GEORGETOWN - Berikut adalah kronologi kes penahanan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini: 17 Mac 2016: Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya meminta menyiasat isu pembelian hartanah di bawah harga pasaran bernilai RM2.8 juta oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Jalan Pinhorn, George Town pada persidangan Dewan Rakyat di Parlimen. 18 Mac: Lim mendakwa transaksi pembelian rumahnya itu dibuat secara rela hati antara pembeli dan penjual, Phang Li Koon tanpa sebarang paksaan. 18 Mac: SPRM mula menerima laporan berhubung isu pembelian rumah banglo pada harga yang lebih rendah daripada harga pasaran daripada pelbagai pihak termasuk parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO). 19 Mac: Lim menggesa SPRM menyegerakan siasatan berhubung transaksi pembelian rumahnya di Jalan Pinhorn. 20 Mac: Lim membawa petugas media melawat rumahnya di Jalan Pinhorn. 22 Mac: Phang membuat akuan berkanun menjelaskan beliau menjual banglo itu atas dasar rela hati antara pembeli dan penjual yang dipersetujui melalui perjanjian bertarikh 23 Jun 2014. 23 Mac: SPRM terima lapan aduan daripada pelbagai pihak berhubung isu pembelian banglo ketua menteri. 1 April: Phang memberi keterangan berhubung pembelian banglo oleh ketua menteri di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut. 2 April: Polis melengkapkan kertas siasatan berhubung kandungan akuan berkanun Phang yang didakwa mempunyai maklumat palsu. 17 April: SPRM menasihatkan semua pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu pembelian banglo ketua menteri. 6 Mei: Lim dan isteri Betty Chew serta Phang dan pemilik Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) Datuk Tang Yong Chew memberi keterangan kepada SPRM. 7 Mei: Lim sekali lagi hadir untuk direkodkan keterangan berhubung isu pembelian banglo di pejabat SPRM Pulau Pinang. 22 Mei: Pegawai SPRM hadir di rumah Lim untuk mengambil keterangan berhubung pembelian banglonya. 25 Mei: Kertas siasatan Lim dikemukakan kepada Peguam Negara. 6 Jun: Kertas siasatan banglo Lim dikembalikan kepada SPRM untuk siasatan lanjut. 29 Jun: Lim ditahan SPRM di tingkat 28 bangunan Komtar pada pukul 5.45 petang, manakala Phang ditahan pada pukul 4.15 petang di pejabatnya di Tingkat 6, Penang Garden. - Bernama |
▼
Ini baru betul, Bulan Ramadhan kita buat amalan soleh. Memang patut dipuji contohnya tolong orang susah, solat sunat dan bertadarus
ReplyDeleteJangan jadi kepimpinan PAN Penang , bila LGE kena angkut dengan SPRM, dia lepas buka posa trussssss pi tunjuk muka dekat orang protest penahanan LGE.
Ni Aku Copy and PASTE kat fmt
Pimpinan Pakatan Harapan turut sama kelihatan melaungkan “Bebas Guan Eng”, dalam suasana demonstrasi yang suram.
“Saya dalam perjalanan ke SPRM,” kata Naib Presiden Amanah Mujahid Yusof Rawa yang bergegas ketika dihubungi FMT.
“Patut tidak perlu tangkapan. Esok YAB boleh secara sendiri ke mahkamah. Ini satu usaha untuk menjatuhkan kredibiliti Lim Guan Eng.”
Orang pi Terawih dan tengok golongan Asnaf. Mujahid pula tengok Guan Eng. Bawa mengucap banyak2 PAN Oiiii
PAN pada masa yg sama tak peduli apabila kampung2 dirampas dan penduduk kampong dihalau. Nampak sangat hipokrit. Inilah contoh Nabi Nuh yg anaknya kafir. Bagi Allyarham Yusuf Rawa pula orangnya baik soleh dan abid tapi anaknya pula HAMBA ABDI DAP. Inilah Iman tidak turun melalui keturunan tapi melalui kepercayaan dan amal
Haji Jeff Hulu Bernam
Keadilan Reform
Once Reformer Always Reformer