Sunday, July 17, 2016

Artis Sahara Yaacob: Liku-liku Hidup Sedih. Akan Kembali Dengan Wajah Baru.. Syabas!

 Lebih sedekad meninggalkan dunia seni, Sahara membuat kemunculan semula menerusi sebuah konsert yang bakal diadakan pada Ogos tahun depan.
HALAMAN HIBURAN
Sahara Yaacob bahagia tanpa glamor
SEBAIK kaki melangkah masuk ke teratak milik penyanyi popular era 80-an, Sahara Yaacob atau digelar Tina Turner Malaysia, kedengaran riuh rendah suaranya menyambut kedatangan penulis dan jurugambar. Biarpun kediamannya itu pada asalnya hanyalah sebuah bilik stor yang dijadikan tempat berteduh sejak 10 tahun lalu, tidak sekelumit perasaan malu terukir pada wajahnya.
Bagi Sahara, bilik stor dibina bersambung dengan kediaman arwah kakaknya pada tahun 1985 untuk menyimpan barangan peribadi itu umpama istana meskipun pada pandangan kasar orang lain, ia tidak sempurna. Tanpa wang ringgit dan barangan mewah lain yang dimiliki ketika zaman kegemilangannya, akui dia, kehidupan kini terasa lebih lengkap dan tenang.
Hari itu dalam pertemuan kami, penyanyi yang terkenal dengan imej rambut kerinting menggerbang, solekan tebal berkilau dan pakaian seksi kelihatan cukup berbeza.
Apa yang pernah penulis tatap di dada media massa atau kaca televisyen ternyata tidak melekat pada sosok wanita kelahiran Kuala Lumpur itu.
Sahara yang berdiri di hadapan kami kelihatan seperti wanita separuh usia biasa, selesa berjubah dan berselendang.
Bintang glamor Sahara telah pudar, malah sengaja ditinggalkan. Di bilik stor berkenaan wanita berusia 60 tahun itu menumpahkan cerita hidupnya pada masa lalu dan kini.
“Saya jenis manusia dicampak ke mana sekalipun boleh hidup. Walaupun pada mata orang lain kediaman ini tidak sempurna, saya tidak kisah kerana kehidupan sekarang cukup tenang. Dahulu saya ada semuanya, tetapi kehidupan tidak gembira. Adakalanya, apabila pulang daripada persembahan pentas saya sedih dan menangis sendirian sebab terasa sunyi.
“Waktu senang, sukar untuk dapat sahabat sejati dan orang yang sayangkan saya sepenuhnya. Sebab industri hiburan bukan semuanya indah, ada yang tikam daripada belakang dan ada berlakon dengan baik, umpama kehidupan fantasi. Saya sendiri tidak tahu mana yang benar dan palsu,” kata Sahara mengimbas kembali kenangan lalu.
Justeru, apabila bernikah dengan suami kelimanya, seorang jejaka Arab, Hosam Mohamed yang berusia 20 tahun lebih muda daripadanya pada tahun 2002, beliau mengambil keputusan untuk berhenti menyanyi. Pada tahun sama, Sahara dan suami berhijrah ke Mesir selama lima tahun sebelum kembali ke Malaysia. Pasangan ini bercerai dua tahun lalu.
Berhenti menyanyi dan tinggal di Mesir memberi kebebasan serta kehidupan normal yang tidak pernah dirasai sebelum itu. Masakan tidak, beliau mula menjadi perhatian masyarakat sejak kecil apabila mula menyanyi pada usia sembilan tahun.
“Selepas lari daripada dunia glamor, baru saya sedar betapa seronoknya jadi orang biasa dan jalani kehidupan normal. Itulah yang saya hilang sepanjang jadi penyanyi. Sewaktu di Mesir, saya bebas untuk memakai pakaian mengikut keselesaan tanpa perlu memuaskan hati pihak lain. Tidak perlu kelihatan cantik dan paling penting bebas menjadi diri sendiri.
“Orang biasa tidak tahu betapa bertuahnya mereka berbanding seorang artis. Artis sentiasa menjadi perhatian daripada hujung rambut hingga hujung kaki, jika tidak kuat boleh berdepan dengan tekanan emosi. Apapun saya bersyukur dengan jalan kehidupan diatur Allah, semuanya cukup cantik,” tuturnya yang berkahwin kali pertama pada usia 15 tahun.
Tidak mampu beli ayam, ikan
Melihat sejarah hidup anak kesembilan daripada 10 adik-beradik itu, banyak pahit berbanding manis telah dilaluinya. Orang tersayang meninggal dunia satu persatu termasuk ibu bapa dan adik-beradiknya. Perkahwinan sebanyak lima kali tidak kekal lama, malah tidak dikurniakan cahaya mata kerana beliau mempunyai masalah rahim terbalik.
Aset dikumpul ketika menyanyi juga telah habis dijual ketika di Mesir untuk membiayai bil perubatan arwah ibunya, Umi Kalsom Mohd. Nusi yang meninggal dunia lima tahun lalu pada usia 90 tahun. Kini, peninggalan harta hanyalah sebuah bilik stor, keratan akhbar zaman kegemilangan serta anak-anak saudara buat menumpang kasih.
Disebabkan tidak bekerja dan tiada pendapatan, beliau menyara kehidupan melalui belas ihsan anak-anak saudara. Mi segera dan oat menjadi makanan ruji sejak dua tahun lalu akibat kesempitan wang.
“Saya sudah biasa makan mi segera dan oat. Salah satu sebabnya, gigi tidak boleh mengunyah makanan keras dan kedua saya tidak mampu untuk membeli makanan sempurna kerana tiada wang. Makan mi segera lebih jimat, harga ayam dan ikan mahal, saya tidak mampu. Kadangkala anak saudara turut membantu, tetapi mereka pun bukan orang senang,” ujarnya yang mempunyai penyakit asma, darah tinggi, batu karang dan gout.
Sungguhpun begitu, beliau tidak pernah merungut melalui dugaan hidup, sebaliknya bersyukur kerana secara tidak langsung ujian tersebut mematangkan serta mendekatkan dirinya dengan Allah. Jika dikenang semula kehidupannya waktu dahulu, beliau cukup sarat dengan kontroversi. Bukan sahaja kerana pakaian seksi, tetapi juga pernah digam sebuah stesen televisyen kerana aksi berani matinya di atas pentas persembahan sehingga digelar simbol seks.
Tidak terhenti di situ, beliau juga pernah menggegarkan industri hiburan dengan kontroversi menyertai sebuah pergerakan diharamkan pada tahun 1983, selain cedera parah akibat ditetak seorang ahli perniagaan di kawasan hutan Gombak, Kuala Lumpur pada tahun 1992.
“Terlalu banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan saya. Semuanya datang dan pergi, tiada yang kekal. Mungkin sebab itu sebelum ini saya lebih selesa untuk tidak muncul di media massa kerana dalam proses merawat, mengenal diri sendiri dan mencari hala tuju hidup.
“Arwah ibu, tidak suka saya jadi penyanyi, apatah lagi berpakaian seksi. Dahulu saya berpakaian seksi untuk mendapat banyak tawaran nyanyian. Disebabkan jadi penyanyi, pakai seksi dan bekerja di kelab malam, persepsi orang luar adalah saya wanita jahat serta liar. Namun, jiwa saya tidak jahat, tidak pernah melupakan Allah,” katanya yang mula berhijab sejak 14 tahun lalu.
Konsert terakhir
Hasil carian imej untuk Sahara Yaacob bahagia tanpa glamor Sahara bersama salah sebuah albumnya berjudul Jawapan dalam versi kaset yang masih berada dalam simpanannya.
Selepas lebih sedekad hilang secara mengejut daripada dunia seni, kini penyanyi yang pernah popular melalui lagu Peronda Jaket Biru itu bakal membuat kemunculan semula dengan sebuah konsert pada Ogos tahun depan.
Bagaimanapun, beliau tidak berniat untuk aktif seperti dahulu, sebaliknya mahu mengadakan konsert sebagai persembahan selamat tinggal secara rasmi kepada peminatnya.
“Dahulu saya hilangkan diri secara mengejut dan tidak perasan mempunyai ramai peminat. Selepas berfikir panjang dan jika diizinkan Allah saya mahu mengadakan sebuah persembahan yang sempurna sebagai ucapan selamat tinggal buat peminat. Mungkin itu bakal menjadi persembahan terakhir sebelum bersara terus sebagai penyanyi,” katanya.
Sebelum itu, sebagai seorang yang mementingkan kesempurnaan, beliau memerlukan masa selama setahun untuk melakukan persiapan. Baginya tiada erti jika melakukan persembahan yang tidak memberi impak kepada penonton.
“Saya mahu membuat persembahan terakhir yang tidak akan dilupakan peminat. Disebabkan sudah lama tidak menyanyi, saya perlu bersiap sedia daripada segi vokal dan stamina. Saya perlu kembali bersenam dan paling penting membetulkan kembali gigi palsu, jika tidak memang tidak boleh menyanyi. Apapun saya tidak lagi muncul dengan imej seksi, tetapi sopan sesuai dengan usia sekarang,” tuturnya.
Berbicara tentang konsert, beliau amat berharap dapat bekerjasama dengan orkestra di bawah pimpinan Pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail. Sepanjang kerjayanya, beliau tidak pernah mengadakan persembahan dengan iringan orkestra. Justeru, bagi konsert terakhir, beliau mengharapkan impian tersebut menjadi kenyataan.
“Saya teringin buat persembahan dengan iringan orkestra pimpinan Datuk Mokhzani. Pihak saya belum berbincang dengannya lagi, tetapi harap beliau akan bersetuju,” luahnya yang turut mendapat bantuan daripada rakan pemuzik untuk konsert tersebut.
Dalam pada itu, sejak kisah duka Sahara didedahkan di media massa, rezekinya mencurah-curah apabila menerima bantuan daripada pelbagai pihak termasuk Karyawan, Seniman, Yayasan Artis 1 Malaysia dan Pusat Zakat Selangor yang dijangka akan memberi bantuan daripada segi belanja bulanan kepadanya bermula bulan depan.
Bukan itu sahaja, beliau juga mendapat bantuan dalam bentuk kediaman daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan akan berpindah ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Alam, Sungai Besi, Kuala Lumpur pada Ogos ini.
“Alhamdulillah, inilah pertolongan Allah. Saya percaya setiap dugaan dan kejadian ada hikmahnya. Walaupun tinggal seorang diri, tanpa disangka hari ini saya menerima kasih sayang dan perhatian yang datang entah dari mana. Terima kasih, hanya Allah dapat membalas jasa semua yang menghulurkan bantuan,” kata Sahara menggulung bicara. (Kosmo!)

19 comments:

Anonymous said...

Wahai PAN korang ikut contoh Sahara Yaakop. Jgn ahli2 PAN fanatik sangat menjilat DAP sampai lupa apakah itu Islam

Unknown said...

Nak sokong PAS lh. Ada kad ahli. Pasti masuk surga seperti ustad korang katakan tu.

Anonymous said...

TERKINI......
USTAZ. TALIBAN DALAM. KULIAHNYA. MEMBERITAHU. DENGAN. JELAS. BAWHA
SESIAPA. YANG AKAN DI MASUKKAN. KEDALAM. SYURGA. AKAN. DI. TANYA
NO KEAHLIAN PARTI. PAS. TERLEBIH. DULU. OLEH. ALLAH S.W.T..
(RUJUK LAGI. DI KLAB. GREENBOC UTK. BUKTI )

PERSOALAN. TIMBUL....

KENAPA DEWAN SYURA. , MAJLIS FATWA. KEBANGSAAN , MUFTI 2 , USTAZ 2
DAN MENTERI 2 YG MENJAGA. AGAMA. DIAM. MEMBISU. SEMUANYA...
APA KAH. INI. TANDA. KIAMAT. SUDAH DEKAT..?????????????..................

Anonymous said...

Kiamat utk. Pas pada. Pru. Nanti....
Jaga... kau. .......pas.....jaga.....kau....jaga................... !!!!!!!.....kau....pas....

Anonymous said...

Kumpulan NGO Pro PKR tampil melabelkan Tun Mahathir sebagai seorang yang tamakkan kuasa hingga sanggup melakukan apa sahaja termasuk menubuhkan parti politik baru demi mencapai cita-cita peribadinya.

Itu diantara respon Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin apabila diminta mengulas hasrat bekas perdana menteri itu yang mahu menubuhkan parti pembangkang baru tidak lama lagi.
"Kenapa perlu ada parti lain? Ini menunjukkan bahawa kamu hendak jadi ketua dan semua orang kena ikut kamu. Keduanya untuk rakyat lihat dari pengumuman semalam, beliau nak tubuhkan parti apa?
"Beliau nak tarik kembali orang Umno, tubuh parti seperti konsep Umno. Saya nak tanya pakatan baru yang dibentuk nanti boleh terima konsep parti perkauman berasaskan Umno? Jika boleh terima, bermakna kamu terima hanya politik semata-mata, bukan aspirasi baru.
"Ketiga yang rakyat perlu lihat adalah persoalan bagaimana Mahathir yang pernah ditentang kerana jenayah dan penyalahgunaan kuasa dan kehancuran sistem, adakah selama ini kita menipu rakyat bahawa beliau dan anak-beranaknya serta kroni merompak harta negara?," demikian menurutnya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
Badrul atau dikenali sebagai Chegubard mengulas tindakan Mahathir yang sebelum ini mengesahkan pembentukan sebuah parti politik baru yang akan menjadi sebahagian daripada gabungan pembangkang bersama PKR, DAP dan PAN.

Penubuhan gabungan pembangkang yang baru itu katanya sebagai persediaan untuk berhadapan dengan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke - 14 yang akan datang.

Chegubard yang juga bekas Ketua Cabang PKR Rembau mengingatkan pemimpin pembangkang bahawa mereka berterusan dipergunakan Mahathir, sementelah Ketua Pembangkang, Wan Azizah sendiri tidak merestuinya.

Bukan itu sahaja, bahkan tindakan Ketua Umum PKR yang mengutus surat teguran dari penjara rentetan penglibatan pembangkang dalam usaha Mahathir juga seharusnya dijadikan iktibar.
"Apakah keperluan gabungan baru dalam keadaan Pakatan Harapan (PH) masih setahun jagung dan masih banyak ruang memperbaikinya? Kenapa perlu buka parti politik baru?
"Wan Azizah yang saya kenali seorang yang berorganisasi. Jelas bahawa PKR tidak membincangkan langsung, maknanya tindakan peimpin PKR hadir semalam adalah tindakan peribadi, jika mengatakan mewakili PKR ia adalah perbuatan khianat, watak yang sama pernah diberi amaran oleh Anwar.
"Nampaknya mereka obses kuasa semata-mata, tidak peduli organisasi, malah berkenaan Anwar juga mereka tak peduli," ujarnya lagi.
Bukan itu sahaja Chegubard yakin penglibatan pembangkang dalam hasrat Mahathir itu akan menjarakkan sokongan rakyat terhadap PH sekaligus memberi laluan mudah kemenangan Umno-BN.

yangKhai said...

sesiapa yg nak buat jahat, tapi masih nak masuk syurga, boleh lah daftar sebagai ahli PAS, kahk. kah, kah . Boleh refer kepada ustaz Taliban kahk, kah, kah

Anonymous said...

Puak sekuler fitnah berpisah tiada diturki sekuler gagal rampas kuasa barat menangis di malaysia puak sekular tengah American tabur fitnah.

Anonymous said...

Yangkhali sybertrop umno tolong pan.

Anonymous said...

Norazli Musa pernah mengaku secara tak rasmi bahawa dia adalah setaraf MULLA & pimpinan ulamak dalam Pas setaraf AYATULLAH & boleh menentukan seseorang masuk Syorga. Inilah kepimpinan Ulamak dalam Pas.
Semua dah tahu .. SOKONG PAS AHLI SYORGA !!!!

Anonymous said...

Inilah ulama'ussu' @ ulama celaka yang menyesatkan ummah & memutsrbelitkan ayat quran seperti pakai serban. Celaka kamu wahai ustad taleban. Kamu akan dibunuh supaya kamu cepat masuk syorga dengan no ahli Parti Ajaran Sesat.

Unknown said...

Jadi, tak salah David Teo suruh artis muda beringat
semasa tengah naik. Jangan jadi macam Sahara Yaacob.

Anonymous said...

Mereka itulah orang-orang yang hati, pendengaran dan penglihatannya telah dikunci mati oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang lalai.

elak diri dari termasuk golongan yang dikunci hati oleh Allah
hingga lalai habuan di akhirat

Anonymous said...

masuk. Syurga. Mestilah. Masuk. Menjadi. Ahli. Pas. Terlebih dulu,
Sekiranya. Enggan. Kamu. Akan. Di humban. Ke. Dalam. Neraka jahanam.
Pentotok- totok purba yang hidup di dalam kempompongnya akan terus terbuai lena
Kerana mereka. Bermindakan kematu. Tumit. Kaki......
Mereka 2 itu. Akan terus. Percaya.dengan sepenuh jiwa dan raga nya.......
Bagi nya. Walakkkkqqq. Itu. Jihad..........

Anonymous said...

Norazli Taleban lebai Parti Ajaran Sesat patut dibunuh supaya dia dapat masyuk syorga dengan Nombor Ahli PAs.
Besarnya pahala kalau silebai penyesat ummah ini dihapuskan. Sicelaka ini akan berdolakdalih seperti pernah didakwa di mahkamah kerna mengikut kepimpinan ulamak syiah yg banyak menipu & putarbelit seperti mebelit serban.

Ulamaa Alssu'.. hapuskan

IrWrWs said...

"Setahu" aku PH yg boleh ampunkan dosa rasuah.. Mana ada lg PH tuduh perasuah pd Tun M... jom bersolidariti bersama perasuah!!

Unknown said...

Kita tahu tp perangai jahat kita menyebabkan kita sibuk heret benda lagu tu sdgkan maksud sebenar ustaz kata nok sokong parti mana bulwh main sembunyi2 siru kelas perangai suka wak fitnah

Unknown said...

Kita tahu tp perangai jahat kita menyebabkan kita sibuk heret benda lagu tu sdgkan maksud sebenar ustaz kata nok sokong parti mana bulwh main sembunyi2 siru kelas perangai suka wak fitnah

Unknown said...

Kita tahu ,tp perangai jahat kita menyebabkan kita sibuk heret benda lagu tu sdgkan maksud sebenar ustaz kata nok sokong parti , mana buleh main sembunyi2 situ pun kelas perangai suka wak fitnah

Unknown said...

Kita tahu ,tp perangai jahat kita menyebabkan kita sibuk heret benda lagu tu sdgkan maksud sebenar ustaz kata nok sokong parti , mana buleh main sembunyi2 situ pun kelas perangai suka wak fitnah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails