KUALA SELANGOR – Akibat berang dengan kewujudan pusat perjudian yang terus berleluasa di daerah ini terutamanya di pekan Kuala Selangor dan pekan Tanjung Karang, sekumpulan pemuda nekad menyerang premis tersebut kelmarin.
Tindakan berani kumpulan pemuda menyerang sebuah premis yang didakwa menjalankan aktiviti perjudian di sekitar daerah ini telah menjadi viral menerusi laman sosial Facebook sejak malam kelmarin.
Satu klip rakaman video yang berdurasi dua minit 50 saat memaparkan sekurang-kurangnya tujuh pemuda berusia dalam lingkungan 20-an dan 30-an berkumpul di sebuah restoran sebelum menyerbu sebuah premis judi berdekatan di pekan Kuala Selangor pada waktu malam.
Mereka kemudian bertindak memecahkan beberapa peralatan di dalam premis tersebut seperti komputer dan pelbagai alatan yang dipercayai digunakan untuk tujuan perjudian. (Kosmo!)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini, satu lagi bukti bahawa perbuatan judi bukan sahaja dilarang oleh agama, tetapi juga dibenci oleh manusia dan rakyat yang sihat pemikirannya. Cuma kerajaan sekular di Malaysia saja yang masih pertahan dan masih jadi taukeh judi, hingga wujud dua jenis judi.
Satu: Judi haram dari sudut agama bagi Persekutuan ini, tetapi halal bagi kerajaan di sudut perlaksanaannya. Judi jenis ini ditaja dan dinaungi oleh kerajaan Malaysia sekarang. Bahkan dikawal perlaksanaannya jangan diganggu seperti yang di hotel, kasino, kelab tertentu dan lain-lain.
Judi ini menguntungkan kerajaan dari segi ekonomi jangka pendik, walaupun dari segi moral dan agama ia merosakkan atau menghancurkan identiti kemanusiaan. Ia merosakkan ekonomi rakyat untuk jangka panjang dengan memporak-perandakan negara.
Kedua: Judi yang dilarang oleh agama dan pemerintah. Pemerintah tidak mengeluarkan lesen untuknya. Biasanya judi ini dilakukan oleh rakyat kecil. Penagih-penagihnya diburu dan ditangkap, walaupun mereka melakukannya di hutan-hutan kecil di bulan puasa, sawah padi dan lain-lain.
Inilah yang sentiasa dibanggakan kerajaan yang kononnya menolak mungkar judi suatu amalan mulia pemerintah.
Penyelesaian: Kerana ada dua jenis judi inilah, kegiatan maksiat judi di Malaysia ini tidak akan hapus. Sebab ia dilindungi oleh undang-undang sekular negara.
Oleh itu, bagaimana mengatasinya?
Tolaklah kerajaan sekular di Malaysia, atau gantikan dengan sebuah kerajaan Islam yang merdeka melalui peti undi, bukan dengan 'angkat parang'. Atau sekurang-kurangnya sokonglah Rang undang-undang persendirian mengenai pindaan akta Mahkamah Syariah yang akan dibawa oleh PAS di Parlimen nanti. (IH)
4 comments:
Kerajaan kena sedar tapi pada masa yg sama PAN pun kena sedar
Kerajaan kena sedar sebab rakyat dah menyampah dengan juid dan berjudi itu perkara dilarang dalam agama dan segi moral sejagat pula benda yg amat tak elok.
Tapi apa pula kata PAN? PAN adalah parti yg mengaku Islamic tapi sebenarnya sekular. Relax bro sebab Abdullah b Ubay pun mengaku dia beriman kah kah kah. Ialah yg menternak PAN ni DAP. DAP pula anti Islam.Dari sini mari kita nya Mike Sabu, adakah PAN perjuangkan untuk judi diharamkan atau mengambil keputusan menjuburi DAP dgn mengatakan Judi itu Halal dan Toyibbah.
Itulah bila jadi Khadam PAN. Nak kata judi tu haram pun kena pikir9 kali. Silap2 kena masuk mesyuarat
Yg Benar
Jeff Hulu Bernam
Keadilan Reform
PAN dijangka sukar untuk menarik sokongan orang melayu..baru 9 bulan di tubuhkan PAN kelihatan begitu sinonim dengan DAP satu kepantangan bagi orang melayu..media elektronik seperti TV3 dan akhbar arus perdana perlu menjalan kan propaganda secara istaqamah dan tersusun terhadap DAP sehingga PRU14..bila masyarakat melayu memusuhi DAP secara otomatik mereka akan membenci PAN..dan kita akan segera talkin kan PAN selepas PRU14..HIHIHI
Perjuangan PAN akan sia2..biar pun putus urat leher Abang Mat beri ceramah saya percaya ia tak kan kemana.."ngabih kan boreh" kata orang negeri sembilan
Pan bukan part islam ia hanya mengaku parti islam masa pilihanraya aja.
Post a Comment