Thursday, June 30, 2016

Guan Eng Di Mahkamah Esok, 2 Tuduhan Rasuah. Phang Li Khoon Ditangkap.

Post Pic
GEORGTOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pembelian sebuah banglo yang didakwa di bawah harga pasaran.  

Perkara itu disahkan oleh bapanya yang juga Penasihat DAP, Lim Kit Siang menerusi Twitter.

Kit Siang berkata, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Georgtown esok, atas dua pertuduhan rasuah.

Pada ketika ini Guan Eng sedang dibawa ke Ibu pejabat SPRM Pulau Pinang.
Beliau akan didakwa mengikut Seksyen 23 Akta SPRM dan Seksyen 165, Kanun Keseksaan.

Pertuduhan pertama berkaitan dengan dakwaan salah menggunakan kuasa dengan menukar status tanah Taman Manggis daripada pertanian kepada komersial, dan dakwaan kedua pula berhubung memperolehi banglo berkenaan di bawah harga pasaran.


Phang Li Khoon

Media juga melaporkan bahawa ahli perniagaan Phang Li Khoon, yang menjual rumah di Jalan Pinhorn pada harga RM2.8 juta itu juga telah ditangkap.

Pada 4 Mac lalu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahya mendakwa Guan Eng  membeli sebuah banglo yang didakwa jauh di bawah harga pasaran dan mengaitkannya dengan penjualan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis kepada pemaju swasta. (antarapos)

4 comments:

Anonymous said...

Org suci murni pujaan manion dah kena tangkap juga ni.dah kata akan tertinbus dgn terowong aganannya.jd kawan nuor juga le jwbnya.habislah minion hilang tempat pujaan

Anonymous said...

belambak lagi kes yang disiasat diam macam tu saja apa pasai
apa guna jawatan tinggi didunai kalau setakat jadi barua setiap hari
melindungi salah laku orang tertentu
didunai bolehlah nak tunjuk besar diakhirat tunggu lah akibatnya
itu pun kalau yakin ada nya akhirat

Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan.

Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, pendengaran, penglihatan dan kulit mereka menjadi saksi terhadap mereka tentang apa yang telah mereka kerjakan.

Dan mereka berkata kepada kulit mereka: Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?" Kulit mereka menjawab: "Allah yang menjadikan segala sesuatu pandai berkata telah menjadikan kami pandai (pula) berkata, dan Dia-lah yang menciptakan kamu pada kali yang pertama dan hanya kepada-Nyalah kamu dikembalikan.

Kamu sekali-kali tidak dapat bersembunyi dari persaksian pendengaran, penglihatan dan kulitmu terhadapmu bahkan kamu mengira bahwa Allah tidak mengetahui kebanyakan dari apa yang kamu kerjakan.

hai manusia mana mau lari

Anonymous said...

KUIZ CLEVER MAN (bukan Clever Girl)

Soalan Mencabar Minda:


Siapakah yang terlibat dalam skandal banglo terlajak murah, skandal tanah manggis, skandal kos kertas kerja projek yang terlampau tinggi, skandal laluan basikal, skandal merobohkan berpuluh kampung Melayu, skandal hak milik tanah 999 tahun, skandal melindungi peniaga dan penempatan haram, menjual tanah kerajaan kepada Singapura tanpa membabitkan sebarang bayaran tunai, skandal menjual tanah kerajaan dari 2011-2014, skandal kroni dll?

Hint:
Dia juga telah menaja parti ternakan dan barua penjilat dedak untuk menghancurkan parti Islam kerana parti Islam tersebut sedang berusaha melaksanakan ajaran Islam dan hukum Allah untuk umat Islam. Dia dan partinya adalah penjilat Israel.by hook or by crook.

tulangkering said...

Kes LGE ni saling tak tumpah sama mcm kes Khir Toyo...hihihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails