MENERUSI pautan gambar di halaman Facebooknya, Rudy Rochman memegang pasport Israel dengan berlatar belakangkan bangunan Menara Kembar Petronas sambil mengeluarkan kenyataan seolah-olah Malaysia mengamalkan diskriminasi.
Dia yang juga bekas tentera Israel mengakui singgah sebentar di Kuala Lumpur menggunakan pasport Perancis disebabkan mempunyai dua kerakyatan.
“Di belakang saya adalah Menara Kembar Petronas dan saya berjaya ke Malaysia untuk sehari menggunakan pasport kerakyatan Perancis.
“Walaupun saya tak menyarankan (rakyat Isreal yang lain) datang ke Malaysia tetapi saya rasa adalah perlu untuk merakam gambar ini untuk meningkatkan kesedaran orang ramai.
“Walaupun ada segelintir rakyat Malaysia yang menyokong Israel secara diam-diam, kerajaan Malaysia dan penduduknya terus menyokong pengharaman ini terhadap rakyat Israel.
“Jika anda tidak tahu mengenai perkara ini, sila kongsikan agar yang lain sedar dengan sikap (kerajaan Malaysia) yang tidak bertoleransi ini,” katanya.
Rata-rata netizen menempelak perbuatan bekas tentera Israel itu yang seakan mahu jadikan undang-undang Malaysia satu isu antarabangsa.
“Cuba untuk meraih simpati atas nama diskriminasi, tetapi lupa hakikat mereka menjajah bumi Palestin dan membunuh ribuan umat Islam di sana saban tahun. Malaysia negara yang berdaulat. Negara ini boleh tetapkan apa saja undang-undang, termasuk isu hubungan dengan Israel,” komen Mohd Hazizi.
“Israel sangat sinonim dengan pencerobohan. Sudah menceroboh negara berdaulat Palestin, sekarang nak ceroboh Malaysia pula? Nampak sangat pintu masuk negara kita ini lemah,” kata Amir Zain.
Bagaimanapun, ada segelintir yang menganggap perkara itu adalah biasa dan ini bukan pertama kali rakyat Israel masuk ke Malaysia.
“Apa yang peliknya Yahudi masuk ke Malaysia? Orang Malaysia nak masuk ke Israel pun boleh, atas alasan buat lawatan,” tulis Azuan.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau betul seperti yang dinyatakan di atas, rakyat Malaysia dan Israel boleh keluar masuk ke negara tersebut dengan bebas, tiada larangan apa-apa.
Bukan itu saja, rakyat Israel yang pernah datang ke Malaysia secara haram (guna pasport Perancis) pun boleh menghina Malaysia dengan bebas pula. Pihak yang bertanggungjawap dakwalah kalau berani! (IH)
8 comments:
Yg nilah paling best kepada Ketua Musyrikin Penang. Di Penang Orang Islam di kampung2 dihalau bagai rakyat Palestine di Tebing Barat.
Yg Paling Dahsyat mereka ini mesra ISRAEL.
Bagi PAN pula, mereka redha atas status mereka sebagai khadam dan DAP sebagai tuan. DAP pula anti Islam
http://www.ismaweb.net/2015/12/pelayar-dari-entiti-haram-israel-membongkar-wajah-hipokrit-dap/
Pelayar dari entiti haram Israel, membongkar wajah hipokrit DAP
TIDAK ada apa-apa yang istimewa atau perlu diberi sambutan baik terhadap tindakan parti sosialis DAP menarik balik kenyataan yang mengecam Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berhubung isu pelayar dari entiti haram Israel baru-baru ini.
Tindakan ini tidak meleburkan identiti parti rasis ini yang sangat konsisten dengan agenda anti-Islamnya yang sangat dimaklumi oleh umat Islam. Ia tidak menjadikan parti ini sebagai patriotik atau penyokong kuat perjuangan rakyat Palestin yang sah. Malah episod ini hanya menguatkan lagi pernyataan bahawa DAP hanya pandai bersandiwara sahaja dan bersifat hipokrit.
Dan ini bukan kali pertama mereka berbuat demikian. aktik ini sangat ketara digunakan oleh DAP dalam kes pelayar dari Israel. Pada mulanya mereka mengecam tindakan Khairy Jamaludin dengan pelbagai alasan yang hanya mendedahkan wajah pro-Israel mereka). Rakyat dan Netizen membalas balik kecaman DAP secara intens di alam maya. DAP tidak menghiraukan langsung kecaman balas dan kritikan para Netizen dan rakyat umum
Laungan ingin mengikuti jejak langkah Khalifah Umar Abdul Aziz hanyalah retorik busuk yang telah berjaya mengelabui mata sebilangan umat Islam supaya menyokong mereka. Umat Islam yang lurus bendul itu tidak menyedari bahawa prinsip Machiavelli (matlamat menghalalkan cara) sedang diaplikasikan secara halus dan berkesan.
Setelah berjaya mempengaruhi sebahagian umat Islam dan mendapat kepercayaan mereka, parti ini mula menampakkan wajah sebenar mereka. Mengadu domba, bermain kayu tiga, menyemai bibit-bibit persengketaan, provokasi perkauman yang sengaja dibuat-buat, kenyataan-kenyataan yang sensitif dan berbaur hasutan dan perlecehan terhadap Islam, Melayu, tokoh, institusi … semua ini merupakan arsenal peluru yang lazim digunakan oleh parti atau kumpulan ekstremis politik untuk mengaut sebanyak keuntungan daripada suasana kacau bilau dan kegoncangan yang berlaku di dalam masyarakat Malaysia.
DAP sangat takut kepada kemungkinan satu hari nanti umat Islam dan bangsa Melayu tanpa mengira kecenderungan politik mereka akhirnya akan bersepakat dan bekerjasama dalam lingkungan persaudaraan Islam dan membentuk satu agenda perjuangan bersama yang berteraskan Islam dan identiti keMelayuan yang kuat. Realiti ini bukanlah satu yang mustahil, malah bibit-bibit positif ke arah tercapainya hasrat tersebut sudahpun disemai.
Kasih kepada Israel amat menebal bagi Ketua Musrikin Penang
Kasih mereka bagai kasih PAN dan DAP
Mengundi PAN bagai Mengundi DAP. DAP pula anti Islam
http://www.ismaweb.net/2015/12/dap-pertahan-ahli-sukan-israel-ada-udang-di-sebalik-batu-isma/
DAP pertahan ahli sukan Israel, ada udang di sebalik batu: Isma
Oleh Mohd Firdaus Salleh Hudin
BANGI, Ahad – Bantahan DAP Perak terhadap sekatan visa ke atas ahli sukan Israel menimbulkan persepsi wujud hubungan mesra antara parti rasis dan cauvinis itu dengan Zionis Israel.
“Ia menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat mengenai hakikat sebenar hubungan DAP dengan entiti penjajah Zionis itu, serta semangat patriotisme parti cauvinis itu,” kata Ketua Penerangan Isma, Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman dalam satu kenyataan malam tadi.
Ketua Biro Pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zhemin dilaporkan menyelar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kerana menafikan visa dua peserta luncur angin dari Israel yang dijadual menyertai satu kejohanan di Langkawi hari ini.
“Sukan sepatutnya melampaui sempadan politik dan perlu berkecuali daripada politik,” katanya.
Ustaz Hazizi yang juga Setiausaha Biro Politik Isma menyifatkan bantahan itu dengan sendirinya memberikan persepsi seolah-olah hubungan dua entiti itu amat mesra dan ibarat ada udang di sebalik batu.
“DAP perlu menyatakan pendiriannya secara jelas terhadap isu Palestin, terutamanya status negara haram Israel. Jika tidak, persepsi mencurigakan itu akan kekal terpahat dalam minda rakyat negara ini,” katanya.
Jelasnya lagi, keputusan Khairy itu bukan suatu yang luar biasa kerana ia selari dengan pendirian rasmi kerajaan Malaysia terhadap isu Palestin.
“Satu dunia sudah amat maklum dengan kekejaman tidak berperikemanusiaan Yahudi Zionis ke atas umat Islam Palestin.
“Hanya orang-orang yang tidak berhati perut dan mati nurani sahaja yang tidak mahu memahami penderitaan rakyat Palestin dan masih mengiktiraf negara haram Yahudi Zionis Israel,” katanya.
Cer citer apa masalah kau ni sampai bengap sangat dalam sejarah dan politik?
Tak boleh nak cerita?
Cerciter apa masalah kau sampai bengap sangat tak boleh nak cerita yang kau ni terlampau bengap sampai tak boleh cerita kenap kau ni bengap sesangat?
Tgk warna parti ku jap....
Ooo patutlah......
Duknparlimen cuma nak bawa isu...........lapuk dan bercakap biar nampak sembang kencang auta ...
Sedihnya demi Dunia dan Dendam (Ideologi PAN = DnD), PAN sanggup menjadi baruah tanpa had kepada DAP. Tidakkah PAN kesian kepada penduduk kampung penang yg dihalau oleh ketua musyrikin
PAN Mat termasuk Mike Selfie, DIn Pudu, Mujahid, Khalid Samad tak pernah peduli kepada ksengsaraan warga kampung Penang dan warga Palestine di Gaza. Itu sebab mereka jadi Khadam DAP
Undi PAN Bagai Undi DAP
Israel lulus resolusi guna peluru hidup terhadap pembaling batu
JERUSALEM, Sabtu – Kabinet rejim Zionis meluluskan penggunaan peluru hidup ke atas mana-mana individu termasuk rakyat Palestin yang membaling batu kepada pihak berkuasa negara itu.
Keputusan drastik itu dibuat selepas penduduk Palestin mengadakan tunjuk perasaan membaling batu dan bom tangan ke arah polis baru-baru ini.
Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pelaksanaan undang-undang tersebut dilakukan atas alasan nyawa orang ketiga terancam dengan perlakuan tersebut.
“Jawatankuasa Kabinet sebulat suara memberi kuasa kepada polis untuk menggunakan peluru hidup ke atas mana-mana individu Palestin yang membaling batu.
“Baling batu dan melempar bom tangan sebenarnya bukan sahaja membahayakan polis tetapi juga orang awam, kami terpaksa mengambil tindakan lebih tegas,” kata kenyataan tersebut.
Sebelum ini Netanyahu secara terbuka mengisytiharkan ‘perang’ selepas seorang wanita warga Israel terbunuh akibat terkena batu dan bom yang dilemparkan oleh sekumpulan penduduk Palestin dalam satu insiden.- Agensi
Apa persamaan DAP dan Israel? Persamaan mereka adalah dua2 anti Islam
Tapi PAN pula sebgaia khadam amat menyanjung DAP
Undi PAN Undi DAP. Undi DAP macam Undi Abu Lahab kerana Abu Lahab anti AL Quran dan Sunnah. Sebijik macam Bani Qainuqa' yakni yahudi Madinah. Pi baca sriah bro. Ni tak, PAN hari2 baca the rocket
http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/
KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral
APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:
Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.
Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.
BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang
Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.
Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.
Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.
Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.
Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.
Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.
Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.
Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.
Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.
Parti Ketua Musyrikin Penang adalah penyokong tegar negara haram Israel yang sedang menindas dan membunuh umat Islam di Palestin. Bayangkan nasib umat Islam dan agama Islam di negara ini jika Parti Ketua Musyrikin Penang dan parti-parti baruanya memerintah negara ini !
Bagi PAN sesiapa yg tidak sehaluan dengan DAP adalah sehina2 manusia. Bagi PAN, DAP ini pertubuhan suci dan maksum. Itu sebab PAN hari2 bodek DAP
Cer citer apa masalah kau ni sampai bengap sangat dalam sejarah dan politik?
Tak boleh nak cerita?
Cerciter apa masalah kau sampai bengap sangat tak boleh nak cerita yang kau ni terlampau bengap sampai tak boleh cerita kenap kau ni bengap sesangat?
Tgk warna parti ku jap....
Ooo patutlah......
Duknparlimen cuma nak bawa isu...........lapuk dan bercakap biar nampak sembang kencang auta ...
Post a Comment