PASIR PUTEH - Dewan Ulamak Pas Pusat mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana memberi pengiktirafan kepada gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Ketuanya, Datuk Dr Mahfouz Muhammad menegaskan, pengiktirafan itu dibuat menerusi penubuhan Jawatankuasa Transgender yang mengadakan mesyuarat pertamanya di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang pada 17 Mei lalu.
"Dewan Ulama tidak sokong bawa agenda perhubungan sesama jenis ini, kita seru ulamak, mereka wajib memimpin masyarakat dengan ilmu dan amanah bebaskan khurafat warisan penjajah," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan Ulamak Pas ke-55, di Sweet Beach Resort, Tok Bali, di sini, hari ini.
Ulama PAS kutuk DAP kerana iktiraf LGBT, mereka pula iktiraf DAP sebagai rakan, penasihat dan penaung, walaupun jelas DAP anti Islam? (IH)
2 comments:
iNGAT PAN INGAT DAP
INGAT PAN INGAT LBGT
SILA TOLAK PAN UNTUK MENOLAK PEMBELAAN LBGT
http://www.ismaweb.net/2014/07/dr-mujahid-penghalang-atau-pembela-lgbt/
Dr Mujahid: Penghalang atau pembela LGBT?
Draf Rang Undang-undang Keharmonian Nasional dan Rekonsiliasi tidak mengiktiraf orientasi seks pengamal perlakuan LGBT, sebaliknya, rang undang-undang itu melindungi hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender untuk tidak didiskriminasikan dalam aspek seperti bidang pekerjaan, kata Pengerusi Jawatankuasa Undang-undang dan Dasar, Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN), Datuk Dr Mujahid Yusof, sebagaimana dilaporkan oleh portal media liberal Malaysiakini.
Datuk Dr Mujahid,
Tidak mengiktiraf sesuatu kelompok tetapi melindungi hak kelompok berkenaan? Tidakkah pelik bin ajaib bunyinya. Apakah erti tidak diiktiraf? Bukankah ia bererti bercanggah dengan peraturan negara? LGBT tidak diiktiraf di Malaysia. Mengamalkan LGBT adalah salah di sisi undang-undang Malaysia. Pengamal LGBT ialah pesalah. Lalu bagaimana mungkin pesalah LBGT boleh hidup aman dengan mengamalkan LGBT dan bekerja di Malaysia? Malah, dijamin haknya untuk bekerja serta tidak boleh didiskriminasikan dalam pekerjaan?
Sebelum berbicara soal diskriminasi pekerjaan, terlebih dahulu perlu dibicarakan status pengamal LGBT di Malaysia. Pengamal LGBT tidak perlu malah tidak boleh dibenarkan hidup bebas di Malaysia. Mengamalkan LGBT ialah kesalahan di sisi undang-undang Malaysia. Pengamalnya mesti dikenakan tindakan undang-undang.
Sebagai majikan, adakah anda mahu memberikan pekerjaan kepada pengamal LGBT yang pastinya dikenakan tindakan undang-undang? Adakah anda mengamalkan diskriminasi jika anda tidak mahu memberikan pekerjaan kepada pesalah undang-undang?
Rang Undang-undang Keharmonian Nasional dan Rekonsiliasi untuk melindungi hak golongan LGBT untuk tidak didiskriminasikan dalam bidang pekerjaan adalah tidak perlu kerana kewujudan golongan LGBT itu sendiri adalah tidak perlu, malah mengamalkan LGBT adalah tidak dibenarkan di sisi undang-undang negara.
“Ia (LGBT) duduk di bawah gender dan kita tidak boleh mendiskriminasikan seseorang itu atas asas jantina. Dalam jantina itu kita sebut orientasi seksual antara lainnya,” kata Dr Mujahid lagi.
Kita bersetuju bahawa tidak boleh melakukan diskriminasi berdasarkan jantina tetapi kita bertanya di bawah gender apakah dan dalam jantina apakah terletaknya orientasi seksual LGBT? Lelaki atau perempuan? Atau ada jantina lain di sisi Dr Mujahid? Ia adalah rahsia yang terbuka bahawa LGBT bukanlah jantina. Lelaki dan perempuan ialah jantina tetapi LGBT bukan jantina. LGBT tidak lain hanyalah perlakuan sumbang yang didasarkan oleh kemahuan hawa nafsu manusia semata. Lalu mengapa ada kumpulan bersungguh-sungguh berjuang agar masyarakat dunia menerima dan mengiktiraf LGBT sebagai jantina selain lelaki dan perempuan?
Sebagai pejuang Islam rahmatan lil ‘alamin yang gigih berdialog dengan orang bukan Islam, Dr Mujahid sepatutnya telah lama jelas perbezaan antara sibghah Allah (acuan Islam) dengan acuan Barat, antara hak asasi manusia tajaan Barat yang kafir dengan hak asasi manusia yang telah digariskan sendiri oleh Allah swt
Kita sangat berharap agar Datuk Dr Mujahid jangan mudah terpengaruh dengan idea-idea Barat yang jelas bertentangan dengan Islam. LGBT sebagai satu jantina atau LGBT duduk di bawah kategori jantina ialah idea Barat. Ada sebab kenapa idea itu diasaskan dan diperjuangkan. Idea itu ternyata sekali bertentangan dengan Islam. Lalu kenapa Dr Mujahid sebagai seorang Islam malah seorang pejuang Islam sejati mesti menerima idea Barat yang bertentangan dengan Islam? Deen mereka untuk mereka dan deen kita untuk kita. Kita tidak mesti tunduk kepada idea songsang mereka jika benar
Yellloooooo Mujahid, ini pun kao tak faham ka?
Sebab kaoooo tak faham maka wajib kita kata Ingat PAN ingat LBGT
http://www.ismaweb.net/2012/04/lbgt-musuh-atau-mangsa/
LBGT: Musuh atau mangsa?
Apabila kita mengiktiraf wujudnya pelbagai kecenderungan seksual, tidak bermakna bahawa semua kecenderungan ini perlu dituruti semahu-mahunya. Berdepan dengan permasalahan ini, sekiranya kita kembali kepada Islam yang syumul, maka akan jelas kepada kita bahawa kita perlu akur dengan hukum dan ketetapan syarak. Mujahadah, iaitu segala usaha untuk menundukkan hawa nafsu daripada mengikuti naluri yang bertentangan dengan syarak akan mendapat balasan pahala dan kebaikan daripada Allah.
Hidup ini adalah medan ujian dan setiap individu diuji dengan ujian yang berbeza-beza jenis dan kadarnya. Kecelaruan kecenderungan seksual adalah salah satu bentuk ujian yang perlu dihadapi dan ditangani dengan cara yang terbaik.
LBGT Bukan Musuh?
Bertitik tolak daripada kefahaman dan keyakinan bahawa hidup adalah medan ujian, maka mereka yang memiliki kecelaruan kecenderungan sosial bukanlah musuh tetapi mereka yang perlu dibantu supaya mereka terus mampu untuk taat kepada perintah Allah dan batasan agama, adat resam dan budaya.
Pejuang Hak LBGT perlu dimusuhi
Saya mengambil pendirian untuk membezakan mereka yang memiliki masalah kecelaruan kecenderungan seksual dengan pejuang hak LBGT.
Perjuangan hak LBGT yang meletakkan naluri individu sebagai neraca mutlak, sehingga merendahkan martabat kemanusiaan setaraf dengan haiwan yang hidup tanpa akal dan batasan, bahkan menolak peranan adat dan agama dalam pembentukan tamadun kemanusiaan adalah ditolak sama sekali dan perlu dimusuhi.
Perjuangan ini bertentangan dengan tuntutan agama dan hukum alam yang ditetapkan oleh Allah yang Maha Pencipta.
Perjuangan ini jelas bertentangan dengan Maqasid Syarak untuk menjaga agama, dan nasab keturunan.
LBGT adalah Mangsa Keadaan!
Saya melihat permasalahan sosial yang menyaksikan budaya LBGT semakin mendapat tempat hari ini, berpunca daripada hilangnya peranan agama dan budaya dalam mendidik masyarakat.
Mereka menjadi mangsa keadaan apabila kecenderungan mereka tidak dihadapi dengan cara yang wajar. Seandainya sejak dari kecil, ibubapa tidak memberi penekanan mengenai cara berpakaian dan dibiarkan berpakaian dengan pakaian berlainan jantina, siapakah yang wajar dipersalahkan apabila berlakunya kecelaruan identiti apabila usianya meningkat remaja?
Siapa pula yang perlu dipertanggungjawabkan apabila seseorang itu membesar tanpa diajar mengenai adab-adab dan batasan-batasan apabila berpakaian, bergaul dan berhibur?
Post a Comment