Friday, June 24, 2016

Vaksin: PAS Sokong M/Fatwa 1998 & Ulama Muktabar Sedunia.

Post Pic

 Hasil carian imej untuk yusuf qardhawi
SHAH ALAM: Dewan Pemuda PAS (DPPM) berkata Islam mengharuskan penggunaan vaksin sekalipun ia mengandungi bahan terlarang jika tiada pilihan ubat-ubatan yang lebih baik.

Pengarah Jabatan Pekerja, Pengguna dan Alam Sekitar DPPM, Dr Mohd Ibrahim berkata, sikap segelintir golongan anti vaksin yang menghasut masyarakat agar tidak mengamalkan pengambilannya dengan menggunakan alasan tidak konkrit tanpa berlandaskan kepada kajian saintifik. 

"Sebenarnya, pada masa ini tiada pun bahan terlarang dalam vaksin kanak-kanak kecuali vaksin untuk rotavirus; itupun tidak tersenarai dalam  jadual imunisasi yang dikeluarkan oleh Kemeterian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Pemberian vaksin juga bertepatan dengan maqasid syariah khususnya pada aspek penjagaan terhadap nyawa. Kita disyariatkan untuk menjaga dan memelihara nyawa dalam kehidupan seharian kita. 
"Jika sesuatu boleh mendatangkan mudarat maka perlu ditinggalkan. Begitu juga apabila sesuatu bahan itu jika tidak digunakan yang akan mengakibatkan kemudaratan pada nyawa serta tubuh, maka wajib kita mengambilnya walaupun ia mengandungi unsur yang meragukan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, terdapat satu kaedah disebutkan oleh para ulama fiqh yang mengatakan 'keadaan-keadaan darurat itu mengharuskan perkara-perkara yang terlarang'.

Malah ujar beliau, pemberian vaksin telah disarankan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sejak 1998 dan ia turut disokong oleh para alim ulamak muktabar seluruh dunia seperti Syeikh Dr Yusof al-Qaradawi dan lain-lain.

"DPPM berpandangan  masyarakat  perlu mengguna pakai pandangan golongan pakar dalam bidang perubatan dalam membuat keputusan berkaitan pemberian vaksin," ujarnya lagi.

Dalam masa yang sama beliau menggesa agar kerajaan  terus memberikan penerangan kepada masyarakat bagi menghilangkan persepsi negatif dan menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan vaksin. 

Baru-baru ini dua kanak-kanak meninggal dunia, masing-masing di Kedah dan Melaka, akibat jangkita difteria. Kedua-dua kes kematian itu akibat tidak menerima imunisasi difteria yang lengkap dan meninggal dunia kerana komplikasi jangkitan.

Semalam, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Individu yang menolak penggunaan vaksin untuk mencegah penyakit berjangkit yang mengancam nyawa adalah berdosa. 

Ujar Mohd Asri, ibu bapa yang memilih untuk tidak membenarkan anak mereka divaksin tanpa langkah pencegahan lain yang terbukti lebih efektif juga berdosa kerana meletakkan anak mereka dalam keadaan bahaya. (antarapos)

1 comment:

Anonymous said...

Siapakah orang yang paling gembira jika ramai umat Islam mati kerana tidak mengambil vaksin? Musuh-musuh Islam sangat suka melihatkan bilangan umat Islam berkurangan kerana kematian yang disebabkan oleh keenganan menerima vaksin.

Musuh-musuh Islam telah memperalatkan 'badut' dan 'pelawak' jahil untuk menyebarkan dakyah kononnya vaksin bertentangan dengan Islam. Orang bodoh sahaja menentang vaksin.

Jika orang Islam tidak mahu menerima vaksin, musuh-musuh Islam boleh menghapuskan umat Islam dengan mudah iaitu menyebarkan kuman, bakteria dan virus di kalangan umat Islam yang tidak divaksin untuk menyebabkan penyakit berbahaya di kalangan umat Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails