Sunday, July 10, 2016

Benarkah Pemimpin DAP Biadap Hina Hari Raya? Lihat Karikatur Ini!

Pemimpin DAP Biadap Hina Hari Raya Jadi Bahan Politik

KEPALA BATAS – Setelah gagal hasut rakyat benci Barisan Nasional pada pilihan raya Sarawak dan dua pilihan raya kecil baru-baru ini, seorang pemimpin DAP cuba bertindak lebih biadap hina masyarakat Melayu.

Ini menyebabkan dua wakil badan bukan kerajaan meminta polis menyiasat Anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Ming kerana memuat naik status menerusi akaun Facebook miliknya yang menghina sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Setiausaha Agung Kelab Warisan Malaysia (Keris), Azman Hassan berkata status Facebook milik Nga memuatkan gambar karikatur mengaitkan pemberian duit raya kepada kanak-kanak ketika Hari Raya sebagai bentuk rasuah.
Azman berkata, pemberian duit raya setiap kali Hari Raya Puasa adalah satu amalan warisan tradisi yang mulia kerana dianggap sebagai memberikan sedekah namun perkara itu sengaja dipolitikkan oleh Kor Ming, 43.
“Perbuatan beliau ini jelas menghina dan merendah-rendahkan amalan mulia ketika umat Islam menyambut Aidilfitri,” kata Azman kepada wartawan selepas membuat aduan di sebuah balai polis di sini pada Jumaat.
Katanya, beliau berharap polis akan menyiasat kes itu termasuk pelukis karikatur, pemilik akaun Facebook dan pentadbir laman akaun terbabit yang didakwanya sebagai cuba menghasut rakyat dengan niat berbaur jahat.
Azman berkata pemimpin DAP Perak itu sebagai seorang wakil rakyat sepatutnya lebih sensitif dan tidak pula mengaitkan sambutan Aidilfitri dengan sebarang unsur-unsur politik kepartian pihak lawan tertentu.
“Kami meminta Kor Ming untuk mengeluarkan status karikatur tersebut dan memohon maaf secara terbuka khasnya kepada semua umat Islam dalam akaun laman Facebook miliknya itu,” kata beliau lagi.
Terdahulu, Pengerusi Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia, Saiful Anuar turut hadir bersama-sama Azman untuk membuat laporan polis dengan sebanyak empat aduan dibuat oleh wakil kedua-dua badan tempatan tersebut.
Menurut mereka lagi, akaun Facebook yang bernama Nga Kor Ming memaparkan satu status yang dimuat naik pada pukul 5.15 petang 6 Julai, dengan bertajuk ‘Hanya di Malaysia bawah UMNO, Selamat Hari Raya’.
Ia mengandungi satu karikatur menunjukkan dua budak sedang meminta derma daripada seorang individu dengan perbualan dialog yang ditulis dalam karikatur itu, seorang budak kelihatan bercakap berikut:
“Tahun ni kami tak mintak duit raya… kami mintak derma…” manakala seorang lagi menjawab “Tak dapat derma, dedak pun ok…” dan karikatur itu diakhiri ucapan“Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.” – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Pemimpin DAP Biadap Hina Hari Raya Jadi Bahan Politik

7 comments:

Anonymous said...

Ada kebenaran nya jugak

Bukan salah 100% pada nya pun

Kalau tak salah , apa nak rasa pun

Anggap saja orang gila tak perlu di layan

Tapi bila ada kebenaran nya mula lah ter-rasa di hina

Kalau di saman pun mula lah semua CINA ber pendapat betul lah kata katun mamat ini

CINA amat ber satu , yang makan dedak malu ter sipu sipu

Ulamak pun makan dedak sekarang ini

Anonymous said...

Anak melayu merimpit di l. Raya terbabas lalu. Mati.......
Yg salah pasti cina dap. Jual. Motor......
Bosia. Melayu. Buang. Bayi. Dalam. Longkang.......
Yg di salah kan. Stesyen. Minyak. Jual. Kondom......
Melayu. Jadi. Mat. Gian........
Yg di salah kan. Cina. Dap. Pandai. Berniaga........
Mel---LAYU..............oh...........me---LAYU.............
"TAK KAN. HILANG. DI. DUNIA. "

Anonymous said...

Anak melayu merimpit di l. Raya terbabas lalu. Mati.......
Yg salah pasti cina dap. Jual. Motor......
Bosia. Melayu. Buang. Bayi. Dalam. Longkang.......
Yg di salah kan. Stesyen. Minyak. Jual. Kondom......
Melayu. Jadi. Mat. Gian........
Yg di salah kan. Cina. Dap. Pandai. Berniaga........
Mel---LAYU..............oh...........me---LAYU.............
"TAK KAN. HILANG. DI. DUNIA. "

IrWrWs said...

Kalau mak bapak korang pernah bagi duit raya kat korang bermakna secara tak langsungnya mak bapak korang pun sudah termasuk dalam kategori pemberi rasuah!

Begitulah maksud nga kor ming tuh.. Ada reti ke korang ni.. tapi mujurlah korang ni mmg termasuk dlm kategori yg lebih sayangkan nga kor ming nih dari mak bapak sendiri?!!

IrWrWs said...

Kalau mak bapak korang pernah bagi duit raya kat korang bermakna secara tak langsungnya mak bapak korang pun sudah termasuk dalam kategori pemberi rasuah!

Begitulah maksud nga kor ming tuh.. Ada reti ke korang ni.. tapi mujurlah korang ni mmg termasuk dlm kategori yg lebih sayangkan nga kor ming nih dari mak bapak sendiri?!!

Anonymous said...

3 Penjuru I Love U

Dialoq seorang kawan dengan orang Pas

Orang Pas kata "Umno tidak di hati Pas"
Kawan jawab, "Betul , Umno tidak di hati Pas tapi Pas kini di hati Umno"
Orang Pas kata, "Pas tak akan bergabung dengan Umno"
Kawan jawab, "Betul, tidak bergabung tapi cukup la Pas disayangi Umno"
Orang Pas tanya, "Kenapa Umno nak sayang Pas"
Kawan jawab, "Kerana Pas sanggup bertanding 3 penjuru, 3 penjuru I love u"
Orang Pas tanya, "Apa bukti Umno sayang Pas?"
Kawan jawab, "Bila TV3, Utusan Meloya dah tak hentam Pas"
Orang Pas berlalu pergi, tak mahu bercakap lagi

Anonymous said...

Pemakan tegar dedak dah tentu org bn. Tak syak lagi. Kenapa marah? Semua orang dah tau.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails