Friday, June 24, 2016

Sah, Pengugut Wang Lindung Judi Itu Bekas Pemimpin PKR..

MyWatch_chief_Sanjeevan
KUALA LUMPUR – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengesahkan penangkapan pengerusi NGO anti jenayah MyWatch Datuk R. Sri Sanjeevan berikutan menerima bayaran wang peras ugut dari mangsanya kelmarin.

Sanjeevan sejak beberapa tahun ini terkenal dengan pelbagai pendedahan lantang mengenai aktiviti berkaitan jenayah seperti judi, maksiat dan kongsi gelap.

Bekas pemimpin PKR yang pernah menjadi Ketua AMK (Pemuda PKR) Cabang Jempol dan pernah bertanding jawatan Naib AMK Pusat itu ditahan ketika sedang menerima wang daripada salah seorang pengusaha judi ekor haram yang menjadi mangsa ugutannya.

Susulan penangkapan tersebut, Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Seremban, Nor Anida Norhamdan semalam mengeluarkan perintah tahanan reman selama dua hari bagi membantu siasatan pihak polis.

Menurut polis, Sanjeevan, 31, didakwa menghubungi seorang pengusaha judi haram pada petang Rabu dan menuntut wang perlindungan setelah mengugut akan mendedahkan kegiatan judi haram individu tersebut.

Pengusaha judi haram yang tidak tahan lagi dengan ugutan berterusan itu dan bimbangkan keselamatan keluarganya bertindak nekad membuat laporan polis pada hari yang sama.

Mangsa selepas itu menemui Sanjeevan berdekatan Plaza Tol Nilai dan menyerahkan wang lebih RM25,000 sebelum mereka diserbu oleh pasukan Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (D7).

“Mangsa juga dipercayai mempunyai bukti rakaman suara Datuk ketika berurusan dengan pengusaha itu,” petik laporan yang disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohmad Salleh berhubung penangkapannya.

Sementara itu, memetik sumber dari laporan sebuah portal berita menyebut Sanjeevan didakwa memperolehi hasil peras ugut sekitar RM300,000 setiap bulan sejak beberapa tahun lepas.

Tambah sumber itu lagi, pengerusi NGO tersebut dikesan melakukan aktiviti peras ugut di seluruh negara antaranya Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

“Kami mendapati nilai tertinggi yang direkod dibayar pengusaha judi ekor haram kepada Datuk itu ialah RM25,000 sebulan,” kata sumber tersebut. (S.Tv)

3 comments:

Anonymous said...

PH kata BN corupt, padahal PH pun corupt juga?
PH kata BN swindle, Penang tunnel tu apa?
PH kata Khir toyo jahat, LGE tu apa?

Apapun saya masih hormat pada PKR dan DAP sebab mereka Tuan dalam PH
Yg pelik adalah AYAH-PAN yg sanggup jadi haiwan ternakan DAP

Unknown said...

Inilah perangai puak yg mengaku ahli parti islam ... kalau tidak kafirkan, org paling tidak mencela. memang puak hadi cai mulu hudoh

Anonymous said...

Perangai puak yg mengaku ahli parti islam mmg mcm tu... Cela PH.. Blog cerita sex...sex..sex...cela pkr... Hanya mereke je islam syumul.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails