Oleh IRWAN DAHNIL
SEBAB aku dibesarkan di kawasan yang baru membangun, ayah aku pernah tanam pokok jambu batu dan pokok ciku. Masa kecil, aku rasa buahan tempatan itu tak glamer, terasa kampung betul.
Buah ‘orang kaya’ macam buah epal dan oren tak tumbuh di kawasan kampung. Masa tu tak tahu kat Cameron Highland pun ada tanam. Hehe.. Tapi dulu aku rasa tidak best mana. Macam boring, petik then bawak balik. Dan buah strawberry yang aku petik tu semua masam. Tak sedap pun. Masa tu aku tak faham kenapa orang suka makan strawberry.
Jadi aku tak teruja sangat nak pegi ladang berries kat Scotland ni. Lagi pun, buah seperti strawberry dan raspberry ni banyak je dijual kat pasaraya. Tapi untuk menggembirakan anak, aku bawak juga anak ke sana. Janji untuk petik berries. Ladang ini berada di Alyth dalam daerah Perthshire kira-kira 160km dari Glasgow.
Driving sekitar sejam setengah. Kami bergerak ke sana 4 kereta sekitar jam 8.30am. Kami berjanji untuk berjumpa dengan group lain di Blairgowrie sebelum sama-sama bertolak ke ladang. Kami diberi taklimat ringkas oleh tokei ladang ini. Kawasan ni sebenarnya memang kawasan pertanian dan tanaman.
Pemandangan kiri kanan memang terbentang luas padang menghijau. Sesekali kelihatan tompok putih kambing biri-biri sedang makan di padang. Bagaimanapun, Rowan memaklumkan bahawa strawberry telah dipetik dan hasil akan datang hanya boleh dipetik dalam masa 2 minggu. Alahai. Nasib baik raspberry boleh dipetik. Kalau tak, anak aku paling frust agaknya.
Dalam ladang ni ada bumble bee dan dilarang membunuhnya. Mahal wei harga sekor GBP500 diimport dari Holland.
Aku pun agak jakun sebab ini pertama kali aku petik buah raspberry ni.
Aku dan tokei ladang, Rowan. Secara lisan, Rowan bersetuju supaya aku import ramai buruh traveller dari Malaysia kerja kutip buah. Gaji lumayan dowh.
The day went well. At least for the kids. Aku cuma dapat berborak-borak dengan Rowan, bertanya serba sedikit tentang ladang. Orangnya masih muda dan ladang ini diusahakan oleh ahli keluarga.
Yang menarik, ladang dia ni memerlukan 400 pekerja yang diambil secara bermusim untuk memetik hasil dan buah. Part timer diambil ramai untuk bekerja. Kerja petik buah.
Mereka dibayar gaji mengikut jam sekitar GBP6 sejam. Ramai kerja petik buah diambil dari Romania, Republic Czech dan warga Eropah Tengah. Bila dia jawab tiada orang Malaysia yang terlibat, aku terus usulkan cadangan ambil orang Malaysia bekerja kerana orang Malaysia rajin-rajin..
Setakat kerja petik buah. Macam senang aje kan? Lagi pun kerja petik buah di Australia dan Scotland ini sangat popular dikalangan rakyat Malaysia Heheheheh..
Disediakan cabin penginapan untuk pekerja ladang.
Raspberry dan strawberry ditanam di dalam benda tu.
Hujung sekali is Uncle Duncan yang perkenalkan aku dengan Rowan. Anak aku dah tak peduli, makan strawberry sampai petang.
Aku teringat kerja petik apple kat Australia macam ni. Konsepnya tetap sama, sambil travel sambil boleh buat duit. Rowan pun tidak keberatan untuk membantu. Cuma hal ini belum pernah dibuat oleh orang Malaysia.
Ini mungkin aku boleh buat untuk Malaysian datang ke Scotland. Ada yang berminat tak agaknya?
(Diangkat dari http://www.irwandahnil.com)
Lihat sebelum ini, siri pengembaraan..
Lihat sebelum ini, siri pengembaraan..
1 comment:
Haram kerja atau melawat lawat negeri kapir
Babi banyak beer banyak orang bogel banyak ....kapir sokong yahuadi....
Elok pergi syria lraq banyak janda muda yg cun.........
Post a Comment