Wednesday, June 08, 2016

Akui Gadai 1,000 Ekar Tanah Untuk Sekolah Cina -Nizar Dedah Diri Sendiri.

Mohammad Nizar Jamaluddin

KUALA KANGSAR – Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar ketika awal bulan Ramadan mendedahkan hikmah yang selama ini mungkin tidak pernah diketahui rakyat Perak khasnya umat Melayu Islam di negeri itu.

Siapa sangka ceramah politik pembangkang yang lazimnya dipenuhi tohmahan buruk terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN), ada juga tanpa disedari membongkar banyak rahsia yang cuba disorok oleh pemimpin parti lawan.
Terbaharu tidak sampai 24 jam berceramah di Kampung Sayong Lembah pada Isnin, bekas menteri besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin ‘kantoi’ menceritakan jasa dirinya yang dirahsiakan kepada masyarakat Melayu.
Berbeza ceramah di kawasan Melayu yang dipenuhi ungkapan biadap kontroversi sehingga dikritik banyak pihak, ceramah di Taman Jerlun di sini lewat Selasa banyak memuji dirinya berbakti secara rahsia kepada kaum Tionghua.
Mungkin mahu menarik undi simpati daripada masyarakat Cina yang majoriti tinggal di kawasan perumahan itu, Mohammad Nizar mendakwa pernah membantu etnik tersebut sepanjang 11 bulan menjadi menteri besar dahulu.
ADUN Changkat Jering tersebut tanpa sedar mendedahkan beliau sanggup ‘menggadaikan’ 1,000 ekar tanah milik kerajaan negeri itu kepada sembilan buah sekolah Cina untuk diusahakan ketika mentadbir Perak pada 2008 lalu.

Screen Shot 2016-06-07 at 11.26.33 PMPENASIHAT DAP, LIM KIT SIANG TURUT BERCERAMAH MEMBANTU CALON PAN DI TAMAN JERLUN, KUALA KANGSAR LEWAT SELASA.

Dalam ceramah PAN anjuran DAP di hadapan kira-kira 300 penduduk itu, Mohammad Nizar juga bercerita bahawa beliau mudah memberi geran tanah kepada kaum Cina di penempatan kampung baharu dari Gerik hingga Tapah.
Pendedahan yang cukup mengejutkan itu tidak pula diceritakan kepada pengundi Melayu sekali gus membuktikan pemimpin PAN ini sanggup berbuat apa sahaja demi meraih undi masyarakat Tionghua yang anti-Barisan Nasional.
Pada masa sama, rakyat Perak yang pernah merasai ‘azab’ pentadbiran Mohamad Nizar tentu masih lagi ingat bagaimana sukarnya sekolah agama rakyat dibantu pihak kerajaan negeri ketika itu malah langsung disisihkan.
Bukan itu sahaja, menjelang kejatuhan kerajaan beliau pada 2009, bekas pemimpin PAS Perak ini sempat lagi meluluskan pemberian geran pajakan tanah selama 999 tahun kepada penduduk Cina yang dianggap amat pelik.
Mungkin beliau seronok bercerita ‘kehebatannya’ suka membantu kaum Tionghua, namun di manakah ihsan dirinya terhadap nasib bangsanya sendiri sehingga pernah dilabel sebagai boneka DAP waktu itu. – Mynewshub.cc
#PRKKUALAKANGSAR

11 comments:

Anonymous said...



Sbg MB Perak wktu itu Nizar takde salah memberi tanah hak rkyat kpd rkyat nya

1000ekar kpd sekolah2 cina dan brp ribu ekar pulak kpd Melayu dgn projek kg. Tersusunnya



TETAPI Ibnu Hasyim..


Berapa juta2 ekar rizab Melayu pulak dah habis disonglap oleh Melayu-BN drp rakyat?

Umno-BN tipu dan curi senyap2 berjuta2 ekar(bukan 1000ekar) hak org Melayu & hak rakyat

DAN brp pulak ribu ekar BALAK dicuri sampai gondol-BANJIR diKlantan drp hak-Rakyat

Kenapa isu Nizar "TOLONG" rkyat dpt hak mrk cuma 1000ekar jer mnjd isu dikepala mu?

Kenapa isu CURI rembat rizab Melayu dan hutan simpan berJUTA2 ekar lidah pena mu jd kelu??


DAN

Kenapa menCURI khazanah BALAK milik rkyat diKelantan yg berulang2 kali di bangkitkan oleh Husam yg beribu2 ekar itu semua lebai2 suci 'Hudud' kamu itu diam memBISU???





Anonymous said...



Kalau buta jer ok lagi

Klu buta dan pekak jer pun maseh ok jugak ler

Tapi klu dah buta pekak dan bisu, abih cerita..itulah yg dah jd pd bloger2 umno & walaunta

Anonymous said...

Wahai Macai PAN 11.15

Ingat PAN Ingat DAP
Ingat DAP Ingat ABu Lahab

1000 ribu ekar untuk sekolah Jenis Kebangsaaan . 10 ringgit untuk Masjid. Itulah betapa durjananya PAN ini

https://aidcnews.wordpress.com/2015/11/09/perkaitan-dengan-nizar-keluarga-dap-perak-husam-diminta-tampil-membuat-penafian/

Perkaitan Dengan Nizar & Keluarga DAP Perak, Husam Diminta Tampil Membuat Penafian

AIDCNews – 09/11/15 –Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Salor, Datuk Husam Musa diminta tampil membuat penafian peranan beliau di sebalik pelantikan Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak dengan keluarga DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan sepupunya, Nga Kor Ming

“Nizar minta Husam bagi tanah pada dua sepupunya dari DAP, sebagai kontra jawatan MB Perak? Mula-mula Husam tolak, tapi akhirnya, ubah minit mesyuarat dan bagi tanah di Kelantan untuk balak pada dua sepupu itu, kata RPK.Petikan komentar Lim Sian See seperti berikut :

Keadaan menjadi lebih rumit, apabila DAP memenangi 18 kerusi di Perak berbanding hanya PKR-7 dan PAS-6. Masalahnya ialah, DAP tidak mempunyai calon Melayu – semua 18 adalah bukan Melayu – jadi DAP tidak boleh mengambil jawatan MB. PKR pula tidak mempunyai sesiapa yang sesuai dari 7 ADUN untuk menjadi MB.

Nizar Jamaluddin dari PAS itu telah dipilh sebagai Menteri Besar Perak yang baharu.

Anwar betul-betul tidak berpuas hati dengan perkara ini. Dia masih mahu (partinya) menjawat tugas MB. Tetapi PKR tidak mempunyai mana-mana calon yang sesuai. Jadi Anwar mengambil keputusan untuk mencuri salah satu daripada ADUN UMNO, YB Nasaruddin Hashim.

Anwar termakan Nasaruddin untuk menyertai PKR dengan janji bahawa beliau akan dilantik sebagai MB baharu bagi menggantikan Nizar. Jadi Nasaruddin pindah.

harapan Nizar untuk menjadi MB sudah boleh dihitung hari. Tetapi ia tahu untuk menjadi MB Perak bergantung kepada DAP dan bukan PKR. Jadi dia cepat-cepat ‘kowtim’ dengan kedua-dua sepupu DAP, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming, panglima perang DAP Perak. (Ingat pada peringkat ini, Uncle Lim Kit Siang memboikot Nizar dan menyeru supaya DAP memboikot pelantikan Nizar)


Norani AbgMarzuki BangiKuching membuat ulasan itu sebagai respon komentar Lim Sian See bertarikh 4 April berkaitan dengan pendedahan Raja Petra Kamaruddin (RPK) perkaitan dengan Husam, Nizar dan keluarga sepupu DAP Perak.

Ia merujuk kepada cerita di sebalik tabir sebelum Nizar dinobatkan sebagai MB Perak selepas Pilihan raya Umum ke-12 (PRU 12).

Nizar kemudian bertanya Husam Musa, anak didik MB Kelantan, Nik Aziz dan pengganti jawatan dalam penungguan, untuk memberikan sebidang tanah balak di Kelantan kepada kedua-dua sepupu DAP itu.


Exco Negeri Kelantan bagaimanapun menolak permohonan untuk memberikan kedua-dua sepupu DAP konsesi balak itu. Husam kemudian mengubahsuai minit mesyuarat (kerajaan negeri) itu dan memberikan sebidang tanah kepada kedua-dua sepupu DAP Perak itu.

Perkara ini telah dibawa ke pengetahuan Nik Aziz dan Tok Guru sangat resah. Tetapi jika ia menterbalikkan semula keputusan itu maka penglibatan Husam dan dua sepupu akan terdedah. Ini akan mencetuskan krisis dalaman PAS, juga krisis antara PAS dan DAP, mungkin dengan PKR dan Anwar juga apabila mereka mengetahui bahawa PAS checkmated mereka dengan ‘membeli’ DAP.

Dan ini yang menyebabkan kejatuhan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak.

Selepas itu, Nik Aziz menjauhkan dirinya daripada Husam. Tok Guru berasa amat sakit dengan sikap Husam yang telah mengkhianatinya itu.

Dan sebab inilah mengapa hari ini Husam bukan MB Kelantan dan tidak dilantik kembali menjadi exco kerajaan negeri Kelantan. Ini juga sebab mengapa Husam adalah persona non grata di Istana Kelantan. Dan sebab inilah mengapa Husam begitu garang menentang MB Kelantan baharu sekarang ini-seseorang yang dilihat telah mengambil alih jawatannya yang dirasakan bahawa Nik Aziz telah mempersiapkan kepadanya.

Anonymous said...

Bagi PAN mungkin DAP lebih mulia dari Imam Bukhari, Imam Muslim dan Imam Ahmad

Wahai PAN, hentikanlah jadi Pengkhianat

Wahai PAN Kamu berperangai macam Kaum Druze yg menindas kaum Palestine demi sahabat baik Mereka Israel. Rakan Druze adalah Israel Rakan PAN adalah DAP.

Wahai PAN, sekolah2 ugama kao tak peduli. Sekolah2 bangsa asing kamu santuni

Anonymous said...

sebab itu hudud perlu dilaksanakan dan sekiranya cukup bukti mereka akan dihukum dengan seadail2nya marilah bersama umat islam berdoa agar hudud dilaksanakan dimalaysia biar pelaku zalim kepada rakyat mendapat balasan dari allah swt. saya dah lama mengikuti isu balak di kelantan tapi sampay sekarang tidak terbukti lagi dimana silap atau itu hanya tuduhan tampa bukti.

Anonymous said...

kalau tak buta dan tak pekak tapi buat2 pekak dan buta lagi parak islam dihina dicaci terang2 menentang dan anti islam masih nak dibela lagi.itulah macai2 pan sanggup tinggal tuntutan agama janji dap suka.

Anonymous said...

itu sebab husam tak ada bukti pembalakan haram sebab dia bagi kat dap baru terungkai. ini juga antara sebab pan pun turut menentang ruu 355. pandai mereka

yangKhai said...

Apa, salahkah berkhidmat kpd rakyat bangsa Cina atau non malay yang lain? Apakah agama Islam melarang orang Islam dari berbuat kebaikan kepada bangsa lain kecuali orang melayu sahaja? Saya harap Ibnu Hasyim atau sesiapa sahaja macai PAS dapat jawap beserta nas-nasnya sekali.Kalau ada saya akan sokong PAS tapi kalau takda lebih baiklah hampa semua SHUT UP!

Anonymous said...




Klu tuduhan Husam itu fitnah dan melulu @ Husam juga terlibat ddlm komplot curi balak, saman dan bawa lah kpd SPRM atau kes itu ke mahkamah..knapa lebai2 kelu dan bisu!

Klu Nizar dan Husam berani berkata BENAR dan telah bbrp kali menang kes2 di mahkamah knapa lebai2 semua kecut dan takut..

Sprt Tontowi tarik balik kes dgn LGE knapa takut!

Disini sapekah yg BENAR dan sape yg kecut dan TAKUT krn salah?

Hanya BERANI berhujjah dialam maya tanpa berani bersemuka dimahkamah..itulah tanda baculnya pejuang2 hudud palsu pemimpin2 kamu yg nampak sgt bodoh/tolol dan maseh nak juga menipu w.pun terang2 merapu tahap lutut dan siku..

Anonymous said...

Ada sorang lagi kuat berhujah tapi takut menyaman......... Mike Sbau. kah kah kah

Kao tengok sikit AyahPAN kao tu

Anonymous said...

sungguh cantik. tengok betapa baik hipokrit nizar jamaluddin menolong... 9 sekolah cina dapat 1000 ekar, kampung2 baru pula dapat pajakan 999 tahun.

bagaimana pula kalau lim guan eng dari dap beri tanah kat sekolah jenis kebangsaan termasuk tamil, sekolah agama, sekolah rakyat, sekolah persendirian di pulau pinang sebanyak 1000 ekar. kemudian rakyat yg tidak ada tanah @ mempunyai tanah pajakan diberi tanah dengan tempoh sehingga 999 tahun.

berani???????

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails