Sunday, June 12, 2016

Bagaimana Berpuasa, 24 Jam Siang Di Bulatan Artik?

6b1d

BAGAIMANA berpuasa, siang 24 jam di bulatan Artik.. Tentu ramai tertanya-tanya, "Bagaimana umat Islam di sana menjalankan ibadah puasa jika tiada waktu malam?"

B0a2
Idris Abdulwhab menunjukkan masa - 5 minit sebelum tengah malam - tetapi matahari masih lagi terpacak.

Kena tahu dulu, apa itu Bulatan Artik?

Penjelasan ringkas: 

Bulatan Artik adalah garis lintang paling selatan di bahagian Hemisfera Utara di mana matahari boleh kekal berterusan di atas atau di bawah ufuk selama 24 jam. Ini bermakna, Bulatan Artik boleh mengalami 24 jam siang dan 24 jam malam pada satu-satu masa.
Arctic circle 021106

Dc40
      • Bulatan Artik dari sudut pandang atas bumi.

      • Masalah

      • Oleh itu, yang timbul masalah ialah bagaimana waktu berbuka dan memulakan puasa? 

          • "Anda sepatutnya mula berpuasa sebelum matahari terbit iaitu pada waktu subuh. Tetapi tidak ada subuh yang sebenar ketika musim panas di Stockholm, Sweden." kata Mohammed Kharraki, jurucakap Persatuan Islam Sweden.
      • 3ae5
            • Penduduk Islam di situ berbuka puasa pada waktu petang.
             
              • Bandar Stockholm di Sweden juga mempunyai masa malam yang sangat singkat.


                • (IH)

6 comments:

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2016/06/orang-bukan-islam-disaran-berpakaian-sopan-tidak-makan-di-depan-orang-islam/

KOTA BHARU, Ahad – Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menggesa orang bukan Islam di Malaysia agar memakai pakaian yang sopan dan mengelak daripada makan atau minum di depan umat Islam pada bulan Ramadan.

“Mereka patut “bertimbang rasa” dan berpakaian elok untuk mengelak umat Islam merosakkan puasa mereka.

“Tidak salah untuk berpakaian seperti yang mereka suka tetapi mereka perlu timbang rasa kerana bila orang Islam, terutama sekali lelaki, terserempak mereka di tempat awam, ia dianggap haram,” katanya dipetik daripada sebuah portal berita, hari ini.

Dalam pada itu, Mufti itu juga berharap wanita Islam akan berpakaian mengikut syariah dan menjaga tingkah laku serta bahasa mereka.

Setakat ini, Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan menahan 31 wanita Islam kerana tidak menutup aurat atau berpakaian menjolok mata, sejak Ramadan bermula Isnin lalu.

Selain itu, Mohamad Shukri turut menggesa mereka yang bukan Islam untuk tidak makan atau minum di depan umat Islam ketika bulan puasa.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengingatkan umat Islam agar tidak melakukan pembaziran sewaktu membeli juadah berbuka.

“Ini adalah sebahagian daripada ajaran agama. Islam juga mengajar umatnya tidak membazir ketika membeli-belah di bazar Ramadan. Makanan ringkas cukup untuk berbuka puasa,” katanya lagi.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2016/06/calon-pas-kutuk-sikap-tidak-matang-dap-naikkan-papan-iklan-provokatif/

Calon PAS kutuk sikap tidak matang DAP naikkan papan iklan provokatif



SUNGAI BESAR, Khamis – Calon PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai, Besar Dr Abdul Rani Osman mengutuk sikap politik tidak matang bekas sekutunya, DAP berhubung tindakan menaikkan papan iklan bersifat tohmahan dan provokatif di sekitar kawasan pekan Sekinchan di sini, semalam.

Katanya, DAP tidak sepatutnya menaikkan papan iklan yang bertulis perkataan fitnah dan perkauman itu kerana ia akan mengundang kemarahan sesetengah pihak dan menjejaskan keharmonian ketika berkempen.

“Cara berkempen sebegitu tidak diperlukan di sini, sesiapa yang menaikkan papan iklan itu perlu bertanggungjawab penuh dan dikenakan tindakan sewajarnya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa berkempen di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai papan iklan berkenaan yang dipasang semalam.

Tambah Dr Rani, dalam kempen PRK ini, PAS tidak akan menyerang secara peribadi ataupun menabur fitnah terhadap pemimpin parti lawan, sebaliknya lebih menumpukan kepada usaha memberi penerangan terhadap isu-isu rakyat.

Semalam sebuah portal berita melaporkan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua mengaku pihaknya yang bertanggungjawab menaikkan papan iklan itu.

Papan iklan itu telah diturunkan oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan satu laporan polis mengenainya telah dibuat.

Sementara itu, SPR dalam kenyataannya semalam berkata tindakan memasang bahan kempen yang berunsur tohmahan dan provokatif terhadap sesebuah parti bertentangan dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Mengikut Seksyen 4A Akta ini, menjadi kesalahan bagi mana-mana pihak sebelum, semasa dan selepas pilihan raya antaranya apabila melakukan apa-apa perbuatan atau penyataan bertujuan mengembangkan perasaan jahat, tidak puas hati atau permusuhan yang jika didapati bersalah boleh dipenjara maksimum lima tahun atau didenda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

Pengundian PRK Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun. – Bernama

Anonymous said...

Ceramah DAP-PAN ‘Digempur’ Kerana Ganggu Solat Tarawih


JUNE 10, 2016
AIDCNEWS


AIDCNews – 10/6/16 – DAP yang memakai baju oren, warna rasmi PAN dilihat tidak sensitif dengan agama apabila mengadakan ceramah ketika umat Islam sedang menunaikan solat sunat Tarawih.

Bengang dengan kebiadapan DAP-PAN itu, dua pemuda Melayu ‘menggempur’ ceramah tersebut.

Kejadian ini dirakam di Taman Sri Emas, Kuala Kangsar pada Rabu.

Anonymous said...

TIDAK HABIS-HABIS MENYALAHKAN ORANG LAIN , WALHAL YANG BERMASALAH KITA, UMNO-PAS
Oleh Mohammad Agus Yusoff

Tidak habis saya fikir, kenapa apabila b erlaku kekecohan dalam politik Melayu, baik itu dalam UMNO atau PAS, maka DAP, LGBT, dan kaum Cina yang dipersalahkan?

Pada saya, cukuplah kita menyalahkan kaum lain dengan masalah yang kita hadapi. Takkanlah masalah politik UMNO dan PAS hari ini adalah disebabkan oleh DAP dan kaum Cina?

Sepatutnya, jika kita orang Melayu bergaduh, kita muhasabah diri dan bertanya—apa puncanya? Adakah itu kerana terlalu mengejar kuasa, menjaga kuasa, memburu kekayaan, terlalu berpuak, atau adakah kerana terlalu sombong dan angkuh?

Selepas itu, tanya lagi diri kita. Sudah cukupkah kita membantu orang Melayu? Sudah cukupkah tindakan yang kita buat untuk menyatukan politik Melayu?

Dalam kita mencari jawapan kepada pertanyaan di atas, elakkanlah dari terus bersikap denial syndrome dengan hanya menyalahkan kaum lain. Lihatlah pada integriti kita, komitmen kita dan perancangan kita dalam menyelesaikan masalah Melayu.

Yang perlu sekarang ialah kita memahami keresahan rakyat. Cukuplah kita melihat masalah politik orang Melayu sekarang dari aspek polarisasi kaum.

Yakinilah, masalah kita tidak akan selesai jika sikap dan pemikiran kita tidak berubah. Dan ini harus dimulakan oleh pemimpin kita!

Anonymous said...

Salam En. Anonymous,

Kalau non-muslim nak minum carlberg 3 tan pun itu hal diorang, Yang Haji Hadi syirikkan Allah tu kenapa tak bising!!! Dia tu sesat lagi menyesatkan orang lain!!!

Isu sembahyang tarawih pula, Encik masih ingat tak Encik mengeluarkan hukum sendiri sembahyang tarawih sebelumpukul 9.40 malam!!!! Sebelum buat kenyataan bangang lagi fikir dulu.

Di dalam Islam wajib sentiasa mengatasi sunat.

Contohnya mancari nafkah wajib, sembahyang tahajud sunat. Kalau sembahyang tahajud berpuluh-puluh rakaat sehingga mengganggu kerja apa hukumnya??? Jatuh haram!!!

Sama juga, negara sedang diancam UMNO dan PAS pula sokong. Untuk memberi maklumat kepada rakyat supaya memilih yang benar jadi wajib.

Sembahyang tarawih sunat!!!

Apakah ceramah yang dikatakan tu dibuat di perkarangan masjid atau surau yang mengganggu sangat tu???

Kalau bukan, mengganggu apanya!!!!

Itu sensitiviti bangang!!!!

Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

Amboi tak habis2 dok sebut pan.....pan. awat hang alim sangat ke?hang tak tau ka tanda2 kiamat ada pada tok walakun hang hj hadi.di akhir zaman ulamak suka maki orang suka pada dunia suka makan dedak pemimpin zalim.ingat dosa pada manusia payah nak dapat maaf ooo.terlajak mulut buruk padahnya.tu sidek nor kan dah kena balasannya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails