Friday, June 10, 2016

Mengapa Papan Tanda Ini Diturunkan? Ini Kerja PANkah?

Post Pic
SHAH ALAM: PAS membidas mereka yang mendirikan papan iklan yang mendakwa parti itu bergabung dengan Umno malah bersekongkol dalam skandal 1MDB.

Papan iklan yang ditemui di Kuala Kangsar memaparkan imej muka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin parti komponen BN antaranya Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Papan iklan itu juga tertera tertulis "BN, Pas sehati sejiwa..."

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad menyifatkan perbuatan itu sebagai fitnah kotor ketika kempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar yang memasuki hari keempat hari ini.

"PAS menyatakan bahawa fitnah ini sangat kotor, dilakukan oleh golongan yang sangat terdesak untuk meraih undi. 
“PAS menyertai PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah untuk bertentangan melawan Umno yang menjadi tunjang Kerajaan Malaysia hari ini," kata Idris dalam satu kenyataan hari ini.

Sambil menyifatkan tindakan berkenaan sebagai bacul dan umpama 'baling batu sembunyi tangan', Idris mencabar pihak terbabit untuk membuat tuduhan secara terbuka bagi membolehkan PAS mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka. 

Beliau juga meminta PDRM dan SPR melakukan siasatan terhadap insiden yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab itu.

Papan iklan itu bagaimanpun kini sudah diturunkan. (antarapos)

6 comments:

Anonymous said...

blogger binawe btul.. dah byk kali di bg tau AMANAH lagi nak gn PAN..btul2 otak di tapak kaki..lg 1 aku tgok blogger nie mcm nak menegakkan syiara islam tp post2 pasal benda2 lucah byk gak..nak sntul hal2 akhlak tp post gak gambar2 separuh bogel..mmg org PAS mcm nie agaknya

Anonymous said...

PAN pu tak pa la. Cuba pi tengok parti pas dlm bahasa inggeris.. merata tempat dok tulis..'PAN MALAYSIA ISLAMIC PARTY'.. pi la tengok. Tu yg depa suka sebut PAN.. sbb PAN dah tersemat dlm sanubari mereka. Nak sebut AMANAH??? Takkan disebut punya la.. Perkataan AMANAH tu terlalu besar natijahnya pada yg tak amanah!!! Bila berlaku kemungkaran.. berdiam diri sedangkan jadi YB dipilih rakyat untuk tegakkan kebenaran.. tak amanah la tu.. ponteng sidang Parlimen pun tak amanah.. tak berani tegur kerajaan yg khianat rakyat tu pun tak amanah... jadi tak heran la puak tu@PASt takut sangat dgn AMANAH!!!
"PAN-MALAYSIA ISLAMIC PARTY" = PAS

Anonymous said...

8 Sebab Mengapa Anda Perlu Undi Calon AMANAH di Kuala Kangsar.

1) Calon anak tempatan dari Kg Suak Petai, Manong, Kuala Kangsar.
2) Calon merupakan generasi ke-6 Dato´Seri Maharajalela.
3) Calon adalah bekas Presiden Malay Society United Kingdom.
4) Calon bekas Profesor Nuklear Fizik UTM.
5) Calon diiktiraf IAEA dan negara sebagai pakar Ilmuan Islam dalam bidang Nuklear Fizik.
6) Calon aktif dalam kegiatan NGO IKRAM.
7) Calon menerima anugerah DYMM Sultan Perak 2001 Pingat Darjah Paduka Cura Si Manja Kini
8) Calon adalah wakil Pakatan Harapan.

Anonymous said...

Parti kuali parti Islam? Kah...kah...kah...kah....Lawak 2016 ! Bagaimana boleh parti kuali mendakwa dirinya parti Islam sedangkan parti kuali menjadi barua parti roket yang menghina dan menentang Islam?

Anonymous said...

Salam En. Anonymous,

Wah, saya nampak dalam komen asyik sebut 'Nobody' je!!!

Kalau saya komen saya akan letak 'Nobody' sebagai signature!!!

Adakah Encik merindukan saya???

Kalau rindukan saya pastikan Encik bukan lelaki kerana saya bukan gay HAHAHHAAAA!!!

Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

En. Anonymous,

Yang menghinakan Islam bukan Haji 'Kalau tak Taat Pada PAS Hilang Akidah' Hadi ke???

Atau yang menghinakan Islam ialah parti yang menunjukkan dirinya BODOH dengan menggunakan baiah cerai isteri yang HARAM dan MUNGKAR tu???

Atau yang menghinakan Islam ialah orang yang amanatnya telah mengkafirkan 3 juta orang UMNO???

Atau yang menghinakan Islam ialah orang yang amanatnya menyebabkan syahidnya Ustaz Ibrahim Libya dan anak-anak muridnya di Memali serta menyebabkan orang memutuskan silaturrahim dengan tidak menziarahi kenduri atau kematian jiran tertangga???

Atau kesemuanya sekali???

Semua itu berkaitan dengan Haji Hadi Ulama Mungkar tu!!!

Hina Islam kerananya!!!!

Yang jahil,

Nobody

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails