Politik Kuda
Yang masuk bertanding seorang jer. Yang pengundi nak dengar ucapan calon. Yang pengundi nak tahu apa manifesto atau perancangan calon. Tapi yang jadi heran bila berderet orang lain sibuk nak bercakap jugak. Inilah yang kita dapat lihat dalam semua sesi ceramah kempen pembangkang terutama kempen calon PAN.
Sepatutnya pemimpin PAN sendiri yang memberi ceramah kempen untuk calon partinya sendiri tapi ini tidak berlaku. Banyak ceramah calon PAN akan didominasi oleh pemimpin DAP yang akan hadir memberi ucapan dalam ceramah. Apa sudah tiada lagi pemimpin dalam PAN yang boleh berucap atau berkempen. Apa sudah tiada lagi pemimpin PAN yang boleh bercakap bagi mewakili calon dari parti sendiri hingga terpaksa menyerahkan mikrofon kepad pemimpin DAP untuk berucap.
"Sudah terang lagi bersuluh", sudah jelas dan terang permainan DAP memperkudakan PAn sebagai "kuda tunggangan politik" mereka.
Politk Dedak
Orang PAS kata PAN makan dedak DAP, kemudian dibalas oleh PAN dengan dakwaan yang sama PAS makan dedak UMNO.Beza kedua dakwaan ini ialah amat jelas, PAS yang dibenci kerana berbaik dengan Umno sebenarnya berbaik dengan sesama Islam berbeza PAN yang kamcem dengan DAP yang kafir anti Islam.
Adakah berbaik dengan sesama Islam itu boleh dikatakan makan dedak? atau berbaik dengan kafir anti Islam sebenarnya yang makan dedak? Siapa sebenarnya yang tabur dedak, DAP atau Umno?
Kalaupun Umno tabur dedak kepada PAS, taburan itu tidak akan bermakna sebab akhirnya yang bersatu itu nanti adalah semasa Islam.Amat penting dengan penyatuan Islam ini yang tidak dapat dielakan melibatkan 2 parti Islam terbesar dan kemuncak kepada penyatuan ini ialah terbubarnya salah satu parti tersebut untuk membentuk sebuah parti Islam yang kuat dan kukuh.
Jadi apa maknanya Umno nak tabur dedak kepada PAS padahal semua tahu pendirian PAS cuma satu dan tidak akan berubah sejak dulu, kini dan selamanya. Apa pendirian PAS? seperti termaktub dalam perlembagaan parti yakni melatakkan Quran, Hadis dan ijmak ulamak diatas segala galanya.
Sehingga semua ahli Umno menerima dan mengakui pendirian PAS ini maka penyatuan umat Islam akan terhalang tetapi yang semakin nampak ialah umno semakin menerima pendirian PAS ini dan sebab itu jugalah TGHH berkata PAS memang mahu berbaik dengan Umno, berbaik dalam erti mahu meneruskan dakwah agar satu hari Umno akan menyedari keperluan sabagai orang Islam untuk menerima pendirian PAS kerana di sana terletak syarat utama untuk bersatu yakni "tali ALLAH".
PAS sudah menyatakan pendiriannya dengan jelas dan tidak akan terdedak dengan dedak Umno, samaada Umno tabur dedak atau tidak.Sikap PAS terhadap Umno amat jelas dan tak perlu dimanupulasikan oleh sesiapapun untuk menunjukkan kebodohan PAS kerana apa yang PAS buat adalah ikthiar untuk mengikuti serapat rapatnya dengan seruan alQuran.
Tapi apa yang DAP buat untuk begitu disokong kuat oleh PAN? PAN juga parti Islam tetapi boleh diam membisu bila kawan baiknya DAP menghina Islam dalam semua keadaan malah untuk kes pindaaan akta 355, pengarah stretegi mereka Khalid Samad boleh berkata tidak semestinya apa yang dibuat PAS mesti disokong kerana terdapat banyak cara untuk melaksanakan perintah Tuhan.
Lembik betul mulut Khalid, sebab apa? bukankan kerana sudah banyak makan dedak dari DAP. Apa matlamat PAN berbaik dengan DAP, apakah sama dengan matlamat PAS berbaik dengan Umno yang sangat ditentang dan dihina oleh mereka? Berbaik sesama Islam ditentang dan dihina tetapi tubuh badan PAN yang berbaik dengan kafir anti Islam tu apa hal kalau tak makan dedak?
Politik Tidak Matang.
Kenapa pilih politik tidak matang. B ertanding secara sihat kenapa perlu khianat bendera lawan. Tidak yakin dengan keupayaan sendiri ke?
11 comments:
PAN mengamalkan politik pra-sawo-matang la Haji Ibn Hasyim. Kalau tengok betoi2 la ni macam orang tak betoi lagi ada. Awat lagu tu. Habaq kat hangpa, PAN ni dah terlajak makan budi dgn DAP. DAP pula anti Islam. Macam kena Yong Tow Foo Tangas saja.
Buktinya? As usual saya copy n paste kat bawah ni
32 AHLI BANTAH, BUAT MAT SABU TERMENUNG!!!
Heh! Nampak gayanya, Si Mat Sabu ni memang jenis yang tak dapat menerima hakikat apabila ada dikalangan ahli partinya sendiri yang cuba membelot dan mengkhianati parti pimpinannya.
Jika sebelum ini, parti KUALI pimpinan Si Mat Sabu tu telah pun digemparkan dengan pengumuman dari kalangan ahli parti itu yang dikatakan berikrar mahu menyokong calon Barisan Nasional.
Pekara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pengerusi PAN Kawasan Sungai Besar yang jelas tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah dibuat oleh pucuk pimpinan parti itu sebelum ini.
“Amanah telah meletakkan calon yang kami sifatkan sebagai ‘Touch N Go’ kerana beliau tak bermastautin di sini dan bukan dikira sebagai anak tempatan kerana menetap di Pahang.
“Jika menang sudah pasti beliau tidak mampu merencana dan melaksanakan apa-apa agenda pembangunan, sosial atau masyarakat kerana hanya berada di Sungai Besar dua kali sebulan untuk menjenguk kawasan,” katanya dalam satu sidang media tergempar di sini, sebentar tadi.
Menurutnya, mereka menolak Azhar kerana beliau memiliki ciri-ciri dan dan tidak-tanduk yang bongkak, angkuh dan sombong. Bahkan calon PAN itu juga turut didakwa seorang perampas.
“Sejak merampas kepimpinan Amanah Sungai Besar secara kotor, semua pemimpin yang menghidupkan parti tersebut telah disingkirkan.
“Perlakuan tersebut jelas di luar batas seorang pemimpin yang baik untuk rakyat kerana dari awal lagi beliau telah menunjukkan kebiadaban terhadap rakan-rakan parti di Sungai Besar,” katanya.
Namun, tindakan yang dilakukan oleh 32 orang ahli parti itu seolah - olah tidak diiktiraf oleh Mat Sabu dengan menjadikan alasan kononnya mereka bukan ahli parti KUALI pimpinannya.
Kata Si Mat Sabu, keahlian mereka yang tampil membuat bantahan itu masih belum disemak dan tidak dapat dipastikan sama ada mereka benar - benar ahli parti itu atau sebaliknya.
“Kita tak ada masalah sebab ini pengumuman-pengumuman yang biasa sebelum hari pengundian. Mungkin, kita akan lihat beberapa hari lagi yang keluar dari Amanah lebih daripada Amanah (kawasan) Sungai Besar itu sendiri,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Majlis Ceramah Umum Pakatan Harapan di Sungai Besar.
Nah! Itu menunjukkan yang Si Mat Sabu ni memang tak dapat terima hakikat bila ada ahli yang tak setuju dengan keputusan partinya. Secara tidak lansung, itu membuktikan bahawa keputusan yang dibuat tidak dibincangkan dengan mereka diperingkat akar umbi!!!
Semut Hitam at Rabu, Jun 15, 2016
Nak ikut politik matang tgk cara negara2 maju berpolitik. Pengikut2 mrk tak gelojoh pasang bendera parti sampai tak muat jalan nak lalu, penyokong2 parti berkumpul tak dikacau pihak lawan. Parti2 yg bertanding mempromosi dasar2 yg terbaik utk good governance, ekonomi dan pembangunan sahsiah masyarakat utk kebaikan negara.
Debat dan dialog antara pemimpin2 utama parti politik digalakkan. Pengundi bebas menilai tanpa menjual nama Allah utk dpt undi.
Politik melayu masih jauh ketinggalan. Guna agama, perkauman, fitnah dan caci mencaci agenda utama setiap prk atau pru.
Parti yg penuh dgn pak lebai pun sama terikut2 dasar yahudi matlamat halalkan cara dgn alasan parti lain pun buat. Nak ikut cara yahudi jgn jual nama Islam yg mulia.
Yaa macan PAN menghina sesama Islam demi DAP tercinta.
Hello Bhai, Ketua Muayrikin Penang sihat
Aku dengar PAN ada viralkan foto ketua musyrikin penang bukak puasa. Pelik apa ?? Dia memang tak posa. Hello orang muayrikin posa tak da nilao tao. Sebab musyrikin tak da iman.
Kalao sudi bukak puasa dah dianggap solihin. Abu lahab dan Abu Jahal dah bikin 1400 tahun yg lampau.
Ini lah konsep khadamiah al Dap Wal Taraq-amfun
Buka puasa ni macai PAN makan kuih tart wokey
Macai2 dan walaun2 yg mati akal nak berhujah mulalah copy paste, gelar menggelar pihak lain dan berlagak mcm samseng kg dusun. Ini cth politik melayu tk matang.
Betulla la brader Penang tu Musyrikin. Dia musyrikin . Bapak dia lagi musyrikin. Itu sebab kami panggil yg anak dia tu KM (Ketua Musyrikin) Penang Mari Melaka lahir.
Takkan nak panggil dia Ketua Muqmiminin (KM).
Kalau dah PAN.tu PAN dot dot dot jugaklah. Kah kah kah
Kalau kita lihat dari satu sudut, kenyataan yang dibuat oleh Wali PAN tu membuktikan bahawa diorang ni memang mudah sangat 'tersentuh' dengan isu yang remeh temeh.
Kalau sebelum ini, diorang meroyan sebab nama singkatan parti tu tidak digelarkan sebagai Amanah sebaliknya dilabelkan sebagai PAN oleh pihak media. Kali ini, soal warna pulak jadi persoalan.
Walhal, apa yang dikatakan tu memang betul. Warna yang digunakan oleh parti KUALI Si Mat Sabu tu seakan - akan sama dengan warna pakaian Sami Budha. Takkan itu pun nak dijadikan isu juga?
Nasib baik logo ciplak imayam cable tv. Kalau tak mesti logo mikrofon yg dibaling oleh mike sabu itu
Sedikit nasihat kepada Edry DAP dari Isma
http://www.ismaweb.net/2016/06/kasihan-edry-terpengaruh-cara-fikir-dap/
Kasihan Edry, terpengaruh cara fikir DAP
photo_2016-06-15_15-26-38
Oleh Siti Fatimah Ishak
BANGI, Rabu – Kenyataan anak muda Melayu yang menyertai parti rasis dan cauvinis DAP, Edry Faizal yang menyelar penguatkuasaan Ops Ramadan dan Aurat anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) menunjukkan dirinya telah menanam kebencian terhadap usaha untuk memartabatkan Islam di Malaysia.
Mantan Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Ustaz Ibrahim Mohd Hasan Al-Hafiz berkata, beliau bersimpati terhadap Edry kerana terpengaruh dengan cara fikir DAP yang telah berjaya mewujudkan persepsi negatif terhadap pelaksanaan agamanya sendiri iaitu Islam.
Katanya, Islam tidak pernah mendiskriminasi samada lelaki atau wanita bahkan kempen menutup aurat itu adalah selari dengan ajaran Islam.
“Memang aurat wanita adalah lebih mudah terdedah berbanding lelaki tetapi kerana mulianya Islam dalam menjaga maruah dan kehormatan kaum hawa maka mereka mendapat perhatian lebih dalam Islam sesuai dengan naluri dan fitrah mereka.
“Oleh itu saya lihat tindakan JAHEAIK bukanlah mendiskriminasi kaum wanita bahkan memelihara dan memartabatkan kesucian wanita Islam. Ini adalah amat dituntut oleh agama. Lebih-lebih lagi, kempen yang dilaksanakan bukan hanya khusus untuk wanita,” katanya.
Edry yang merupakan ahli jawatankuasa Sosial Muda DAP (DAPSY) menyifatkan tindakan JAHEAIK memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kewajiban menutup aurat khususnya kepada wanita adalah tidak syumul dan berat sebelah.
“Penguatkuasaan sekarang seolah-olah berat sebelah, sebab hanya menjurus kepada golongan wanita. Tidak pernah kita dengar golongan lelaki dikuatkuasakan menundukkan pandangan,”kata Edry.
Bidas Ustaz Ibrahim, amat janggal dan pelik, sepatutnya Edry memberi perhatian terhadap pihak yang sering mempergunakan wanita sebagai model dan objek daya tarikan kerana merekalah sebenarnya yang mempergunakan wanita dan mengambil kesempatan ke atas batang tubuh wanita.
“Edry tidak patut meletakkan kesalahan pada JAHEAIK. Kenapa Edry tidak memberi komen yang sama apabila DAP mempromosikan wanita Melayu iaitu Rara dan Dyna dengan meletakkan mereka di bawah spotlight untuk meraih sokongan Melayu sedangkan aurat mereka tidak dijaga dengan betul?
“Lebih melucukan lagi, Edry menyarankan agar lelaki turut dikuatkuasakan untuk menundukkan pandangan supaya dilihat syumul dari sudut pelaksanaan.
“Saya bimbang saranan Edry hanya akan menonjolkan imej Islam yang kolot jika penguatkuasaan tundukkan pandangan dilaksanakan semata-semata untuk dilihat tidak mendiskriminasi pihak wanita. Sedangkan dalam Islam, diseru kepada lelaki dan wanita untuk menundukkan pandangan manakala menutup aurat adalah tuntutan yang wajib patuhi,” katanya lagi.
Walaupun begitu Ustaz Ibrahim berkata, jika dikaji cara fikir DAP maka kita tidak pelik bagaimana Edry boleh berfikir demikian kerana DAP sejak awal telah menanam kebencian terhadap usaha untuk memartabatkan Islam di Malaysia.
“Ini terbukti apabila mereka mempertikaikan isi kandungan khutbah, undang-undang Islam, isu murtad dan lain-lain.
“Oleh itu saya menyeru anak muda Islam supaya berhati-hati dengan DAP kerana cara fikir mereka boleh membawa kita kepada kefahaman Islam yang salah,” katanya.
Selain itu katanya, Edry juga dinasihati agar tidak mengambil ajaran Islam sekerat-sekerat.
“Ambillah Islam sepenuhnya, bukan sekerat-sekerat. Tundukkan pandangan, tutup aurat itu ajaran Islam. Tapi Islam bukan sekadar itu sahaja. DAP menentang agenda Islamisasi dalam aspek lain kerana DAP faham Islam sekerat-sekerat,” katanya.
Parti Kayu atau kuali meme dpnuhi org2 PANdir. Sbb tu taat pd pemakan babi..dsokong pulak puak munapik yg sebelah lgi satu.
Sbb tu jugak alamakk suk dier sudah tarak bunyi maa...sudah silap langkah sudah malu ha ha...
mat sabu pergi meraih simpati dimarkas pas disg besar org pas sambut dan dengar ceramah dia dengan matang tiada sedikit pun probokasi tapi bendera dan paster pas diconting dan poster dikoyak. penyokong pan dah mula beralih pada umno. mat sabu marah sedih tu yang pg meraih undi kat markas pas.
Tunjukkan akhlak mulia sbg umat Islam yg mengikut ajaran sebenar lebih baik dari menghina org lain.
Satu jari menuding org lain empat jari lg tunjuk kebodohan diri sendiri.
Kepada Allah kita berserah.
Alhamdulillah
Post a Comment