sungai Besar dan Kuala Kangsar becak dengan air arak?
http://www.ismaweb.net/2016/06/dap-akan-sambut-kemenangan-pan-dengan-arak-carlsberg-tiger/
“DAP akan sambut kemenangan PAN dengan arak Carlsberg, Tiger”
BANGI, Khamis – Parti rasis dan cauvinis, DAP akan meraikan calon PAN, Azhar Abdul Shukur dengan arak sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.
Perkara itu dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sekinchan, Ng Suee Lim dalam satu ceramah kempennya sebagai pujukan kepada pengundi Cina supaya mengundi calon PAN.
Joceline Tan dalam tulisannya bertajuk ‘Tough decisions in the rice bowl town of Sekinchan’ yang disiarkan di media liberal The Star hari ini, menyebut bahawa Ng telah berkata, jika PAN menang di Sungai Besar, kemenangan itu akan diraikan dengan Carlsberg, Tiger atau kau (black dog atau Guinness Stout).
Melihat kepada situasi itu Tan berkata, cara Ng berkempen itu, ia memberi gambaran seolah-olah Ng adalah calon yang bertanding.
Ini kerana beliau berpendapat, sebahagian besar yang dipertaruhkan DAP dalam PRK ini adalah PAN yang dianggap sebagai makhluk ciptaan DAP menggantikan PAS sebelum ini.
“Ia juga merupakan satu perjuangan proksi antara DAP dan PAS, yang mana PAN amat bergantung kepada undi Cina,” katanya.
Tan berkata, apa yang dilakukan DAP adalah semata-mata untuk menarik sokongan di kalangan pengundi Cina.
“Ketika dulu pemimpin DAP memujuk Cina untuk menyokong PAS dan kini mereka terpaksa meminta Cina untuk menyokong PAN pula.
“Bagaimanapun, ramai orang Cina di kawasan itu tidak mengetahui kewujudan PAN. Ustaz Azhar, calon PAN juga tidak terkenal walaupun bapanya pernah menjadi orang kuat UMNO di kawasan itu,” kata Tan lagi.
Apakah Maulana2 PAN yg ghairah rocket akan menjawab. Mereka belum kata apa2 lagi. Tapi mari kita baca apa Khalid Samad (Sekarang PAN) bila DAP mahu berkeras tentang Pesta Arak Oktoberfest tahun 2014 dulu. No hal bagi DAP mahu pesta beer jika PAN Menang. SIlap2 PAN gembira dan girang pula
Ini Kupasan dari Timbalan Mufti Perak dicedok from Ismaweb
http://www.ismaweb.net/2014/10/oktoberfest-khalid-samad-tidak-ghirah-ketuanan-islam-dicabar/
Oktoberfest: Khalid Samad tidak ghirah ketuanan Islam dicabar
BANGI, 2 Okt – Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim berkata, kenyataan Khalid Samad berhubung penganjuran pesta arak ‘Oktoberfest’ menggambarkan beliau seorang individu yang tidak ghirah (cemburu) dengan Islam.
“Khalid tidak melihat dengan penuh rasa cemburu perkembangan yang mencabar ketuanan Islam di tanah air ini.
“Walaupun rakyat negara ini negara majmuk, tetapi secara perlembagaan dan sejarahnya, ianya masih negara Islam,” tegasnya.
Beliau berkata demikian sebagai memberi respon kepada kenyataan Khalid Samad bahawa penganjuran pesta arak ‘Oktoberfest’ anjuran Carlsberg Malaysia tidak boleh dihalang ekoran Malaysia merupakan sebuah negara majmuk.
Khalid juga berkata, sekalipun, arak difahami sebagai ibu segala maksiat bagi umat Islam dan pesta arak bercanggah dalam Islam, namun penganjuran pesta oleh Carlsberg itu tidak boleh dihalang kerana ia dianjurkan untuk orang bukan Islam.
Ustaz Zamri yang juga merupakan Yang Dipertua ISMA Ipoh berkata, para ulama’ telah memberikan garis panduan bagaimana mengendalikan hak -hak rakyat yang bukan Islam di dalam sebuah negara Islam dalam keadaan hak mereka dipenuhi dan dalam masa yang sama identiti keislaman terjaga dan berdaulat.
“Bagi memenuhi hak beragama orang bukan Islam maka dibenarkan dibina rumah ibadat mereka bahkan tidak boleh dimusnahkan ketika perang.
“Namun sebagai menjaga kedaulatan dan identiti negara Islam, orang bukan Islam dilarang menzahirkan syiar- syiar kesyirikan.
“Mereka juga dilarang mengisytiharkan ritual agama dan sesuatu yang haram di sisi Islam walaupun halal di sisi mereka di tengah-tengah negara Islam seperti meminum arak dan memakan babi,” ujarnya kepada wartawan ISMAweb.
8 Sebab Mengapa Anda Perlu Undi Calon AMANAH di Kuala Kangsar.
1) Calon anak tempatan dari Kg Suak Petai, Manong, Kuala Kangsar.
2) Calon merupakan generasi ke-6 Dato´Seri Maharajalela.
3) Calon adalah bekas Presiden Malay Society United Kingdom.
4) Calon bekas Profesor Nuklear Fizik UTM.
5) Calon diiktiraf IAEA dan negara sebagai pakar Ilmuan Islam dalam bidang Nuklear Fizik.
6) Calon aktif dalam kegiatan NGO IKRAM.
7) Calon menerima anugerah DYMM Sultan Perak 2001 Pingat Darjah Paduka Cura Si Manja Kini
8) Calon adalah wakil Pakatan Harapan.
HUKUM MEMPERTIKAI HUKUM ALLAH
Soalan: Apakah hukum bagi orang yang mempertikai, menghina, mempermainkan atau menentang hukum Allah seperti Hukum Hudud?
Jawapan:
Hukum Hudud adalah undang-undang Islam (Syariah) yang telah ditetapkan oleh Allah Yang Maha Esa dan hukum Hudud terdapat dalam Al-Qur'an dan Sunnah. Sebagai contoh, hukum potong tangan kerana mencuri terdapat dalam Al-Qur'an:
Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Al-Maaidah 5:38
Orang yang mempertikai, menghina, mempermainkan atau menentang hukum Allah seperti Hukum Hudud adalah sama seperti mempertikai, menghina, mempermainkan atau menentang Al-Qur'an dan Sunnah.
....dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.(Al-Maaidah 5:44)
Ibn Jarir dalam tafsirnya jld. 10, hlmn. 357, Ibn al-Munzir dan Ibn Abi Hatim dalam al-Durar al-Mansur, jld. 3, hlmn. 38 telah memetik tafsiran Ibn Abbas r.a mengenai surah al-Maidah, ayat 44 di mana Ibn Abbas r.a (68H) berkata:
"Barangsiapa yang mengingkari syariat ALLAH maka hukumnya kafir."
Jelaslah sesiapa sahaja termasuk pemimpin parti roket yang mendakwa beragama Islam tetapi mempertikai hukum Allah maka hukumnya kafir !
Sesiapa yang menyokong atau bersekongkol dengan parti roket yang menghina dan menentang ajaran Islam dan hukum Allah, orang-orang tersebut mestilah meninggalkan parti roket dan bertaubat kepada Allah.
Stail ayat ala2 umno. Mesranya
Siapa tolak hudud. Pas buatlah hudud kat Kelantan bukan ada dap pun. Jgn sonyap sebab masalah sosial banyak di kelantan.
Sebab-sebab Mengapa Kita Mesti Menolak Sekutu-sekutu Roket
Parti roket telah menghina dan menentang ajaran Islam dan hukum Allah dan menghina umat Islam maka jelaslah parti roket adalah musuh Islam. Pemimpin-pemimpin parti roket telah menghina hukum Hudud, khutbah Jumaat, pakaian umat Islam yang menutup aurat dll dan berpuluh-puluh kampung umat Islam telah dirobohkan semasa pemerintahan rejim roket dll. Sebaliknya kaum roket mendapat hak milik tanah 999 tahun. Ini jelas menunjukkan sikap perkauman parti roket.
Pemimpin-pemimpin roket sendiri dan kroni mereka didakwa terlibat dengan pelbagai skandal seperti pembelian rumah terlajak murah sedangkan rakyat tidak mampu membeli rumah, kos kajian projek yang terlampau tinggi dan tidak masuk akal, skandal tanah orang miskin, mungkir janji kata nak hapus tol dll.
Bayangkan apa akan berlaku kepada umat Islam dan agama Islam jika parti roket dan barua-baruanya memerintah negara ini!
Anon 11:09 AM fikir melaksanakan Hudud adalah semudah mengadakan gotong royong membersih tanah perkuburan di kampung.
Dalam negara demokrasi, PAS memerlukan kelulusan parlimen dan kerajaan pusat untuk melaksanakan hukum Hudud di negeri Kelantan dll. Kegagalan PAS melaksanakan Hudud adalah kerana geng munafik dan geng kafir menentang Hudud !
http://www.ismaweb.net/2016/06/kata-pedang-sokong-pas-dalam-tiga-isu-kerana-dua-perkara/
KATA PEDANG: Sokong PAS dalam tiga isu kerana dua perkara
Isu 1: Akta 355 bukti perlu lebih ramai Ahli Parlimen Islam
Dalam isu pindaan Akta 355 yang akan memberi lebih kuasa kepada Mahkamah Syariah dalam menjatuhkan hukuman, PAS telah menunaikan tanggungjawabnya dalam memartabatkan hukum Islam.
Reaksi negatif orang jahil, orang kafir dan media liberal sudah dijangka.
Kini bergantung kepada sambutan terhadap usul itu, sama ada disokong oleh majoriti Ahli Parlimen, ataupun tidak.
Jika disokong dan diluluskan, Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah.
Jika tidak berjaya, Alhamdulillah, PAS telah menunaikan tanggungjawabnya atas kapasiti yang mereka ada.
Sebab itulah pada pilihan raya umum lepas, seruan ‘Undilah Calon Muslim Berwibawa’ adalah sangat relevan.
Jika tidak semuanya daripada parti Islam, setidak-tidaknya masih ada iman dan gelaran selaku muslim yang dipegang oleh Ahli Parlimen daripada parti lain, itulah yang memungkinkan mereka menyokong apa jua cadangan yang memartabatkan Islam.
Isu 2: ‘Alergik Melayu’ bakal pulih sepenuhnya
Sebelum ini, Pedang berasa janggal apabila Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dicop pro-UMNO apabila memperjuangkan hak Melayu.
Kata mereka, bangsa tidak ditanya dalam kubur, yang ditanya adalah iman dan amal.
La haula wa quwwata illa billah!
Biarkan.
Kali ini, Muktamar PAS sendiri yang membawa tema pakaian pahlawan Melayu.
Bahkan, keris yang digunakan lebih panjang daripada keris UMNO.
Pedang sambut positif perkembangan yang berlaku pada PAS. Sememangnya perjuangan bangsa adalah satu yang terpuji.
Tiada unsur perkauman kerana apa yang dikatakan rasis dan perkauman itu adalah hanya memenangkan bangsa sendiri meskipun telah melakukan kesalahan. Rasis juga bererti menindas kaum lain tanpa sebab.
Sejak zaman berzaman, kaum manakah yang telah ditindas di Malaysia hasil pemerintahan orang Melayu?
Tiada.
Isu 3: PRK: Matlamat DAP disempurnakan oleh PAN
Disebabkan bencinya parti rasis dan cauvinis DAP kepada bekas rakan pakatannya, DAP akan melakukan apa sahaja bagi memastikan PAS kalah.
Pertandingan satu lawan satu memungkinkan kemenangan menyebelahi PAS di dua Parlimen ini. Sentimen benci Najib kian menebal. Boleh jadi BN jatuh tersungkur di tangan PAS.
Tapi DAP tidak membiarkan perkara ini berlaku begitu sahaja. Sengaja diwujudkan pertandingan tiga penjuru. PAN akur dengan arahan tuannya untuk masuk bertanding jadi pemecah undi.
PAN tahu dia tidak akan menang. Calon yang dipilih juga adalah calon yang sedia berkorban demi matlamat tuan DAP.
Undi untuk PAS di kalangan pengundi Cina bakal beralih kepada calon PAN.
Akhirnya PAS akan kalah dan perkara ini sudah cukup menggembirakan DAP. Biarkan PAN kalah, asalkan PAS tidak menang.
Inilah kira-kira yang dipegang oleh musuh Islam, DAP.
Kata Pedang: Kita doakan PAS terus maju demi perjuangan Islam dan Melayu di negara ini. Sokongan Pedang kepada PAS dalam tiga isu ini adalah hanya kerana dua perkara, iaitu Islam dan Melayu.
Siapa Tolak Hudud.
Anon 11:09 AM menulis Siapa tolak hudud.
Jawapan kita: Tindakan kaum munafik dan pemimpin-pemimpin parti kafir menentang hukum Hudud walaupun hukum Hudud untuk umat Islam sahaja telah tersebar secara meluas dalam media massa. Contoh:
(1) Sinar Harian melaporkan:
Guan Eng: DAP tetap tolak hudud. 30 Julai 2012
http://www.sinarharian.com.my/politik/guan-eng-dap-tetap-tolak-hudud-1.71514
(2) Malaysiakini melaporkan:
MCA tolak PAS bawa hudud. 15 Dis 2015
https://www.malaysiakini.com/news/323404
(3) Utusan Malaysia melaporkan:
Gerakan, MCA tolak hudud. 30/04/2014
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Politik/20140430/po_02/Gerakan,-MCA-tolak-hudud
9) Calon adalah boneka DAP dan rakan2 calon juga tidak berminat syariat islam dilaksana dimalaysia
Umngok yg berkuasa di ADUN Trengganu kenapa tolak hudud? Dia org kat sana kafir ke?
Wahai PAN apasal memaki orang Islam. Apasal tak maki anak dan ayah kumpulan musyrikin Penang tu
Parti roket menentang parti Islam kerana parti Islam cuba melaksanakan ajaran Islam dan hukum Allah di negara ini sedangkan parti roket menentang dan menghina ajaran Islam dan hukum Allah.
Oleh sebab parti roket memerintahkan parti kuali yang menjadi barua roket bertanding untuk memecahkan undi supaya parti Islam kalah dan parti BN menang.
Umat Islam sepatutnya mengundi parti Islam untuk:
(1) melaksanakan ajaran Islam dan Hukum Allah.
(2) memberi mesej kepada parti-parti kafir bahawa umat Islam bersatu-padu.
(3) memberi mesej kepada BN bahawa rakyat benci GST yang amat membebankan rakyat.
(4) memberi mesej kepada parti roket bahawa rancangan roket untuk menghalang perlaksanaan ajaran Islam dan hukum Allah dan mengalahkan parti Islam telah gagal.
NAZRI MENGHINA RAKYAT SERAMBI MEKAH PIMPINAN PARTI ISLAM PAS
Umat Islam Kelantan perlu hukuman lebih berat, kata Nazri
FMT Reporters | June 10, 2016
Nazri berkata sebatan enam kali dan denda RM5,000 tidak cukup berat bagi menghukum pesalah syariah di Kelantan.
PETALING JAYA: Hukuman syariah buat masa ini mungkin tidak cukup berat bagi umat Islam di Kelantan, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Nazri Aziz.
Dalam temuramah bersama stesen penyiaran Singapura, Channel News Asia, Nazri berkata Umno menyokong usaha PAS melaksanakan hukuman syariah lebih berat di Kelantan kerana umat Islam di negeri itu melakukan kesalahan dengan sewenang-wenangnya.
“Walaupun ia memadai di negeri lain, tetapi mungkin di Kelantan, umat Islam di sana melakukan kesalahan syariah sewenang-wenangnya kerana mereka tidak takut dengan sebatan enam kali, dan denda RM5,000 yang terlalu rendah bagi mereka sekiranya disabit kesalahan kesalahan syariah,” kata Nazri.
Soalan: Mengapa jenayah, kemungkaran dan kesesatan berlaku di seluruh negara?
Jawapan:
Parti politik sekular dan liberal dan hamba abdi sekularisme, liberalisme dan pluralisme menentang perlaksanaan ajaran Islam dan hukum Allah seperti Hudud telah menyebabkan jenayah, kemungkaran dan kesesatan berlaku di seluruh negara.
Salam En. Anonymous,
Saya setuju kenyataan Encik berhubung kenyataan Zairil.
Masalahnya Pindaan RUU 355 tu tak lengkap, isu mengkafirkan sesama umat Islam tak disentuh, isu memfitnah dan menghina sesama umat Islam tak pula ditimbulkan!!!!
Yang bawa RUU tu Hadi 'Syirik' Hadi pula tu!!!!
Ada RUU tu sentuh isu syirik????
Yang masih jahil,
Nobody
En. Anonymous,
Kesemua masalah yang berlaku adalah akibat Ulama As-su' yang menyalahgunakan agama???
Encik nak berdebat dengan saya pasal perlaksanaan Hudud di Malaysia ke????
Pergi kumpul fakta. Esok kita berhujah????
Selalu Encik ni menyerang peribadi je tak ada fakta!!!!
Selamat mencuba!!!!
Yang masih jahil,
Nobody
lawak!!!!...x lengkap???kalo mcm tu knp x bsama-sama mlengkapknnya kalo saudra seorg muslim..jgn cari alsn mcm hanjing smbil msyirikkn org..penambh baikn sesuatu hkum berkenaan syariah ttp sbg sbhgn dr hudud..kalo nk berhujah sbb hormati perlembagaan sdgkn pelembagaan manusia bole dpinda tp Allah adalh ttp.
adakah yg dikatakn pnambh baikan itu lebih baik /sbliknya?..pkir2 la sedara org yg tggl kt kg mcm aku ni rumah berkunci 24jam.mak,adik-bradik pompuan suma trauma dgr brita curi,rgol dlm rumah sndri plak tu.lain la sdra suka tgk mak sdra kena rogol.melainkn sdra2 yg x stuju ni seekor pencuri,progol.islam dia nk cegah bkan nk hukum..biar la sorg dua yg terlanjur mndpat pemblasn drpd beribu-ribu mangsa yg mderita..
tp kalo x suke jg apa aku bole buat..cari la planet utk tggl selain yg Allah cipta.kata masih jahil jd atas ilmu apa yg kamu bole mghina alim ulama.adkah sdra sorg ulama bsar yg dberi kasyaf oleh Allah..kita suma diadili..kalo ulama itu jahat sklipun ttp diadili..tp xde dh ke ruang dlm hati kita menerima perkara yg baik?????
Salam En. Anonymous,
Dah memang Haji HAdi syirik, sebab tu saya panggil dia Ketua Musyrikin Malaysia!!!
Apa maksud musyrikin, orang yang mensyirikkan Allah dengan sesuatu di sini dia mensyirikkan Allah dengan PAS!!!
Yang jahil,
Nobody
Post a Comment