Wednesday, June 15, 2016

Siapa Dia BERSIH 2.0, Kutuk Abdul Hadi Sebut Tentang Allah?

Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah
KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pro-Pakatan Harapan, BERSIH 2.0 mengutuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana membuat kenyataan tentang kemurkaan Allah S.W.T ke atas mereka yang salah mengundi wakil rakyat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada 18 Jun ini.
BERSIH 2.0 yang dipengerusikan oleh Maria Chin Abdullah dalam satu kenyataan media mendakwa, perbuatan Presiden PAS itu merupakan satu kesalahan dibawah seksyen 9 (1), Akta Pilihan Raya 1954.
“BERSIH 2.0 mengutuk ucapan Presiden PAS yang menyatakan bahawa “mereka akan berdepan dengan kemurkaan Ilahi jika memilih Ahli Parlimen salah pada 18 Jun ini”.
“BERSIH 2.0 tuntut penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai segala kesalahan yang dilaporkan ini,” kata kenyataan itu hari ini.
Tegas BERSIH 2.0, kenyataan Abdul Hadi mengenai Allah S.W.T itu menyebabkan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada kali ini berlangsung dalam yang tidak bersih,bebas dan adil.
Perhimpunan anjuran BERSIH 2.0 dan Pakatan Harapan di ibu negara pada Ogos tahun lalu pernah mengadakan upacara memijak-mijak gambar Presiden PAS.
Majoriti peserta perhimpunan tersebut merupakan penyokong Pakatan Harapan.
Perhimpunan yang gagal mendapat sambutan itu mendapat bekerjasama badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak kebebasan secara melampau termasuk lesbian dan gay.
Presiden PAS baru-baru ini memberi amaran kepada pengundi di Sungai Besar bahawa mereka akan berdepan dengan kemurkaan Ilahi jika memilih Ahli Parlimen salah pada 18 Jun ini.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Siapa dia Maria Chin Abdullah BERSIH 2.0 yang baru tubuh beberapa hari berbanding dengan PAS yang memperjuangkan Islam puluhan tahun? Bawalah ke mahkamah..
BERSIH 2.0, perhimpunan yang gagal mendapat sambutan itu, tetapi mendapat bekerjasama badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak kebebasan secara melampau termasuk lesbian dan gay. 
Apabila mereka menghina PAS, mereka sudah tidak mendapat sambutan dari kalangan rakyat Muslim di negara ini lagi. (IH)

19 comments:

  1. Darpada PAN yg takut kemarahan ketua muayrikin al penangi

    ReplyDelete
  2. SANGGUP KE MAT SABU MASUK DAPigs!!!

    Sanggup ke Si Mat Sabu tu mengambil langkah meletakkan jawatan dari partinya untuk menyertai 'Abang Besar' dia dalam DAPigs selepas Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar?

    Pengerusi PAN atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu telah melakukan satu peringatan penting kepada ahli dan penyokong PAN bahawa dia akan masuk DAPigs sekiranya PAN kalah teruk,

    Bagi Mat Sabu, Pilihan Raya Kecil bagi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar kali ini bukan kecil anak. Yang dipertaruhkan bukan sahaja calon yang bertanding bagi mewakili parti itu sahaja.

    Sebaliknya, Si Mat Sabu tu turut mempertaruhkan nama dan maruah dirinya sendiri yang sudah pasti akan tercalar kerana sudah banyak tercakap lebih meter, terlebih auta, terlebih bohong dan terlebih fitnah.

    Dari satu sumber, Si Mat Sabu dikatakan sudah mengugut jentera parti KUALI pimpinannya di Sungai Besar dan Kuala Kangsar kerana culaan terakhir dibuat mendapati mereka akan mendapat undii lebih dari 100 saja.

    Laporan itu juga mendedahkan bahawa masyarakat Cina di Sungai Besar tidak mahu mengundi calon HANTU RAYA dari parti KUALI Si Mat Sabu tu bagi mewakili Pakatan Haprak tu.

    Bagaimana mereka akan memilih calon tersebut di mana dia sendiri membuat pengakuan akan ada di Sungai Besar hanya 2 bulan sekali? Itupun kalau dia rasa seronok. Kalau dia tak seronok, lansung dia tak balik terus.

    Maka sebab itulah PAN terpaksa bekerja secara habis - habisan sampai solat terawih pun dibuat di Wisma DAPigs dan ceramah pan di kuala kangsar dianjurkan sebelum solat isyak lagi.

    Mat Sabu katanya mahu mempertingkatkan lagi usaha - usaha terakhir kerana sudah tak tahan dengan dedak DAPigs yang dah semakin "berulat" untuk dijadikan sebagai bahan makanan.

    Mat Sabu yang biasanya makan di hotel mewah dikatakan terpaksa berkorban demi untuk memperhebatkan lagi kempen tapi malangnya pengorbanan itu dilihat semakin tidak berbaloi.

    Kuala Kangsar membuktikan, walaupun calon nuklear di hantar menjadi pertaruhan, namun otak pemikirannya hanya setaraf dengan Budak Tadika yang tidak reti menulis dan membaca.

    Waima Lim Kit Siang dan Guan Eng buat doa selamat siang malam sekali pun, namun sokongan dan kecenderungan rakyat terhadap parti KUALI Si Mat Sabu tu semakin merundum.

    Hujah - hujah bahalol dari calon PAN dapat dilihat di Sungai Besar dan Kuala Kangsar semakin terserlah. Ternyata calon tangkap muat untuk menggantikan Mat Sabu dan Nizar tu tak sehebat yang diharapkan.

    Apa yang terbayang depan mata Mat Sabu pada ketika ini ialah 'Lubang Kubur' bagi partinya sendiri. Maka, sudah pasti jalan yang terbaik bagi Si Mat Sabu tu adalah dengan menyertai DAPigs. Kalau tidak, dia terpaksa tanggung kemaluan yang cukup besar nanti!!!

    Semut Hitam at Selasa, Jun 14, 2016

    ReplyDelete


  3. Allah memang 'sayang' kpd pemfitnah

    Allah 'sayang' pemfitnah pilkuda, pemfitnah barua dan broka yg suka u-turn dan ponteng

    Ramai yg sayang kpd tuan kaki fitnah ini agar terus buat bnyk2 fitnah lagi

    Saya pun 'sayang' dgn tuan fitnah ini dan harap ssanggat buatlah fitnah lagi bnyk2 lagi

    Lagi ramai walaun2 yg akan sayang, lepas buat fitnah pastu cananglah hududlah palsu mu tu

    Dgn fitnah dan hudud palsu itu, gerenti lumayan dedak mnunggu

    ReplyDelete
  4. puak sekuler kepanasan takut akan kehadiran bulan oktober 2016 dari sekarang tghh diserang difitnah dicaci dihina dengan hebat sekali atas arahan abg besar. bagi mereka semua yang mereka lakukan terhadap tghh semuanya boleh dan betul tapi rakyat dah tahu itu semua fitnah yang direkakan untuk menyerang peribadi tghh dengan niat supaya tghh kembali kepada allah swt sebab mereka tahu tghh ada masaalah kesihatan tetapi makin diserang makin bersemangat tghh untuk terus berjuang untuk menegakkan dasar islam di malaysia. sekarang musuh bergabung tenaga membuat serangan peribadi kepada tghh tak kira masa tak kira apa isu semua keluar banyak modal dilaburkan hanya untuk menyerang tghh tetapi pertahanan tghh ternyata utuh dan tidak berganjag walau pun setapak ini hasil dari keiklasan untuk mendaulatkan agama islam yang suci hanya kerana allah swt. bermacam2 tomahan dan fitnah yang dulu diguna oleh umno dan kini diguna semula oleh khadan umno untuk menyerang peribada tghh.dulu tomahan tersebut digunakan untuk menyerang tgna dan tghh tetapi kini tghh menghadapi seorang diri. moga allah swt memberi kekuatan kepada tghh untuk menghadapi dugaan dunia demi agama islam yang mulia ini.

    ReplyDelete
  5. Ramai yang membuat kenyataan sama ada berbentuk lisan atau tulisan apabila dikemukakan permohonan kebenaran daripada Dewan Rakyat mengikut Peraturan Mesyuarat 49(1), mencadangkan Rang Undang-undang Persendirian, bernama Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016.

    Tujuan pindaan ialah untuk mengangkat taraf Mahkamah Syariah warisan penjajah yang menghinakan, kerana meletakkannya lebih rendah daripada mahkamah paling rendah ciptaan manusia, sehingga terdapat kesalahan maksiat hukumannya lebih rendah daripada kesalahan membuang sampah dan merokok.

    Cadangan pindaan melibatkan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah Jadual Kesembilan Undang-Undang dibawah kuasa Kerajaan Negeri dan Raja Raja, supaya boleh menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh Undang-Undang Syariah yang sebenar. Cadangan pindaan adalah sekadar kemampuan yang memerlukan suara majoriti mudah lebih satu undi yang hadir di parlimen sahaja. Pindaan tidak melibatkan hukuman yang berat seperti hukuman mati yang mewajibkan pindaan 76(a) daripada Perlembagaan yang berhajat kepada majoriti 2/3 yang belum dibolehkan.

    Sebenarnya Rang Undang-Undang tersebut bukannya Undang-Undang Hudud, namun ramai yang melabelkannya "Hukum Hudud" yang menjadi senjata lama untuk menyerang PAS sejak tahun 1950-an lagi, sehingga gegak gempita dan riuh rendah. Mereka melabelkan semua undang-undang Jenayah Hukum Syariat Allah, daripada Qisas, Hudud sehinggalah Takzir dan terkini Mahkamah Syariah, semuanya dimasukkan ke dalam bakul Hudud yang sangat dibenci sehingga ke dalam lubuk hati dan masuk ke tulang hitam

    ReplyDelete
  6. Walaupun Rang Undang-Undang ini bukan Undang-Undang Hudud, tetapi lebih bersifat “Prasarana Mahkamah Syariah” yang membuka konsep Islam yang sebenar yang wajib ditashihkan daripada penafsiran Surahanjaya Reid yang dibentuk oleh penjajah dahulu menyebabkan salah faham terhadap Islam. Ia sepatutnya dipinda, kerana kita sudah merdeka mencecah setengah abad.

    Tujuan penjajah ialah untuk menutup keadilan Islam secara umum, serta menidakkan konsep mendidik masyarakat yang wujud dalam Sistem Kehakiman Islam, bukannya seperti kehakiman ciptaan penjajah yang lebih bersifat menghukum dan mendera. Pindaan yang dicadangkan itu, temasuk dalam perkara umum yang wajib diperjuangkan oleh penganut Islam tanpa mengira fahaman politik dan kedudukannya dalam kerajaan atau pembangkang, termasuk semua lapisan masyarakat Islam yang berada di luar Parlimen. Sehingga DYMM Yang di-Pertuan Agong meletakkan dalam titah perasmian Dewan Rakyat pada bulan Mac yang baru berlalu supaya menaikkan taraf Mahkamah Syariah.

    Sepatutnya dibincangkan berkenaan Mahkamah Islam yang berkonsepkan iman dan akhlak dalam perkara kehakiman dan keterangan, seperti syarat-syarat hakim yang adil dari segi peribadinya, bukan sahaja ilmu perundangannya, bahkan termasuk jasad, roh dan akalnya, beriman dan tidak fasik. Syarat-syarat saksi juga beriman dan tidak fasik, bermaksud berakhlak mulia dan bermaruah tinggi. Betapa Islam meletakkan dosa besar terhadap hakim dan saksi yang zalim sehingga diseksa dalam kubur dan neraka, walaupun terlepas bebas di alam dunia ini. Elemen inilah yang tidak ada dalam undang-undang ciptaan manusia yang banyak kelemahannya.

    Tiba-tiba semuanya menjadi Hukum Hudud pula yang menjadi sasaran, walaupun termasuk dalam urusan negeri dan raja-raja dan bagi penganut Islam sahaja. Sepatutnya diketahui perbezaan hukum Islam secara umum, yang sangat beradab dan rahmat, perbezaan hukuman sebatan yang sama sebutan perkataannya dalam undang-undang Islam dan undang-undang yang lain, tetapi Islam berbeza dengannya kerana syarat -syarat yang sangat ketat, namun ilmu berkaitannya ditutup rapat dan disekat ilmu dan pemahamannya dengan akal yang waras. Adapun undang-undang bunuh yang tidak ada kuasa bagi Mahkamah Syariah, seperti hukuman mati dijerut leher dengan tali gantung yang sangat kuno atau purbakala, begitu juga hukuman sebatan yang sangat keras dan kejam sehingga cacat dan boleh menyebabkan kematian, ditutup mulut, disumbat telinga dan dikunci akalnya, kerana diyakini bahawa kalangan bukan Islam akhirnya lebih memilih undang-undang Islam, inilah sebenarnya yang dirasa takut tanpa ketahuan dan cemburu buta.

    ReplyDelete
  7. Perlembagaan telah menetapkan urusan agama di bawah bidang kuasa DYMM Raja-Raja dan Kerajaan Negeri. Perlembagaan juga menegaskan bahawa bahawa Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa terhadap penganut agama Islam sahaja, Mahkamah Syariah tidak ada kuasa terhadap penganut bukan Islam (Jadual kesembilan II). Mengapa kalangan bukan Islam menentang? Ada yang Islam juga gila-gila menentang. Walaupun perkara ini di luar tajuk asas Usul Persendirian, tetapi dijadikan hujah untuk merendahkan Mahkamah Syariah yang sepatutnya dimuliakan. Di mana letaknya Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang menegaskan (1) Islam ialah agama bagi persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Tiba-tiba Makamah Syariah bagi penganut Islam lebih rendah kuasanya daripada mahkamah paling rendah. Cukuplah masa setengah abad umat Islam dibodohkan.

    Hanya mereka yang buta Al-Quran melabelkannya Hukum Hudud ciptaan PAS, bahkan tidak boleh dicipta oleh Nabi Muhammad SAW. Biarkan hanya mereka bersama penjajah menentang Hukum Allah terus rela tenggelam bersama kejahilan dan kebebalan mereka.

    Walaupun PAS telah memperkenalkannya melalui proses demokrasi suara majoriti umat Islam di negeri-negeri Kelantan dan Terengganu sahaja, serta dipamerkan kepada umum khususnya kalangan bukan Islam, dalam dan luar negara, namun masih ramai kalangan penganut Islam yang buta Al-Quran mengulas dengan akal jahil agamanya.

    Bagi meraikan mereka yang jahil, khususnya jahil murakkab (tidak sedar dirinya jahil), sehingga kini Undang-Undang Syariat Allah terpaksa ditangguhkan pelaksanaanya dengan sebab mereka, walaupun mereka juga mengaku menganut Islam. Walaupun sudah dilulus dan diwartakan di dua buah negeri Kelantan dan Terengganu, namun belum berkuasa melaksanakannya kerana terhalang.

    Sungguh malang mereka yang menyerang dan menghalang Undang-Undang Hudud lebih bersimpati terhadap penjenayah daripada mangsa individu dan mayarakat yang malang, dalam masa yang sama terus menjadi menjadi khadam kepada penjajah yang sudah keluar daripada tanah air tercinta ini.Tiba-tiba mereka pula mengambil kerja penjajah.

    ReplyDelete
  8. Sangat malang bagi penganut Islam yang tidak bersetuju menaikkan taraf Mahkamah Syariah kerana menghina agamanya sendiri, maka apa ertinya menjadi penganut Islam sekadar baka dan keturunan, yang tidak menjadikannya hujah setelah meninggal dunia dan bertemu Allah, kerana termasuk dalam firman Allah:

    وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّنِ ٱفۡتَرَىٰ عَلَى ٱللَّهِ كَذِبًاۚ أُوْلَٰٓئِكَ يُعۡرَضُونَ عَلَىٰ رَبِّهِمۡ وَيَقُولُ ٱلۡأَشۡهَٰدُ هَٰٓؤُلَآءِ ٱلَّذِينَ كَذَبُواْ عَلَىٰ رَبِّهِمۡۚ أَلَا لَعۡنَةُ ٱللَّهِ عَلَى ٱلظَّٰلِمِين *ٱلَّذِينَ يَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ وَيَبۡغُونَهَا عِوَجٗا وَهُم بِٱلۡأٓخِرَةِ هُمۡ كَٰفِرُونَ

    "Dan tidak ada orang yang lebih zalim daripada orang-orang yang mereka-reka perkara-perkara dusta terhadap Allah! Orang-orang yang demikian sifatnya akan dibawa mengadap Tuhan mereka dan pada hari itu akan berkatalah saksi-saksi (dari malaikat-malaikat, Nabi-Nabi dan anggota-anggota tubuh mereka sendiri): Inilah orang-orang yang membuat-buat dusta terhadap Tuhan mereka. Ketahuilah (sesungguhnya) laknat Allah tertimpa kepada orang-orang yang zalim. Orang-orang yang menghalang dirinya sendiri dan orang lain dari jalan agama Allah dan berusaha supaya jalan itu menjadi bengkok terpesong, sedang mereka pula ingkarkan hari akhirat." (Surah Hud, ayat 18-19)

    Kepada kalangan bukan Islam, jagalah lidah dan tangan kamu daripada melampau sempadan kerana Allah telah memberi peringatan kepada umat Islam:

    لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ ٱلنَّاسِ عَدَٰوَةٗ لِّلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱلۡيَهُودَ وَٱلَّذِينَ أَشۡرَكُواْۖ وَلَتَجِدَنَّ أَقۡرَبَهُم مَّوَدَّةٗ لِّلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱلَّذِينَ قَالُوٓاْ إِنَّا نَصَٰرَىٰۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّ مِنۡهُمۡ قِسِّيسِينَ وَرُهۡبَانٗا وَأَنَّهُمۡ لَا يَسۡتَكۡبِرُونَ ٨٢ المائدة .

    "Demi sesungguhnya Engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrikin dan demi sesungguhnya Engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong." (Surah Al-Maidah, ayat 82)

    Kepada sesiapa yang bersilat kata-kata dan tulisan, kononnya hanya menentang Hudud, bukanya bermusuh terhadap Islam dan umatnya. Allah Tuhan kami yang Maha Esa menetapkan setiap perkara Islam adalah bersambung tanpa dapat dipisahkan, kerana Allah berfirman:

    يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُواْ فِي ٱلسِّلۡمِ كَآفَّةٗ وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيۡطَٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوّٞ مُّبِينٞ

    "Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu." (Surah Al-Baqarah, ayat 208)

    Ketahuilah bahawa memisahkan mana-mana Hukum Islam daripada ikatan Islamnya adalah langkah-langkah syaitan.

    "BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN"

    ABDUL HADI AWANG
    Presiden PAS

    ReplyDelete
  9. PEMBELA LGBT TERLUPA KEMURKAAN ALLAH KE ATAS KAUM LGBT SEBAB DIA SIBUK MENFITNAH ULAMA ISLAM ! WAHAI PEMBELA LGBT BERTAUBATLAH SEBAB DUNIA KATA PERGI KUBUR KATA MARI !

    ReplyDelete
  10. HUDUD PAS DAH JADI HUDUDDUIT

    HUKUM ALLAH MANA ADA KENA DENDA BYR RINGGIT MSIA MELAINKAN HUKUM HADI ULAMA SU'

    AGAMA SUKU POLITIK SUKU JD KAFIR.

    KAH KAH KAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. hukum hudud adalah hukum allah swt yang ada dalam kitab al quran injil dan taurad. dimana hukumannya sama pada ketiga2 kitab tersebut tetapi hanya umat islam sahaja yanh beriman pada kitab dan berusaha untuk melaksanakan hukum tersebut. jadi tiada sebab hukum hudud ditentang oleh dap kerani hukum tersebut yang nak dilaksanakan dikelantan tidak akan dikenakan kepada bukan islam. pada umat islam wajib kita menyokong sehingga terlaksananya hukum tersebut.berkenaan denda byr ringgit msia itu hukum mahkamah syariah yang pas nak pinda dengan hukum hudud allah dan tiada hukum hadi ulama su seperti dakwaan tuan pengirim. tok guru haji abdul hadi awang telah berjaya mendesak supaya ruu aktar 355 dibentangkan diparlimen dan perbahasanya ditagguhkan pada okt supaya semua pihak dapat memahami pindaan aktar tersebut. jadi itu hukum islam yang wajib kita sokong tampa alasan.

      Delete
    2. agama suku politik suku itu sebenarnya kita umpama memisahkan peranan agama islam dalam kehidupan kita. dalam islam agama adalah mencakupi segala aspik kehidupan sekiranya kita memisahkan peranan agama dalam kehidupan kita maka hidup kita tidak dapandu oleh garis panduan agama islam kita seumpama orang yang tiada ugama nauzubillahhiminazalim. kesan dari pengamalan politik suku agama suku maka muzibahnya kita yang tanggung apa yang kita rungatkan sekarang itulah akibatnya sebab kita menolak syariat islam yang dibawa oleh pejuang2 islam. selagi nyawa dikandung badan bertaubatlah kembali kejalan allah.

      Delete
    3. Saudara, berfikir guna akal yg waras. Dah lebih 60thn Pas bersama2 parti2 sekular yg lain mengamalkan politik suku agama suku. Bilalah anda semua ni nak sedar dari terus dibohong. Pas memperjudikan hudud utk political mileage mrk bkn bersungguh2 utk laksanakan..Ini realiti.

      Islam telah dicemari parti agama ini.

      Kita negara Islam, Sultan2 ketua agama negeri dan PM adalah melayu knp mesti salahkn DAP tk benarkn utk laksanakan hudud dsb?

      Kuasa Agung dan Sultan2 dah boleh terus luluskan hudud atau undang2 mahkamah syariah mana2 negeri org Melayu. Knp takut atau salahkn DAP tk benarkan?

      Majoriti orang melayu dah buka mata npk pembohongan pemimpin2 Pas menjual agama demi kepentingan diri kecuali yg taksub dan jumud.

      Delete
    4. Spin la selagi boleh spin..

      Alhamdulillah sbb tu bila dah bebaik dgn umno kita dah mula jumpa jalan.. dulu pas terlalu memusuhi umno sehingga ruang dakwah menjadi sempit.. masa era mahadir la yg telah menyukarkan pas nk laksana hudud di kelantan.. sila cari maklumat utk rujukan jgn jadi malas

      Delete
    5. Jgnlah nak spin cuba bohong mcm Hadi. Baca kenyataan Dr Asyraf Wajdi, timb menteri jpm. Hudud takkan dilaksanakan di msia kerana konteks negara ni yg berbilang kaum. Najib pernah berkata buat hudud negara akan huru hara.

      Mengakulah je lah parti lebai PIS ni dah mkn dedak yg ditabur ketua penyamun. Sbb tu boleh berbaik dgn pemerintah yg zalim dan menindas rakyat.

      RUU bkn hudud Allah itu hududuitt. Kalo PIS serius nak buat hudud tak perlu guna kuasa politik.

      Kuasa Agung, sultan2, mufti2 dan ahli2 agama dah ckp utk meluluskan hudud. Knp mrk tak bersuara menyokong? Knp nak salahkan parti2 lain dan DAP?

      Cakap biarlah serupa bikin sbb jual agama. Rakyat dah npk pembohongan lebai2 ni setiapkali prk atau pru baru jerit terlolong nak buat hudud. Habuk pun tarak.

      Delete
  11. sultan dah luluskan majlis raja2 pun dah luluskan cuma perlu pindaan akta yang menghalang perlaksanaan di negeri2 yang mana dikuasai oleh pis (parti islam semalaysia) jadi antar aktar yang perlu dipinda adalah aktar 355, yang akan dibahaskan pada okt ni. jadi usaha pis selama ini telah nampak jalannya.itu sebablah dap meroyan sampai lim kit sian pun boleh keluar fatwa hudud pas bukan hudud tuhan sama kenyataan masa tun m pm dulu. kamu anti pis sebab tu kamu belit dan fitnah macam2 usaha pis selama ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn keliru. RUU 355 tu undang2 rekaan manusia saja bkn hudud Allah. Sebab tu ada bayaran denda dlm rgt msia.

      Hudud Allah tk kena byr duit pun kecuali hududduitt.

      Kalo dah semua org atasan luluskan apa tunggu lg terus sajalah. Tak guna mtk kebenaran DAP lg. Bukannya nak ubah perlembagaan Msia pun. Ye dak?

      Ke semua ni main acah2 wayang je sbb nak prk. pastu senyap sunyi spt biasa.

      Delete
    2. Pis dlm english bunyinya kencing. Takut ramai yg dah kena kencing je.

      Delete
  12. MUFTI PERAK BIDAS PRESIDEN PAS JUAL NAMA ALLAH UTK POLITIK

    Sesiapa yang mengundi calon Barisan Nasional atau pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak akan mendapat kemurkaan Allah, tegas Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

    "Keadaan sekarang dalam waktu berkempen kita tidak payahlah kita nak menghukum orang berdosa atau celaka atau haram jika tidak sokong calon Pas.

    "Dalam berkempen tak usah letak dosa ke tidak berdosa, eloklah jika kita nak memerintah, kita tunjukkan apa yang akan kita lakukan jika kita disokong pengundi dan kita menang.

    "Tak payahlah... sudah-sudahlah nak kira dosa atau pahala tiap kali ceramah politik," kata Harussani kepada Malaysia Dateline.

    Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam ketika berucap di Sungai Besar bahawa memilih wakil rakyat adalah satu tanggung jawab, dan kalau apa yang diucapkan oleh ahli parlimen adalah salah, maka berdosa dan celakalah pengundi.
    Pas sebelum ini mendakwa mereka yang mengundi calon parti itu akan mendapat ganjaran Allah.

    Ini kerana ahli parlimen yang dipilih mewakili kerusi Sungai Besar dan juga Kuala Kangsar berpeluang membahas dan mengundi berhubung usul rang undang-undang persendirian Pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) bagi memperkasakan kuasa mahkamah syariah pada sesi Parlimen akan datang.

    Bagi Harussani, semua pihak perlu mempertahankan perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama negara.

    "Dalam perlembagaan sudah menyatakan Islam adalah agama negara.

    "Maknanya sesiapapun calon parti dan pengundi dalam pilihan raya, mereka terikat dengan perlembagaan itu dan tidak boleh mengabaikannya.

    "Melainkan jika calon itu tidak mahu terikat dengan perlembagaan yang mengatakan bahawa Islam adalah agama rasmi negara, calon ini wajib kita tolak kerana ia jelas bertentangan dengan perlembagaan dan agama Islam itu sendiri.

    ReplyDelete