Thursday, June 09, 2016

Ceramah PAN Diserang, Ganggu Umat Islam Bertarawih. Benarkah? Lihat Ini.

Ceramah PAN Diserang Ganggu Umat Islam Bertarawih

KUALA KANGSAR – Inilah padahnya setelah enggan menerima teguran secara sopan termasuk daripada petugas media yang beragama Islam sendiri berhubung waktu ceramah Parti Amanah Negara (PAN) kurang sesuai.

Malangnya nasihat itu bukan sahaja dijawab seumpama acuh tidak acuh, malah urusetia PAN meminta wartawan Muslim pula agar menyesuaikan diri dengan jadual program diaturkan mereka waima memang tidak masuk akal.
Bayangkanlah waktu ceramah PAN termasuk ada yang disusun sendiri oleh pihak DAP sengaja dibuat ketika umat Islam baharu sahaja menikmati juadah berbuka puasa dan kemudian sibuk menunaikan solat fardu Maghrib.
Isu ini turut dimaklumkan kepada pihak urusetia PAN oleh pengamal media tempatan sendiri menerusi perbualan dalam kumpulan WhatsApp disediakan parti tersebut iaitu Media AMANAH P.067 tetapi lihatlah layanannya.
Ramai kesal dengan perangai PAN yang bukan sahaja tidak matang, bahkan tidak menghormati sensitiviti umat Islam apabila sanggup membuat ceramah pada waktu tersebut sempena demam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar.
Screenshot_2016-06-09-00-31-15
Screenshot_2016-06-09-00-29-34
Akhirnya apa dibimbangi terbukti meletus apabila ceramah PAN bertempat di Taman Sri Emas di sini lewat Rabu bertukar kecoh setelah diserang dua pemuda Melayu yang berang ia diadakan ketika solat sunat Tarawih.
Insiden terjadi tanpa diduga ketika seorang penceramah DAP berada di pentas dan lelaki tersebut memberi amaran keras supaya menghentikan ceramah jika tidak mahu sebarang kejadian tidak diingini daripada berlaku.
Apa yang sedihnya, waima diberi teguran, pihak PAN difahamkan masih enggan berganjak tetap meneruskan ceramah itu namun dengan memperlahankan paras bunyi pada alat pembesar suara di kawasan pentas.
Video pemuda tempatan ini yang memberi amaran terhadap tindakan biadap PAN itu menjadi viral menerusi media sosial dan ramai netizen menempelak cara berkempen parti tersebut sebagai agak kurang ajar.
Mungkin tindakan lelaki tersebut dianggap tidak sopan, namun siapa boleh bersabar jika maruah agamanya diganggu hanya kerana kepentingan politik apatah lagi dalam bulan suci Ramadan.  

Lapor Mynewshub.cc

Sementara menurut Sinar Harian pula.. 

‎Ceramah Pakatan Harapan diganggu

Ceramah Pakatan Harapan diganggu

KUALA KANGSAR - Ceramah Pakatan Rakyat di Taman Sri Emas malam tadi dicemari dengan insiden gangguan hampir empat lelaki di sini.


Kesemua pemuda itu mendakwa penduduk di taman ini. Kekecohan pertama berlaku kira-kira jam 8.40 malam, ketika Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar sedang berucap.


Kejadian itu menyebabkan Sivakumar terpaksa berhenti selepas seorang lelaki hadir di hadapan pentas dengan menyatakan bahawa ceramah itu mengganggu ketenteraman awam. Ceramah itu kemudiannya dihentikan selama 15 minit.


Gangguan kedua pula berlaku ketika Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke sedang berucap, kira-kira jam 9.30 malam. Sekempulan pemuda itu menyatakan alasan yang sama iaitu ceramah ini mengganggu penduduk dan meminta semua ceramah tidak kira daripada Pakatan Harapan, BN dan Pas bermula jam 10 malam bagi menghormati bulan Ramadan.


Setiausaha Agong PKR, Rafizi Ramli ketika ditemui Sinar Harian selepas berucap di pantas sama berkata, beliau berharap semua yang terlibat dalam berkempen memahami latar belakang budaya masing-masing.


"Memang betul memang Islam nak solat sebagainya. Mungkin yang bukan Islam ada ruang dia juga asalkan masing-masing tahu batasan.

"Kalau boleh kita cuba elakkan berlakunya sebarang gangguan," katanya. (SH)

Lihatlah antara dua sudut pandangan.
#PRKKUALAKANGSAR

12 comments:

Anonymous said...

Ya Allah betapa hinanya PAN mengkhadamkan diri ke DAP.

Kalau bulan Ramadhan PAN tak hormatm benda lain lagi la.

Ingat PAN Ingat DAP
INGAT DAP INGAT ABU LAHAB

MOGA2 KEPIMPINAN DAP DILAKNAT OLEH MAHASUCI KEATAS KEBENCIAN MWREKA TERHADAP ISLAM

Anonymous said...

Mari kita renungi Ayat2 suci Al Quran. Wahai PAN, kamu sudah menjadi orang melampaui batas, maka baliklah ke kaedah Islam sebenar. Ni dilampirkan ayat2 al quran untuk kamu faham. Jika kamu menerima ayat2 ini, maka itu adalah yg terbaik. Jika kamu menolak, bertaubat dan kembalilah kepada Al Quran dan Sunnah

Al-Qur'an melarang saling tolong dengan kafir yang akan merugikan umat Islam

QS. 28. Al-Qashash : 86.
"Dan kamu tidak pernah mengharap agar Al-Quran diturunkan kepadamu, tetapi ia (diturunkan) karena suatu rahmat yang besar dari Tuhanmu, sebab itu janganlah sekali-kali kamu menjadi PENOLONG bagi orang-orang kafir."

QS. 60. Al-Mumtahanah : 13.
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan PENOLONGMU kaum yang dimurkai Allah. Sesungguhnya mereka telah putus asa terhadap negeri akhirat sebagaimana orang-orang kafir yang telah berada dalam kubur berputus asa."

5. Al-Qur'an melarang mentaati orang kafir untuk menguasai muslim

QS. 3. Aali 'Imraan : 149-150.
"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu MENTAATI orang-orang yang KAFIR itu, niscaya mereka mengembalikan kamu ke belakang (kepada kekafiran), lalu jadilah kamu orang-orang yang rugi. Tetapi (ikutilah Allah), Allah lah Pelindungmu, dan Dialah sebaik-baik Penolong."

6. Al-Qur'an melarang beri peluang kepada orang kafir sehingga menguasai muslim
QS. 4. An-Nisaa' : 141.
"...... dan Allah sekali-kali tidak akan MEMBERI JALAN kepada orang-orang kafir untuk memusnahkan orang-orang yang beriman."

Anonymous said...

Wahai PAN bacalah peringatan diatas. Jangan kamu menjadi Khadam kepada DAP. Menjadi Khadam kepada DAP adalah bagai menjadi Haman kepada Firaun, Menjadi penolong kepada Abu Jahal, Menjadi tukang fitnah bagi ABudllah bin Ubay dan menjadi Syiah yg mebunuh Saidina Ali

Asslamualaikum

Anonymous said...

Hello PAN, Mike Sabu Al Hajj tak ajar ka bulan Ramadhan adalah bulan kawal nafsu dan beribadah. Cuba tunggu 10.30. Jgn kacau orang kat masjid. Macam ni claim Islamik. AKu tau la didikan PAN gila mikrofon. Tunngulah lepas Morei baru berceramah.

AKu sabagai Ahli ISMA ada copy paste kat bawah ni pasal bulan Ramadhan. Mungkin bagi PAN, tazkirah DAP adalah lebih muali dari dengar tazkirah hadith 40

http://www.ismaweb.net/2016/06/tarbiyah-puasa-adalah-latihan-melepaskan-runtunan-nafsu/

TARBIYAH: Puasa adalah latihan melepaskan runtunan nafsu

PUASA ADALAH LATIHAN MELEPASKAN BEBANAN RUNTUNAN NAFSU UNTUK JIWA LEBIH TINGGI MENDEKATI PENCIPTA YANG MAHA TINGGI

Nafsu atau dalam bahasa Arabnya Al-Hawa الهوي membebankan seseorang apabila dia ingin memenuhi dan menuruti semua kehendaknya. Ia akan menghalang seseorang mukmin itu untuk sampai kepada ketinggian dan kemuncak keimanan. Dalam bahasa Arab, Hawa itu sendiri bermaksud rendah, dasar yang dalam yang akan membawa pemujanya ke lembah kehinaan.

Nafsu sentiasa menasihati seseorang supaya mengambil apa saja kelazatan untuk diri tanpa menghiraukan akibatnya. Bagi mereka yang menurutinya tanpa menimbang dengan akal yang waras akan terbeban dengan akibat perbuatannya yang menuruti nafsu tersebut. Seperti seorang yang suka dan merasa lazat dengan makanan manis dan berlemak maka dia akhirnya akan terbeban dengan penyakit yang disebabkan oleh berlebihan lemak dan gula di dalam badannya apabila dia menuruti nafsu makannya.

Begitulah juga bagi seseorang yang sukakan kuasa dan pengaruh. Dia akan terbeban dengan kuasa dan pengaruhnya apabila dia menuruti kelazatan nafsunya dalam mencari kuasa dan pengaruh tanpa dipandu oleh akalnya yang waras.

Al-Quran adalah kitab Hidayah daripada Pencipta membimbing akal dengan maklumat yang betul dan tepat mengenai kehidupan. Sama ada hidup di dunia atau hidup di Alam abadi. Setiap perbuatan atau tindakan diberitahu akibatnya sama ada baik atau buruknya, segala kelazatan itu ada akibatnya sama ada baik atau buruknya untuk kehidupan. Kehidupan di dunia atau kehidupan akhirat, kehidupan dalam lingkungan individu atau kehidupan bermasyarakat.

Nafsu yang terkawal oleh akal yang waras yang mendapat bimbingan hidayah al-Quran akan menjadikan seseorang memiliki jiwa yang bahagia kerana ia tidak terbeban dengan akibat buruk memenuhi runtunan nafsu.

Puasa apabila dilihat daripada sudut hikmahnya adalah untuk melatih nafsu supaya terkawal, latihan itu agak berat kerana tempoh sebulan penuh dan mengharamkan sesuatu yang dihalalkan pada bulan-bulan yang lain. Begitu juga tumpuan dalam latihan ini adalah daripada sudut makan minum dan seks yang merupakan perkara utama bagi nafsu dalam mendapat kelazatan hidup.

Apabila seseorang itu dapat mengawal nafsunya daripada dua sudut ini nescaya dia akan dapat mengawalnya daripada sudut-sudut yang lain.

Begitu juga apabila jiwa seseorang itu kuat dan dapat mengawal runtunan nafsunya maka lebih mudah dia menuruti arahan Tuhannya dan apabila dia menuruti arahan Tuhannya serta melakukan apa yang disukai oleh Allah maka dia akan lebih dekat kepada-Nya dan menjadi orang yang dikasihi-Nya.

Itulah kemuncak KETINGGIAN yang sepatutnya dicari oleh setiap Mukmin.

Ustaz Rushdan Abdul Halim
Ahli Jawatankuasa Pusat Isma

Din said...

Hang marah2 tu sembahyang ke tak...

Anonymous said...

Amboi biasalah PAN. Tazkirah DAP lagi suci dari dengar hadith 40

Anonymous said...

betul la mamat yang sound tu, kena hormat umat Islam nak bertarawih.... sambil mulut sedut rokok gudang garam......phussss.....hihihi

Islam kata merokok haram\Tak solat terawih masih ok

Ok, korang mesti kata aku ni PAN..tat la, ya, wat eber. Mulut sama2 tak jaga bulan puasa...... i dun gip a shit.

Korang mesti kata imam aku mesti DAP.....hahahahahahhahaa
sib baik LGE tak kuar amaran, TAK TAAT SERUPA HLANG AKIDAH

Kpd ahli pas tu....
jagalah parti sepertimana jaga akidah
iktikad kasi putus

JOM TARAWIH Pastu morei
pastu gi ceramah

Anonymous said...

Setelah membaca komen penyokong parti kuali dan parti roket, kita dapati mereka ini adalah jenis bodoh sombong kerana mereka suka menyalahkan orang lain dan parti lain walaupun kesalahan itu dilakukan oleh parti kuali dan parti roket sendiri. Inilah akibatnya manusia jahil yang bersikap taksub terhadap sifu kafir roket yang berlagak 'suci'!

Anonymous said...

BIASA..... GANGGUAN YANG DI RANCANG....
MUSANG BERBULU AYAM.....
SEMUANYA DI BAYAR UPAH.....
19 TAHUN LALU KITA SUDAH MELALUINYA.....
HIDUP REFOMASI.....
HIDUP ANWAR.....
ANTI GST....

Anonymous said...

Jangan nak bohong. Sebenarnya slogan PH adalah

HIDUP ROKET
HIDUP DAP
ANTI ISLAM

Mengaku Reformist tapi pengkhianat PAN yg menjadi khadam DAP

Anonymous said...

En. Anonymous,

Haji Hadi pengkhianat akidah Islam!!!!

Beliau layak digelar Ulama' Su' iaitu sejahat-jahat manusia!!!!

Oleh itu slogan PAS sebenarnya adalah

Hidup memaki hamun DAP Babi!!!

Hidup melakukan perkara haram dan mungkar taknak jawab salam!!!!

Anti Akidah Taat kepada Allah sebaliknya pro akidah Taat kepada PAS!!!!

Yang jahil,

Nobody



Anonymous said...

Salam En. Anonymous,

Bila pula Syiah yang membunuh Saidina Ali???

Bukan kawarij ke???

Itulah ikut Ulama As-su' dan Parti Islam seTanah Melayulah sangat sampai bodoh tara tu HAHAHHAAH!!!

Yang jahil,

Nobody

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails