Tuesday, June 07, 2016

Kali Ini Mat Sabu Pula, PAN Tipu Lagi?



Mohamad Sabu

KUALA KANGSAR – Lazimnya bagi seseorang yang pernah berpengalaman berada di sesuatu kawasan dalam tempoh agak lama, sudah pasti individu tersebut mampu menyebut nama tempat itu dengan begitu lancar sekali.

Malangnya ironi berlaku terhadap Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu tersasul menyebut nama kawasan ketika menyampaikan ceramah politik sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar di sini lewat Isnin.
Agak lucu apabila dalam program tersebut yang hanya dihadiri 50 orang; sebahagian besar ialah petugas media, beliau mesra disebut Mat Sabu mendakwa konon pernah lebih tiga dekad sering memberi ceramah di kawasan itu.
Ia bermula selepas beliau menyertai PAS pada 1978 susulan kejatuhan kerajaan negeri Kelantan dikuasai parti itu kepada Barisan Nasional (BN) sehingga tahun lalu apabila Mat Sabu keluar daripada PAS menubuhkan PAN pula.
“Saya selalu bagi ceramah di Lembah Sayong selama lebih 30 tahun sewaktu masih bersama PAS,” kata Mat Sabu selamba menyebabkan ramai hadirin terpinga-pinga kerana nama kampung itu sebenarnya ialah Sayong Lembah.
Kesilapan sama itu malah diulang berkali-kali dalam ceramah beliau bermula pukul 11.07 malam dan berakhir 23 minit kemudian apabila Mat Sabu dengan penuh yakin mengubah nama kampung itu menjadi Lembah Sayong.
Ceramahnya bahkan terganggu seketika apabila calon PAN, Prof. Dr. Ahmad Termizi Ramli muncul pukul 11.23 malam menyebabkan pengamal media ‘berebut’ mengerumuni saintis nuklear pro-projek kontroversi Lynas itu.
Menyedari ceramahnya kurang diberi perhatian, Mat Sabu cuba menarik minat puluhan hadirin dengan membuat kelakar apabila mendakwa konon kadar rasuah di Malaysia antara terburuk di dunia waima di rantau Asia tenggara.
Beliau memberi contoh kejayaan Indonesia menerusi Komisi Pemberantasan Korupsi Republik Indonesia (KPK) konon berjaya menaikkan indeks di bawah Transparency International (TI) lebih baik mengatasi Malaysia sendiri.
Lucunya sekali lagi Mat Sabu membuat kesilapan fakta dengan mengubah sejarah konon KPK ditubuhkan selepas kejatuhan rejim Presiden Mohamad Suharto yang digantikan pula oleh Bacharuddin Jusuf Habibie pada 1998 lalu.
Untuk rekod, KPK diwujudkan pada 2002 ketika zaman pentadbiran Megawati Sukarnoputri dan berdasarkan ranking TI tahun lalu, Indonesia berada di tangga ke-88 berbanding Malaysia masih stabil di kedudukan ke-54.
Kecuali Singapura pada posisi kelapan, senario indeks rasuah Malaysia dalam kalangan 10 negara ASEAN secara umum adalah lebih baik dibandingkan dengan Thailand (76), Filipina (95), Myanmar (147) dan Kemboja (150).
Entah apa lagi ‘mimpi’ Mat Sabu apabila beliau dalam ceramah itu mempergunakan pula namaRadio Australia konon pernah menyatakan bahawa Malaysia sebagai negara paling korup di dunia yang sebenarnya tidak benar!
Berdasarkan rujukan stesen antarabangsa Perbadanan Penyiaran Australia milik kerajaan negara kanggaru itu, tiada sebarang kenyataan siaran mengenai dakwaan rasuah di Malaysia sebagaimana tohmahan oleh Mat Sabu tersebut.
Kesimpulannya, ceramah Mat Sabu berjaya menghiburkan audiens dengan segala temberang lucu, namun beliau mungkin perlu banyak latihan ‘baca’ fakta pengetahuan am agar tidak diketawakan penonton selepas ini. – Mynewshub
Lihat sebelum ini..

#PRKKUALAKANGSRA

10 comments:

  1. Kah kah kah. Inilah dia King Khadam dari PAN

    KALAU MAT SABU DAH INGATKAN AHLI PARTI JANGAN TUBUH PARTI ISLAM LAIN SUDAH PASTI DIA SENDIRI PUN TIDAK AKAN TUBUH.



    Pada 16 September 2014 lalu Mantan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengingatkan anggota PAS khususnya perwakilan Pemuda PAS supaya tidak melabel antara satu sama lain ekoran perbezaan pandangan dan pendapat dalam parti.

    Malah, beliau turut menasihatkan anggota PAS supaya tidak menubuhkan parti politik atas nama Islam, akibat perbezaan pandangan sebaliknya digalakkan menubuhkan NGO yang bersama Pakatan.

    "Macam mana sekalipun jangan tubuh parti politik lain atas nama Islam. (Tubuh) NGO tak apa, NGO tubuhlah banyak bersama Pakatan itu lebih baik.

    "Sebab kalau ada parti Islam lain, kita dapat lihat seperti di Indonesia ada (banyak) parti Islam... Tapi hantar calon presiden pun tak upaya.

    "Bukan kita tolak mereka, tidak. Semua yang ada jadi pengajaran kepada kita. Kita berhujah, beri pendapat dalam parti. Pimpinan boleh datang pergi.

    "Abang Mat ada di sini, belum tentu tahun depan. Usiaku semakin lanjut. Tetapi parti Islam ini perlu dipelihara terus," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Muktamar Pemuda PAS di Kota Tinggi Johor.

    ReplyDelete
  2. Lucunya sekali lagi Si Mat Sabu membuat kesilapan fakta dengan mengubah sejarah konon KPK ditubuhkan selepas kejatuhan rejim Presiden Mohamad Suharto yang digantikan pula oleh Bacharuddin Jusuf Habibie pada 1998 lalu.

    Untuk rekod, KPK diwujudkan pada 2002 ketika zaman pentadbiran Megawati Sukarnoputri dan berdasarkan ranking TI tahun lalu, Indonesia berada di tangga ke-88 berbanding Malaysia masih stabil di kedudukan ke-54.

    Pokok pangkalnya, Si Mat Sabu ni bukannya tau pasal benda lain selain dari mengarut, menabur fitnah dan baling mikrofon ke dinding serta menjilat Bontot DAPigs. Tu pasal la dia sanggup menjadi PENGKHIANAT dan menubuhkan parti lain!!!

    ReplyDelete
  3. Assalam Pak Ibnu Hasyim

    1. Terima kasih diatas posting tuan yang banyak memberi informasi serata dunia dan diatas kegigihan tuan hanya Allah membalasnya,
    2. Terakhir saya rasa tuan harus berhati2 kerana saya berpendapat keghairahan tuan menyokong PAS telah membawa analisa tuan menjadi kurang baik, manipulasi salah dan tidak kelihatan memberi keadilan pada Raayat, elok tuan kekalkan peranan menyebarkan informasi seputar dunia dan tidak terperangkap dengan daayah kurang tepat semata2 kerapa tuan suka pada PAS, yang tepatnya adalah PIMPINAN PAS YANG MIRIP MENYOKONG PEMERINTAH ZALIM MEMBAWA KEHANCURAN PADA UMMAH, tuan tidak pernah menegur sikap segini ? adakah tuan juga setuju dengan sikap pimpinan PAS segini ?
    3. Saya yakin tuan adalah manusia bijak dan berpengalaman, dimana salah nya kita menegur pimpinan yang menyokong pemerintah zalim? jangan jadi Melayu yang assobiyah sanggup bersekongkol dengan kezaliman.
    4. Perjungan PAS dan misi Daawah tak ada salahnya cuma pimpinan yang membawa halatuju jemaah yang sudah lari dari dasar kepimpinan harapan ummah.

    Sekian pandangan saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BANGI, Isnin – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyelar Parti Amanah Negara (PAN) yang dilihatnya sudah menjadi pak turut kepada parti rasis dan cauvinis, DAP apabila bersekongkol menolak usul pindaan Mahkamah Syariah di Dewan Rakyat Mei lalu.

      Katanya, beliau hairan apabila PAN mengikut jejak DAP tidak menyokong keputusannya membawa usul tersebut.

      “Tiba-tiba puak DAP tak setuju dan lawan, puak-puak PAN (AMANAH) sokong DAP pula, ini pelik,” katanya dalam ceramag di Markas PAS Pemuda Kampung Sayong, Kuala Kangsar.

      Susulan itu Hadi berkata, pengundi perlu sedar sifat pemimpin PAN yang kini sudah sanggup mengikut sahaja kata dan keputusan DAP.

      “Kita kena sedar PAN ini siapa dia, ikut cara DAP setuju,” katanya.

      Hadi juga memberitahu bahawa beliau mengetahui hubungan antara DAP dengan beberapa kumpulan Kristian yang bimbang jika syariat Islam ditegakkan kononnya akan ramai masyarakat bukan Islam memeluk Islam.

      “Saya difahamkan di kalangan Kristian, Kristian ini bersahabat dengan DAP, saya cakap terang-terang ini, ada pemimpin DAP bersahabat dengan Kristian puak-puak Kristian yang takut syariat Islam dilaksanakan.

      “Mereka takut orang bukan Islam masuk Islam, itu sebenarnya, kalau syariat Islam dilaksana di Malaysia ini, orang tengok aman, baik hukum Islam ini, mereka takut bukan Islam ini masuk Islam, itu hak dia kita tak paksa, itu sebenarnya,” katanya.

      Delete
  4. SKANDAL PARTI KUALI-ROKET

    Pemimpin-pemimpin parti kuali mendakwa parti kuali adalah parti 'Islam' tetapi pada masa yang sama parti kuali bersekutu dengan parti kafir roket yang menentang ajaran Islam dan hukum Allah dan menindas umat Islam:

    (1) Sifu-sifu roket menghina khutbah Jumaat dan pakaian umat Islam yang menutup aurat.

    (2) Sifu-sifu roket menentang ajaran Islam dan hukum Allah secara terang-terangan dan menghasut orang ramai menentang Islam.

    (3)Sifu-sifu roket bersikap rasis (perkauman) terhadap umat Islam. Berpuluh kampung umat Islam dirobohkan semasa pemerintahan rejim roket di PP dan perniagaan umat Islam diganggu. Ini adalah satu bentuk pembersihan etnik (ethnic cleansing) yang diamalkan parti roket!

    (4) Sifu-sifu roket selalu menyinggung perasaan umat Islam. Contoh: Sifu-sifu roket menyokong negara haram Israel yang sedang menindas dan membunuh umat Islam di Palestin.

    (5) Parti roket adalah parti perkauman di mana majoriti ahlinya berasal dari China.

    (6) Kajian sebelum ini mendapati 72 peratus daripada 1,716 responden setuju bahawa parti roket hanya memperjuangkan kaum Cina dan 64 peratus setuju parti itu anti-Melayu dan Islam.

    (7) Parti roket memecat wakil rakyat parti Islam dari rejim roket dan menghasut kerajaan PR memecat wakil rakyat parti Islam dari kerajaan Slgor yang jelas menunjukkan parti roket bersikap anti-parti Islam kerana parti Islam mahu melaksanakan ajaran Islam dan hukum Allah. Ini jelas menunjukkan parti roket bersikat anti-Islam.

    Apakah jenis manusia dan parti yang suka bekerjasama dengan parti roket yang menentang ajaran Islam dan hukum Allah dan menindas umat Islam? Pengkhianat? Munafik?

    Wahai umat Islam, marilah kita semua memulaukan (boycott) parti roket, parti Gelakkan, Parti MaCAi, parti MICkey mouse dll yang menentang ajaran Islam dan hukum Allah supaya parti-parti kafir itu mengalami kekalahan teruk dalam PRU14. Ingatlah bahawa umat Islam adalah penduduk majoriti (64%) di negara ini dan kita menjadi kuasa penentu dalam PRU14!.

    ReplyDelete
  5. Salam En. Anonymous,

    Pakai laman web pemfitnah ISMA lagi, tak serik-serik ke memfitnah???

    Tak takut dosa ke????

    Sebelum menyebarkan fitnah baca dulu dan kaji dulu isi kandungan. Nanti kena balik dengan diri sendiri.

    Sendiri copy-paste pasal undang-undang negara Khalifah Uthmaniah, lepas tu tak mengaku pula.

    Hahahaahaa!!!

    Yang jahil,

    Nobody

    ReplyDelete
  6. Salam En. Anonymous,

    Encik sebenarnya minta maaf cakap tersilap!!!

    Mana ada RUU boleh mencegah kemungkaran???

    Ketika saya berusia 14 tahun dan bersekolah agama, bapa saya yang ketika itu mengambil Pengajian Islam dan pensyarahnya adalah Dato' Dr. Haron Din!!!

    Beliau berkata hudud boleh menjamin keadilan dan mencegah kemungkaran!!!

    Masa tu kita budak-budak ia jelah!!!

    Sekarang saya dah tak bersetuju!!!

    Sekarang beritahu saya macam mana RUU tu menjamin keadilan dan mencegah kemungkaran????

    Apa mekanismenya???

    Kalau tak boleh beritahu jangan sesuka hati melabel dan memfitnah kaki botol, kaki betina dan kaki judi!!!!

    Ilmu tak ada!!!

    Kalau minta bukti bagi email hahhahhahaa!!!

    Yang jahil,

    Nobody

    ReplyDelete
  7. Kita tidak berbahas dengan pesakit mental seperti 'Nobody' yang hanya pandai memaki hamun, menghina dan menfitnah.Buang masa sahaja!

    ReplyDelete
  8. Salam En. Anonymous,

    Janganlah serik hahahahaa!!!

    Encik minta bukti, saya nak bagi bukti.

    Sebenarnya Encik boleh google je Haji Hadi kata tak taat kepada PAS hilang akidah. Macam-macam keluar.

    Kalau Encik nak bukti saya boleh email.

    Saya tahu Encik sayang sangat dengan Haji Hadi!!! Jadi saya pressure Encik guna Haji Hadi!!!

    Tak larat kan!!!!

    Kenapa memfitnah lagi!!! Kita orang Islam ada dosa pahala!!!

    Yang jahil,

    Nobody




    ReplyDelete
  9. JANGGUT MESTI DI PANJANGKAN, JUBAH MESTI DILABUHKAN ,SERBAN MESTI
    BESAR,MATA MESTI PAKAI CELAK,DAHI MESTI DI HITAM KAN.............
    BARU TAHU ORANG SATU FELDA SEMUA..............
    ........SIAPA AKU......

    ReplyDelete