TERDAPAT 70 ribu transgender dengan lebih 70 peratus beragama Islam kini sedang berusaha melalui pelbagai cara untuk menuntut supaya amalan kebebasan seks diiktiraf di negara ini.
Perjuangan melalui kempen perundangan berdasarkan laungan Hak Asasi dalam Perlembagaan Negara dijadikan modal supaya Kerajaan dan masyarakat tunduk kepada kemahuan mereka untuk mengamalkan gaya hidup seks bebas.
Naib Presiden Muafakat, A. Karim Omar mendedahkan, golongan pengamal LBGT kini berusaha menggunakan proses undang-undang di mahkamah dan mengaitkan hak asasi dalam perlembagaan sebagai hujah utama.
“Malah, mereka juga menerima sokongan kewangan, moral dan politik dari pelbagai pihak dan kerajaan luar,” katanya ketika menyampaikan ceramah mengenai Ancaman Keselamatan Negara di Menara Wilayah Persekutuan, Putrajaya.
Program tiga jam itu dianjurkan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Biro Tata Negara.
Menurut A. Karim, dengan bergabung sesama sendiri serta disokong lebih 60 persatuab lain, aktivis LBGT menggunakan perkembangan hak asasi manusia di Barat sebagai petunjuk kebebasan.
Katanya, aktivis LBGT mahu negara ini menerima kebebasan seksual sebagai isu hak asasi serta mendesak kerajaan patuh pada kemahuan mereka. Selain itu katanya, sokongan kewangan daripada pelbagai agensi hak asasi di Amerika Syarikat menjadikan gerakan LBGT ini memiliki sumber dana yang mencukupi untuk berkempen.
“Ini campur tangan asing yang sengaja mahu mencabar perlembagaan negara terutama kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan. Selagi Islam ada dalam perlembagaan, kebebasan seks tidak boleh diiktiraf. Jadi, mereka menyerang status quo Islam dalam Perlembagaan,” katanya pada lebih 300 penjawat awam yang mewakili lima kementerian kerajaan.
“Agensi yang berlindung di balik nama hak asasi di Amerika Syarikat ini ditaja George Soros. Malah, Naib Presiden Amerika Syarikat, John Kerry telah menganugerahkan pingat negara kepada seorang aktivis LBGT sebagai pengiktirafan terhadap usaha menuntut kebebasan amalan seks di negara ini,” jelasnya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Cara mengatasi, antaranya ialah dengan menyokong Rang undang-undang persendirian mengenai pindaan akta Mahkamah Syariah yang sedang dibawa oleh PAS di Parlimen.
4 comments:
Berforum ada maksud disebalik meletakkan kesalahan pd entiti parti tertentu. Tunjukkan siapa ngo terbabit. Dedahkan! Penakut! Nak cerita pasal Islam ke? Nak cerita pasal Islam kenapa tidak cerita pasal nasib org Islam Syria dan Iraq yg dibom oleh Rusia dan Amerika. Kenapa diam, kenapa bersekongkol dgn Amerika. Inilah akhir zaman , cerita pasal agama bg tujuan politik. Itu lah contoh muka Melayu menjual agama Islam. Akan ramai Melayu seperti ini mengaku Islam dan menjualnya di akhir zaman. Jgn terpengaruh!
Sekular Islam sedang berforum. Cakap shje tp luv u America
http://www.ismaweb.net/2014/07/dr-mujahid-penghalang-atau-pembela-lgbt/
Dr Mujahid: Penghalang atau pembela LGBT?
Dr Mujahid sepatutnya telah lama jelas perbezaan antara sibghah Allah (acuan Islam) dengan acuan Barat, antara hak asasi manusia tajaan Barat yang kafir dengan hak asasi manusia yang telah digariskan sendiri oleh Allah swt dan antara pandangan alam Barat dengan pandangan alam Islam. Manusia kafir mencorakkan hak asasi manusia berdasarkan logik akal semata tetapi manusia muslim mencorakkan hak asasi manusia berdasarkan wahyu Ilahi.
Kita sangat berharap agar Datuk Dr Mujahid jangan mudah terpengaruh dengan idea-idea Barat yang jelas bertentangan dengan Islam. LGBT sebagai satu jantina atau LGBT duduk di bawah kategori jantina ialah idea Barat. Ada sebab kenapa idea itu diasaskan dan diperjuangkan. Idea itu ternyata sekali bertentangan dengan Islam. Lalu kenapa Dr Mujahid sebagai seorang Islam malah seorang pejuang Islam sejati mesti menerima idea Barat yang bertentangan dengan Islam? Deen mereka untuk mereka dan deen kita untuk kita. Kita tidak mesti tunduk kepada idea songsang mereka jika benar kita mahu sebarkan Islam sebagai rahmat kepada mereka. Kitalah yang mesti menghalang kesalahan malah kefasadan mereka lalu membentangkan kebenaran Islam kepada mereka jika benar Islam itu rahmat untuk mereka.
BERITA NASIONAL
PARTI AMANAH NEGARA (PAN) SEDIA MENERIMA GOLONGAN LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER (LGBT)
Parti Amanah Negara (PAN) bersedia menerima kewujudan dan mendekati golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Menurut Pengarah Strategi PAN Dr Dzulkifli Ahmad, parti itu bersifat terbuka untuk berbincang bagi menghormati hak golongan berkenaan. “Mereka sebenarnya wujud. Adakah perlu kita mencampak mereka ke dalam laut, buang ke gunung atau sumbat mereka ke penjara ataupun bunuh mereka?” kata Dr Dzul ketika ditemui pada forum Forum Islam dalam Perlembagaan Demokrasi.
Jelasnya lagi, pendekatan yang dilakukan tiada kaitan kesederhanaan dan liberalism sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak. “Ini pendirian PAN kerana ia bersifat inklusif atas dasar hormat dan bila hormat bermakna kita iktiraf mereka, menerima kewujudan mereka, mendekati mereka kerana ia kecantikan agama kita,” katanya. Jelas Dr Dzulkifli lagi beliau yakin pendirian PAN akan diterima parti lain dalam Pakatan Harapan (PH) termasuk PKR.
Post a Comment