Sunday, June 12, 2016

PAN Sukar Dekati Pengundi S/Besar -Naib Presiden PKR.



Nurul Izzah

SUNGAI BESAR – Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengakui Pakatan Harapan yang diwakili Parti Amanah Negara (Amanah) menghadapi laluan sukar mendekati pengundi bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun ini.

Beliau yang ditemui Bernama ketika berkempen bagi calon Amanah di Pasar Awam Sungai Besar di sini hari ini berkata sukar bagi parti baharu seperti Amanah untuk menembusi pasaran dan jentera Pakatan Harapan perlu bekerja keras untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.
“Jadi pada saya, kerana itulah kita kena bertungkus-lumus dan petugas kami pun memakai baju Amanah untuk memperkenalkan logo calon dan juga kita (Pakatan Harapan) pilih calon tempatan,” katanya.
Menurut Nurul Izzah, Pakatan Harapan akan lebih sensitif dalam berkempen ketika bulan puasa ini terutama selepas insiden papan iklan bersifat provokatif yang didirikan oleh sekutunya DAP di sekitar pekan Sekinchan.
Pada PRK itu, calon Amanah, Azhar Abdul Shukur selaku Pengerusi Amanah Sungai Besar ditentang calon Barisan Nasional (BN), Budiman Mohd Zohdi manakala PAS mempertaruhkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr. Abdul Rani Osman.
Kekosongan kerusi Parlimen itu berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon yang merupakan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.
Sungai Besar mempunyai 42,655 pengundi berdaftar dengan 67.16 peratus pengundi Melayu, 30.70 peratus pengundi Cina, 1.92 peratus pengundi India dan 0.22 peratus pengundi kaum-kaum lain. – BERNAMA


Sila lihat..
Pekerja M'sia Di Australia Diucapkan Selamat Menyambut Ramadhan. -Ibnu Hasyim.

7 comments:

Anonymous said...

Kalau PAN menang habislah Kuala Kangsar dan Sungai Besar berlumuran dangan beer, stout dan lager. DAP kasi bikin Party Tonggang Yamseng

http://www.ismaweb.net/2016/06/dap-akan-sambut-kemenangan-pan-dengan-arak-carlsberg-tiger/

“DAP akan sambut kemenangan PAN dengan arak Carlsberg, Tiger”

BANGI, Khamis – Parti rasis dan cauvinis, DAP akan meraikan calon PAN, Azhar Abdul Shukur dengan arak sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Perkara itu dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sekinchan, Ng Suee Lim dalam satu ceramah kempennya sebagai pujukan kepada pengundi Cina supaya mengundi calon PAN.

Joceline Tan dalam tulisannya bertajuk ‘Tough decisions in the rice bowl town of Sekinchan’ yang disiarkan di media liberal The Star hari ini, menyebut bahawa Ng telah berkata, jika PAN menang di Sungai Besar, kemenangan itu akan diraikan dengan Carlsberg, Tiger atau kau (black dog atau Guinness Stout).

Melihat kepada situasi itu Tan berkata, cara Ng berkempen itu, ia memberi gambaran seolah-olah Ng adalah calon yang bertanding.

Ini kerana beliau berpendapat, sebahagian besar yang dipertaruhkan DAP dalam PRK ini adalah PAN yang dianggap sebagai makhluk ciptaan DAP menggantikan PAS sebelum ini.

“Ia juga merupakan satu perjuangan proksi antara DAP dan PAS, yang mana PAN amat bergantung kepada undi Cina,” katanya.

Tan berkata, apa yang dilakukan DAP adalah semata-mata untuk menarik sokongan di kalangan pengundi Cina.

“Ketika dulu pemimpin DAP memujuk Cina untuk menyokong PAS dan kini mereka terpaksa meminta Cina untuk menyokong PAN pula.

“Bagaimanapun, ramai orang Cina di kawasan itu tidak mengetahui kewujudan PAN. Ustaz Azhar, calon PAN juga tidak terkenal walaupun bapanya pernah menjadi orang kuat UMNO di kawasan itu,” kata Tan lagi.

Anonymous said...

Apa Machaaaaa, belajar tibggi tapi jentera pilihanraya memekak waktu orang solat kat Masjid.
Kebanyakan orang PAN ni JIM (sebutannya JIN) kununnya ikut usrah tapi sebnarnya ikut DAP. DAP pula anti Islam

PAN KENA HERDIK, TAK HORMAT ORANG TERAWIKH!!!

Seorang lelaki tampil menempelak penganjuran ceramah Parti Amanah Negara (PAN) yang diadakan di sini yang disifatkan mengganggu dan tidak menghormati umat Islam yang sedang melakukan ibadah solat terawikh semalam.

Lelaki yang dipercayai penduduk Kuala Kangsar itu mengamuk di pentas ceramah tersebut mendesak supaya pihak penganjur menghentikan ceramah mereka serta merta dan memberi amaran supaya tidak diadakan selagi solat terawikh tidak selesai ditunaikan.

"Nak ceramah agak-agak la..! Ceramah... terawikh.. hormat Islam! Terawikh tak habis lagi.. bodoh ke?!

"Selagi tak habis terawikh, jangan mula! Hormat Islam.. semua tengah sembahyang..," tengking lelaki itu, marah dengan sikap parti PAN yang mula ceramah ketika penduduk tempatan belum selesai menunaikan solat terawikh.

Lelaki itu menegaskan bahawa kemarahannya bukanlah disebabkan politik, namun kerana kehormatan agama Islam dan ibadah umat Islam yang seolah tidak dipeduli PAN yang sibuk berpolitik.

Katanya, PAS dan Barisan Nasional hanya memulakan kempen ceramah mereka selepas umat Islam selesai menunaikan solat terawikh, namun berbeza dengan PAN yang berceramah ketika ibadah tersebut belum selesai.

"PAS ke, BN ke, semua ceramah (lepas) habis terawikh. Ini PAN.. tolong hormat... ini bukan kira parti, tapi ini kira agama. Lepas terawikh, (PAN) nak melalak ke nak memekak ke itu terpulang," katanya meluahkan rasa marah terhadap sikap PAS tersebut.

Turut diherdik pemuda itu ialah beberapa hadirin beragama Islam dipercayai penyokong PAN dan PKR yang turut berada di lokasi ceramah berkenaan yang dipercayai berlangsung di Taman Sri Emas.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2015/09/mufti-pahang-terkilan-dengan-orang-islam-dalam-dap/

Mufti Pahang terkilan dengan orang Islam dalam DAP

BANGI, Selasa – Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman melahirkan rasa terkilannya kepada sebahagian orang Melayu, Islam dalam parti rasis dan cauvinis DAP yang mengancam untuk menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) berhubung dengan teks khutbah Aidiladha lalu.

Beliau berkata, kandungan teks khutbah berkenaan adalah merupakan satu nasihat kepada umat Islam supaya bersatu dan bukannya bersama dengan pihak yang secara terang mencabar Islam.

Oleh itu, beliau menyifatkan tindakan beberapa orang Islam dalam DAP itu sebagai lebih mengutamakan dasar parti itu dan tidak menghormati institusi Islam.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

“Saya rasa terkilan dengan orang Islam dalam DAP, sepatutnya mereka kena mempertahankan ahli agama dan institusi Islam ini, namun mereka pula ingin menyaman kami dan meminta kami memohon maaf,” katanya lapor Utusan Malaysia hari ini.

Beliau juga berkata, kandungan teks khutbah berkenaan adalah benar dan bukannya berbaur fitnah kerana telah dirujuk dalam al-Quran iaitu ayat 28, Surah Ali Imran.

“Jelas dalam al-Quran, larangan untuk orang mukmin berpihak kepada orang kafir dan menjadikan mereka teman setia dengan meninggalkan orang mukmin.

BACA: Isma sokong Mufti Pahang tidak tunduk dengan DAP

“Kalau kita lihat dalam beberapa isu seperti hudud sebelum ini, mereka menentangnya yang bermakna menolak hukum Islam sedangkan Islam tidak pernah me nafikan hak orang lain walaupun Islam adalah agama Persekutuan di Malaysia,” katanya.

Sehubungan dengan itu, pihaknya tidak gentar dengan ancaman DAP untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa agama negeri.

“Kita tidak akan tunduk kepada pihak yang mahu jabatan ini memohon maaf dan menarik balik teks khutbah Aidiladha itu.

“Sepatutnya mereka yang memohon maaf terlebih dahulu kerana campur tangan dalam hal ehwal Islam seperti pelaksanaan hudud di Kelantan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

BACA: KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

Sementara itu, khutbah Aidiladha yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Pahang untuk kegunaan para khatib antara lain menyebut:

“Perpecahan ini kerana mengutamakan parti politik melebihi perpaduan dan persaudaraan Islam seperti parti Umno, Pas, PKR dan ditambah parti baru yang di namakan Gerakan Harapan Baru (GHB) malahan ada di kalangan umat Islam yang menyertai parti DAP yang terang-terang menentang Islam.

“Sepatutnya umat Islam bergabung dan bersatu suara walaupun berlainan dasar politik mereka,” kata khutbah itu

Sebelum ini, Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, berkata pihaknya memberikan tempoh lima hari kepada JAIP untuk meminta maaf atas kandungan khutbah Aidiladaha berkenaan dan sekiranya tidak, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman terhadap JAIP.

“Kandungan dalam khutbah Ai diladha bukan hasutan seperti didakwa DAP tetapi kita hendak berdakwah dan memberitahu ke pada orang Islam lain mengenai perkara yang sudah dinyatakan dalam al-Quran,” kata Abdul Rahman.

Anonymous said...

Ingat PAN Ingat DAP. Satu khadam, satu tuan

DAP pula anti Islam. Pesta arak jika PAN menang, menganggu jemmah sedang twrawikh, billboard racist dan memaki hamun Mufti Pahang..

Setiap oranh Islam patut menolak DAP yg anti Islam dan khadam mereka PAN

Anonymous said...

Kempen Calon PAN Di PRK Sungai Besar Dibayangi DAP

Itu mungkin tanggapan umum kepada calon Parti Amanah Negara (Amanah), Azhar Abdul Shukur, apabila kempennya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar jelas dibayangi DAP.

Ini dapat dilihat menerusi pendekatan bersemuka dengan rakyat oleh Azhar, khususnya kawasan majoriti Cina yang terpaksa ‘mengusung’ pemimpin tertinggi DAP untuk sama-sama turun padang berjumpa masyarakat setempat.

Hasil tinjauan Bernama mendapati, usaha Azhar bertemu rakyat di Pasar Sari Selasa di Sekinchan yang turut disertai Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP kawasan itu, Ng Suee Lim juga sedikit hambar.

Apa yang pasti, masyarakat Cina termasuk peniaga di pasar sari itu dilihat lebih teruja berjumpa dan bersalaman dengan Kit Siang dan Suee Lim berbanding Azhar.

Kelihatan sedikit kekok, Azhar yang turun berkempen bersama isterinya, Nor’adzimah Hassanuddin, hanya sekadar tersenyum dan kebanyakan masyarakat Tiong Hua yang ditemui lebih memberikan fokus perbualan kepada pemimpin DAP berkenaan.

DUN Sekinchan dalam Parlimen Sungai Besar mempunyai 16,055 pengundi berdaftar yang mana 9,139 daripadanya adalah kaum Cina, Melayu (6,524 pengundi) manakala bangsa India 363 pengundi.

Berbaki 10 hari lagi tempoh berkempen, kehadiran Azhar ke Pasar Awam Sungai Besar, di sini pula juga disambut hambar yang mana rata-rata rakyat setempat sekadar membalas senyumannya, malah ada juga yang enggan menerima risalah dan sapaannya.

Walaupun jentera Amanah berusaha gigih memperkenalkan calon menggunakan pembesar suara, namun kebanyakan pengunjung pasar awam itu dilihat lebih kepada meninjau dan melihat pergerakan Azhar dan pengikutnya berbanding cuba mendekatinya.

Azhar merupakan calon pertama yang diketengahkan Pakatan Harapan menerusi Amanah bagi pertandingan tiga penjuru menentang calon Barisan Nasional (BN), Budiman Mohd Zohdi dan calon PAS, Dr Abdul Rani Osman.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian awal pada 14 Jun manakala hari pengundian, 18 Jun ini.

PRK berkenaan diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas – BERNAMA

Anonymous said...

Salam semua,

Asyik-asyik ulang cerita sambutan beer dan guinness serta carlsberg. Khalifah umar terkenal kerana memelihara hak-hak kaum minoriti.

Kalau orang bukan Islam minum arak, adakah Rasulullah melarang???

Tak berkaitan dengan akidah langsung!!!

Yang Haji Hadi mensyirikkan Allah dengan PAS tu, bukan masalah akidah ke???

Kenapa tak tegur????

MEMANG DASAR MENJUAL AGAMA MACAM NI!!!!

Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

TIDAK HABIS-HABIS MENYALAHKAN ORANG LAIN , WALHAL YANG BERMASALAH KITA, UMNO-PAS
Oleh Mohammad Agus Yusoff

Tidak habis saya fikir, kenapa apabila b erlaku kekecohan dalam politik Melayu, baik itu dalam UMNO atau PAS, maka DAP, LGBT, dan kaum Cina yang dipersalahkan?

Pada saya, cukuplah kita menyalahkan kaum lain dengan masalah yang kita hadapi. Takkanlah masalah politik UMNO dan PAS hari ini adalah disebabkan oleh DAP dan kaum Cina?

Sepatutnya, jika kita orang Melayu bergaduh, kita muhasabah diri dan bertanya—apa puncanya? Adakah itu kerana terlalu mengejar kuasa, menjaga kuasa, memburu kekayaan, terlalu berpuak, atau adakah kerana terlalu sombong dan angkuh?

Selepas itu, tanya lagi diri kita. Sudah cukupkah kita membantu orang Melayu? Sudah cukupkah tindakan yang kita buat untuk menyatukan politik Melayu?

Dalam kita mencari jawapan kepada pertanyaan di atas, elakkanlah dari terus bersikap denial syndrome dengan hanya menyalahkan kaum lain. Lihatlah pada integriti kita, komitmen kita dan perancangan kita dalam menyelesaikan masalah Melayu.

Yang perlu sekarang ialah kita memahami keresahan rakyat. Cukuplah kita melihat masalah politik orang Melayu sekarang dari aspek polarisasi kaum.

Yakinilah, masalah kita tidak akan selesai jika sikap dan pemikiran kita tidak berubah. Dan ini harus dimulakan oleh pemimpin kita!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails