Saturday, June 11, 2016

Apabila Kajian 80% Pengguna Twitter Sokong Hudud.. Lihat 10 Perkara Ini.

Oleh : Ketua Pemuda PAS Malaysia
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz


APABILA satu hasil kajian mudah oleh seorang tokoh anak muda negara yang melibatkan undian lebih 20,000 pengguna twitter menunjukkan lebih 80% rakyat Malaysia menyokong pelaksanaan hukum hudud (apatah lagi jika sekadar meningkatkan bidang kuasa mahkamah syariah melalui pindaan Akta 355) untuk orang Islam..  

Maka kita boleh meneguhkan beberapa hakikat berikut:

1) Arus kesedaran Islam di kalangan rakyat adalah semakin bertambah baik dan kuat berbanding dulu.

2) Arus inilah yang menjadi punca kerajaan BN akhirnya bersetuju meminda Akta 355 yang bertujuan meningkatkan bidang kuasa mahkamah syariah.
Adalah nyata liatnya pihak kerajaan sebelum ini untuk menyokong pindaan ini. Tekanan tinggi oleh rakyat di samping faktor-faktor politik dan selainnya akhirnya memaksa kerajaan untuk bersetuju meminda akta ini melalui rang undang-undang persendirian Presiden PAS.

3) Arus kesedaran Islam adalah paling ketara di kalangan penjawat awam dan para ilmuan muslim. Merekalah sebenarnya yang berjaya meyakinkan orang-orang politik tentang tuntutan dan keperluan sistem Islam diperkasakan di dalam pentadbiran kerajaan dan masyarakat.

4) Fenomena ini menguatkan hakikat bahawa perubahan atau islah sesebuah kerajaan, sebagaimana ia bermula dari atas oleh pemerintah sendiri, ia juga boleh bermula dari bawah oleh rakyat yang menjadi faktor pendesak yang kuat.

5) Kebanyakan tuntutan perjuangan PAS yang diterima dan dilaksanakan oleh kerajaan selama ini banyak dibantu dan disokong oleh arus rakyat daripada pelbagai peringkat. Ini menunjukkan PAS lebih berperanan dan lebih cepat membina pemikiran rakyat berbanding membina pemerintah.

6) Suatu hari tuntutan ke arah sebuah kerajaan yang adil, bersih, cekap dan berintegriti akan pasti tercapai. Sukar untuk melihat cepatnya kerajaan berubah. Tetapi kerajaan pasti berubah dengan berubahnya minda dan pemikiran rakyat yang sedang bergerak begitu positif.

7) Gerakan Islam (PAS) usah gusar dengan tuduhan musuh bahawa mereka hanya tahu berbicara mengenai hukum dan syariah Islam tetapi membelakangkan bicara mengenai penyelewengan dan salah laku pihak kerajaan (BN) dalam pelbagai skandal ekonomi dan kewangan. Hakikatnya PAS-lah pemilik penentangan terhadap kerajaan yang korup sejak dulu lagi. Ia sejarah yang ditulis tinta emas. Ia tidak akan berubah dengan izin Allah.

8) Hanya sanya yang menakutkan musuh adalah kecenderungan rakyat untuk kembali kepada Islam yang syumul dalam pemerintahan negara.

9) Matlamat mereka adalah menukar kerajaan BN. Matlamat PAS ialah menukar atau membina sebuah kerajaan dengan nilai-nilai Islam yang sejagat dan syumul.

10) Menjadi kewajiban setiap individu muslim untuk terus memugar kesedaran dan kebangkitan Islam dalam negara. Ia perjuangan yang diwarisi daripada nenek moyang terdahulu. Jangan terleka daripada sejarah gemilang Islam di tanah air tercinta dengan tipu daya dan makar pihak yang memusuhi Islam. (IH)



Sila lihat..

Pekerja M'sia Di Australia Diucapkan Selamat Menyambut Ramadhan. -Ibnu Hasyim.

21 comments:

  1. Salam En. Anonymous,

    Saya ada dua isu dengan Encik.

    Pertama :Encik tuduh saya mensyirikkan orang!!! KEnapa saya mensyirikkan Haji HAdi???

    Kedua : Isu ceramah semasa sembahyang tarawih!!!

    Yang jahil,

    Nobody



    ReplyDelete
  2. En. Anonymous,

    Encik menggelarkan orang ketua musyrikin Penang!!!

    Satu, Encik tak beradab dengan adab Islam!!!

    Kedua, Encik tak tahu pun defini musyrikin, nak gelar apa???

    Apa maksud Musyrikin,??? Mereka yang mensyirikkan Allah iaitu menjadikan Allah ada sekutu!!! Kalau ketua Menteri Penang dia sembah yang lain, macam mana pula dia jadi syirik???

    Yang jahil,

    Nobody

    ReplyDelete
  3. En. Anonymous,

    Kalau mengikut definisi syirik, salah seorang yang menyekutukan Allah ialah tak lain tak bukan Haji Hadi!!!

    Dia menyamakan PAS dengan Allah!!!

    Kalau tak taat PAS hilang akidah!!! Sepatutnya kalau tak taat kepada Allah hilang akidah!!!

    Sebab tu saya panggil dia Ketua Musyrikin Malaysia!!!

    Sebenarnya saya taknak panggil pun. Tau pun sentap!!! LAin kali jangan kurang ajar kepada semua pihak. Kalau nak berbahas, berbahaslah dengan baik!!!!

    Yang jahil,

    Nobody

    ReplyDelete
  4. Nik Abduh...Presiden PAS in the making..insyaallah

    ReplyDelete
  5. En. Anonymous,

    Kes yang kedua, kes sembahyang tarawih.

    Apakah tingkatan hukum??? wajib, sunat, harus, makhruh dan haram!!!

    APakah hukum sembahyang tarawih???

    Encik jangan kata tak tahu, saya dah suruh Encik belajar balik. Maklumlah, Encik tu terlalu jahil sampaikan keluar hukum sendiri dengan mengatakan sembahyang tarawih sampai pukul 9.40 sahaja!!!

    Apa punya bangang!!!

    Yang jahil,

    Nobody

    ReplyDelete
  6. Salam En. tulangkering,

    Nik Abduh, tolonglah!!!

    Almarhum bapanya dah beramanat, jangan bersekongkol dengan UMNO!!! Teruskan perjuangan beliau!!!

    Yang dia cerita kalau almarhum masih hidup, tentu almarhum sokong bergabung dengan UMNO!!!

    Belum lagi di PAsir Mas, rakyat minta tolong pasal banjir, dia boleh tak beri bantuan seraya berkata rumah saya pun banjir!!!

    Wakil rakyat Islam mesti mementingkan rakyat berbanding diri sendiri!!!

    Khalifah Umar semasa zaman gawat, tak sanggup makan daging kerana rakyat!!!

    Rakyat PAsir MAs pun nak tolak dia, Encik kata dia presiden in making!!!

    JAHANAM!!!

    Yang jahil,

    Nobody

    ReplyDelete
  7. En. tulangkering,

    Nak jadi pemimpin, apa kriteria dia???

    Mesti tau agama, setuju???

    Mesti ambil berat rakyat, setuju???

    Mesti tau ekonomi, setuju???

    Mesti tau undang-undang, setuju???

    Mesti tau hal-hal urus tadbir, setuju???

    Mesti tau hal membangunkan negara, setuju???

    Pergi tanya Nik ABduh, dia tau tak inflasi, GST, deflasi, multiplying effect, doctrine of privity, AMLA, BAFIA dan sebagainya???

    Kalau dia tak tahu, saya lagi layak jadi Preseden PAS!!!!

    Yang masih jahil,

    Nobody

    ReplyDelete
  8. Presiden PAN pun tidak memenuhi kriteria yg tuan senaraikan..kalau nak bandingkan ketenangan ketika berucap Nik Abduh terlalu jauh menunggalkan Abang PAN ini..walau pun unur politik beliau nasih baru berbanding dgn abang PAN ini
    Saya hairan bin ajaib..myuskil dan enggak habis pikir bagaimana seorang watak seperti abang PAN ini di angkat menjadi presiden..tidak ada watak lain kah.??
    saya melihat watak ABANG PAN memang petah berkata dan pidato dan beliau sememang nya layak menjadi AYAM SABUNG sahaja tak lebih dari itu..
    Bukan menghina tapi kita di ajar "kullilhaq walaukanamuron"..terima lah kebenaran walau pun pahit.
    Saya walau pun minat dangan kepetahan pidato ABANG PAN ini tapi kadang kala geli geleman meliihat kelaku tak semengah beliau yg pada anggapan saya tidak melaykan langsung utk diangkat sebagai pemimpin..hihi ..

    ReplyDelete
  9. Salam En. tulang kering,

    Gaya ketenangan tak penting. Tan Sri Abdul Khalid yang orang panggil khalid gagap pun tak berapa baik pidato beliau. Yang penting boleh mengurus negara dan parti!!!

    Betul, terimalah kebenaran walaupun pahit. Kenyataan tu applies to all, termasuk Encik sendiri.

    Apa yang saya cakap pasal Nik Abduh betul tak???

    Dia tahu tak contohnya doctrine of privity???

    Dia tahu tak BAFIA, AMLA???

    Dia tahu tak multiplying effect???

    Kita umat Islam mesti tahu semua benda, kalau tak tahu baik mengajar kat sekolah agama je!!!

    Encik terimalah walaupun pahit, Nik Abduh TAK LAYAK!!!!

    Yang jahil,

    Nobody

    ReplyDelete
  10. En. tulangkering,

    Kenapa Rasulullah memilih Khalid ibnu Walid sebagai panglima perang Islam???

    Khalid ketika itu baru masuk Islam, bukan paling alim (berilmu), hadis yang diriwayatkan pun kurang!!!

    Khalid juga agak kurang mentaati saranan Rasulullah, Rasulullah kata jangan bunuh tawanan, Khalid kadang-kadang bunuh juga!!!

    Rasulullah pernah bersabda lebih kurang, Aku berlepas diri daripada apa yang Khalid lakukan!!!

    Kenapa Rasulullah pilih Khalid???

    Beliau adalah seorang yang skillful, berkemahiran, pintar dan mempunyai kekuatan!!!

    Rasulullah tak memilih orang misalnya sebut MasyaAllah tak habis-habis tapi tak pintar dan tak kuat!!!!

    Nik Abduh minta maaf cakap dalam kes ini bukan setaraf Khalid. Beliau lemah, tak mendalami selok-belok pentadbiran. Beliau TAK LAYAK!!!!

    Yang masih jahil,

    Nobody

    Nobody



    ReplyDelete
  11. 1) mangsa banjir masih tinggal dalam khemah...
    2) pencuri balak masih belum dapat di kesan....
    3) harakah tak laku di kelantan......
    Lagi boleh berkokok ka...cerita terussss.....
    dari dulu kini dan selamanya....
    Kelantan jatuh ....bn perintah kelantan...
    Padan dengan lu punya muka

    ReplyDelete
    Replies
    1. memg itu perjuangan khadam dap asal bukan pas umno takpa paling baik dap

      Delete
  12. Salam En. tulangkering,

    Saya baru perasan komen Encik di bawah tajuk yang lain berkenaan tulisan saya bahawa arak tak haram kepada orang bukan Islam!!!

    Encik berkata berkenaan sensitiviti umat Islam pasal arak!!! Encik sebagai Orang Islam tak sensitif pula Haji Hadi mempermainkan akidah!!!! Encik tak sensitif pula Rosmah Mansor sewa jet peribadi RM 86 juta!!!

    Encik sekarang ni sensitif dengan benda yang tak sepatutnya sensitif pun, entah-entah fitnah pula tu!!!!

    Yang sepatutnya Encik sensitif , yang melibatkan akidah umat Islam atau harta negara yang sepatutnya Encik sensitif!!!

    Oleh itu ENcik fikirlah, dahlah kata Nik Abduh President PAS in the making!!!!

    Nik Abduh nampak bijak sebab duduk di kalangan orang-orang yang kebanyakannya bodoh!!! (Bukan saya cakap, perwakilan PAS Johor yang cakap dalam muktamar PAS yang lalu).

    Kalau Nik Abduh duduk di kalangan kami, dia mungkin rank lowest!!!

    Yang jahil,

    Nobody

    ReplyDelete
    Replies
    1. nobody pandangan kamu terlalu mudah dan tidak menampakan kecerdikan berpolitik kamu hanya berpusing berfitnah dan membuat andaian mengikut fikiran dan emosi kerana ketaksupan dan kebencian pada parti lain teritama pas yang kamu kutuk fitnah mengikut sedap hati kamu. dari itu boleh dikatakan kamu ni pencetus perdebatan yang membolehkan tercetusnya situasi yang melampau saya tak tahu apa sebenarnya yang menyebabkan kamu boleh berhujah sebegini. menuduh bermacam2 terutama pada tghh walaupun kamu tahu itu semua fitnah tapi kamu kata juga.kamu ada menuduh bahawa tghh ketua musrikin adakah itu dari kata kamu atau tidak saya cadangkan agar kamu fikirkan dan mohon maaf pada tghh kerana itu fitnah yang teramat nyata dari kamu. kamu jangan ikut imosi sangat kawal diri jangan sampay membawa kepada fitnah dan itu akan memakan diri sendiri. moga kamu mendapat hidayah dari allah swt.

      Delete
  13. Heeeee...bersungguh tuan dlm menegakan pendapat tuan...tajuk ni dah kebawah dlm blok ni tapi tuan masih lagi beri perhatian ..terima kasih...
    Tuan kata tuan di kelilingi oleh cerdik pandai..Nik Abduh the lowest..
    Saya juga bangga dgn barisan kepimpinan PAN..
    Tapi bagi saya no 1 ...Parti..pemimpin boleh datang dan pergi...ok tak mengapPalah
    Mari kita balik singkap sejarah semangat 46 ..hampir separuh anggota kabinet mennyertai S46..semua org gerun dan teruja.tapi akhir nya berkubur tanpa tanda..
    Saya juga dapat merasa kan yg PAN juga akan senasib dgn ARWAH 46 ini.
    Kedua2 parti mempunyai ciri2 yg sama..
    Tuan nak tau apa persamaan itu???

    Ciri2 persamaam itu adalah kedua2 parti ibarat satu pasukan askar yg mempuok lanyai begitu ramai General tapi tak mempunyai prebet yg cukup utk mencapai kemenangan..prebet yang ada pun lemau2 dan tak bertebaga..
    Ok laa tak mengapa tuan...masa dan keadaan akan menentukan...sampai masa tuan akan mmenyaksikan kebenaran kata2 saya tapi memerlu kan masa..
    Kita bulih berbeza dan sememang nya islam meraikan perbezaan pendapat..yg penting kita kekal bersaudara...
    PAS mempunyai prebet dan anggota yg terlatih dan sudah begitu lama menempuh onak dan duri samada kalah atau menang
    Ok la tuan selamat berpuasa saya dah mula nk kedapur utk menyediakan juadah..assalamualaikum

    ReplyDelete
  14. Maaf ...ejaan byk salah tapi dah kesuntukan masa utk nak betulkan..heeeeee

    ReplyDelete
  15. Nik abduh.....
    Lu punya abang sudah lali keluar pas ho...
    Lu lagi mahu cerita banyakk- banyakk ka...
    Lu tatak malu sama lu punya emak ka.....
    Lu lagi cerita ....
    Gua lagi lali jauh.......
    Lu banyak busuk punya olang maa.....

    ReplyDelete
  16. Tuan....puasa tak hari ni??..heeee..
    Presiden in the making ..insyaallah..

    ReplyDelete
  17. Salam semua,

    Tengah meeting.

    Jangan takut, esok saya balas hahahahha!!!!

    En. Anonymous yang menyerang peribadi saya, saya tak mengaku saya cerdik tetapi bila Encik kata sembahyang tarawih boleh sampai pukul 9.40 malam je, ketahuilah itulah KENYATAAN PALING BODOH DAN BANGANG SAYA PERNAH DENGAR HAHAHHAHAHA!!! Sembahyang tarawih pun tak tau????

    Oleh itu kalau kenyataan bahawa saya menampakkan saya tak cerdik yang datang daripada parti yang ramai orang bodoh (bukan saya cakap, perwakilan PAS Johor yang cakap), lepas tu orang tu hukum sembahyang tarawih pun tak tahu, orang tu lebih tak cerdik daripada saya la, senang cerita!!!

    En. Tulang Kering pula, tiada apa yang kekal dalam dunia ni, tidak Semangat 46, tidak Amanah dan tidak juga PAS!!!

    Yang masuk keluar jel dulu orang PAS yang dah masuk Amanah, bukan orang PAS sekarang!!!

    Saya rasa PAS terkubur dulu.

    Yang jahil,

    Nobody

    ReplyDelete
  18. En. Anonymous,

    Sebelum Encik cadangkan kepada saya meminta maaf kepada Haji Hadi sebab kata dia syirik (dah memang dia yang syirik saya pula kena minta maaf), elok Encik suruh HAji Hadi minta maaf kepada keluarga Memali yang dibunuh tu!!!!

    Suruh juga dia bertaubat kepada Allah sebab syirik!!!

    Syirik adalah dosa yang Allah tak akan ampunkan melainkan bertaubat!!!

    Yang masih jahil,

    Nobody

    ReplyDelete
  19. Nik Abduh the next ketua musyrikin in the making..Kata2nya, adalah berdosa besar bagi org2 Amanah menyebut nama ayahnya, arwah Nik Aziz.

    Sejak bila Nik Abduh dilantik jd seketari Allah dlm menjatuhkn hukum pd manusia?. Sesat betul ulamak2 PIS ni mensyirikkan Allah jual agama.

    ReplyDelete