Tuesday, July 05, 2016

Aidilfitri: Jakarta Umat Islam Di Bawah Ahok, Pesta Bir Boleh, Takbir Keliling Dilarang.



JAKARTA: SETIAUSAHA Agung PPP Arsul Sani mengingatkan takbir keliling merupakan ekspresi kegembiraan umat Islam menyambut datangnya hari raya Idul Fitri setelah sebulan penuh melaksanakan ibadah puasa Ramadan.

Namun, Pemprov DKI Jakarta akan tetap melarang takbir keliling ibu kota dengan kereta atau kenderaan pacuan empat roda lain. Sebab utamanya adalah takbir cukup di musala atau masjid masing-masing.

"Tidak seharusnya Pemprov DKI melarang takbir keliling, yang sepatutnya dilakukan adalah mengeluarkan peraturan bertakbir keliling secara tertib, yakni tertib berlalu lintas, memandu, dan memenuhi standard keselamatan," kata Arsul melalui maklumat bertulis, Senin (4/7/2016).

Arsul berkata dalam konteks tertib ini, maka yang tidak dapat ditertibkan, baru diberhentikan, ditindak dilarang meneruskan takbir kelilingnya. 

Arsul menuturkan, ketika yang dipilih Pemprov DKI adalah melarang maka yang ada dalam perasaan umat Islam pada umumnya adalah rasa terdiskriminasi berbanding dasar berkaitan kegiatan olah raga, sosial atau bahkan kegiatan keagamaan dari pemeluk agama lain.

Ahok miras. Padahal, katanya, kalau ukurannya soal keselamatan atau membahayakan keselamatan manusia, maka apabila ada pertandingan-pertandingan sepakbola antar kesebelasan tertentu maka tingkat kerawanan keamanan dan keselamatan masyarakat jauh lebih ada pada titik rendah.

ahok miras

Arsul memberi contoh, korban anggota polis yang dianiaya oleh penyokong bola sepak atau kereta-kereta yang dilemparkan mereka dan mengalami kerosakan.

Lebih jauh Arsul mengingatkan bahawa larangan tersebut makin menumbuhkan sentimen SARA dikalangan ummat Islam yang tidak kondusif untuk menjaga kesatian dan persatuan bangsa.

Selain soal SARA, larangan takbir keliling ini juga akan dimaknai bahawa Pemprov DKI makin bersikap represif terhadap masyarakat kecil yang nota bene ummat Islam setelah kes penggusuran wilayah Luar Batang.

Oleh kerana itu, Arsul meminta agar pemprop DKI tidak hanya sekadar melarang takbir keliling, tetapi juga paling memudahkan gema takbir bersama-sama di tempat-tempat umum.

"Jadi kalaupun tidak boleh berkeliling, buat titik-titik di mana ummat Islam boleh berkumpul bersama-sama dalam jumlah yang lebih besar daripada yang boleh ditampung di Masjid-masjid untuk menggemakan takbir pada malam Idul Fitri. 

Lihatlah saudara-saudara kita umat Kristian, mereka dibenarkan menggunakan stadium atau Istora Senayan untuk merayakan Krismas, mengapa pemprof DKI tidak memfasilitasinya, "tuturnya. (IH / tribun)

4 comments:

Anonymous said...

Betapa Tawadduknya Orang yg Menjadi Pemimpin PAN Sekarang

http://www.ismaweb.net/2014/10/oktoberfest-khalid-samad-tidak-ghirah-ketuanan-islam-dicabar/

Oktoberfest: Khalid Samad tidak ghirah ketuanan Islam dicabar

BANGI, 2 Okt – Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim berkata, kenyataan Khalid Samad berhubung penganjuran pesta arak ‘Oktoberfest’ menggambarkan beliau seorang individu yang tidak ghirah (cemburu) dengan Islam.

“Khalid tidak melihat dengan penuh rasa cemburu perkembangan yang mencabar ketuanan Islam di tanah air ini.

“Walaupun rakyat negara ini negara majmuk, tetapi secara perlembagaan dan sejarahnya, ianya masih negara Islam,” tegasnya.

Beliau berkata demikian sebagai memberi respon kepada kenyataan Khalid Samad bahawa penganjuran pesta arak ‘Oktoberfest’ anjuran Carlsberg Malaysia tidak boleh dihalang ekoran Malaysia merupakan sebuah negara majmuk.

Khalid juga berkata, sekalipun, arak difahami sebagai ibu segala maksiat bagi umat Islam dan pesta arak bercanggah dalam Islam, namun penganjuran pesta oleh Carlsberg itu tidak boleh dihalang kerana ia dianjurkan untuk orang bukan Islam.

Ustaz Zamri yang juga merupakan Yang Dipertua ISMA Ipoh berkata, para ulama’ telah memberikan garis panduan bagaimana mengendalikan hak -hak rakyat yang bukan Islam di dalam sebuah negara Islam dalam keadaan hak mereka dipenuhi dan dalam masa yang sama identiti keislaman terjaga dan berdaulat.

“Bagi memenuhi hak beragama orang bukan Islam maka dibenarkan dibina rumah ibadat mereka bahkan tidak boleh dimusnahkan ketika perang.

“Namun sebagai menjaga kedaulatan dan identiti negara Islam, orang bukan Islam dilarang menzahirkan syiar- syiar kesyirikan.

“Mereka juga dilarang mengisytiharkan ritual agama dan sesuatu yang haram di sisi Islam walaupun halal di sisi mereka di tengah-tengah negara Islam seperti meminum arak dan memakan babi,” ujarnya kepada wartawan ISMAweb.

Anonymous said...

Bila umat islam hidup tiada nilai ekonomi pasti di hina kaum agama lain

Bila umat islam hidup lahap rasuah pasti di hina juga

Apa berlaku di Indonesia pasti berlaku di sini juga satu hari nanti

Gaya gaya islamik tapi tiada nilai ekonomi tak ber guna juga

Anonymous said...

Syukur rata2 orang Islam menolak PAN di Sungai Besar, Jika tdak SUnagi Besar jadi Sungai Beer disebabkan oleh ABuya PAN yakni DAP. DAP Pula anti Islam



http://www.ismaweb.net/2016/06/dap-akan-sambut-kemenangan-pan-dengan-arak-carlsberg-tiger/

“DAP akan sambut kemenangan PAN dengan arak Carlsberg, Tiger”

BANGI, Khamis – Parti rasis dan cauvinis, DAP akan meraikan calon PAN, Azhar Abdul Shukur dengan arak sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Perkara itu dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sekinchan, Ng Suee Lim dalam satu ceramah kempennya sebagai pujukan kepada pengundi Cina supaya mengundi calon PAN.

Joceline Tan dalam tulisannya bertajuk ‘Tough decisions in the rice bowl town of Sekinchan’ yang disiarkan di media liberal The Star hari ini, menyebut bahawa Ng telah berkata, jika PAN menang di Sungai Besar, kemenangan itu akan diraikan dengan Carlsberg, Tiger atau kau (black dog atau Guinness Stout).

Melihat kepada situasi itu Tan berkata, cara Ng berkempen itu, ia memberi gambaran seolah-olah Ng adalah calon yang bertanding.

Ini kerana beliau berpendapat, sebahagian besar yang dipertaruhkan DAP dalam PRK ini adalah PAN yang dianggap sebagai makhluk ciptaan DAP menggantikan PAS sebelum ini.

“Ia juga merupakan satu perjuangan proksi antara DAP dan PAS, yang mana PAN amat bergantung kepada undi Cina,” katanya.

Tan berkata, apa yang dilakukan DAP adalah semata-mata untuk menarik sokongan di kalangan pengundi Cina.

“Ketika dulu pemimpin DAP memujuk Cina untuk menyokong PAS dan kini mereka terpaksa meminta Cina untuk menyokong PAN pula.

“Bagaimanapun, ramai orang Cina di kawasan itu tidak mengetahui kewujudan PAN. Ustaz Azhar, calon PAN juga tidak terkenal walaupun bapanya pernah menjadi orang kuat UMNO di kawasan itu,” kata Tan lagi.

Anonymous said...

Umat Islam yang jahil telah melantik China kafir menjadi gabenor Jakarta. Hasilnya ialah gebenor kafir itu menggunakan kuasanya menindas umat Islam dan menafikan hak orang Islam seperti larang menutup aurat di sekolah negeri, tidak boleh tadbir keliling dll.

Malangnya masih terdapat manusia yang mendakwa diri mereka beragama tetapi pada masa yang sama mereka menjadi barua Ketua Musyrikin dan pemimpin-pemimpin kafir yang menghina,memburuk-burukkan dan menentang ajaran Islam dan hukum Allah secara terbuka.

Kesalahan dan kesilapan umat Islam Indonesia melantik orang kafir menjadi pemimpin sepatutnya menjadi contoh kepada umat Islam di negara ini.

Allah dan RasulNya telah melarang umat Islam melantik orang kafir menjadi pemimpin bagi umat Islam:

Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.(A-li'Imraan 3:28)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails