Calon Pas Dr Najihatussalehah Ahmad ketika mengedarkan kurma kepada orang ramai di Bazar Ramadan Arena Square Kuala Kangsar petang tadi.
KUALA KANGSAR - Memasuki hari pertama berkempen, bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar calon Pas Dr Najihatussalehah Ahmad menzahirkan keyakinan bahawa dirinya akan diterima oleh pengundi di Parlimen berkenaan.
Najihatussalehah berkata, sejak menjalankan kempen bertemu pengundi diawal pagi tadi, beliau yakin dirinya sudah 'menusuk' pandangan masyarakat Kuala Kangsar.Kita akan terus berkempen, kita keluar jumpa masyarakat sejak pagi tadi dengan mengunjungi pejabat kerajaan dan hospital. Dan petang ini kita bertemu di Bazar Ramadan pula, alhamdulillah mereka (pengundi) amat positif dan terima cara kempen kita dengan baik.
"Untuk makluman saya sudah menjadi Ketua Muslimat Pas Perak sejak 2011, jadi saya rasa orang Kuala Kangsar tidak janggal dengan muka saya, insya-ALLAH tidak susah pengundi hendak kenal muka saya. Lagi-lagi sekarang mereka makin kenal muka saya,"katanya kepada media ketika diminta mengulas mengenai cakap-cakap yang mengatakan bahawa dirinya tidak dikenali oleh orang Kuala Kangsar kerana beliau berasal dari Parit Buntar, Perak.
Ujarnya lagi, untuk berkempen sepanjang Ramadan ini, beliau akan menggunakan pendekatan mendekati pengundi dengan program-program yang berbentuk keagamaan.
"Kita akan hadir majlis solat terawih, solat secara berjemaah Maghrib dan Isyak dan kita akan anjurkan program tadarus al-Quran bersama-sama mereka," katanya.
PRK Kuala Kangsar akan menyaksikan pertandingan empat penjuru dimana Najihatussalehah Ahmad akan ditentang oleh Datin Mastura Mohd Yazid dari BN ,Naib Ketua Amanah kawasan Kuala Kangsar Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (Amanah) dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas).
PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Wan Mohammad Khair-il Anuar yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
Sebanyak 32,949 orang layak mengundi pada PRK itu mengikut daftar pemilih yang didaftarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga 7 Mei lepas.
Pengundian PRK Kuala Kangsar diadakan pada 18 Jun ini. (SH)
11 comments:
Kalau setakat berjaya bg kurma pun blh bangga,pas ni dah sakit tenat..dah nyawa ikan la.
Mat sabu bagi mikrofon sebab dia lempar atas pentas
Rakyat akan mengundi parti Islam PAS sebab rakyat benci GST yang membebankan rakyat dan parti roket yang menentang ajaran Islam dan hukum Allah.
Salam En. Anonymous,
Saya rasa PAS akan kalah dan Amanah akan kalah. Sebabnya, PAS tak ikut ajaran Islam!!!
Kalau dah panggil orang babi, Islam apa???
Kalau dah cakap tak taat Pas bererti hilang akidah, bahaya tu silap-silap gaya syirik!!!
Haji Hadi cakap ye!!! Nak bukti bagi email!!!
Amanah pula oleh kerana PAS undi pembangkang berpecah!!!
Yang jahil,
Nobody
Undi BN bererti undi GST.
Hanya orang bodoh sahaja yang suka GST.
PAS barua UMNO.
Lepas kes 1MDB meletop, aku bercadang nak undi PAS.
Malangnya PAS sekarang jadi barua UMNO.
Bila nak ada PRK baru sibuk dengan HUDUD.
Dulu, cakap HUDUD tak penting.
Kalau betul mahu hudud, Hadi patut tidak bersekongkol
dengan Najib si lanun bugis yang melanon duit rakyat
rm4.3 billion masuk ke akaun pribadinya.
Lepas tu membebankan rakyat dengan hutan 53 billion 1MDB
Doktor wanita PAS ni syok sendiri. Baru sehari turun kempen dah cakap yakin menang. Ye lah kamu dah lama jadi Ketua Wanita PAS, tapi setakat dalam PAS je. Masyarakat luar belum tentu. Jangan yakin sdangat, sebab penyokong PAS sendiripun sekarang dan berpecah dua, Silap-silap lebih 50% ahli PAS dah lari. Sekarang ni PAS sendiri je, dulu adalah dibantu oleh PKR dan DAP. Tetapi yang silapnya Presiden kamu tu. Cakap tak boleh pegang. Inilah masalah dengan orang yang taksub iri sendiri dan mengangkat tarfa sebagai ulamak. Hj Hadi risau, dalam keadaan PAS berpecah sekarang, akhirnya ahli PAS akan menolaknya, seperti Datuk Asri dulu. Maka dikeluarkan fatwa keluar dari PAS adlah berdosa.. weh weh weh...
KAHKAHKAH...KO NI BODO MCM NO BODY JUGAK!! HAHAHA,,,, BAGI ALASAN YG BERULANG2 HUAHAHAHAHA...
Minah tulis PAS barua UMNO
Jawapan kita:
Tuduhan kamu tanpa sebarang bukti adalah bersifat fitnah.
PAS bukan barua UMNO sebab PAS adalah parti Islam dan UMNO adalah parti sekular. Kedua-dua parti ini mempunyai objektif dan matlamat yang berbeza maka kerjasama antara PAS dan UMNO tidak wujud dan PAS bukan barua UMNO!
Barua-barua roket telah membuat pelbagai fitnah seperti 'pembentukan Unity Government (UG) dll untuk menfitnah parti PAS tetapi sehingga hari ini semua dakwaan barua-barua roket adalah tidak berasas !
Terjah tulis Sekarang ni PAS sendiri je, dulu adalah dibantu oleh PKR dan DAP.
JAWAPAN KITA:
Kemenangan PKR dan DAP dalam PRU13 adalah kerana parti PKR dan DAP mendapat undi penyokong PAS dan jentera PRU PAS hasil dari pembentukan Pakatan Rakyat. Kita semua tahu DAP mempunyai bilangan ahli orang Melayu yang sangat kecil dan PKR tidak mempunyai sokongan orang Melayu yang kuat di peringkat grassroot ! Dan parti PAN, PKR dan DAP telah mengalami kekalahan yang teruk dalam PRK 2016 di Sarawak.
Sekarang, kita semua telah melihat bagaimana DAP telah menyebabkan perpecahan dalam PR apabila DAP cuba mengeluarkan PAS dari kerajaan PR semata-mata kerana PAS cuba melaksanakan ajaran Islam dan hukum Allah untuk umat Islam di negara ini! Tindakan campurtangan DAP dalam ajaran Islam dan hukum Allah di negara ini dan berpuluh kampung umat Islam telah dirobohkan di PP telah menimbulkan perasaan marah di kalangan umat Islam.
Perpecahan dalam PR telah mengubah senerio politik negara ini dan umat Islam yang telah melihat tindak-tanduk negatif pemimpin-pemimpin DAP dan sekutunya tidak akan menyokong parti DAP dan sekutu-sekutu DAP dalam PRK dan PRU yang akan datang.
Majoriti rakyat juga tidak akan menyokong BN kerana GST dll amat membebankan rakyat. alon-calon BN dan PAN jangan berangan-angan untuk memenanbgi PRK sebab Masyarakat luar belum tentu.
Oleh sebab itu, majoriti umat Islam akan mengundi parti Islam PAS dalam PRK dan PRU yang akan datang.
Undi pas masuk syurga,undi bn atau pan masuk neraka.....ingat
Undi pas masuk syurga...
Anak cucu cicit kerja kuli di campany cina dap zaman-berzaman............tapi bapaknya kutuk cina tiap hari....
dengki sebab bangsa cina kaya...relex pak cik...
Post a Comment