Wednesday, June 08, 2016

Muslim Di Xinjiang Tiap Tahun Dilarang Berpuasa.


muslimat-uighur
DENGAN umat Islam di seluruh dunia memulakan ibadah puasa semalam, media sosial tempatan dibanjiri ucapan salam Ramadhan dan doa agar mereka dapat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna.
Namun perkara yang sebaliknya berlaku di China apabila lebih 10 juta muslim yang menetap di wilayah Xinjiang, tidak dibenarkan untuk berpuasa.
Menurut agensi berita antarabangsa AFP, kerajaan China sehingga ke hari ini, masih tetap melarang umat Islam di wilayah Xinjiang daripada menunaikan ibadah puasa, sama seperti sebelum ini.
musim
Larangan tersebut ditetapkan buat penjawat awam, pelajar dan kanak-kanak seperti yang dihebahkan oleh Biro Keselamatan Awam di Beijing melalui laman sesawang dalam notis yang dikeluarkan pada minggu lalu, berhubung sekatan semasa bulan Ramadhan.
Ahli-ahli parti, penjawat awam, pelajar dan kanak-kanak tidak harus berpuasa pada bulan Ramadhan dan tidak boleh mengambil bahagian dalam aktiviti agama,” tulis notis yang dipaparkan pada Khamis lepas di laman web rasmi bandar Korla, Xinjiang.
China Larang Muslim Xinjiang Beribadah Puasa
China memiliki sekitar 20 juta orang Islam dan sejumlah 13 juta, kebanyakan Muslim Uighur tinggal di Xinjiang namun sering mendapat tekanan


Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, larangan itu dikecam oleh kumpulan etnik Uighur yang melarikan diri dari China dan hidup dalam buangan.
Jurucakap Kongres Uighur Sedunia, Dilxat Raxit berkata tindakan kerajaan China yang menindas itu akan mencetuskan lebih banyak ketegangan.
“Kami menggesa China agar memastikan kebebasan agama untuk Uighur dan menghentikan sebarang penindasan politik melibatkan bulan Ramadan,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik oleh media antarabangsa.
480726008
304189_620
Xinjiang juga dikenali sebagai Turkestan Timur, merupakan wilayah autonomi di barat laut China. Ia didiami oleh etnik Uighur beragama Islam yang menuntut kemerdekaan daripada pemerintah di Beijing.
Wilayah itu juga didiami oleh penduduk Islam daripada etnik lain termasuk Kazakh, Kyrgyz, Uzbek, Tatar dan Tajik.
Sumber: IBTimes , Hongkongfp

Ibnu Hasyim (kanan) semasa berada di bandar Urumqi, beberapa tahun lalu..

1 comment:

Anonymous said...

KERAJAAN CHINA MEMUSUHI ISLAM DAN UMAT ISLAM,

Seperti kerajaan haram Israel, Kerajaan China Komunis mengamalkan dasar anti-Islam yang menafikan hak asasi rakyat China yang beragama Islam dan melakukan diskriminasi dan penindasan terhadap umat Islam China:

In a 2013 news article, The New York Times reported, "Many Uighurs are also convinced that Beijing is seeking to wipe out their language and culture through assimilation and education policies that favor Mandarin over Uighur in schools and government jobs. ... Civil servants can be fired for joining Friday afternoon prayer services, and Uighur college students say they are often required to eat lunch in school cafeterias during the holy month of Ramadan, when observant Muslims fast." Sumber: Jacobs, Andrew (7 October 2013). "Uighurs in China Say Bias Is Growing". The New York Times.

Bayangkan nasib umat Islam di negara ini jika parti roket dan barua-baruanya berkuasa di negara ini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails