Monday, July 04, 2016

Bersama Berjamaah, PAS 'mata rantai' Quran, Hadis, Ijma’ Ulamak & Qias -Abdul Hadi

MARANG – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan umat Islam khususnya kepada Pemuda PAS agar terus bersama dengan jamaah Islam.

Ini kerana, katanya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merupakan ‘mata rantai’ kepada kumpulan Islam yang wujud di sepanjang zaman setelah kewafatan nabi Muhammad SAW.

“Di zaman tidak ada lagi nabi selepas Nabi Muhammad SAW. Peranan jamaah sangat penting sama ada menang atau pun kalah, rebah atau bangun, tenggelam atau timbul mesti bersama dengan jamaah.
“Kumpulan Islam mesti wujud di sepanjang zaman. Jamaah Islam mesti wujud di sepanjang zaman. Jemaah yang mendukung asas yang terkadung di dalam al-Quran Karim.
“Maka, penubuhan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah ‘mata rantai’ kepada jamaah ini. PAS menegaskan di dalam Undang-undang Tubuhnya, hukum yang tertinggi Quran, Hadis, Ijma’ Ulamak dan Qias.
“PAS menubuhkan Majlis Syura Ulamak (MSU) untuk memelihara Quran, Hadis, Ijma’ Ulamak dan Qias. Rakan-rakan kita parti Islam di luar negara tidak ada kumpulan teras di dalam jamaah ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ifthor Jamaiey Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) di Rusila, Marang pada 30 Jun lalu.

Ustaz Abdul Hadi yang juga Naib Ketua Kesatuan Ulamak Islam Sedunia mendakwa ketahanan PAS teruji sejak lebih 100 tahun lalu di alam Melayu ini.

“PAS mempunyai ketahanan sepanjang perjuangan kita (Islam), sejak Sarikat Islam 1908. Sudah 100 tahun lebih kumpulan Islam di alam Melayu ini.
“PAS adalah mata rantai (kumpulan Islam) walau pun dibelasah, dihentam, ditenyeh, ditekan dan ditindas tetapi Islam tidak mati,” tegasnya dihadapan 100 hadirin.

Ahli Parlimen Marang itu juga menyifatkan pelbagai taktik dan strategi dilakukan oleh musuh bagi memecah-belahkan Islam.

"Pelbagai taktik, strategi dilakukan (musuh) dengan mengambil peluang dari kelemahan-kelemahan yang ada pada umat Islam.
“(Ini) Bukan sahaja menubuhkan kumpulan-kumpulan yang terpesong daripada Islam. Di kalangan umat Islam yang jahil dan bebal termasuk mewujudkan pecahan-pecahan dan serpihan kepada jamaah Islam.
“Apa yang berlaku ialah ketahanan yang ada pada kita…PAS tetap teguh sebagai satu jamaah yang unggul walau pun dicabar oleh sama ada kumpulan-kumpulan musuh yang ditaja untuk menentang secara ‘totok’ (langsung) atau pun serpihan-serpihan yang diwujudkan untuk mengganggu perjalanan perjuangan Islam,” jelasnya.

Sehubungan itu, katanya golongan yang tidak bersedia menerima al-Quran Karim sama seperti menolak hidayah Allah SWT.

“Mereka tidak bersedia untuk menerima al-Quran Karim, tahu Quran itu benar, Quran itu betul, (tetapi) menolak hidayah dan tidak mendapat hidayah.
“Di sini perlunya, kita memohon hidayah dari Allah SWT dan mempertahankan hidayah itu dengan berjemaah. Di sini perlunya, kita terus di atas jalan yang benar dan memohon pertolongan Allah untuk terus berada di atas jalan yang lurus,” kata Dato’ Seri Tuan Guru

Hadir sama Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah dan Timbalannya, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim. - BULETINONLINE.NET Abdul Hadi.

10 comments:

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2016/06/pakatan-bersama-parti-anti-islam-maslahat-politik-bercanggah-puluhan-nas/

Pakatan bersama parti anti-Islam: Maslahat politik bercanggah puluhan nas

KALAU kita nak tegakkan kedaulatan Islam di tanahair ini, kita kena kenal kawan dan lawan. Macam mana nak kenal kawan dan lawan? Senang sahaja, buka al-Quran. Dalam al-Quran, manusia dibahagikan kepada tiga sahaja; mukmin, kafir dan munafiq.

Mukmin jelas sekali kawan kita. Munafiq ni luarannya bagus, tapi dalaman kita tak tahu. Tapi Allah Taala bagi tanda-tanda perangai munafiq; suka berbohong, suka mungkir janji, suka pecah amanah, suka khianat jika berbalah dan suka menyebelahi orang kafir dan membelakangi orang mukmin. Jauhilah orang begini; bergaullah sekadar perlu sahaja, jangan rapat sangat, jangan buat kawan untuk tegak Islam di tanahair kita, bahaya, sebab tercatat di sepanjang sejarah perjuangan Islam bahawa orang begini jadi pengkhianat dari dalam.

Kalau itu pendirian terhadap orang yang ada tanda perangai munafiq (ada tanda sahaja tak bermakna kita boleh tuduh dia munafiq), apatah lagi terhadap orang kafir yang jelas-jelas bukan sahaja anti-Islam, bahkan hidupnya siang malam merancang untuk menyekat kebangkitan Islam, yang sudah jelas kebencian pada mulut mereka, yang dalam hati apatah lagi (rujuk Ali Imran ayat 118).

Orang macam ini boleh dibuat kawankah? Untuk projek mendaulatkan Islam? Dari segi logik pun tak masuk akal, inikan pula dari sudut syarak. Budak tingkatan satu pun boleh faham.

Tapi kenapa mereka beria-ia sangat mempertahankan orang-orang kafir yang memusuhi Islam ini?

Jawapannya ialah kerana politik, atas alasan maslahat. Maslahat untuk menjatuhkan parti tunjang kerajaan yang korup. Untuk menjatuhkan parti lawan, mereka mesti pertahankan parti sekutu. Itu yang mereka hebahkan.

Ok saja mereka nak menolak mafsadah korupsi itu. Usaha menolak kosupsi itu satu maslahat. Tapi masalahnya untuk mendapatkan maslahat itu, mereka melanggar nas. Puluhan nas yang melarang menjadikan orang-orang kafir yang memusuhi Islam sebagai kawan rapat setia. Nas-nas itu merupakan ayat muhkamat, tiada khilaf padanya, bukan ayat mutasyabihat.

Apabila maslahat bertentangan dengan nas, maslahat itu gugur dengan sendirinya atau maslahat itu mesti ditundukkan di depan nas. Ini adalah satu kaedah (formula) yang dipegang oleh ulama muktabar seperti al-Juwaini, Ibnu Abdis Salam, as-Syatibi dan lain-lain. Hanya at-Tufi sahaja yang ganjil.

Habis itu, bagaimana nak jatuhkan parti korup ini kalau tidak bergabung dalam pakatan politik yang kuat?

Sekali imbas, ya tak ya juga. Tapi bagi orang yang rajin berfikir dan yang tidak mudah untuk didoktrinkan oleh pihak-pihak berkepentingan, akan nampak satu persoalan besar daripada soalan di atas.

Soalannya ialah adakah menjatuhkan parti korup itu wasilah atau matlamat?

Jelas sekali ia hanyalah wasilah. Wasilah untuk mencapai matlamat. Matlamat apa?

Kalau matlamat anda untuk menguasai kerajaan sahaja, oklah. Tapi kalau anda mahu mendaulatkan Islam, pakatan anda dengan orang-orang kafir yang memusuhi Islam tidak akan menyampaikan anda ke matlamat anda itu.

Sampai di noktah ini, ada yang mengatakan kita boleh menangani orang-orang kafir yang memusuhi Islam ini selepas kita berkuasa. Betulkah begitu? Ingat, ketika itu anda sudah pun berkongsi kuasa dengan mereka.

Mereka memusuhi Islam itu sudah jelas dan yakin. Mereka boleh ditundukkan selepas berkuasa itu hanya angan-angan. Keyakinan tidak boleh ditundukkan dengan angan-angan (syak kalau ikut istilah syarak).

Anonymous said...

SAMBUNGAN

Khas untuk asatizah yang tidak puas hati dengan hujah saya ini, berikut saya perturunkan kata-kata Izzuddin Ibni Abdis Salam dalam bab muwazanah bainal masoleh, ketika mahu menggantikan pemerintah:

فقد أجاز بعضهم ذلك لما ذكرناه من التخييرعند تساوي المصالح ، وكما يُتخير بينهما في ابتداء الولاية، وقال آخرون لا يجوز لما فيه من كسر العزل وعاره بخلاف ابتداء الولاية. فإن قيل: ينبغي أن يجوز لما فيه من النفع للمولّى. قلنا: حفظ الموجود أولى من تحصيل المفقود

(القواعد الكبرى ، ص 113 ، في تقييد العزل بالأصلح للمسلمين فالأصلح)

(Kata-kata Ibnu Abdis Salam yang akhir dalam petikan itu merupakan salah satu Qaedah Fekah dalam bab ini. Apabila disebut Qawaed Fekah, kita harus ingat ia adalah hasil analisis induktif terhadap ratusan ayat dan hadith. Bukan satu ayat. Asatizah seharusnya peka mengenai perkara ini)

Ini dalam kes sama rata, antara yang sedia ada dengan yang akan dipilih. Jelas sekali dalam kes kita ini, yang akan dipilih sudah jelas memusuhi Islam dan dominan dalam pakatan mereka. Lebih teruk, bukan sama rata.

Pertimbangkan betul-betul, ikut neraca syarak. Jangan ikut arahan membuta tuli, tanpa buat pertimbangan yang teliti. Orang yang tidak membuat pertimbangan teliti antara masoleh dan mafasid disifatkan oleh Izzuddin Ibni Abdis Salam sebagai:

جاهل غلبت عليه الشقاوة، أو أحمق زادت عليه الغباوة

Sebenarnya perbincangan saya ini sudah masuk ke bahagian yang sukar untuk orang-orang awam. Hujah saya bahawa maslahat gugur apabila bertentangan dengan puluhan nas sudah mencukupi untuk orang-orang awam. Mudah faham dan jelas.

Tetapi saya juga tidak mahu melupakan asatizah yang mempertahankan orang-orang kafir yang memusuhi Islam semata-mata maslahat politik menjatuhkan parti korup. Anda bertanggungjawab di hadapan Allah. Kalau anda tidak faham, belajarlah lagi. Jangan berkata sesuatu yang dalam hati anda sendiri ada keraguan. Jangan taksub pada jamaah atas sesuatu yang diragui. Selidiklah, kajilah, bukalah kitab. Ingatlah, apabila anda silap langkah, ribuan anak muda di belakang mengikut. Nak jawab apa nanti depan Allah Taala nanti?

Peringatan ini juga saya tujukan kepada rakan asatizah yang mendiamkan diri. Mendiamkan diri tidak akan menyelamatkan anda. Buka balik buku Muntalaq, segala hujah telah disusun elok dalam itu. Jangan jadikan buku fikrah sekadar “makanan” jilsah semata-mata, kemudian langkah harakah hanya mengikut apa orang atas kata, tanpa neraca pertimbangan yang teliti.

Akhir kata kepada semua anak muda yang ikut tarbiyah. Tarbiyah sepatutnya merapatkan anda dengan neraca; al-Quran. Ya, betul, anda perlu seseorang membimbing anda. Tetapi al-Quran kekal neraca untuk menilai semua benda, termasuk pemimpin anda sendiri. Apa gunanya tarbiyah jika kita kekal dihayun oleh permainan persepsi politik? Lebih malang lagi, sebuah parti cauvinis rasis yang lantang memusuhi Islam selama ini boleh di”persepsi”kan kepada orang yang ikut tarbiyah sebagai mad’u yang belum faham. Tragedi.

Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman

Anonymous said...

Hari ni pencacai kpd Khadam tidak bersuara. Mungkinkah Ketua Musyrikin Penang tidak memberi dedak berperisa kerbau pendek kepada khadam2 kuali leper.

Anonymous said...

DI NEGARA 2 ARAB BERBEZA PENDAPAT JALAN PENYESALAIANNYA....GUNA
MESIN--GUN,, MOTAR,,PELANCAR ROKET,, KERETA KEBAL SESAMA ISLAM....
DI MALAYSIA. GUNA LABEL,,MEMAKI--HAMUN, FITNAH CON: LARANGAN. AZAN
DI P,PINANG. OLEH USTAZ PARTI PUS--PUSS.....
MAFIA BALAK TERANCANG........
PENYAMUN. TARBUS.....
DAHI HITAM..................PAKAI. CELAK....

Anonymous said...

Elehhhhh khadam. Apa marah2?? Yg benar adalah DAP dan hina adalah orang Islam keturunan melayu. Itulah PAN pertubuhan khawarij modern pencinta DAP.

Anonymous said...

Ramasamy DAP adalah seorang Rasis dan anti Islam apabila memnaggil Dr Zakir Naik sebagai Satan. Ramasamy ini adalah timbalan Ketua Menteri Penang

Al-Hafiz al-Baghawi as-Syafi`e pula telah menaqalkan kata-kata Ibnu Abbas ketika mentafsirkan ayat ini;

قال ابن عباس رضي الله عنهما: ما كرهوا منهم، إلا أن يؤمنوا بالله

“Ibnu Abbas ra berkata: Tidakkah mereka MEMBENCI orang-orang yang beriman itu melainkan hanyalah disebabkan mereka beriman kepada Allah SWT.” (Ma`alim al-Tanzil fi Tafsir Al-Quran (Tafsir Al-Baghawi), Jil. 8, m/s 387)

Ya. Beriman kepada Allah, inilah punca utama mengapa orang kafir yang memusuhi Islam membenci orang yang beriman dan sanggup buat apa saja terhadap kita. Hari ini Allah bongkar sikap mereka melalui kedatangan Dr Zakir Naik ke Malaysia yang sedang hangat diperkatakan.

Hakikatnya, mereka yang beriya-riya menentang program ceramah Dr Zakir Naik ini adalah kerana mereka terasa dicabar. Takut-takut rakyat Malaysia berpaling daripada mereka dan mula sedar akan kebenaran Aqidah Islam. Sebab itu DAP – melalui Ramasamy – sangat berani menggelar Zakir Naik sebagai “Satan”. Sebab itu jugalah MIC dan Hindraf sejak awal lagi sangat bersungguh-sungguh menghalang kehadiran dan penganjuran program Zakir Naik di Malaysia ini.

Kerana, mereka tidak mahu Allah SWT diimani oleh rakyat Malaysia. Mereka tidak mahu kalimah Allah dijulang tinggi. Bagi mereka, demokrasi dan kebebasan bersuara hanyalah untuk selain isu Aqidah Islam sahaja. Jika tidak, kedudukan mereka akan tercabar kerana manusia tidak lagi tunduk kepada mereka, tetapi tunduk kepada Allah SWT.

Ingat DAP Ingat Abu Lahab
Ingat PAN Ingat DAP
PAN adalah khadam DAP

Anonymous said...

Yang jelas ialah Mat Selfie Amoi dan barua-barua parti kuali adalah hamba abdi Ketua Musyrikin Penang dan sifu-sifu roket yang telah menghina ajaran Islam dan hukum Allah dan menindas umat Islam.

Ini bererti Mat Selfie Amoi dan barua-barua parti kuali adalah PANKHIANAT !

Anonymous said...

Jantung Mat Selfie Amoi berdebar-debar DAP-DIP-DUP selepas diancam saman selepas dia dikatakan berbohong dan menfitnah orang lain untuk membela Ketua Musyrikin Penang yang pernah dipenjarakan kerana berbohong & fitnah. Maka benarlah peribahasa Melayu 'Bapa borek anak rintik' !

Anonymous said...

Jangan cerita banyak2. Adik,.......
Nanti banyak pula dapat dosa.......

Nah......ambil. tin milo........
Pergi mintak. Derma......
Pagi.......pergi. depan. Pos--opis.....
Petang.....pergi pasar malam......
Dapat. Juga. Duit raya......buat. beli. Bunga api..........
Hooray.......hooray...........
Malam. Ini. Raya......
Main bunba api......
Sampai. Pagi..................

Anonymous said...

Anon 1:55 PM biasa melakukan aktiviti berikut hasil dari ajaran parti Kuali dan Roket:

Nah......ambil. tin milo........
Pergi mintak. Derma......
Pagi.......pergi. depan. Pos--opis.....
Petang.....pergi pasar malam......
Dapat. Juga. Duit raya......buat. beli. Bunga api..........
Hooray.......hooray...........
Malam. Ini. Raya......
Main bunba api......
Sampai. Pagi.................
Lepas itu badan terbakar terkena ROKET
Kemudia terjatuh ke dalam KUALI panas
Masuk hospital jadi famous konon!
Hasil ajaran sesat sifu sesat!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails