Wednesday, June 08, 2016

Menteri Bertudung Ini Tetap Tidak Sokong RUU M/Syariah Yang Membuka Jalan Hudud..

Post Pic

SUNGAI BESAR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi undang-undang Datuk Seri Nancy Shukri hari ini menegaskan beliau tidak akan menyokong pindaan undang-undang yang akan membuka jalan kepada pelaksanaan hudud.

Beliau berkata ini selaras dengan pendirian PBB di Sarawak yang menolak pindaan tersebut.

Ditanya sama ada beliau akan mengundi menentang rang undang-undang itu, Nancy bagaimanapun berkata beliau tidak akan berada di Dewan Rakyat sekiranya ia berlaku.

"Bukan sahaja saya akan menolak (rang undang-undang), saya tidak akan berada di sana.

"Saya telah menunjukkannya pada hari ia dibentangkan. Saya tiada di dalam (dewan)," katanya kepada pemberita di Sungai Besar hari ini.

Bagaimanapun ketiadaannya akan menjadikan lebih mudah bagi rang undang-undang 'hudud' yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang diluluskan.

Ini kerana Hadi hanya memerlukan majoriti mudah berdasarkan kepada jumlah ahli parlimen yang hadir di dewan pada masa undi. (antarapos)

4 comments:

  1. dia takut kat ketua menter lebih dari allah swt. insyallah hudud akan tetap dilaksanakan di sarawak.

    ReplyDelete
  2. PBB tolak Syariah Tapi dia BN
    DAP tolak Syariah
    Tapi PAN Khadam DAP
    Maksudnya yg halal dan Toyibah untuk diunid hanya PAS

    Ingat PAN Ingat DAP
    Ingat DAP Ingat Abu Jahal

    ReplyDelete
  3. Tudung tu dia pakai sebab rambut dia gugur! main botak!

    ReplyDelete
  4. Nama pon mirip kapiaq..

    ReplyDelete