▼
Wednesday, June 08, 2016
Bekas MB Khalid Ibrahim Pula Bantu Dr Rani Di Sungai Besar.
Abdul Khalid (dua, kanan) bersama-sama calon Dr Abdul Rani (kiri) ketika meninjau di premis perniagaan Pekan Sungai Besar, petang tadi. - Foto Sinar Harian
SUNGAI BESAR – Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengulangi pendiriannya tidak mahu menyertai Pas atau mana-mana parti kerana masih menunggu keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung pemecatannya dari PKR.
Abdul Khalid berkata, beliau sedang menunggu keputusan rasmi ROS sama ada penyingkirannya daripada PKR mengikut peraturan ataupun tidak.
"Ini tak bermakna saya berminat untuk parti (PKR)..tetapi saya nak (ingin) satu keputusan untuk kepentingan diri saya,” katanya pada sidang media selepas membuat tinjauan mesra di premis perniagaan di Pekan Sungai Besar, di sini, hari ini.
Abdul Khalid sebelum ini dipecat daripada PKR berikutan keengganannya menyerahkan jawatan menteri besar kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Ditanya tentang tindakannya yang seolah-olah menyokong kempen Pas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Abdul Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak menjelaskan, tindakannya itu sebagai satu usaha ‘membalas budi’.
“Semasa PRK Ijok (pada tahun 2007) saya tak kenal sesiapa pada masa itu. Tapi, rakan-rakan dari Pas di Ijok di seluruh Selangor datang membantu saya untuk kempen pilihan raya. Walaupun saya kalah, tapi saya sangat berterima kasih kepada mereka (Pas).
“Ini satu usaha bagi membalas budi mereka yang mana mereka juga telah bersama-sama saya semasa Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dan 2013. Alhamdulillah kita mencapai kemenangan,” katanya.
Katanya, tujuan utama beliau sebagai seorang ahli politik bebas adalah untuk bersama-sama membantu calon Pas, Dr Abdul Rani Osman yang bertanding bagi kerusi Parlimen itu.
“Itu sebab saya datang berjumpa dengan pengundi Tiong Hua yang mana saya ingin menyatakan kepada mereka walaupun Dr Rani ahli Pas, tapi dalam tata cara kerja beliau sepanjang menjadi Adun (Meru) dia tidak membezakan sesiapa, sama ada dia ahli Pas atau pun bukan ahli Pas.
“Oleh sebab itu, saya nak beritahu, bahawa Dr Rani akan membela sesiapa pun, walaupun dia dari parti Pas dia tidak memberikan kepentingan kepada parti tetapi kepada pertolongan yang boleh diberi kepada masyarakat,” katanya.
Ditanya peluang Pas untuk memenangi PRK Parlimen itu, Abdul Khalid yang juga Adun Pelabuhan Klang menjelaskan pertandingan kali ini jauh lebih sengit meskipun Pas hanya tewas dengan majority kecil pada PRU-13 lalu.
“Saya rasa pertandingan sengit sebab sekarang ada (pertandingan) tiga penjuru. Saya percaya Pas perlu bekerja keras bagi memenangi PRK Parlimen ini,” katanya. (SH)
Adakah orang melayu Kuala Kangsat dan Sungai Besar mahu nasib mereka sama dgn penduduk Islam Penang. Warga Islam Penang dizalimi bagai rakyat Palestine di Gaza.
ReplyDeleteIngat PAN Ingat DAP
Ingat DAP Ingat Abu Jahal
Penduduk kawal lagi Kampung Mutiara di Pulau Pinang
kg-mutiara-placard
GEORGETOWN, Selasa – Ratusan penduduk Kampung Mutiara di Batu Feringghi sekali lagi melakukan sekatan dan kawalan di pintu masuk ke kampung mereka berikutan ura-ura pemilik tanah akan menjalankan kerja pengusiran, hari ini.
Penduduk dilaporkan menyekat pintu masuk kampung di tepi bukit di Batu Ferringhi dengan menempatkan golongan tua serta berkerusi roda di bahagian hadapan bertujuan menghalang sebarang usaha merobohkan rumah mereka.
Ini adalah percubaan kali kedua pemilik tanah, Peter Loke untuk mengusir penduduk kampung itu selepas usaha pada pertengahan Oktober lalu gagal berikutan penduduk bangkit mempertahankan kampung mereka.
Konflik di kampung itu bermula selepas keputusan mahkamah berpihak kepada Loke yang membeli tanah itu pada 2007.
Penduduk kampung itu dikatakan mula berbincang dan berkumpul sejak malam tadi selepas tersebar desas-desus dalam media sosial bahawa pemilik tanah akan menjalankan kerja merobohkan rumah mereka, hari ini.
Sebelum ini, UMNO Pulau Pinang telah mengambil inisiatif untuk membeli tanah daripada pemilik dengan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Kerajaan Persekutuan sudah mengeluarkan tawaran rasmi untuk membeli tanah pada kadar pasaran semasa.
Surat yang dihantar kepada pemilik tanah pada 27 Ogos lalu bagaimanapun sehingga kini belum dijawab
Berikutan tindakan penduduk itu, sepasukan anggota polis diketuai Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, dikejarkan ke kampung berkenaan.
Hasnul dan Saari Sungip dari PAN sanggup menganiaya orang amanah macam TSKI demi Laknatullah DAP yg anti Islam
ReplyDeletehttp://www.ismaweb.net/2015/08/akhirnya-pkr-saifuddin-mengaku-fitnah-saya-kata-khalid-ibrahim/
Akhirnya PKR, Saifuddin mengaku fitnah saya, kata Khalid Ibrahim
khalidun
Oleh Siti Fatimah Ishak
BANGI, Ahad – Kes saman fitnah bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution, selesai secara baik, kelmarin.
Namun, penyelesaian itu membuka pekung PKR dan Saifuddin setelah kedua-duanya mengaku melakukan fitnah terhadap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang itu, sehingga menjatuhkan Abdul Khalid daripada kerusi Menteri Besar.
Mengakui teramat kecewa dengan fitnah mengaibkan yang disebarkan itu, Abdul Khalid dalam kenyataan media hari ini, berkata:
“Mahkamah Tinggi Shah Alam merekodkan Penghakiman Persetujuan dimana Dato’ Saifudin selaku Defendan Pertama dan PKR Defendan Kedua telah menyatakan rasa kesal mereka dan memohon maaf kerana mengeluarkan dan mengedarkan satu laporan 91 muka surat yang mengandungi pelbagai tuduhan fitnah terhadap saya.
“Mereka mengakui bahawa laporan tersebut telah dikeluarkan dan diedarkan bagi menjelaskan mengapa saya perlu dilucutkan dari jawatan Menteri Besar Selangor dan bukanlah satu bukti muktamad bahawa saya telah melakukan kesalahan seperti fitnah yang disebut.
“Mereka turut menyatakan rasa kesal dan mengakui bahawa penyataan di dalam laporan tersebut tidak sepatutnya diperkatakan serta memberi akujanji tidak akan mengulangi tuduhan serta fitnah tersebut.”
Abdul Khalid berkata, sebagai seorang Islam beliau menerima pernyataan maaf dan kesal PKR serta Saifuddin, sama seperti kes-kes lain beliau berlapang dada dengan tidak mahu memanjangkan persengketaan jika pihak yang membuat fitnah itu mengakui kesilapan mereka.
“Pada saya penyataan maaf sudah mencukupi untuk menebus maruah saya yang tercalar dengan fitnah-fitnah yang dilemparkan.
“Saya akui, kes yang terakhir ini telah memberi tamparan yang amat hebat kepada saya dan pasukan saya di pejabat Menteri Besar yang sentiasa mementingkan amalan berteraskan ketelusan, pertanggungjawaban, dan kemahiran pengurusan selama saya menerajui pentadbiran kerajaan Negeri Selangor.
Untung PAN kalau dipuji oleh Ketua Musyrikin (KM) Penang.
ReplyDeleteJika dizaman dahulu kala Abu lahab memrangi orang yh kasih kepada Islam. Sekarang Abuya Sifoo Bukit Penang Merangkap Ketua Musyrikin anak beranak melawan orang Islam
Zaman dulu sembahan orang musyrikin adalah Hubbal, Latta, Uzza dan Manat. Bagi Neo Musyrikin, mereka tidak menyembah berhala lagi, tetapi mereka menyembah ideologi liberalisasi dan secularisme yg anti Islam
http://www.ismaweb.net/2016/04/ramasamy-mesti-disiasat-mengikut-akta-hasutan-hina-ulama-islam-musa-hassan/
Ramasamy mesti disiasat mengikut Akta Hasutan hina ulama Islam: Musa Hassan
Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang gelar Zakir Naik ‘Syaitan’ cetus kemarahan ekstremis
KUALA LUMPUR, Sabtu – Tindakan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy menggelar penceramah Islam terkenal dunia, Dr Zakir naik, sebagai ‘Syaitan’ adalah perbuatan menghasut dan membahayakan dirinya sendiri.
Sehubungan itu, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menggesa polis mengambil tindakan undang-undang ke atas Ramasamy kerana penghinaannya terhadap ulama adalah satu kesalahan jenayah mengikut Akta Hasutan.
“Itu adalah satu kesalahan jenayah kerana menghasut orang untuk menggugat keselamatan. Itu satu jenayah, pihak polis kena siasat.
“Mana boleh dia panggil ulama syaitan. Itu menghasut orang supaya membenci ulama tersebut. Kerana dalam agama lain pun ada orang ekstremis. Itu membahayakan nyawa dia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Klinik Khidmat Nasihat Guaman Percuma Parlimen Pandan, di Pandan Indah hari ini.
Katanya, tindakan Ramasamy itu hampir sama dengan tindakan penulis buku dari Iran, Salman Rushdi yang memanggil Nabi Muhammad SAW sebagai syaitan.
“Sampai orang nak bunuh dia, tapi negara-negara Barat melindungi dia. Dia kata, apa yang diterima Nabi Muhammad SAW adalah wahyu syaitan, bukan daripada Allah, walhal dia orang Islam.
Berjuang tak julang keris tapi memfitnah Tan Sri Khalid Ibrahim 91 muka surat bukan cara pejuang yang sebenar. Adakah PAS yang menyuruh PKR menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim dengan memfitnah cara kotor sebegini? Ingat Saifuddin, di sebalik pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim, TG Nik Abdul Aziz tetap menyokongnya.
ReplyDeleteKredit Tranungkite
Hubungan antara PAN dan Laknatullah DAP berdasarkan Jamiat al Fassad (Jemaah kerosakan)
ReplyDeleteAPA SALAHNYA KALAU PANGGIL "PAN"???
ReplyDeleteHuh! Heran jugak dengan pemimpin parti KUALI pimpinan Si Mat Sabu ni. Pasal soal nama singkatan parti sendiri pun diorang boleh jadikan sebagai bahan kempen untuk diperbesar - besarkan.
Apa salahnya kalau orang guna nama singkatan PAN tu bagi merujuk kepada parti mereka? Hina sangat ke nama singkatan yang diberikan oleh pihak media tu dari pandangan mereka?
Asalnya, nama PAN tu diambil dengan menggunakan perkataan awal bagi nama penuh parti itu sendiri, Parti Amanah Negara. Maka jadi la singkatannya PAN. Itu pun jadi masalah jugak?
Padahal, benda yang sama juga digunakan oleh pihak media bagi merujuk kepada Parti Keadilan Rakyat yang menggunakan singkatan PKR. Takkan itu pun diorang anggap sebagai satu 'Dosa Besar'?
Dalam satu kenyataan yang dibuat semalam, Pengerusi PAN Perak mempersoalkan tindakan pihak media yang merujuk mereka sebagai parti PAN dan mendesak agar mereka gunakan singkatan AMANAH.
“Kami didaftarkan di atas Parti amanah Negara, dan singkatan kepada kami adalah Amanah bukannya PAN. Saya lihat kecenderungan sesetengah pihak media masih lagi menggunakan nama PAN. Saya mahu membetulkan perkara itu.
"Saya telahpun menghantar surat kepada Setiausaha Agung parti (mengenai perkara itu) bantahan lembut minta pembetulan supaya tolong merujuk kami sebagai Amanah,” katanya di bilik gerakan Amanah, di sini, pagi tadi.
Dari segi definasinya, perkataan AMANAH tu merujuk kepada salah satu sifat yang mulia. Ianya tidak sedikit pun menggambarkan parti KUALI yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu sendiri.
Mana tidaknya. Jika pemimpin utama dikalangan parti KUALI Si Mat Sabu tu 'Amanah', sudah pasti mereka tidak akan mengkhianati kepercayaan rakyat yang telah diberikan kepada mereka.
Walhal, diorang dapat jawatan sebagai wakil rakyat, sama ada sebagai Ahli Parlimen atau pun sebagai ADUN disebabkan mereka bertanding atas tiket PAS, bukannya atas tiket PAN.
Tapi malangnya, bila mereka KALAH dalam pemilihan PAS yang lalu, pemimpin dikalangan parti KUALI Si Mat Sabu tu mula menjadi PENGKHIANAT dan bertindak keluar dari parti secara beramai - ramai.
Yang paling IRONIKnya, Pengerusi PAN Perak tu sendiri telah diberikan kepercayaan untuk mengendalikan pemilihan tersebut. Pun dia masih nak kata wujud penyelewengan dalam pemilihan PAS?
Tidakkah itu membuktikan bahawa pemimpin dikalangan parti KUALI Si Mat Sabu tu semuanya Tak Amanah dalam memegang jawatan mereka? Kalau betul diorang Amanah, sudah pasti diorang akan meletakkan jawatan sama ada sebagai wakil rakyat!!!
Semut Hitam at Rabu, Jun 08, 2016