Thursday, June 09, 2016

Wanita Muslim Dihina. Perkauman Di AS Terus Menjadi-jadi.

1354995_1280x720

PERKAUMAN di Amerika Syarikat (AS) terus menjadi-jadi. Memang kerap kita dengar tentang layanan buruk yang diterima oleh masyarakat Islam yang tinggal di negara-negara Barat disebabkan masalah ‘Islamophobia’.

Terbaharu, dua wanita muslim Nura Takkish dan Malaak Ammari telah dihina seorang lelaki rasis ketika sedang menikmati aiskrim di sebuah kedai, Ice Cream & Dessert di Orange County di Amerika Syarikat.
Dalam kejadian 24 Mei lalu, seorang lelaki tiba-tiba masuk ke dalam kedai tersebut sebelum menghina mereka dengan berkata, “I don’t want them in my country”( Aku tidak mahu mereka tinggal di negaraku).
Bagaimanapun, seorang pekerja aiskrim pantas mempertahankan wanita muslim tersebut dengan mengarahkan lelaki rasis tersebut keluar dari kedai tersebut.
wanita-muslim-dihina-2
1354995_1280x720
Video insiden itu dirakam oleh Nura sebelum dimuat naik ke media sosial, seterusnya menjadi viral.
Rata-rata mengecam perbuatan lelaki tersebut, selain memuji sikap pekerja kedai yang sanggup mempertahankan wanita muslim tersebut.
Menerusi video, lelaki tersebut dilihat menuding jari ke arah kedua wanita muslim itu sebelum diiringi keluar pekerja kedai tersebut kerana tindakannya yang rasis.
Pekerja berkenaan turut memohon maaf kepada kedua wanita susulan kejadian yang tidak diingini itu. 
Pada masa sama, Nura dan Malaak mengucapkan terima kasih kerana pekerja tersebut kerana sanggup mempertahankan mereka.  (IH)
Lihat.. 
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails