KOTA BHARU - Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hasan mengesahkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menyentuh soal tahaluf siyasi dengan PKR dalam sesi Amanat Presiden, malam tadi.
"Itu (tahaluf siyasi dengan PKR) tidak disebut. Itu belum ada," katanya ketika ditemui media selepas majlis tersebut tamat.
Katanya, selain mendengar amanat daripada Abdul Hadi, pimpinan juga menjawab beberapa tohmahan yang disuarakan perwakilan.
"Sesetengah itu dia kata muktamar tahun ini tidak dibuka kepada media. Jadi, tadi (semalam) saya telah jelaskan.
"Kita telah keluarkan 198 pas daripada 42 agensi berita dan blog untuk esok. Muktamar kita terbuka kepada awam dan media. Itu penting," katanya.
Sebelum ini, hubungan Pas dengan PKR agak tegang susulan perebutan kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar. Sementara Muslimat Pas dalam Muktamarnya petang semalam meluluskan usul tanpa bahas yang menggesa Pas Pusat mengkaji semula tahaluf siyasi dengan PKR.
Dalam pada itu, Takiyuddin memberitahu Abdul Hadi ada menyentuh soal isu dalaman parti serta halatuju Pas dari segi budaya politik matang dan sejahtera.
Takiyuddin juga menegaskan tiada sebarang perbincangan mengenai usul yang dikemukan sayap-sayap dalam majlis tersebut.
Sementara Abdul Hadi ketika diminta mengulas tentang perjalanan majlis Amanat Presiden itu enggan memberi sebarang komen. Sebelum berlalu meninggalkan pihak media yang menanti seawal 9 malam, Abdul Hadi hanya sempat berkata, "esok...esok (hari ini)."
Pagi ini, Abdul Hadi akan menyampaikan Ucapan Dasar pada majlis perasmian Muktamar Pas Pusat ke-62 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) Pengkalan Chepa.
Sementara sesi perbahasan akan bermula di sebelah petang sebelum bersambung keesokan harinya dan ditangguhkan pada hari sama. (SH)
6 comments:
PAN pula menggunakan pedekatan Tahyul Say-Yes-Sir dgn DAP. Apa cakap DAP adalah benar dan suci di mata PAN
KALAU MAT SABU DAH INGATKAN AHLI PARTI JANGAN TUBUH PARTI ISLAM LAIN SUDAH PASTI DIA SENDIRI PUN TIDAK AKAN TUBUH.
Pada 16 September 2014 lalu Mantan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengingatkan anggota PAS khususnya perwakilan Pemuda PAS supaya tidak melabel antara satu sama lain ekoran perbezaan pandangan dan pendapat dalam parti.
Malah, beliau turut menasihatkan anggota PAS supaya tidak menubuhkan parti politik atas nama Islam, akibat perbezaan pandangan sebaliknya digalakkan menubuhkan NGO yang bersama Pakatan.
"Macam mana sekalipun jangan tubuh parti politik lain atas nama Islam. (Tubuh) NGO tak apa, NGO tubuhlah banyak bersama Pakatan itu lebih baik.
"Sebab kalau ada parti Islam lain, kita dapat lihat seperti di Indonesia ada (banyak) parti Islam... Tapi hantar calon presiden pun tak upaya.
"Bukan kita tolak mereka, tidak. Semua yang ada jadi pengajaran kepada kita. Kita berhujah, beri pendapat dalam parti. Pimpinan boleh datang pergi.
"Abang Mat ada di sini, belum tentu tahun depan. Usiaku semakin lanjut. Tetapi parti Islam ini perlu dipelihara terus," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Muktamar Pemuda PAS di Kota Tinggi Johor.
Ucapan beliau itu dinyatakan selepas ura-ura penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) oleh ahli PAS disebut-sebut bakal menjadi parti politik dan desas-desus itu telahpun dinafikan oleh kepimpinan NGO itu
GUA punya komen kat bawah
Tapi Mungkin Mat Sabu betul, sebab dia buat parti khadam DAP bukannya parti islam. Dan DAP pula anti Islam
Pasngok tak ada hala tuju.prediden
cakap tak serupa bikin.maki hamun
jadi mainan bibir.mati mati nsk jadi
penasihat walau tak dilantik.
Dulu pejuang sekarang khadam. Itulah PAN yg fanatic dgn kaedah Tahyul Say-Yes-Sir dgn DAP. Sebelum DAP bersuara, PAN sudah mengaum. KAH KAH KAH
Tak percaya? Tengok mamat PAN Shah Alam yg kaki bluetooth dgn kaki troll tu sudahlah.
Minta rejim Penang tukar nama bukit bendera dgn nama Jabal Khadam untuk memperingati PAN suka mengkhadamkan diri.
Di puncak Jabal Khadam pula wajar diletakkan mikrofon batu saiz rumah untuk memperingati peristiwa King Khadam melempar mikrofon atas pentas.
Tak kemananya perjuangan islam kalau ingin menunduk kpd org kafir.kita bertahaluf bukan jd khadam.tahap pan itu sudah tak boleh diguna pakai.islam sebenar apa kalau terpaksa duduk sembunyi bawah ketiak dap.
Post a Comment