Tuesday, June 14, 2016

Orlando: Bukan Kerana Agama, Tapi Kerana Gay -Ayah Omar Mateen.

 REUTERS - ORANG ramai memegang poster di jalanan semasa acara memasang lilin bagi memperingati mangsa pembunuhan di sebuah kelab gay di West Hollywood, California semalam.
WASHINGTON – Bapa kepada Omar Mateen yang menembak mati 50 orang dalam serangan di sebuah kelab malam gay di Florida kelmarin menyifatkan tindakan anaknya itu tiada kaitan dengan agama.
Dalam satu temu bual dengan NBC News kelmarin, Seddique Mateen yang turut dikenali sebagai Mir Siddique berkata, tindakan tersebut sebaliknya dilakukan kerana anaknya marah dengan perbuatan dua lelaki bercium di hadapan isteri dan anaknya di pusat bandar Miami baru-baru ini.
Seddique pernah menjadi pengacara sebuah rancangan televisyen di saluran satelit Afghanistan yang beribu pejabat di Amerika Syarikat (AS) selama hampir tiga tahun.
“Kami memohon maaf untuk keseluruhan insiden ini. Kami tidak me
ngetahui apa-apa tindakan yang diambil oleh Omar.
“Kami juga terkejut dengan kejadian ini seperti yang dirasai oleh seluruh rakyat negara ini,” kata Seddique yang dipetik oleh NBC News.
  50 maut kejadian tembak di kelab gay sebagai pusat maksiat.
 ANGGOTA polis mengawasi di sekitar kelab malam susulan insiden tembakan yang menyebabkan sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh dan berpuluh yang lain ...
Seddique tinggal di Florida menurut rekod awam, namun tidak diketahui bila dia berhijrah ke AS. Dia juga sehingga kini tidak membalas mesej yang di hantar ke telefon bimbitnya selain tidak memberi respon kepada e-mel.
Pemilik saluran satelit, Payam-e-Afghan yang beribu pejabat di California, Omar Khatab berkata, Seddique akan muncul di studio miliknya di Canoga Park, California tiga atau empat kali setahun bagi merakamkan rancangan televisyennya.
Dalam kejadian kelmarin, Omar yang bersenjata api menyerbu sebuah kelab gay yang penuh sesak dengan pengunjung sebelum melakukan tembakan rambang menyebabkan 50 orang terbunuh dan 53 lagi cedera. – Reuters

2 comments:

Anonymous said...

KELANTAN – GUA MUSANG: Kemiskinan hidup yang dialami menyebabkan sebuah keluarga di sini hanya mampu tinggal di dalam bangsal yang tidak sempurna di Kampung Aring 2, di sini.

Lebih malang bagi ibu muda, Nurul Hafizan Mat Razali, 19, dia terpaksa tinggal bersama anak sulungnya, Fatira Aisya Mohd. Khairi, 5, dan anak lelaki yang mempunyai penyakit bengkak hati, Mohd. Haiqal, setahun dua bulan.

Menurut Nurul Hafizan, selepas kediamannya dihanyutkan banjir besar penghujung tahun 2014, mereka tidak berkemampu­an untuk membina kembali rumah mereka.

Katanya, demi menyara keluar­ga, suaminya, Mohd. Khairi Mat Zain, 23, terpaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan di Kuala Lumpur dan gajinya hanya dapat menampung makan serta minum mereka sekeluarga.
Minta jasabaik wakil rakyat dari Pakatan untuk membantu.

Anonymous said...

moga nasibnya akan mendapat pembilaan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails