Friday, June 10, 2016
Peluang Buat Duit, Petik Buah Di Australia.. Sekarang. -Ibnu Hasyim
KL: PELUANG 'buat duit' bagi pekerja-pekerja pemetik buah dan ladang sayur di Australia kini terbuka lagi, walaupun umat Islam sedang menyambut puasa di bulan Ramadhan.
Tinjauan Weblog Ibnu Hasyim.
"Walaupun di kawasan Melboune kini kurang pekerjaan kerana sudah masuk musim sejuk, tidak banyak musim petik buah, namun pihak kami sebagai perunding kerja-kerja ladang di negara kanggaru itu tetap mengusahakan supaya pekerja kita boleh buat duit." Kata editornya Hj Mohd Hasyim.
"Ramai menelefon kita minta khidmat nasihat untuk dapatkan kerja yang boleh buat duit bagi membantu keluarga-keluarga di kampung sambut Hari Raya, maka kami terpaksa usahakan juga.
"Bahkan ada pula yang terpaksa pulang ke Malaysia, kerana kerja sudah tidak lumayan lagi. Yang ada cuma kerja-kerja bersihkan pokok, buang buah-buah lama dan lain-lain." Tegasnya.
Tetapi menurut Hj Mohd Hasyim lagi..
"Sekarang kami dah temui kawasan-kawasan tersebut, dengan kontrektor-kontrektor yang boleh diharapkan. Pelanggan-pelanggan kami sudah mulai pergi ke situ. Ada yang dari Melboune dan ada yang dari Malaysia.
"Jika ada yang berminat kerja di sana atau membantu rakan-rakan yang terkandas di sana sila hubungi kami segera." Jelasnya.
Dapatkan maklumat lanjut sila hubungi..
Tel +6014 222 5865 (KL)
Wasap (Muaz) +6018 201 8842
Weblog Panduan: Ibnu Hasyim.Com
Rujuk artikel: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?
http://www.ibnuhasyim.com/2015/06/peluang-kerja-kutip-buah-di-australia.html
Kerjasama Perunding: HMH Resources (Reg.no 001646737-T)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
27 comments:
WAHAI BUDAK2 BLOGGER PAN,
DARI KORANG MAKAN UPAH BUAT FITNAH SESAMA ISLAM DAN MENYANJUNG DAP YG BERJIWA ABU JAHAL TU BAIK KORANG AMBIL PELUANG NI PI KERJA DI AUSTRALIA.
Paling kurang pun pendapatannya lumayan malah halal dan Tayyibah.
Ini pi sokong PAN. AKu tak paham betul. Padahal PAN tu khadam DAP dan DAP pula anti Islam. Yg penting bagi mereka amal mungkar nahi makruf.
Tak percaya baca berita ISMA dibawah. Kalau PAN menang habislah Kuala Kangsar dan Sungai Besar berlumuran dangan beer, stout dan lager. DAP kasi bikin Party Tonggang Yamseng
http://www.ismaweb.net/2016/06/dap-akan-sambut-kemenangan-pan-dengan-arak-carlsberg-tiger/
“DAP akan sambut kemenangan PAN dengan arak Carlsberg, Tiger”
BANGI, Khamis – Parti rasis dan cauvinis, DAP akan meraikan calon PAN, Azhar Abdul Shukur dengan arak sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.
Perkara itu dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sekinchan, Ng Suee Lim dalam satu ceramah kempennya sebagai pujukan kepada pengundi Cina supaya mengundi calon PAN.
Joceline Tan dalam tulisannya bertajuk ‘Tough decisions in the rice bowl town of Sekinchan’ yang disiarkan di media liberal The Star hari ini, menyebut bahawa Ng telah berkata, jika PAN menang di Sungai Besar, kemenangan itu akan diraikan dengan Carlsberg, Tiger atau kau (black dog atau Guinness Stout).
Melihat kepada situasi itu Tan berkata, cara Ng berkempen itu, ia memberi gambaran seolah-olah Ng adalah calon yang bertanding.
Ini kerana beliau berpendapat, sebahagian besar yang dipertaruhkan DAP dalam PRK ini adalah PAN yang dianggap sebagai makhluk ciptaan DAP menggantikan PAS sebelum ini.
“Ia juga merupakan satu perjuangan proksi antara DAP dan PAS, yang mana PAN amat bergantung kepada undi Cina,” katanya.
Tan berkata, apa yang dilakukan DAP adalah semata-mata untuk menarik sokongan di kalangan pengundi Cina.
“Ketika dulu pemimpin DAP memujuk Cina untuk menyokong PAS dan kini mereka terpaksa meminta Cina untuk menyokong PAN pula.
“Bagaimanapun, ramai orang Cina di kawasan itu tidak mengetahui kewujudan PAN. Ustaz Azhar, calon PAN juga tidak terkenal walaupun bapanya pernah menjadi orang kuat UMNO di kawasan itu,” kata Tan lagi.
8 Sebab Mengapa Anda Perlu Undi Calon AMANAH di Kuala Kangsar.
1) Calon anak tempatan dari Kg Suak Petai, Manong, Kuala Kangsar.
2) Calon merupakan generasi ke-6 Dato´Seri Maharajalela.
3) Calon adalah bekas Presiden Malay Society United Kingdom.
4) Calon bekas Profesor Nuklear Fizik UTM.
5) Calon diiktiraf IAEA dan negara sebagai pakar Ilmuan Islam dalam bidang Nuklear Fizik.
6) Calon aktif dalam kegiatan NGO IKRAM.
7) Calon menerima anugerah DYMM Sultan Perak 2001 Pingat Darjah Paduka Cura Si Manja Kini
8) Calon adalah wakil Pakatan Harapan.
Bukti mana bro. Takde fakta jgn auta! Calon lemah!
Yg Paling Penting PAN adalah khadam DAP kah kah kah
Apa Machaaaaa, belajar tibggi tapi jentera pilihanraya memekak waktu orang solat kat Masjid.
Kebanyakan orang PAN ni JIM (sebutannya JIN) kununnya ikut usrah tapi sebnarnya ikut DAP. DAP pula anti Islam
PAN KENA HERDIK, TAK HORMAT ORANG TERAWIKH!!!
Seorang lelaki tampil menempelak penganjuran ceramah Parti Amanah Negara (PAN) yang diadakan di sini yang disifatkan mengganggu dan tidak menghormati umat Islam yang sedang melakukan ibadah solat terawikh semalam.
Lelaki yang dipercayai penduduk Kuala Kangsar itu mengamuk di pentas ceramah tersebut mendesak supaya pihak penganjur menghentikan ceramah mereka serta merta dan memberi amaran supaya tidak diadakan selagi solat terawikh tidak selesai ditunaikan.
"Nak ceramah agak-agak la..! Ceramah... terawikh.. hormat Islam! Terawikh tak habis lagi.. bodoh ke?!
"Selagi tak habis terawikh, jangan mula! Hormat Islam.. semua tengah sembahyang..," tengking lelaki itu, marah dengan sikap parti PAN yang mula ceramah ketika penduduk tempatan belum selesai menunaikan solat terawikh.
Lelaki itu menegaskan bahawa kemarahannya bukanlah disebabkan politik, namun kerana kehormatan agama Islam dan ibadah umat Islam yang seolah tidak dipeduli PAN yang sibuk berpolitik.
Katanya, PAS dan Barisan Nasional hanya memulakan kempen ceramah mereka selepas umat Islam selesai menunaikan solat terawikh, namun berbeza dengan PAN yang berceramah ketika ibadah tersebut belum selesai.
"PAS ke, BN ke, semua ceramah (lepas) habis terawikh. Ini PAN.. tolong hormat... ini bukan kira parti, tapi ini kira agama. Lepas terawikh, (PAN) nak melalak ke nak memekak ke itu terpulang," katanya meluahkan rasa marah terhadap sikap PAS tersebut.
Turut diherdik pemuda itu ialah beberapa hadirin beragama Islam dipercayai penyokong PAN dan PKR yang turut berada di lokasi ceramah berkenaan yang dipercayai berlangsung di Taman Sri Emas.
Nasihat ISMA yg perlu direnung oleh mukminin dan mukminat di Kuala Kangsar dan Sg Besar
http://www.ismaweb.net/2016/06/kata-pedang-sokong-pas-dalam-tiga-isu-kerana-dua-perkara/
KATA PEDANG: Sokong PAS dalam tiga isu kerana dua perkara
Isu 1: Akta 355 bukti perlu lebih ramai Ahli Parlimen Islam
Dalam isu pindaan Akta 355 yang akan memberi lebih kuasa kepada Mahkamah Syariah dalam menjatuhkan hukuman, PAS telah menunaikan tanggungjawabnya dalam memartabatkan hukum Islam.
Reaksi negatif orang jahil, orang kafir dan media liberal sudah dijangka.
Kini bergantung kepada sambutan terhadap usul itu, sama ada disokong oleh majoriti Ahli Parlimen, ataupun tidak.
Jika disokong dan diluluskan, Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah.
Jika tidak berjaya, Alhamdulillah, PAS telah menunaikan tanggungjawabnya atas kapasiti yang mereka ada.
Sebab itulah pada pilihan raya umum lepas, seruan ‘Undilah Calon Muslim Berwibawa’ adalah sangat relevan.
Jika tidak semuanya daripada parti Islam, setidak-tidaknya masih ada iman dan gelaran selaku muslim yang dipegang oleh Ahli Parlimen daripada parti lain, itulah yang memungkinkan mereka menyokong apa jua cadangan yang memartabatkan Islam.
Isu 2: ‘Alergik Melayu’ bakal pulih sepenuhnya
Sebelum ini, Pedang berasa janggal apabila Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dicop pro-UMNO apabila memperjuangkan hak Melayu.
Kata mereka, bangsa tidak ditanya dalam kubur, yang ditanya adalah iman dan amal.
La haula wa quwwata illa billah!
Biarkan.
Kali ini, Muktamar PAS sendiri yang membawa tema pakaian pahlawan Melayu.
Bahkan, keris yang digunakan lebih panjang daripada keris UMNO.
Pedang sambut positif perkembangan yang berlaku pada PAS. Sememangnya perjuangan bangsa adalah satu yang terpuji.
Tiada unsur perkauman kerana apa yang dikatakan rasis dan perkauman itu adalah hanya memenangkan bangsa sendiri meskipun telah melakukan kesalahan. Rasis juga bererti menindas kaum lain tanpa sebab.
Sejak zaman berzaman, kaum manakah yang telah ditindas di Malaysia hasil pemerintahan orang Melayu?
Tiada.
Isu 3: PRK: Matlamat DAP disempurnakan oleh PAN
Disebabkan bencinya parti rasis dan cauvinis DAP kepada bekas rakan pakatannya, DAP akan melakukan apa sahaja bagi memastikan PAS kalah.
Pertandingan satu lawan satu memungkinkan kemenangan menyebelahi PAS di dua Parlimen ini. Sentimen benci Najib kian menebal. Boleh jadi BN jatuh tersungkur di tangan PAS.
Tapi DAP tidak membiarkan perkara ini berlaku begitu sahaja. Sengaja diwujudkan pertandingan tiga penjuru. PAN akur dengan arahan tuannya untuk masuk bertanding jadi pemecah undi.
PAN tahu dia tidak akan menang. Calon yang dipilih juga adalah calon yang sedia berkorban demi matlamat tuan DAP.
Undi untuk PAS di kalangan pengundi Cina bakal beralih kepada calon PAN.
Akhirnya PAS akan kalah dan perkara ini sudah cukup menggembirakan DAP. Biarkan PAN kalah, asalkan PAS tidak menang.
Inilah kira-kira yang dipegang oleh musuh Islam, DAP.
Kata Pedang: Kita doakan PAS terus maju demi perjuangan Islam dan Melayu di negara ini. Sokongan Pedang kepada PAS dalam tiga isu ini adalah hanya kerana dua perkara, iaitu Islam dan Melayu.
Ayat berkasih sayang pas umngok
Kenapa PAS sakit hati sangat dengan AMANAH? Sedangkan UMNO yg terbukti teruk tu tidak difokuskan. AMANAH kini dilabelkan sebagai khadam DAP sebab berada dalam PH, sedangkan semasa PAKATAN RAKYAT dulu. PAS telah dillabelkan oleh UMNO sebagai barua DAP.Nampaknya takda beza PAS dengan UMNO, dengan ertikata lain sesiapa baik dengan DAP parti itu adalah khadam/barua kpd DAP.Sekarang UMNO boleh bergelak ketawa kerana kenodohan PAS, takpayah lah susah-susah mereka hendak serang AMANAH sepertimana mereka serang PAS masa PAS dalam PR dahulu. Kerja itu dah disambil oleh PAS.
PAN la. Nama pun silap.
Ini buktinya dari Isma
http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/
Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral
APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:
Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.
Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.
BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang
Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.
Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.
Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.
Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.
Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.
Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.
Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.
Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.
Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.
DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.
enak kerja petik buah disana
mau tuh kerja di sana
berapa upahnya
makasih infonya
Umat Islam Kelantan perlu hukuman lebih berat, kata Nazri
FMT Reporters | June 10, 2016
Nazri berkata sebatan enam kali dan denda RM5,000 tidak cukup berat bagi menghukum pesalah syariah di Kelantan.
PETALING JAYA: Hukuman syariah buat masa ini mungkin tidak cukup berat bagi umat Islam di Kelantan, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Nazri Aziz.
Dalam temuramah bersama stesen penyiaran Singapura, Channel News Asia, Nazri berkata Umno menyokong usaha PAS melaksanakan hukuman syariah lebih berat di Kelantan kerana umat Islam di negeri itu melakukan kesalahan dengan sewenang-wenangnya.
“Walaupun ia memadai di negeri lain, tetapi mungkin di Kelantan, umat Islam di sana melakukan kesalahan syariah sewenang-wenangnya kerana mereka tidak takut dengan sebatan enam kali, dan denda RM5,000 yang terlalu rendah bagi mereka sekiranya disabit kesalahan kesalahan syariah,” kata Nazri.
Ibnu Hasyim minat sangat dengan peremouan dedah aurat.
DUIT YANG DAPAT TAK BERKAT SEBAB NEGERI ORANG KAPIR YANG
MENYOKONG YAHUDI.....LAGI PUN NANTI BANYAK DAPAT DOSA SEBAB BANYAK KALI TENGOK ORANG BOGEL...MAKANAN HALAL SUSAH....BANYAK
DAGING BABI DAN CARLBERG....BAGUS TINGGAL DI KAMPUNG SAJA
MENCANDAT SOTONG LAGI BAIK....MALAM TENGOK BERITA TV 3 ....SUKU.
Salam En. Anonymous,
Dah tak ada idea ke ulang-ulang laman web pemfitnah ISMA tu???
Sebab demokrasi sekular DAP anti Islam????
APALAH BANGANGNYA ISMA NI!!!!
PENYOKONG ISMA EN. ANONYMOUS LAGILAH BANGANG TAK BERTEMPAT!!!!
AKP di Turki yang banyak membawa jasa kepada umat Islam Turki perlembagaannya apa????
DEMOKRASI SEKULAR!!!!
Islam merupakan agama terpantas berkembang di Eropah, apa perlembagaan negara-negara Eropah???
Kebanyakannya DEMOKRASI SEKULAR!!!!
Islam merupakan agama terpantas berkembang di Amerika, apa perlembagaan neharanya???
DEMOKRASI SEKULAR!!!!
Dah tu Demokrasi sekular tu anti Islam ke???
PAS tak berjaya memperkembangkan Islam apa perlembagaannya???
Perlembagaan al-Quran dan Sunnah konon!!!!
Presidennya Ulama syirik!!!!
Dah syirik, al-Quran dan Sunnah apanya!!!!
Yang jahil,
Nobody
Perlembagaan PAS diletakkannya
En. Anonymous,
Presiden PAS Haji 'Syirik' HAdi Awang kata tak taat kepada PAS hilang akidah!!!
Ketua Dewan Ulama PAS Dr Mahfodz kata tak percaya dengan PAS rosak akidah sebab tak percaya dengan janji Allah!!!
Dah syirik macam ni ISMA tak kata apa???
Entah-entah ISMA pun dah terpengaruh dengan golongan syirik tak????
Yang masih jahil,
Nobody
En. Anonymous,
Saya kata Haji Hadi bangang Encik marah pula.
Oklah saya cakap Encik bangang dan bengong nak mampus!!!!
Kalau Demokrasi sekular bertentangan dengan perkara 3 perlembagaan, dah tentu-tentulah tak diluluskan!!!!
Itulah, sokong lagi Ulama yang bebal dan syirik!!!
Kan dah bodoh logik pun tak tahu!!!!
Yang masih jahil,
Nobody
Mari undi PAN....kLU PAN menang kita semua akan dapat minum carlsberg secara percuma..hahaha..
Salam En. Tulangkering,
Apa pendapat Islam mengenai hak-hak kaum minoriti (bukan Islam)???
Khalifah Umar sangat menjaga hak-hak bukan Islam.
Kita ni sepatutnya mengikut contoh sahabat Rasulullah!!!
Kalau cina non-mislim nak minum arak lantak dialah nak minum tiga tan pun!!!! Dia memang bukan ISlam!!!
Yang Haji HAdi syirik kata tak taat kepada PAS hilang akidah Encik tak bising pun!!!!
Encik ni menyokong orang yang syirik ke???
Yang jahil,
Nobody
Pas melarang ahlinya kerja di negeri orang kapir...apalagi negeri
Kristian kerana orang kristian memusuhi islam.....seoalah-olah kita redo dengan mereka yang bersengkokol dengan ckna dap...
Adalah digalakkan ahli2 pas cari kerja di afaganistan,yaman atau
Pun negeri syeria yang mengamalkan undang2 huddud....
Ibnu hasyim...ini aku syak musang berbulu ayam...
Kiri kena lipat..
Kanan kena rembat..
Benu hasyim sendiri kata kat sana ada yg kandas tapi lagi promote orang suruh gi sana buat kerja
Makan keliling ke pak benu
Yg bab kempen tu tak salah la kempen masa tarawikh, terpaksa beb
Yg gomen suh buat prk masa ramadhan ngape, bukan ke tu semua menggambarkan yg gomen memang nak pembangkang lumpuh kononnya ramadhan akan menghadkan kerja kempen mereka?
Beb, tarawikh sunat kan?
Kempen wajib sebab itu perjuangan utk mendapatkan tempat memerintah kan?
Ate ngape yg bengong sangat, tarawikh boleh buat lepas kempen apa, ada muskil? Ke wajib lepas solat isyak terus tarawikh?
Dari yg tak pandai ni
Korang bijak2 pikiaq tengok
Mmg islam tak melarang hak bukan islam utk minum arak...tapi adakah naluri kita sebagai umat islam redha di jadikan bahan perayaan utk meraikan kejayaan dgn pesta arak..disini secara jelas boss besar anda itu langsung tidak menghormati sensetiviti sebagai rakan berugama islam dan berada di negara umat islam ..saya mmg kerap mengikuti ceramah DAP ini mereka rata2 mmg kurang ajar dalam cara mereka menyentuh sesuatu isu ...apakah tuan anon 9.14 pm tidak terasa atau tuan tidak mempunyai perasaan atau hati tuan mmg dah kering kontang dalam menilai sesuatu isu yg di main kan DAP ini...Apakah tuan insaf setelah nasi menjadi bubur.
Rasuah mana2 ada tuan..bukan parti Najib sahaja malah parti yang tuan sokong itu pun terlalu sarat dgn rasuah ya tuan..itu baru dapat satu dua butir negeri...bagai mana klu dapat satu negara..
Sempena hari baik bulan baik ini mari lah kita muhasabah dari..jgn dah terhantuk baru nk tergadah..jgn tunggu nasik jadi bubur..ketika dalam kubur nanti munkar nangkir tanya siapa saudara kamu...apakah tuan akan menjawab dgn lidah yg fasih dan lancar dgn menyatakan sesungguh nya saudara kami adalah Ng Sue Lin yg sanggup menganjur kan kejayaan parti tuan yg berketua umum kan ustaz Ahmad Awang itu..hihi.. salam subuh dan selamat berpuasa pada seluruh umat islam am nya dan anon 9.14 khasnya
Mmg islam tak melarang hak bukan islam utk minum arak...tapi adakah naluri kita sebagai umat islam redha di jadikan bahan perayaan utk meraikan kejayaan dgn pesta arak..disini secara jelas boss besar anda itu langsung tidak menghormati sensetiviti sebagai rakan berugama islam dan berada di negara umat islam ..saya mmg kerap mengikuti ceramah DAP ini mereka rata2 mmg kurang ajar dalam cara mereka menyentuh sesuatu isu ...apakah tuan anon 9.14 pm tidak terasa atau tuan tidak mempunyai perasaan atau hati tuan mmg dah kering kontang dalam menilai sesuatu isu yg di main kan DAP ini...Apakah tuan insaf setelah nasi menjadi bubur.
Rasuah mana2 ada tuan..bukan parti Najib sahaja malah parti yang tuan sokong itu pun terlalu sarat dgn rasuah ya tuan..itu baru dapat satu dua butir negeri...bagai mana klu dapat satu negara..
Sempena hari baik bulan baik ini mari lah kita muhasabah dari..jgn dah terhantuk baru nk tergadah..jgn tunggu nasik jadi bubur..ketika dalam kubur nanti munkar nangkir tanya siapa saudara kamu...apakah tuan akan menjawab dgn lidah yg fasih dan lancar dgn menyatakan sesungguh nya saudara kami adalah Ng Sue Lin yg sanggup menganjur kan kejayaan parti tuan yg berketua umum kan ustaz Ahmad Awang itu..hihi.. salam subuh dan selamat berpuasa pada seluruh umat islam am nya dan anon 9.14 khasnya
Post a Comment