GEORGE TOWN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menahan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan bekas pemilik banglo yang terletak di Jalan Pinhorn, Phang Li Koon semalam.
Setiausaha Agung DAP itu ditahan di pejabatnya di Tingkat 28, Bangunan Komtar selepas mempenerusikan mesyuarat Exco manakala wanita tersebut pula ditahan di pejabatnya di Tingkat 6, Penang Garden, di sini.
Susulan penahanan itu, DAP Pulau Pinang akan mengadakan satu mesyuarat tergempar pada Khamis sejurus selepas Guan Eng dibenarkan untuk diikat jamin oleh mahkamah hari ini selepas dihadapkan ke mahkamah.
Menurut sumber, mesyuarat khas itu diadakan bagi mengumumkan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow untuk memangku jawatan Ketua Menteri Pulang Pinang, kerana beliau merupakan exco kanan kerjaan negeri.
Secara logiknya, dari segi struktur pentadbiran rasmi, yang layak memangku jawatan itu ialah Datuk Mohd. Rashid Hasnon, yang merupakan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang dan antara pemimpin kanan PKR Pulau Pinang.
Walau bagaimanapun, DAP dikatakan hanya akan mengumumkan Kon Yeow sebagai pemangku jawatan Ketua Menteri itu kerana tidak sanggup mahu melepaskan kerusi panas mereka daripada ‘jatuh’ pula ke tangan PKR.
YANG DIPERTUA NEGERI, TUN ABDUL RAHMAN ABBAS BERGAMBAR BERSAMA ANGGOTA BARISAN EXCO PULAU PINANG SELEPAS MAJLIS ANGKAT SUMPAH BARISAN EXCO DI DEWAN SRI PINANG. – GAMBAR HIASAN
Bukankah DAP sering bangga berkata bahawa mereka memperjuangkan hak sama rata dengan semua kaum sekali gus mestilah tidak akan menindas antara satu sama lain apatah lagi parti sekutu sendiri dalam Pakatan Harapan?
Mengapakah jika hal yang berkaitan dengan kepentingan mereka, DAP segera sanggup tergamak pula mengetepikan hak Mohd. Rashid yang lebih layak untuk memangku jawatan penting tersebut dari sudut birokrasi?
Maka sekarang, inilah masa yang sesuai untuk membuktikan bahawa DAP memang tidak ‘kemaruk’ kuasa dengan menyerahkan jawatan itu dipangku ADUN Pantai Jerejak tersebut berbanding diberikan kepada Kon Yew.
Malangnya, nasib Mohd. Rashid sama sahaja seperti Timbalan Ketua Menteri yang sebelum itu, Datuk Mansor Othman hanya dieksploitasi dan kemudian ditendang keluar kerana menggelar sinis Guan Eng sebagai ‘tokong’
Terbukti DAP sebenarnya hanya menjadikan PKR dan PAN sebagai kuda tunggangan untuk mencapai matlamat mereka yang tersendiri malah jika dilhat dengan teliti, DAP berjaya memperbodohkan ‘rakan sepasukan’ mereka.
Sama-sama kita tunggu langkah licik DAP memperkotak-katikkan PKR dalam menangani skandal banglo ‘murah’ milik Guan Eng hanya kerana tamakkan sangat jawatan ketua menteri Pulau Mutiara itu. (IH/MYNEWSHUB.CC)
4 comments:
dia punya pasal yang PIS sibuk sangat kenapa. betul2 parti islam ni parti haram jadah . baik tulis kenapa tak bagi pada PIS..
betui... kih..kih... tak dak keno mengena dgn ang pong PIS... atau PIS berjuang utk melayu kunun...
Dap Did Dup jantung sifu berdebar kerana diseret ke mahkamah kerana skandal sendiri.
Siapa beli banglo terlajak murah? Siapa jual tanah kerajaan PP kepada Singapork? Mengapa pula barua-barua ternakan roket menyalahkan parti Islam pula? Penjilat pemakan dedak cap roket mengalami masalah mental !
Masaalahnya pas tak kacau apa pun barua pandap fitnah lagi. Ni bukan setakat makan dedak tapi makan kulit babi.
Post a Comment