SEBAHAGIAN 20 GRO warga Vietnam ditahan dalam serbuan ke atas sebuah pusat hiburan di Taman Daya, Johor Bahru awal pagi semalam.
JOHOR BAHRU – Polis menahan sejumlah 20 wanita warganegara Vietnam yang dipercayai bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) dalam satu serbuan ke atas sebuah pusat hiburan di Jalan Sagu 31, Taman Daya di sini awal pagi semalam.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, dalam serbuan pada pukul 1.40 pagi oleh pasukan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor itu juga berjaya merampas sejumlah 32 bilah senjata tajam di pusat hiburan berkenaan yang disyaki turut menjadi tempat aktiviti kongsi gelap.
“Kesemua wanita yang ditahan berusia dalam lingkungan 18 hingga 30 tahun dan merupakan GRO di premis berkenaan.
Selain itu, turut ditangkap seorang lelaki berumur 55 tahun yang bertindak sebagai penjaga premis.
“Dua lelaki warga tempatan dan Thailand masing-masing berusia 41 dan 21 tahun dipercayai menjadi pengawal premis itu turut ditahan dan mereka dipercayai terlibat sebagai ahli kongsi gelap,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam. (Kosmo!)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pusat hiburan di Malaysia sekarang ini sudah jadi pusat maksiat. Tempat kongsi gelap bersarang, tempat minum minuman keras, pergaduhan, sarang pelacuran, perjudian, dedah aurat dan segala macam maksiat.
Mabuk di kelab malam.
Sudah hilang fungsinya yang asal, bunyinya sebagai tempat berhibur dan mencari ketenangannya jiwa. Bagaimana membersihkannya?
Sudah tiada jalan lain antaranya, kecuali dengan menyokong rang undang-undang (RUU) persendirian yang dibawa oleh Presiden PAS di parlimen supaya dinaikkan taraf Mahkamah Syariah.
Bila Mahkamah Syariah berwibawa, maka ianya menjadi kunci pembuka laluan ke arah perlaksanaan undang-undang Islam di negara ini secara berkesan. Akan boleh diterapkan perundangan jenayah cara Islam yang terbukti berjaya, menggantikan undang-undang sivil yang terbukti gagal dalam mendidik manusia menuju kesempurnaan. (IH)

4 comments:
Kongsi gelap tu cina dan thailand ..so???? Jgn bebal sgt
Anon diatas.
Buktikan kata kamu itu. Hanya cina Thailang pon kerajaan tak boleh selesaikan?
Bodoh punya idea.
BERSIH CEKAP DAN AMANAH.....BERSEKUTU BERTAMBAH MUTU....
KEMIMPINAN MELALUI TELADAN....BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH....
PENDEKATAN ISLAM HADARI....WASATIAH PEMACU UMAH...
PROGRAM TRANSFOMASI.....NASI BASI.......
tak kira cina ke tailand nikan negara kita. kita msti tegah gejala nagetif supaya kita boleh hidup aman damai.
Post a Comment