Tuesday, June 28, 2016

PAS Diubah DAP, Helen Ang's. Ibnu Hasyim Jawab.

Hasil carian imej untuk hadi/lim kit siang
CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

MENARIK saya membaca komen Helen Ang's blog 'Ejaan jer ‘P.A.N’ tapi sebutannya tetap dee-ay-pee'.


Antaranya beliau menulis mengenai PAS..


"PAS diburungkan, diperiuk-belangakan DAP

ubahmuslimah
PAS-parti-Islam diubah DAP menjadi “PAS untuk Semua”. PAS yang mahukan Negara Islam diubah DAP menjadi PAS yang menjaja Negara Kebajikan. PAS yang bercita-cita untuk jalankan hudud diubah DAP menjadi PAS tengok dulu.

PAS yang ditubuhkan tahun 1951 diubah DAP menjadi PAS team A major dan PAS team B minor. PAS team B kemudian diubah DAP untuk menjadi PAN.

PAN pula diubah DAP menjadi klon dirinya, yakni sebuah parti evangelis."

Saya hormat pandangan Helen Ang's mengenai PAS. Pada saya PAS yang ditubuhkan pada tahun 1951 tetap dengan asas perjuangan iaitu Islam. Dari dulu hingga sekarang.

Lihat..



Cuma PAS memilih pendekatan-pendekatan tertentu dalam mengiringi perjuangannya. 

  • Di musim awal kemerdekaan Tanah Melayu atau Malaya, PAS memilih pendekatan Kebangsaan Melayu dan Islam. 
  • Sehingga lahir kerajaan campuran (kongsi kuasa) UMNO/PAS/dan lain-lain disebut 'Barisan Nasional' menggantikan 'Perikatan' selepas Peristiwa 13 Mei 1969.
  • Awal 1980an berlaku perubahan pimpinan, PAS memilih pendekatan 'kepimpinan ulama'.
  • Dengan era kepimpinan ulama, PAS cuba membuat pendekatan bersama kumpulan-kumpulan pembangkang, parti-parti politik, NGO-NGO, yang Islam dan bukan Islam termasuk BERSIH dan lain-lain.
  • Maka berlakulah seperti yang disebut oleh Helen Ang's di atas, tetapi bukan 'diubah DAP'.  PAS mencipta slogan 'PAS Untuk Semua',  'Negara Kebajikan', tetapi tiada slogan 'hudud diubah DAP menjadi PAS tengok dulu'.
  • PAS menubuhkan 'kelab Penyokong PAS' dan seterusnya menjadi 'Dewan'.
  • Bukan juga PAS 'diubah DAP menjadi PAS team A major dan PAS team B minor. PAS team B kemudian diubah DAP untuk menjadi PAN. PAN pula diubah DAP menjadi klon dirinya, yakni sebuah parti evangelis.'
  • Kerana sejarah membuktikan golongan serpihan dalam PAS telah ada sepanjang perjuangannya. 
  • Bermula dengan Yang Di Pertua PAS yang pertama menyokong kumpulan serpihan UMNO pimpinan Dato' Onn Jaafar, kumpulan yang selesa dengan 'Kerajaan Campuran' tidak mahu keluar dari kerajaan campuran setelah berlaku pemisahan, Presiden (YDP) PAS Dato' Asri, Bekas Menteri Besar Kelantan Mohammed Nasir, Naib Presiden PAS Nakhaie Hj. Ahmad, Hasan Ali dan lain-lain.
Jadi, bukan DAP atau mana-mana parti lain, atau individu yang mencorakkan perjuangan PAS atau perjuangan berdasarkan Islam. Pada saya, pemimpin boleh datang dan pergi, tetapi perjuangan Islam tetap akan berjalan terus hingga hari kiamat.

Maaf Helen Ang's, PAS bukan diubah DAP. Harap maklum.


Ibnu Hasyim

28 Jun 2016

9 comments:

Anonymous said...

PAS Tak Diubah DAP. Setuju dgn Ibn Hasyim....................TAPI JIM + SYIAH + WAHABBI yg berteraskan liberal sekularisme bertopengkan Islam yg menyusup masuk kedalam PAS.

Butkinya, Khadam khadam ini hanya melakukan demi kepentingan peribadi mereka. Ini dikuatkan lagi sifat ala ala Abdullah bin Ubay menghinggap mereka ini. Mereka menjulang DAP yg anti Islam bagai Abdullah bin Ubay menjulang Yahudi Bani Qainuqa di Madinah

Mari kita baca Ismaweb dibawah ini. Syukur dengan penjelasan Mufti Pahang, maka jelaslah PAN adalah pembela mungkar penentang makruf di bumi Malaysia. Ingat DAP Ingat Abu Lahab. Ingat PAN Ingat DAP. Hebakan penerangan Isma ini. Jauhkan dari Musyriqin Penang

Jeff Hulu Bernam
Keadilan Reform

http://www.ismaweb.net/2016/06/kenapa-dap-yang-dibela/

Kenapa DAP yang dibela?

DAP ke MCA ke atau lain semuanya sama je. Mereka berada dalam millah wahidah atau ikatan yang satu.

Mereka menentang pelaksanaan hudud walaupun hanya untuk rakyat Melayu Islam Kelantan sahaja. Itupun nama je hudud.

Hukuman tidaklah sebagaimana hukum asal dalam Syariat Islam. Cuma penambahbaikan pelaksanaan sahaja.

Mereka menentang hudud bukan kerana hudud tetapi kerana hudud ada kaitan dengan syariat Islam. Kesimpulannya mereka menentang apa yang ada kaitan dengan syariat Islam.

Apabila laksanakan hudud walaupun tidak sepenuhnya, bermakna sesebuah negara atau negeri tersebut sudah ada ciri-ciri negara Islam.

Berbeza dengan sistem ekonomi Islam atau ringkasnya Sistem Perbankan Islam. Sistem ekonomi tidak dikira sebagai ciri-ciri negara Islam.

Ini yang DAP dan MCA serta mereka yang seangkatan dengannya tidak mahu. Mereka tidak mahu Malaysia atau mana-mana negeri dalam Malaysia boleh digelar sebagai negara atau negeri Islam. Mereka mahu Malaysia adalah negara sekular. Mereka tidak mahu satu juzuk daripada bumi Malaysia boleh digelarkan sebagai negeri Islam kerana ada undang-undangnya dinamakan Hudud.

Tapi malangnya ada NGO dan parti-parti Melayu Islam menyokong mereka. Mereka bukan sahaja menyokong bahkan mengutarakan hujah kenapa perlu menolak hudud di Kelantan.

Beberapa parti Melayu dan NGO Islam bergandingan dengan parti bangsa Cina dan India menolak hudud di Kelantan dengan hujah yang sama. Identiti DAP dari dulu hingga sekarang tidak pernah berubah dasar perjuangan mereka. Cuma parti Melayu sahaja yang silih berganti memujanya dan mendampinginya dengan pelbagai gelaran yang diberi.

DAP pernah diberi gelaran sebagai rakan Tahaluf Siasi untuk beberapa tempoh. Akhirnya berpisah juga. Cuma yang terkini tidak ditonjolkan sangat istilah Tahaluf Siasi. Mungkin lebih kepada istilah dakwah maka diistilahkan sebagai target dakwah dengan hikmah kerana mereka tidak memahami Islam. Gelaran ini mungkin untuk dalaman sahaja. Secara rasmi DAP adalah rakan Tahaluf Siasi.

Umat masih menunggu sehingga bila mereka boleh bertahaluf. Natijahnya antara dua sahaja. Samada mereka akan berpisah pada satu ketika nanti setelah sedar ianya tidak menguntungkan Islam atau mereka tanpa disedari banyak menggadaikan asas dakwah dan syariat Islam demi kerjasama politik yang tidak jelas hala tujunya tetapi masih mendakwa mereka mengamalkan prinsip dakwah bilhikmah.

Mereka masih merasakan DAP adalah rakan seperjuangan untuk menegakkan Islam di Malaysia. Setakat ini tiada parti Melayu Islam yang boleh kekal dengan DAP.

Anonymous said...

Sambungan dari Diatas

Kalau parti atau NGO terkini boleh kekal dengan DAP, agaknya apa yang akan terjadi kepada NGO atau parti Melayu tersebut. Sama ada berlaku proses pencairan fikrah atau luntur identiti kerana DAP tetap dengan agenda asal mereka dari dulu hingga sekarang. Siapa ingin bersamanya mesti menerima ideologinya.

Siapa DAP? DAP ada wakil dalam IFC. Antara tuntutan IFC ialah kebebasan murtad untuk orang Islam. Bebas kahwin antara orang Islam dengan kafir tanpa perlu menukar agama.

DAP ada dalam COMANGO. COMANGO menuntut seks songsang. Dan banyak lagi tuntutan DAP secara langsung atau di belakang tabir tetapi menjadi kebanggaan beberapa NGO Islam dan parti Melayu Islam.

Adakah DAP akan luntur atau parti Melayu yang bersamanya akan hilang maruah dan identiti?

Ustaz Sharipudin bin Ab Kadir
YDP Isma Pasir Puteh
Merangkap
YDP Majlis Syura Isma

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2016/06/antara-sandiwara-kit-siang-dan-sifat-harbi/

Antara sandiwara Kit Siang dan sifat harbi
June 27, 2016 Berita Utama, Kolumnis, Utama 0

MUFTI Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman, terus dikecam pelbagai pihak, bukan sahaja puak kafir dalam parti pembangkang dan kerajaan, tetapi juga yang Islam pun mengambil kesempatan meluahkan rasa tidak puas hati, berhubung isu ‘kafir harbi’.

Demikianlah, suasana di Malaysia – di mana umat Islam adalah penduduk paling ramai sekali – menjadi haru-biru apabila sesuatu isu, khususnya apabila umat Islam bersuara, maka puak kafir tidak kiralah sama ada ianya seorang al-muharibin (jika ada) atau adz-dzimmi, akan terloncat-loncat kegatalan.

Belum reda puak-puak kafir anti-Islam dalam DAP, MCA, Gerakan, MIC, SUPP dan sewaktu dengannya menghunus lidah menentang rang undang-undang persendirian bagi memperkemaskan hukum Islam kepada umat Islam sahaja, kini isu kafir harbi pula menjadi bahan mereka untuk menunjukkan keburukan Islam.

Untuk pengetahuan, dalam Kitab Zad al-Ma’ad (Fiqh al-Sirah wa al-Sunnah) penulisnya Al-Imam Ibn al-Qayyim berkata:zad

“Setelah surat Bara’ah (at-Taubah) turun, masalah orang kafir terbahagi menjadi tiga golongan iaitu kafir harbi (al-muharibin), ahlu-al-‘ahd dan ahlu adz-dzimmah.” (3/145)

Di sini penulis tidak membincangkan mengenai ahlu-al-‘ahd kerana ia merujuk kepada negara yang mempunyai perjanjian dengan umat Islam, bukannya individu.

Bagi DAP dan penyokong mereka dalam kerajaan Barisan Nasional, tidak boleh ada apa-apa gelaran langsung kepada orang kafir terutama perkataan ‘kafir harbi’. Hatta, jika penulis menggunakan perkataan ‘kafir’ terhadap mereka pun, pastinya mereka marah.

Mereka mahu penulis menggunakan perkataan ‘orang bukan Islam’. Mungkin, sesetengah pihak melihat cara penulis agak keras atau ekstrem, tapi seperti yang penulis katakan biarlah cara penulis tidak berlembut, biarlah penulis ‘memerangi’ mereka yang menganggu Islam dan bangsa penulis dengan lidah dan penulisan.

Al-muharibin (jika ada) dan adz-dzimmi mungkin berkata: “Apa yang kami ganggu Islam? Kami tak ganggu Islam. Kami tak larang orang Islam beribadat. Banyak kawan kami orang Islam. Kami tidak anti-Islam.”

Lantas, kenapa kamu wahai al-muharibin (jika ada) atau adz-dzimmi mahu menghalang umat Islam daripada menjalankan kewajipan yang diperintah oleh Tuhan kami yang juga Tuhan sekelian alam?

Kami hendak menegakkan hukum diperintah Tuhan kami iaitu Allah Yang Maha Besar, dengan memulakan sedikit demi sedikit undang-undangnya yang dimulai dengan memperkemas dan memperkasakan Mahkamah Syariah – itupun kepada umat Islam sahaja, tidak membabitkan orang kafir. Itupun kamu tentang!

Kenapa kamu, terutama DAP, MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain, amat lantang menentang pelaksanaan hukum Islam, sedangkan ianya bukan ditujukan kepada kamu. Kenapa kamu lantang menyokong golongan murtad. Lantang berjuang untuk golongan LGBT yang amat ditegah oleh Islam. Umat Islam mahu memperbetulkan golongan itu, tetapi kamu masuk campur tanpa segan silu, mengiktiraf golongan itu di Pulau Pinang.

Penulis hanya akan ‘perangi’ mereka yang menentang hak Islam di tanah Melayu ini. Penulis sedar kebencian tidak boleh menyeret umat Islam untuk menzalimi mereka atau mengurangi sedikitpun hak mereka.

Berperang tidak semestinya mengangkat senjata. Berperang tidak semestinya membunuh nyawa yang diharamkan. Menggunakan antaranya mulut, tangan, kaki dan penulisan juga jihad untuk menegakkan hak Allah.

Berbalik kepada ‘kafir harbi’ yang disiarkan akhbar UMNO – Utusan Malaysia, penulis berasa ‘kasihan’ bila baca berita penasihat parti rasis dan cauvinis yang sememangnya anti-Islam – DAP – Lim Kit Siang, menangis ketika mengulas berita itu.

Nasib baik Kit Siang tak menangis hingga guling-guling. Bak kata remaja sekarang ‘gelak guling-guling’. Tak pelik pun Kit Siang dan kaum munafik yang seperti gunting dalam lipatan menjerit-jerit dan menangis mengenai ‘al- muharibin’ ini.

(Bersambung)

Anonymous said...

Sambungan

Tetapi, itulah sandiwara Kit Siang yang sudah terkenal untuk menagih simpati. Sanggup buat apa sahaja, asalkan undang-undang Islam tidak dilaksanakan di mana-mana negeri di tanah Melayu Islam ini.

Penulis anggap apa yang dilaporkan Utusan mengenai kenyataan Abdul Rahman berkaitan DAP itu masih betul. Cuma ada sedikit kekeliruan dengan cara penulisannya.

Penulis meneliti berita itu dan mendapati Abdul Rahman tidak langsung menyebut ‘kafir harbi’, sedangkan perkataan itu adalah ‘point’ paling penting yang mesti disebut secara ulangan di dalam perenggan berita, bukan pada paragraf pertama sahaja.

Paragraf pertama berita itu menyebut:

“KUALA LUMPUR 23 Jun – DAP yang jelas menentang pelaksanaan hukum Islam dan berhasrat untuk menubuhkan sebuah negara sekular tergolong dalam kalangan kafir harbi yang wajib ditentang oleh umat Islam.”

Jika kita hendak mengatakan mufti berkenaan menyebut perkataan ‘kafir harbi’, paragraf pertama sepatutnya ditulis:

“KUALA LUMPUR 23 Jun – DAP yang jelas menentang pelaksanaan hukum Islam dan berhasrat untuk menubuhkan sebuah negara sekular tergolong dalam kalangan kafir harbi yang wajib ditentang oleh umat Islam, kata Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman.”

Dan, paragraf berikutnya tidak menunjukkan Abdul Rahman menyebut dengan tepat perkataan ‘kafir harbi’, sebaliknya menyatakan:

“Kita dapat lihat DAP begitu menentang pelaksanaan hukum hudud dan Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016. Prinsip mereka jelas membenci Islam dan berdosa besar bagi umat Islam bekerjasama dengan mereka.

“Rasulullah SAW menggalakkan umat Islam untuk berbaik-baik dengan golongan bukan Islam. Namun jika mereka yang mahu menentang Islam, kita wajib memeranginya.”

Namun, isu ‘harbi’ ini bukannya baru. Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa’amah juga pernah mengeluarkan kenyataannya yang turut disiarkan dalam akhbar Utusan pada 7 Ogos 2012, yang antara lain dipetik sebagai berkata:

“Sebaliknya, DAP tidak mahu, mereka mahu hak sama rata, tidak mahu tinggi rendah, tidak mahu Islam tinggi, sifat harbi mereka sangat jelas iaitu menentang hukum hudud dan penubuhan negara Islam.”

Itu harbi. Tertarik juga penulis dengan ‘zimmi’ seperti ditulis Naib Presiden Isma, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni berjudul ‘Zimmi la sangat’ di ruang kolumnis portal ini.

Bagaimana hendak dikategorikan kafir di Malaysia ini adalah zimmi jika mereka telah membuat keputusan ‘mengangkat senjata’ iaitu menentang pelaksanaan hukum Islam, terhadap umat Islam, menggunakan alasan-alasan tidak munasabah?

Atau, mereka bukan kafir harbi, tetapi mempunyai sedikit sifat ‘harbi’?

razali zakaria kolumnis
Pengarang Kanan Ismaweb.net

Anonymous said...

COmment yg diforwardkan

Sila Copy n Paste Comment ni dan Viralkan



Wahai macai macai PAN, bertaubatlah kamu kerana bersengkongkol dengan Abu Lahab dan Abu Jahal Penang Mari Al Mungkari.


Bagi PAN DAP lebih mulia dari para Mufti dan Para Alim. Jika diletak Imam Malik, Imam Hanafi, Imam Syafie dan Imam Hambal maka PAN akan pilih mengikut Imam DAP.

Itu sebab macai2 PAN maki hamun Mufti Pahang. Sebab apa ? Sesuci manusia adalah DAP dan sehina manusia ialah orang Islam berketurunan melayu berugama Islam.

Jika Syiah yg diwartakan sesat di Selangor percaya kpd Imam ke 12 yg hilang
PAN pula percaya Imam rocket yg tak balik2 dari angkasa lepas tapi menyorok kat Georgetown
Tak percaya tanya Ayatollah Mike Selfie


Sila Viralkan


Anonymous said...

Pada pendapat saya parti-parti kafir yang menghina dan menentang Islam dan menindas umat Islam adalah parti kafir harbi kerana pemimpin-pemimpin kafir menolak dan menentang seruan Islam, menghina Islam secara terbuka, dan merendah-rendahkan kedudukan Islam, menindas umat Islam, bersekongkol dengan musuh-musuh Islam seperti Israel dan mereka melanggar perjanjian yang termeterai iaitu Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan.

Dr. Aziz Bari pernah berkata:
“Pada hakikatnya kita boleh mengatakan bahawa negara ini telah disyahadahkan dengan kalimah Islam sebagaimana tertulis dalam Perkara 3(1) iaitu Islam adalah agama Persekutuan Malaysia sekaligus telah membatalkan ciri-ciri sekularnya. Dan kemudian terpulang kepada kita untuk mengisi kerangka itu dengan apa yang dituntut oleh Islam. Mungkin dalam beberapa perkara syariat, negara kita mengabaikan Islam tetapi itu tidak bermakna anda boleh sewenang-wenangnya menuduh negara ini murtad dengan menjadi negara sekular”. (Sumber: Majalah Milenia bulan Disember 2010, m/s: 10)

Pemimpin-pemimpin parti kafir adalah kafir harbi kerana mereka telah:

(1) melanggar perjanjian Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1)dengan menghina dan menentang ajaran Islam dan hukum Allah seperti khutbah Jumaat dan pakaian menutup aurat dll dan menghasut orang ramai secara terbuka menentang ajaran Islam dan hukum Allah seperti Hudud.

(2) menghalang ulama Islam seperti Zakir Naik dari menyampaikan dakwah kepada umat Islam.

(3) menindas umat Islam. Sebagai contoh, berpuluh-puluh kampung Melayu @ umat Islam telah dirobohkan semasa pemerintah rejim kafir. Sebaliknya kaum kafir mendapat hak milik tanah 999 tahun!

Anonymous said...

Negara arab yg masyarakatnya menggunakan bahasa Al Quran pun banyak yg yg berbalah malah berbunuh. Inikan pula Malaysia yg dtg dari ras yg berbeza agama budaya keturunan bahasa. Berbicara kena berpijak pd bumi yg nyata. Jd penasihat kpd org Islam yg korup pun sudah menjadi tanda soal sesama Islam masih lg tidak segan silu berbicara Isu Hudud.

Anonymous said...

Ya betul. Kita bidas kutuk kapir yg korup. Jika org Islam itu korup kita kena sokong sebab dia seorang Islam.Janji Islam aku sokong korup ke, kejam ke, pencuri ke , itu semua tolak tepi.

Anonymous said...

Anon 11:44 AM dan 11:48 AM membuat komen tahap longkang sebab dia tidak memahami ajaran Islam!

Jawapan Kita:

Jika manusia mentaati Allah dan RasulNya, insyaAllah umat Islam akan berakhlak mulia. Cuma puka kafir dan puak munafik sahaja yang mencipta pelbagai alasan karut untuk menghina dan menentang ajaran Islam dan hukum Allah. Berdasarkan prinsip demokrasi, orang kafir dan munafik sepatutnya menghormati hak umat Islam sebagai penduduk majoriti negara ini.

Allah dan RasulNya memerintahkan umat Islam supaya saling menasihati antara satu sama lain untuk mengajak manusia melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran dan kesesatan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails