Friday, June 03, 2016

Hidup Melayu Takkan Janji Islam Selamat. Tak Perlu Jadi 'Islam' Bila Bersama PAS. -Dr G. Balachandran.

Post Pic
PENGKALAN CHEPAHidup Melayu takkan janji Islam selamat, tapi hidup Islam kita semua selamat. Kata Dr G. Balachandran, wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) ketika mengulas mengapa beliau bersama PAS semasa perbahasan ucapan dasar presiden pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-62, di sini, semalam seperti dilaporkan Antarapos.

"Kenapa kita bersama PAS?" katanya. "Kita bersama PAS sebab akidah perjuangan PAS berteraskan agama, bukan perkauman. Hidup Melayu takkan janji Islam selamat, tapi hidup Islam kita semua selamat," 

Tambahnya, orang bukan Islam tidak perlu menjadi 'Islam' apabila bersama PAS. Sebaliknya kata wakil berbangsa India itu, apabila bersama PAS, seseorang itu ditarbiahkan menjadi insan yang lebih baik. 

"Kita tak perlu jadi orang Islam dalam PAS. Menjadi seorang Islam atau tidak, itu adalah hak Allah. Yang penting kita ditarbiahkan menjadi insan yang baik. Nilai kita sebagai Hindu, Buddha dan Kristian, kita jadi seorang yang lebih baik. Itu yg penting. Bila kita baik tiada tempat untuk kejahatan," katanya lagi.

Menyentuh soal pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian, kata beliau, pihaknya memahami bahawa ia adalah untuk meminda Akta 355 bagi mempertingkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Beliau dalam pada itu mengkritik tindakan segelintir pihak yang menolak pembentangan pindaan akta berkenaan, kerana menyifatkan golongan berkenaan tidak memahami tujuan pembentangan RUU itu.  

"Walaupun sukar nak faham Islam, boleh panggil kita, kita boleh ajar dia.Sebab itu penting untuk kita diperkasakan," katanya. 

Sebahagian orang bukan Islam memilih untuk menyertai PAS menerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).  (IH)

12 comments:

Anonymous said...

Jika Umno Melayu. DAP pula anti Islam dan PAN pula khadam DAP

http://www.ismaweb.net/2014/06/ahli-parlimen-dap-mahu-orang-islam-hormati-hak-orang-murtad-amal-agama-baharu/

Ahli Parlimen DAP mahu orang Islam hormati hak orang murtad amal agama baharu

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Saranan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) agar umat Islam menghormati hak saudara seagama mereka yang murtad untuk mengamalkan agama baharu, dilihat sebagai sesuatu yang tidak wajar dan boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama.

Terdahulu, Ngeh menyatakan perkara itu adalah berdasarkan peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu.

“Saya berharap orang Islam boleh terima peruntukan 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu oleh orang perseorangan.

“Kalau seseorang itu hendak meninggalkan agama dan dia berusia lebih 18 tahun, kita mesti menghormati hak yang sudah diberikan kepada mereka yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014.

Sementara itu, Ngeh, yang juga penasihat DAP Perak berkata, sebagaimana orang bukan Islam perlu menerima hakikat bahawa undang-undang boleh digubal untuk menyekat mereka yang menyebar agama, orang Islam juga wajar menerima peruntukan Perkara 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama.

Beliau juga meminta supaya penjaga yang mendapat hak jagaan diberi kebebasan mendidik kanak-kanak berusia 18 tahun mengikut mengikut agama yang dianutinya berdasarkan peruntukan Perkara 12(3) dan 12(4) Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara ini jelas supaya tidak ada perbalahan, jika sudah capai usia 18 tahun, kanak-kanak itu bebas menganut agama seperti yang dijamin oleh Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau.

Dalam pada itu, Ngeh turut mempertikaikan tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap pengikut Syiah.

“Saya berasa tidak selesa apabila Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan Syiah tidak bersependapat dan saya tidak setuju undang-undang terhadap pengikut-pengikut Syiah ini,” tambahnya. – BERNAMA

Anonymous said...

Nasihat kepada PAN Imayam yg menjadi Taliba-Root DAP. DAP pula anti Islam. Cukup2 lah berwalikan DAP tu wahai PAN Imayam

Ni nasihat dari ISMA gerakan Islam sederhana. Bukan dari PAS Wokey

http://www.ismaweb.net/2013/08/apabila-muslim-malu-dengan-agamanya/

Apabila Muslim Malu Dengan Agamanya

خاف اليوم الذي يصبح فيه المشرك فخور باخطأئه ويصبح المسلم خجول من ايمانه
(عمر بن الخطاب)

“I fear the day when the disbelievers are proud of their falsehood, and the Muslims are shy of their faith.” [Umar ibn al-Khattab]

“Aku takut/bimbang akan (datangnya) hari di mana kaum Musyrikin berbangga dengan kebatilan mereka dan kaum Muslimin malu dengan Din (ugama) mereka!” – Saidina ‘Umar Al Kha.

Sudah kelihatan banyak tanda dan bukti yang membenarkan kalimat daripada Khalifah Kedua yang bergelar Al Faruq ini!

Umat Islam sudah hilang jatidiri dan rasa ‘izzah dengan Islam. Pada waktu yang sama pula terlalu tawadhuk, memuliakan dan bertoleransi dengan kaum kafirin, tidak terkecuali di tanahair tercinta ini. Seolah-olah kaum kafirin itu merupakan umat yang dimuliakan Allah, dan umat Islam hidup dan wujud hanyalah untuk tunduk dan akur kepada segala kehendak dan tuntutan mereka!

Di zaman berdaulatnya Islam pada masa pemerintahan Khilafah Uthmaniyah Turki, ada undang-undang negara memperuntukkan bahawa sekiranya seorang Muslim sedang berjalan di sebatang jalan dan terdapat seorang kafir berjalan dari arah yang bertentangan di jalan yang sama, maka si kafir itu perlu melintas/menyeberangi jalan tersebut supaya tidak bertembung dengan si Muslim itu.

Dalam ertikata lain, beliau perlu memberi laluan kepada si Muslim itu.

Hari ini, seorang Muslim bukan saja dengan rela hati memberi jalan dan laluan kepada orang-orang kafir, malah menjemput mereka masuk ke pusat-pusat kekuatan dan kubu-kubu strategik umat Islamdan memberi kewewenangan yang seluas -luasnya untuk melemahkan sendi-sendi kekuatan umat Islam.

Umat Islam hari ini tidak lagi rasa terpukul atau marah dengan keceluparan mulut dan penzahiran sikap bongkak dan angkuh kaum kafirin. Sebaliknya ada sebahagian umat Islam tanpa segan silu mempertahankan kaum kafirin ini dan menyalahkan saudara seakidahnya sebagai tidak berhikmah dalam menangani isu-isu kepentingan Islam. Seolah-olah kaum Muslimin ditakdirkan hidup sebagai umat yang sentiasa rela dipermainkan atau diperbodohkan.

Atau barangkali sifat keberanian dan kejantanan sudah dicabut atau ditanggalkan dari tubuh umat Islam?

Agenda Liberalisma, Sekularisma, Kristianisasi dan Syi’ah yang sedang menjalar masuk dalam setiap rumah dan institusi masyarakat tidak diberi perhatian secara bersungguh-sungguh dan serius sejak sekian lama dengan sedikit pengecualian. Perjuangan umat Islam di seluruh dunia Islam yang besar seringkali mendapat liputan yang tidak adil dari media-media massa arus perdana ataupun sebaliknya.

Ceramah dan syarahan yang dihadiri oleh ribuan pendengar atau audien yang terhibur tidak akan melahirkan rijal-rijal Islam yang punya agenda yang jelas dan ketangkasan untuk bertindak secara berkesan.

Khutbah-khutbah Jumaat yang dilontarkan saban minggu tanpa dikaitkan dengan masalah dan persoalan umat Islam semasa akan kekal di dalam masjid sahaja seusia solat Jumaat.

Parti-parti politik yang sedia ada dengan agenda-agenda sempit masing-masing tidak boleh dijadikan harapan umat untuk memulakan satu anjakan paradigma untuk perubahan ke arah Islam yang diingini.

Pergerakan dan jamaah Islam yang tidak berfokus dalam setiap langkah atau tindakannya juga tidak akan membawa apa-apa makna kepada usaha untuk mendaulatkan Islam.

Barangkali, kalau umat Islam sudah bersebati dengan sifat yang dibimbangi oleh Saidina ‘Umar al Khattab di atas, ini mungkin satu petanda bahawa inilah masa yang sesuai dan tepat untuk menggantikan umat Islam di Malaysia dengan kaum lain yang lebih ikhlas dan serius memikul amanah Ummah ini.

Dan pastinya, golongan baru ini TIDAK akan sama dengan umat yang telah mencuaikan amanah
tersebut!

Oleh
Mohd Lutfi Bin Khalid
YDP ISMA Cawangan Sg.Petani.

ANAK MELAYU MATI MERIMPIT DI LEBUHRAYA......YANG SALAH PASTI CINA DAP JUAL MOTOR......TOLOL...KETOLOLAN....

Anonymous said...

PARTI PAS + PARTI IKATAN = PAS IK ( PASIK) .....ADAKAH INI KEBETULAN ATAUPUN TAKDIR DARI YANG MAHA ESA.......

Anonymous said...

Raja Petra wrote this....surprisingly.

_"Islam became established as the religion of Tanah Melayu back in the 1400s and the Syariah became the law of the land 600 years ago.

The non-Muslim Chinese and Indians came to Malaya only since the 1850s, 450 years later, and were given citizenship around 100 years after that. And now they want to tell the Malays what they can and cannot do with regards to Islam.

The non-Muslim Chinese and Indians may have earned the right to call themselves Malaysian citizens but that does not mean they have also earned the right to tell Muslims how they should practice Islam. They need to do a reality check and not assume that Malaysian citizenships mean they can define Islam. *Islam is defined by the Qur’an* and not by people like them."_

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2014/06/ahli-parlimen-dap-mahu-orang-islam-hormati-hak-orang-murtad-amal-agama-baharu/

Ahli Parlimen DAP mahu orang Islam hormati hak orang murtad amal agama baharu

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Saranan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) agar umat Islam menghormati hak saudara seagama mereka yang murtad untuk mengamalkan agama baharu, dilihat sebagai sesuatu yang tidak wajar dan boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama.

Terdahulu, Ngeh menyatakan perkara itu adalah berdasarkan peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu.

“Saya berharap orang Islam boleh terima peruntukan 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu oleh orang perseorangan.

“Kalau seseorang itu hendak meninggalkan agama dan dia berusia lebih 18 tahun, kita mesti menghormati hak yang sudah diberikan kepada mereka yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014.

Sementara itu, Ngeh, yang juga penasihat DAP Perak berkata, sebagaimana orang bukan Islam perlu menerima hakikat bahawa undang-undang boleh digubal untuk menyekat mereka yang menyebar agama, orang Islam juga wajar menerima peruntukan Perkara 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama.

Beliau juga meminta supaya penjaga yang mendapat hak jagaan diberi kebebasan mendidik kanak-kanak berusia 18 tahun mengikut mengikut agama yang dianutinya berdasarkan peruntukan Perkara 12(3) dan 12(4) Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara ini jelas supaya tidak ada perbalahan, jika sudah capai usia 18 tahun, kanak-kanak itu bebas menganut agama seperti yang dijamin oleh Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau.

Dalam pada itu, Ngeh turut mempertikaikan tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap pengikut Syiah.

“Saya berasa tidak selesa apabila Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan Syiah tidak bersependapat dan saya tidak setuju undang-undang terhadap pengikut-pengikut Syiah ini,” tambahnya. – BERNAMA

Anonymous said...

KOTA BHARU, Khamis – Pengerusi Parti Pekerja-Pekerja Malaysia (Parti Pekerja), Mohamad Sabu menganggap isu bergambar dengan wanita Cina yang menyandar bahu ke badannya adalah perkara remeh untuk diperbesar-besarkan.

Anonymous said...

Salam En. Anonymous,

Pertama sekali saya pun rasa isu Mat Sabu bergambar dengan wanita Cina perkara remeh.

Adakah beliau jadi murtad kerana perkara itu??? Encik pernah baca tak pandangan Dr. Yusuf al-Qardhawi berkenaan perkara bersentuhan dengan wanita bukan Islam berkaitan norma masyarakatnya???

Encik tak tegur pula ADUN PAs pakai baju dewa Cina!!!! LAGI CLASS!!!

Encik tak tegur pula Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi MArzuki yang menyalahtafsirkan hadis???

Apa kata Rasulullah, Hadis berbunyi barangsiapa yang berdusta ke atas ku dengan sengaja maka siaplah tempat duduknya di dalam neraka. Hadis ni bertaraf mutawatir.

Encik yang mengaku pejuang Islam orang lain khadam je takkanlah mutawatir pun tak tahu!!! Bodoh sangatlah ye tak????

Kalau ikut hadis tu dah nampak dan siapa calon ahli syurga neraka!!!

Baik Encik bertaubatlah.

Kalau tak pun baca buku agama dan berguru lagi.

Teruk sangat bodohnya!!!

Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

Salam En. Anonymous,

Saya tunggu pun tak jawab-jawab.

Saya ambil lagi satu bukti laman web ISMA menipu.

Sebutkan saya bukti di zaman di zaman khalifah Uthmaniah terdapat undang-undang nagara yang mana memperuntukkan orang kafir kalau bertembung dengan orang Islam kena menyeberangi jalan???

Penipu!!!

Undang-undang mana ni??? Rasulullah ajar macam tu ke??? Sebutkan ada hadis atau ayat al-Quran yang kata kalau orang Islam bertembung dengan Orang Kafir, Orang kafir kena menyeberangi jalan????

Tau tak korang sedang memfitnah kerajaan khalifah Uthmaniah??? Korang tak malu ke nak tunjukkan kerajaan Khalifah Uthmaniah Turki kuat tetapi sebenarnya korang memfitnah kerajaan Uthmaniah tak mengamalkan ajaran Islam dengan sebenarnya???

Saya tuduh sekarang korang penipu dan pemfitnah, tunjukkan saya bukti saya salah!!!

Kalau tak boleh jawab suruh YDB ISMA cawangan Sungai Petani si Lutfi tu masuk blog ni kita tengok si bodoh pemfitnah tu boleh tahan ke tak!!!!

Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

Salam En. Anonymous,

KOTA BHARU - Ketua Lajnah Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan menegur tindakan segelintir ahli Pas yang masih lagi tidak menyokong penerbitan lidah rasmi mereka, akhbar Harakah. Menurutnya, Harakah merupakan salah satu medium yang membantu memberi penerangan mengenai pelbagai skop terutamanya untuk menghakis segala cabaran dan serangan negatif mereka yang cemburukan parti Islam itu.

"Saya tidak tahu sejauh mana perwakilan semua tahu betapa pentingnya lidah rasmi ini kepada kita. Ahli kita hampir sejuta, dan kita meletakkan sasaran 60,000 naskah untuk setiap kali keluaran, walaupun jumlah tersebut terlalu kecil dengan jumlah keahlian kita.

"Kita amat kesal kalau ada perwakilan yang tidak baca harakah. Apapun, mana-mana yang masih belum pernah menyokong Harakah sebelum ini, sila tunjukkan komitmen anda kerana kita bukan jual secara luaran, maka tunjukkan usaha anda untuk langgan dan sebagainya," katanya semasa ucapan penggulungan Muktamar Pas ke-62 di sini.

Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

En. Anonymous,

Kenapa harakah tak laku???

Terdapat dua perkara:-

1. Fitrah manusia tidak sukakan fitnah dan pembohongan!!!!

Kalau dah asyik memfitnah dan berbohong, macam nilah jadinya!!!

2. Ahli PAS tak ramai!!!

Kalau ahli pun sikit, macam apa mana nak beli harakah sampai 60,000 naskah???

Cakap berdegar-degar, ahli berjuta-juta, apa jadi???

Penipu memang macam tu.

Yang jahil,

Nobody

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails