Obesiti menyerang tanpa mengira peringkat usia dan jika seseorang itu mengalami masalah obesiti, secara tak langsung, mereka berhadapan dengan penyakit yang ...
PERUBATAN
PUTRAJAYA – Hampir 20 juta rakyat dalam kalangan penduduk berumur 18 tahun dan ke atas di negara ini mengalami risiko penyakit tidak berjangkit berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 (NHMS).
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, daripada jumlah itu seramai 3.5 juta orang mengalami diabetes, 6.1 juta menghidap hipertensi dan 9.6 juta mempunyai paras kolesterol dalam darah yang tinggi.
Bagaimanapun, apa yang membimbangkan katanya, lebih daripada separuh penghidap diabetes dan hipertensi tidak mengetahui penyakit yang dihidap manakala empat daripada lima orang tidak mengetahui paras kolesterol mereka tinggi.
“Prevalens obesiti juga meningkat berbanding kajian NHMS yang lepas. Sebanyak 17.7 peratus (3.3 juta orang) penduduk dewasa di Malaysia adalah obes manakala seorang daripada tiga orang mempunyai berat badan berlebihan.
“Prevalens perokok juga masih tinggi iaitu 22.8 peratus (5 juta orang) bagi penduduk 15 tahun dan ke atas. Masalah ini begitu ketara dalam kalangan lelaki dengan prevalens sebanyak 43.0 peratus,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam. (Kosmo!)
Lihat sebelum ini..
Lihat sebelum ini..
5 comments:
SI MAT SABU NI TAU MENJILAT DAPigs JE!!!
Apa sangat la yang nak diharapkan kepada Si Mat Sabu ni. Nak kata dia bijak sangat pun tidak juga. Harapkan dia pandai mencarut dan memaki hamun orang kat atas pentas dua puluh empat jam, boleh la.
Jadi, apa yang nak diherankan sangat bila Si Mat Sabu tu berulang kali salah sebut nama kampung tempat di bagi ceramah semalam di Kuala Kangsar walaupun dia kata dah lebih dari tiga dekad dia beri ceramah dikawasan tersebut?
Ia bermula selepas dia menyertai PAS pada 1978 susulan kejatuhan PAS Kelantan dikuasai parti itu kepada Barisan Nasional (BN) sehingga tahun lalu apabila Mat Sabu keluar daripada PAS menubuhkan PAN pula.
“Saya selalu bagi ceramah di Lembah Sayong selama lebih 30 tahun sewaktu masih bersama PAS,” kata Mat Sabu selamba menyebabkan ramai hadirin terpinga-pinga kerana nama kampung itu sebenarnya ialah Sayong Lembah.
Kesilapan sama itu malah diulang berkali-kali dalam ceramah beliau bermula pukul 11.07 malam dan berakhir 23 minit kemudian apabila Mat Sabu dengan penuh yakin mengubah nama kampung itu menjadi Lembah Sayong.
Ceramahnya bahkan terganggu seketika apabila calon PAN, Prof. Dr. Ahmad Termizi Ramli muncul pukul 11.23 malam menyebabkan pengamal media ‘berebut’ mengerumuni saintis nuklear Pro Lynas itu.
Menyedari ceramahnya kurang diberi perhatian, Mat Sabu cuba menarik minat puluhan hadirin dengan membuat kelakar apabila mendakwa konon kadar rasuah di Malaysia antara terburuk di dunia waima di rantau Asia tenggara.
Beliau memberi contoh kejayaan Indonesia menerusi Komisi Pemberantasan Korupsi Republik Indonesia (KPK) konon berjaya menaikkan indeks di bawah Transparency International (TI) lebih baik mengatasi Malaysia sendiri.
Lucunya sekali lagi Si Mat Sabu membuat kesilapan fakta dengan mengubah sejarah konon KPK ditubuhkan selepas kejatuhan rejim Presiden Mohamad Suharto yang digantikan pula oleh Bacharuddin Jusuf Habibie pada 1998 lalu.
Untuk rekod, KPK diwujudkan pada 2002 ketika zaman pentadbiran Megawati Sukarnoputri dan berdasarkan ranking TI tahun lalu, Indonesia berada di tangga ke-88 berbanding Malaysia masih stabil di kedudukan ke-54.
Pokok pangkalnya, Si Mat Sabu ni bukannya tau pasal benda lain selain dari mengarut, menabur fitnah dan baling mikrofon ke dinding serta menjilat Bontot DAPigs. Tu pasal la dia sanggup menjadi PENGKHIANAT dan menubuhkan parti lain!!!
Semut Hitam at Selasa, Jun 07, 2016
MALAM PERTAMA RAMADHAN, PAN DAH BUAT "LARGHO"!!!
Heh! Kalau selama hari ini, diorang dok sibuk tuduh orang lain suka buat kerja sia - sia dan tidak mengutamakan agama Islam seolah - olah macam dia je yang nak memperjuangkan Islam di Malaysia ni.
Tambah memburukkan keadaan, mereka lakukan pada malam pertama di bulan Ramadhan yang mulia ini. Belum apa - apa lagi, kempen memaki hamun orang lain sudah pun dimulakan.
Dalam laporan yang disiarkan semalam, puak parti KUALI pimpinan Si Mat Sabu tu di Sungai Besar dah memulakan kempen dengan memberikan ceramah seawal jam 8.30 malam.
Padahal pada ketika itu, umat Islam di seluruh Malaysia sedang berkumpul di masjid dan surau bagi menunaikan solat Sunat Terawikh yang pertama sempena menyambut bulan Ramadhan.
Ini bukan soal dia boleh buat solat Sunat tu dirumah atau pun sebaliknya. Memang la solat sunat tu tak perlu dibuat di Masjid atau pun di surau. Tapi soalnya, kebersamaan dia dengan para jemaah.
Rasanya, itu lebih penting. Kot kalau dia sibuk nak menjaja dan mendahulukan kempen Politik je sampai jemaah pun dia tinggal, apa gunanya? Itu tidak menunjukkan yang parti dia mengutamakan Islam.
Lebih mengharukan keadaan, laporan yang disiarkan itu juga turut menyatakan bahawa kempen ceramah anjuran parti KUALI pimpinan Si Mat Sabu tu dibuat sekali dengan puak DAPigs!!!
Selain dari calon parti KUALI Si Mat Sabu tu yang menyampaikan ceramah, dengar katanya Si Tony Puaka tu pun turut hadir untuk menjaja dakyah pembohongan dia secara terang - terangan.
Jadi, tak heran la sekiranya calon yang mewakili parti KUALI Si Mat Sabu tu boleh sesuka hati dia je 'Ponteng' solat Sunat Terawikh. Mungkin dia lebih utamakan 'kempen Politik' dari nak tunaikan tanggungjawab sebagai jemaah di surau dan Masjid!!!
Semut Hitam at Isnin, Jun 06, 2016
RUU: Hanya orang Islam yang berbuat jahat patut takut, kata Mufti Perak
perak_mufti_Harussani_Zakaria_5_620_413_100
IPOH, Ahad – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyambut baik cadangan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) yang dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat, minggu lalu.
Beliau berkata, undang-undang bagi meningkatkan hukuman sedia ada itu adalah sesuatu yang baik untuk dilaksanakan.
“Bagus jika diterima (semua pihak), orang Islam tak perlu takut dengan undang-undang ini, hanya orang Islam yang berbuat jahat sahaja yang perlu takut,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Radio Nurul Quran Nusantara di Dewan Kuliah Masjid Sultan Azlan Shah, hari ini.
Mengulas berkenaan reaksi negatif masyarakat bukan Islam, Harussani berkata, golongan itu tidak sewajarnya mencampuri urusan yang tiada kena mengena dengan mereka.
“Sepertimana telah dijelaskan banyak pihak, undang-undang Mahkamah Syariah itu hanya termaktub untuk yang beragama Islam dan tidak boleh membicarakan orang bukan Islam.
“Semua agama pun menyuruh ke arah kebaikan, sepertimana kita tak pernah campur urusan agama lain, tak pernah caci agama lain, jadi mereka tak perlulah masuk campur dalam RUU ini,” katanya.
Sebelum ini, DAP dan parti komponen BN, MCA serta MIC lantang mengkritik pembentangan rang undang-undang persendirian yang dibentangkan Abdul Hadi di Parlimen.
Malah, DAP menuduh BN dan PAS bekerjasama membentangkan usul berkenaan di Parlimen bagi tujuan dan kepentingan politik.
Salam En. Anonymous,
Tak serik-serik ke memfitnah???
Tak takut dosa ke????
Sebelum menyebarkan fitnah baca dulu dan kaji dulu isi kandungan. Nanti kena balik dengan diri sendiri.
Sendiri copy-paste pasal undang-undang negara Khalifah Uthmaniah, lepas tu tak mengaku pula.
Hahahaahaa!!!
Yang jahil,
Nobody
Salam En. Anonymous,
Encik sebenarnya minta maaf cakap tersilap!!!
Mana ada RUU boleh mencegah kemungkaran???
Ketika saya berusia 14 tahun dan bersekolah agama, bapa saya yang ketika itu mengambil Pengajian Islam dan pensyarahnya adalah Dato' Dr. Haron Din!!!
Beliau berkata hudud boleh menjamin keadilan dan mencegah kemungkaran!!!
Masa tu kita budak-budak ia jelah!!!
Sekarang saya dah tak bersetuju!!!
Sekarang beritahu saya macam mana RUU tu menjamin keadilan dan mencegah kemungkaran????
Apa mekanismenya???
Kalau tak boleh beritahu jangan sesuka hati melabel dan memfitnah kaki botol, kaki betina dan kaki judi!!!!
Ilmu tak ada!!!
Kalau minta bukti bagi email hahhahhahaa!!!
Yang jahil,
Nobody
Post a Comment