Tuesday, June 07, 2016

BN S'wak Paksa APnya Tolak RUU Tinggikan M/Syariah. Apa Kata PAS?

Post Pic
SHAH ALAM: PAS berpendapat adalah tidak wajar Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak mengeluarkan arahan supaya kesemua ahli Parlimennya menolak usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian yang dibentang parti itu dalam parlimen hujung Mei lalu.

Ini kerana jelas Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad, usul berkenaan tidak mempunyai kaitan langsung dengan masyarakat bukan Islam, justeru ahli Parlimen BN di Sarawak khususnya beragama Islam tiada sebab kukuh untuk menolak RUU berkenaan. 

Malah tegasnya lagi RUU berkenaan hanya untuk memperkasakan Akta Mahkamah Syariah, dan menyentuh isu hukuman ke atas penganut agama Islam sahaja.

"Ia langsung tidak menyentuh masyarakat bukan Islam. Oleh itu tidak ada sebab kenapa ahli Parlimen BN (Sarawak) tidak boleh menyokong RUU itu," katanya melalui kiriman aplikasi WhatsApp kepada Antarapos.
Tan Sri Adenan Satem mengarahkan kesemua 25 ahli Parlimen Sarawak supaya menolak RUU berkenaan.

Sebelum ini, Adenan turut berulang kali menegaskan keputusan Kerajaan Negeri Sarawak untuk menolak hukum hudud dan ia turut dinyatakan dalam 53 inisiatif pemerintahannya.

RUU berkenaan akan dibentangkan untuk dibahaskan dalam sesi Dewan Rakyat pada Oktober depan, selepas ia ditangguhkan bagi memberi masa kepada semua ahli Parlimen untuk meneliti RUU berkenaan sebelum apa-apa keputusan dibuat.

Tambah Iskandar lagi, usaha PAS ini adalah untuk umat Islam dalam memperkasakan hukum mengikut syarak. 

"Yang penting PAS telah berusaha untk menjalankan tanggungjawabnya sebagai sebuah parti Islam. PAS berpendirian RUU ini penting kerana ia memperkasa Mahkamah Syariah," jelas Pesuruhjaya PAS Selangor itu. (Antarapos)

7 comments:

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2016/05/kata-pedang-satu-undi-kepada-pan-bermakna-satu-undi-untuk-dap/

KATA PEDANG: Satu undi kepada PAN, bermakna satu undi untuk DAP

SECARA demokrasi, sesiapa yang berkelayakan dan memenuhi syarat dibenarkan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, termasuk calon bebas.

Namun, ada juga yang berpandangan adalah lebih baik bagi PAN meletakkan calon mereka di dua kerusi berkenaan, untuk menguji sejauh mana sambutan rakyat terhadap parti serpihan PAS itu.

Bagi mereka, pertembungan tiga penjuru yang mungkin bakal berlaku itu, akan menjadi contoh penilaian pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Dengan itu, perkiraan boleh dibuat secara lebih mendalam bagi menghadapi situasi demikian.

Bagi Pedang pula, biarlah kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar ini ditandingi mengikut tradisinya iaitu pertembungan satu lawan satu antara PAS dan Barisan Nasional (BN).

Hal ini kerana, walau siapa pun yang menang, kerusi itu akan terus kekal di tangan orang Melayu Islam bersesuaian dengan majoriti pengundinya adalah bangsa Melayu.

Mengikut rekod, Parlimen Sungai Besar mempunyai 42,836 pengundi dengan pecahan kaum Melayu 28,776 (67.18 peratus), Cina 13,142 (30.68 peratus), India 820 (1.91 peratus) dan kaum lain 98 (0.23 peratus).

Kuala Kangsar pula mempunyai lebih 31,871 pengundi dengan pecahan Melayu mewakili 69.18 peratus, Cina 23.62 peratus, India 7.12 peratus dan kaum lain 0.09 peratus.

Meskipun bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin yang kini Timbalan Pengerusi PAN Perak amat yakin partinya mempunyai peluang sehingga 51 peratus untuk mengalahkan calon BN, Pedang tetap tidak bersetuju dengan pencalonan PAN.

Agenda Melayu dan Islam bukan agenda utama PAN dan pakatan itu.

Jikapun PAN mahu memperjuangkan Islam menerusi politik, PAN mesti akan akur dan tunduk jika DAP menentang tindakan Islamisasi oleh PAN.

Ini sudah jelas, tak perlu dibuktikan lagi.

Tambahan pula, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad telah menegaskan bahawa DAP adalah parti dominan dalam pakatan (tiada) harapan, bukannya PAN atau PKR.

Oleh itu, pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar, jangan beri ruang langsung kepada PAN jika mereka bertanding pada hari pengundian 18 Jun nanti.

Kata Pedang: Semua sudah maklum, PAN hanyalah ‘hamba’ kepada parti rasis dan cauvinis DAP dalam pakatan (tiada) harapan.

Anonymous said...

Ingat PAN Ingat DAP. DAP pula anti Islam

http://www.ismaweb.net/2016/03/kata-pedang-dap-tetap-anti-islam-walau-berkawan-dengan-tun-m/

KATA PEDANG: DAP tetap anti-Islam walau berkawan dengan Tun M

PUAK ultra kiasu anti-Islam tetap anti-Islam biarpun dengan siapa mereka berkawan hatta negarawan.

Pemimpin rasis dan cauvinis Lim Kit Siang sanggup membuat kenyataan tidak pernah membenci Tun Dr Mahathir semata-mata ingin duduk sepentas dengan bekas perdana menteri itu.

Umum mengetahui Tun Dr Mahathir menolak kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak atas alasan skandal kewangan berbilion ringgit menerusi syarikat pelaburan 1MDB tapi ia masih belum berjaya dibuktikan dan didakwa di mahkamah.

Keadaan berbeza bagi parti tak tahu malu DAP yang menolak Najib bukan hanya kerana berada di posisi pembangkang, bahkan mereka juga entiti anti-Islam yang membenci setiap usaha Islamisasi oleh pihak kerajaan yang diketuai Najib.

Mereka mahu Najib jatuh, pemimpin Melayu berpecah belah, dan akan lahir keadaan yang akan memberi kelebihan kepada DAP menguasai tampuk kepimpinan negara.

Keadaan ini adalah lebih bahaya dan mudarat kepada negara berbanding keadaan hari ini.

Meminjam kata-kata Prof Dr Ridhuan Tee dalam tulisannya hari ini, apa jaminan yang ada jika Najib berundur? Siapakah yang akan menggantikan? Adakah DAP hanya duduk diam tanpa merancang sesuatu yang jahat untuk Islam dan orang Melayu?

Berdasarkan rekod lampau sedia ada, orang Melayu tidak harus bekerjasama langsung dengan DAP dalam apa jua keadaan sekalipun. Ini kerana matlamat tidak menghalalkan cara.

KATA PEDANG: Setuju pemimpin bermasalah perlu ditukar tapi bukan dengan DAP dan konco-konconya.

Anonymous said...

BANGI, Isnin – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyelar Parti Amanah Negara (PAN) yang dilihatnya sudah menjadi pak turut kepada parti rasis dan cauvinis, DAP apabila bersekongkol menolak usul pindaan Mahkamah Syariah di Dewan Rakyat Mei lalu.

Katanya, beliau hairan apabila PAN mengikut jejak DAP tidak menyokong keputusannya membawa usul tersebut.

“Tiba-tiba puak DAP tak setuju dan lawan, puak-puak PAN (AMANAH) sokong DAP pula, ini pelik,” katanya dalam ceramag di Markas PAS Pemuda Kampung Sayong, Kuala Kangsar.

Susulan itu Hadi berkata, pengundi perlu sedar sifat pemimpin PAN yang kini sudah sanggup mengikut sahaja kata dan keputusan DAP.

“Kita kena sedar PAN ini siapa dia, ikut cara DAP setuju,” katanya.

Hadi juga memberitahu bahawa beliau mengetahui hubungan antara DAP dengan beberapa kumpulan Kristian yang bimbang jika syariat Islam ditegakkan kononnya akan ramai masyarakat bukan Islam memeluk Islam.

“Saya difahamkan di kalangan Kristian, Kristian ini bersahabat dengan DAP, saya cakap terang-terang ini, ada pemimpin DAP bersahabat dengan Kristian puak-puak Kristian yang takut syariat Islam dilaksanakan.

“Mereka takut orang bukan Islam masuk Islam, itu sebenarnya, kalau syariat Islam dilaksana di Malaysia ini, orang tengok aman, baik hukum Islam ini, mereka takut bukan Islam ini masuk Islam, itu hak dia kita tak paksa, itu sebenarnya,” katanya.

Anonymous said...



Apb Integrity=AMANAH berkuasa ramai lebai2 wostad yg merembat balak dan yg sedondon mencuri berJUTA2 akan jd kecut dan takut disumbat kepenjara

System berIntegrity=berAMANAH akan sentiasa tulus telus saksama tak mengira darjat dan pangkat demi tertegak nya sbnr2 KBENARAN serta KEADILAN univesal sejagat!

Awas! Itu lah yg sgt2 ditakuti oleh setiap perembat dan penCURI hak rakyat


Anonymous said...

RUU bertujuan mencegah kemungkaran dengan lebih berkesan maka tidak hairanlah kaki botol, kaki betina dan kaki judi amat bencikan dan menentang RUU. Sahabat-sahabat syaitan ini mendakwa diri mereka beragama Islam tetapi mereka lebih suka melihat keruntuhan akhlak berlaku berleluasa dalam masyarakat !

Anonymous said...

Salam En. Anonymous,

Pakai laman web pemfitnah ISMA lagi, tak serik-serik ke memfitnah???

Tak takut dosa ke????

Sebelum menyebarkan fitnah baca dulu dan kaji dulu isi kandungan. Nanti kena balik dengan diri sendiri.

Sendiri copy-paste pasal undang-undang negara Khalifah Uthmaniah, lepas tu tak mengaku pula.

Hahahaahaa!!!

Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

Salam En. Anonymous,

Encik sebenarnya minta maaf cakap tersilap!!!

Mana ada RUU boleh mencegah kemungkaran???

Ketika saya berusia 14 tahun dan bersekolah agama, bapa saya yang ketika itu mengambil Pengajian Islam dan pensyarahnya adalah Dato' Dr. Haron Din!!!

Beliau berkata hudud boleh menjamin keadilan dan mencegah kemungkaran!!!

Masa tu kita budak-budak ia jelah!!!

Sekarang saya dah tak bersetuju!!!

Sekarang beritahu saya macam mana RUU tu menjamin keadilan dan mencegah kemungkaran????

Apa mekanismenya???

Kalau tak boleh beritahu jangan sesuka hati melabel dan memfitnah kaki botol, kaki betina dan kaki judi!!!!

Ilmu tak ada!!!

Kalau minta bukti bagi email hahhahhahaa!!!

Yang jahil,

Nobody

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails