Wednesday, June 08, 2016

Akta 355, Ke Mana Penerangan PAS? Jawabnya.. Lembab!!



Usul Pindaan Akta 355 yang dibentangkan oleh Presiden PAS nampaknya menerima pro dan kontra daripada semua pihak : Parti politik, NGO, Pengamal undang-undang dan yang lebih utama, masyarakat awam. Apa sebenarnya yang hendak dipinda? Apa implikasi pindaan ini kepada masayarakat? Adalah pindaan ini memberi kesan kepada rakyat bukan Islam? Adakah ini RUU Hudud? PAS perlu menjawabnya!


1. Tahniah kerana usul persendirian bagi meminda Akta 355 oleh TGHH berjaya dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat. Seluruh ahli PAS nampaknya teruja dengan pembentangan ini, walaupun perjuangan sebenar ialah pada Oktober nanti. Bacaan kali kedua nanti akan menentukan sama ada usul diterima atau ditolak Dewan. 

Namun kini, prosesnya mendapat perhatian umum seluruh rakyat, terutama ketika pengundian PRK yang sedang berlangsung. Perhatian besar ini membawa maksud, seluruh mata dan telinga rakyat ditalakan kepada PAS. Jadi PAS perlu memberikan respons yang jelas kepada segenap lapisan masyarakat.

2. Saya tertanya-tanya : PAS membentangkan pindaan Akta 355 untuk memperkasakan mahkamah syariah dengan ruang litup sedia ada atau untuk melaksanakan hukum hudud? Dalam kalangan pimpinan PAS pusat sendiri, persoalan ini terawang-awang. Ada yang mengatakan hudud, ada yang mengatakan mahkamah syariah sahaja. 

Penjelasan Timbalan Presiden bahawa pindaan Akta 355 hanya melibatkan empat (4) jenayah syariah yang sedia ada dengan penambahan berat hukuman (sekiranya diluluskan dalam enakmen jenayah syariah negeri-negeri) adalah jelas. Namun, bagaimana dengan pemimpin lain? Masih ada yang menyebutkan ia jalan pelaksanaan hukum hudud (keseluruhannya). Dan pemahaman kedua inilah yang menjadi pegangan awam tentangnya.

3. Saya tertanya-tanya ke mana Lujnah Penerangan PAS?  Apa yang telah diberi setakat ini? Sifar! Saya hanya mendengar kenyataan-kenyataan politik tanpa maklumat sahih daripada Ketua Penerangan PAS. Bahkan banyak kenyataan Ketua Penerangan PAS bertumpu kepada serangan kepada DAP semata-mata. 

Sewajarnya semua jentera penerangan PAS memberikan penerangan yang jelas kepada dua pihak, iaitu : 

(1) Pimpinan PAS - supaya semuanya bercakap isu ini dengan pemahaman yang satu; dan 
(2) rakyat umum. Penerangan yang 'simple' tetapi efektif perlu diberi.

Penerangan dalam bentuk multimedia : video, iklan, grafik, animasi, kartun, bertulis, soal jawab dan sebagainya perlu dipergiat oleh Penerangan PAS. Dunia siber dengan media baharu perlu digunakan dengan sebaik-baiknya oleh PAS agar penerangannya mudah dicapai oleh pengguna. Bahkan penerangan ringkas dan tepat dalam media rasmi, Harakah perlu sentiasa ada (Jangan hanya bising ahli tidak beli Harakah). Seyogianya penerangan berterusan sehingga Oktober nanti perlu dibuat secara besar-besaran, telus, dan sistematik. 

4. Sekiranya penerangan kepada rakyat itu jelas, meskipun nanti pindaan Akta 355 ini ditolak Dewan, rakyat memahaminya. Usah diulang " ini hak orang Islam, orang bukan Islam jangan sibuk-sibuk!" sedangkan kita berada dalam dunia yang semua orang ingin faham dan tahu. Bahkan ia mempengaruhi undi bukan Islam kepada PAS. "Musuh yang terbesar bagi seseorang ialah takut kepada perkara yang tidak diketahuinya!" 

5. Akhir sekali, saya menuyeru Penerangan PAS dan Ketua Penerangan PAS untuk bekerja secara efektif, bukan mengharapkan musuh memutarbelitkan kenyataan demi kenyataan. Rakyat berhak faham! 

Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
 arsal74
Posted on Wednesday, June 08 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bahagian penerangan PAS sekarang ini lembab. Berubahlah.. Anda setuju tak?

10 comments:

  1. PAS mesti aktif beri penerangan kepada masyarakat...Jangan asyik layan DAP & PAN Imayam...biarlah parti mangkuk dan kuali tu meroyan sampai mamposs!

    Yang penting PAS wajib bagi penjelasan dan penerangan kepada setiap laspisan masyarakat terutama kaum bukan Muslim walaupun tak melibatkan mereka!Begitu juga kepada masyarkat Islam yang masih tak faham, malah dari parti PAS pun ada yang tak faham. Setakt gempaq di Muktamar jer mana cukup...kenalah ada tindakan susulan..jamgan cakap jer lebih!

    ReplyDelete
  2. Memang lembab dan bangang

    ReplyDelete
  3. ULAMA2 SU AKHIR ZAMAN ADA RAMAI DLM PAS.
    PARTI PERJUDI ISLAM..MENIPU ALLAH, RASUL, AHLI2 PARTI DAN ORANG MELAYU.

    Pada ulama sû’ atau fâjir, ilmu yang dimiliki tidak dijadikan penuntun. Ia tidak beramal sesuai dengan ilmu yang ia ketahui. Asy-Syathibi mengatakan, “Ulama sû’ adalah ulama yang tidak beramal sesuai dengan apa yang ia ketahui.”.

    Anas bin Malik ra. menuturkan sebuah hadis:
    وَيْلٌ ِلأُمَّتِيْ مِنْ عُلَمَاءِ السُّوْءِ يَِتَّخِذُوْنَ هَذَا الْعِلْمَ تِجَارَةً يَبِيْعُوْنَهَا مِنْ أُمَرَاءِ زَمَانِهِمْ رِبْحاً ِللأَنْفُسِهِمْ لاَ أَرْبَحَ اللهُ تِجَارَتَهُمْ
    Kebinasaan bagi umatku (datang) dari ulama sû’; mereka menjadikan ilmu sebagai barang dagangan yang mereka jual kepada para penguasa masa mereka untuk mendapatkan keuntungan bagi diri mereka sendiri. Allah tidak akan memberikan keuntungan dalam perniagaan mereka itu. (HR al-Hakim).

    ReplyDelete
  4. BERHATI2 DGN ULAMA2 SU' DAN WALAUN2 MRK DLM PAS YG SESAT LAGI MENYESATKAN UMAT ISLAM MALAYSIA UTK HABUAN DUNIAWI

    Muadz bin Jabal membagi ulama sû’ di dalam tujuh tingkatan neraka.

    Tingkat pertama: ulama yang jika mengingatkan manusia, ia bersikap kasar; jika diingatkan manusia, ia menolak dengan tinggi hati.

    Tingkat kedua: ulama yang menjadikan ilmunya alat untuk mendapatkan pemberian penguasa.

    Tingkat ketiga: ulama yang menahan ilmunya (tidak menyampaikannya).

    Tingkat keempat: ulama yang memilih-milih pembicaraan dan ilmu guna menarik wajah orang-orang dan ia tidak memandang orang-orang yang memiliki kedudukan rendah.

    Tingkat kelima: ulama yang mempelajari berbagai perkataan dan pembicaraan orang Nasrani dan Yahudi guna memperbanyak pembicaraannya.

    Tingkat keenam: ulama yang mengangkat dirinya sendiri seorang mufti dan ia berkata kepada orang-orang, “Bertanyalah kepadaku.” Orang itu ditulis di sisi Allah sebagai orang yang berpura-pura atau memaksakan diri dan Allah tidak menyukai orang demikian.

    Tingkat ketujuh: ulama yang menjadikan ilmunya sebagai kebanggaan dan kepuasan intelektual saja. [7]

    Karena semua itu, al-Ghazali mengingatkan, “Hati-hatilah terhadap tipu daya ulama sû’. Sungguh, keburukan mereka bagi agama lebih buruk daripada setan. Sebab, melalui merekalah setan mampu menanggalkan agama dari hati kaum Mukmin. Atas dasar itu, ketika Rasul saw ditanya tentang sejahat-jahat makhluk, Beliau menjawab, “Ya Allah berilah ampunan.” Beliau mengatakannya sebanyak tiga kali, lalu bersabda, “Mereka adalah ulama sû’.”

    ReplyDelete
  5. Sultan kita..org MELAYU
    PM kita..org MELAYU
    BINI PM kita..org MELAYU
    Menteri Kewangan..org MELAYU
    TPM..org MELAYU
    Ketua Polis Negara..org MELAYU
    Menteri Kabinet..org MELAYU
    Keua Tentera..org MELAYU
    Gabenor Bank Negara..org MELAYU
    Menteri Besar..ramai MELAYU
    Wakil Rakyat..ramai MELAYU
    Beri kelulusan tanah..KERAJAAN BN
    Gadai tanah org Melayu..org MELAYU
    Curi duit Berbillion..org MELAYU
    Skandal KWSP..org MELAYU
    Skandal Mara..org MELAYU
    Skandal Tabung Haji..org MELAYU
    Penyebab MAS bangkrap..org MELAYU
    Makan duit anak yatim..org MELAYU
    Rompak duit rakyat..org MELAYU
    Yang Kafirkan Melayu..org MELAYU

    Pemakan dedak dan walaun akan kata ini semua salah DAP.
    KAH KAH KAH!!!

    ReplyDelete
  6. PARTI PAS ITU KEPUNYAAN HADI SEOARANG,HADI MAHU JADI PENIS--SEHAT
    UMNO SAJA.....JADI JIKA ADA MASALAH YANG BERBANGKIT.....ORANG2 BAWAHANNYA YANG TERPAKSA BERSILAT LIDAH MENCARI ALASAN SEBAGAI JAWAPAN ...HAJI HADI RELEX SAJA SELAKU PRESIDEN PARTI.CUMA SEBUT AHLI WAJIB WALAK DAN TERUS WALAK
    HADI PUNYA PASAL BUAT PERANGAI KITA AHLI AKAR-UMBI YANG KENA BELASAH.......
    SITUASI SEPERTI INI ADALAH SAMA DAN SERUPA UMNO /BN

    ReplyDelete


  7. Muka ketua penerangan PAS nih mungkin teror klu bagi penerangan ddlm bahasa German

    Klu dlm bahasa GERMAN dlm demam2 pun dia wokey

    IQ tahap siku lutot memang handal bahasa GERMAN

    Bab buat kerja2 lain toksah nak harap lah...hampeh dan buat perabih boreh jo!


    ReplyDelete
  8. Kalau terang pasl folem biru german tu,mangkok ni blh la..

    ReplyDelete
  9. Kalau terang pasl folem biru german tu,mangkok ni blh la..

    ReplyDelete
  10. Kenapa letak foto Altontowi Alsufi algermaany..ni bulan ramadan mungkin dia sedang berkhalwah pada malam laylatulqadar supaya Pas menang di S. Besar & K. Kangsar mengalahkan parti pengkhianat, jebon & tohgut Amanah. Hidop Paskit, Hidop Pasbe-end.

    ReplyDelete