Friday, July 01, 2016

DAP Ikut Falsafah Syok Sendiri Seluruh Parti Bangkit Mengaum. -AD



BIASALAH… apa nak hairan. Cekup dan heret saja mana-mana pemimpin pembangkang ke mahkamah maka bergemalah jerit pekik lagu lama yang rasanya semua orang pernah dengar sebelum ini.

Kalau dulu Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kes liwatnya…terbaru Lim Guan Eng yang dihadapkan ke mahkamah di Pulau Pinang Khamis kerana kes salahguna kuasa dan rasuah terus hendak ‘disucikan tanpa bicara’.

Hebat sungguh ayat Ketua Menteri Pulau Pinang selaku empunya diri berdegar memekak angkat bakul  sendiri.Antaranya kata, “I will not submit to such dirty and vicious political plays to destroy my reputation or Penang’s image as the cleanest and best-run state in Malaysia.”

Sang bapa,Lim Kit Siang pula senang lenang mendakwa,”The BN twin by-election victories have given Prime Minster Najib Abdul Razak the confidence to go on an all-out political offensive, believing that he has the licence to do whatever he likes…”

Tanpa menunggu kes bos mereka dibicarakan di mahkamah DAP Pulau Pinang awal-awal sudah putuskan tuduhan terhadap Guan Eng tidak berasas dan bermotifkan politik.

Maka beliau tidak perlu letak jawatan atau bercuti sementara. Senada seirama dari anak,bapa dan seluruh parti bangkit mengaum. Memang senang hidup kalau ikut falsafah syok sendiri yang cuba dibawa DAP ini. Disebalik segala drama ini fakta kes terhadap Guan Eng dan penjual banglonya,Phang Li Khoon telah meyakinkan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali untuk mengheret mereka ke mahkamah.

Bukan setakat itu,tidak kurang menarik Apandi sendiri mengetuai pasukan pendakwa. Salah atau tidak salah...itu urusan mahkamah yang akan menentukan. Apa yang terbentang di depan mata sekarang dan bukan satu cerita dongeng ialah Guan Eng menghadapi dua pertuduhan.

Bagi pertuduhan pertama beliau didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang, telah menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya dan isterinya Betty Chew Gek Cheng, meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan Komtar, George Town di sini pada 18 Julai 2014.

Setiausaha Agung DAP itu didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua,Guan Eng didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town daripada ahli perniagaan Phang Li Koon dengan harga RM2.8 juta.

Sedangkan nilaian semasa hartanah itu adalah sebanyak RM4.27 juta yang mana tertuduh mengetahui bahawa Phang mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasminya (Guan Eng). Ketua Menteri itu didakwa melakukan kesalahan itu di No 25 Jalan Pinhorn, George Town pada 28 Julai 2015.

Bagi pertuduhan kedua itu beliau didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Phang pula berdepan pertuduhan bersubahat dengan Guan Eng bagi mendapatkan untuk diri Ketua Menteri itu lot tanah dan rumah itu di tempat dan tarikh sama.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 165 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kita boleh faham kenapa Guan Eng,bapanya dan juga DAP melompat sakan. Bukankah DAP selama ini menjual dirinya sebagai parti yang maha bersih dan kononya cukup anti-rasuah. Dari sudut politik...imej DAP kini berada dihujung tanduk.

Ingat tidak… sepanjang kes liwat kedua Anwar selama enam tahun perkataan ‘ konspirasi politik’ menjadi bahan yang dijaja ke seluruh negara. Mahkamah dan sistem penghakiman dicerca dan dihina dengan segala macam cara. Akhirnya dengan bukti dan fakta kes yang dibentang di mahkamah beliau didapati bersalah dan dihukum penjara lima tahun.

Salah tetap salah.

Dalam usaha untuk menutup malu pada kemungkaran jijik meliwat,puak pembangkang dan keluarga Anwar terus cuba gambarkan beliau sebagai dewa kayangan anugerah Tuhan yang tidak berdosa.

Rasanya rakyat Malaysia secara keseluruhan belum nyanyuk dan mudah lupa bagaimana bekas Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo melalui proses mahkamah kerana kes rumahnya hingga dihukum penjara setahun. Segalanya berjalan aman.Tiada demonstrasi,tiada ptotes dan tiada drama air mata.

Ramai yang melihat semacam ada persamaan antara kes Dr Khir dengan Guan Eng. Kalau UMNO boleh menghormati mahkamah apakah DAP merasa mereka terlalu istimewa tidak boleh disentuh oleh undang-undang. Apa yang dikatakan membuatkan ramai tertawa melihat gelagat parti roket ini ialah cakapnya yang tidak serupa bikin.

Putar balik sikit saja ke belakang kita akan terkenang pada lagak pimpinan parti itu yang nak tunjuk mereka cukup perihatin pada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan isu IMDB tidak lama dulu.

Bagai panglima Kit Siang,Datuk Seri Wan Azizah,Mat Sabu dan lain-lain tampil depan ibupejabat SPRM di Putrajaya untuk tunjuk kononnya solidariti mereka kepada SPRM. Ini bagi memastikan tiada campurtangan dan gangguan keatas para pegawainya dalam urusan siasatan.

Hari itu desak kepercayaan penuh diberi kepada SPRM dan bila kena batang hidung sendiri tiba-tiba sudha jadi lain cerita. Hasil siasatan SPRM keatas kes Guan Eng dikira cacamarba. Semua orang tahu kes Guan Eng bukan diputuskan sekelip mata.

SPRM mengambil masa yang panjang dalam usaha menyiasatnya dengan teliti. 
Malah tempoh masa yang diambil SPRM telah mencetus keresahan dikalangan ramai pihak. Tunggu punya tunggu.Tiga kali Ketua Menteri Pulau Pinang itu dipanggil beri keterangan.

Kata orang kalau gentleman…sepatutnya mahkamah medan paling cantik untuk Guan Eng bersihkan diri jika benar beliau tidak bersalah. Apa nak takut. Bukankah DAP pasang 10 peguam bela yang hebat-hebat diketuai Gobind anak Karpal untuk lawan pasukan pendakwa yang diketuai Apandi.

Perbicaraan nanti bukan diadakan nun di dalam hutan rimba. Komplek mahkamah Pulau Pinang yang terletak dekat Padang Kota Lama adalah tempat terbuka kepada sesiapa saja yang berminat untuk ikuti peguambela dan pendakwa berentap hujah kes itu nanti.

Kalau setakat awal-awal nak jadi hakim sendiri…moga Guan Eng mereka mereka yang sewaktu dengannya terus dibuai mimpi yang indah-indah sepanjang naik turun mahkamah nanti.- 1/7/2016 (AD)

2 comments:

  1. Bagi PAN dan DAP, Hanya DAP yg suci. Yg salah adalah orang lain kecuali DAP. Wahai PAN terlajak perahu boleh gostan. Terlajak bodek jadi Khadam


    http://www.ismaweb.net/2016/06/kata-pedang-sprm-bebas-tangkap-siapa-sahaja-kecuali-lim-guan-eng/

    KATA PEDANG: SPRM bebas tangkap siapa sahaja kecuali Lim Guan Eng?

    MEMANG dasar lidah bercabang. Entah neraca apa yang digunakan dalam membuat pertimbangan.

    Pedang teringat sorakan penyokong taksub Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa beliau tidak bersalah dalam kes liwat dua.

    “Rakyat menang,” sorak lebih 6,000 penyokong Anwar pada hari perbicaraan bertarikh 9 Januari 2012 di luar kompleks mahkamah di Jalan Duta.

    Sebaliknya, keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015 yang memutuskan bahawa Anwar akan dipenjara selama lima tahun, tidak diterima oleh seorang pun penyokong Anwar, malah keputusan itu dianggap zalim lalu institusi kehakiman dikecam teruk.

    Apabila keputusan mahkamah menyebelahi mereka, mereka sokong, tetapi tidak pula sebaliknya.

    Sebab itulah Pedang mempersoalkan, neraca apakah yang mereka gunakan sehingga dilihat tidak rasional langsung.

    Itu kisah Anwar. Hari ini kisah pemimpin parti rasis dan cauvinis Lim Guan Eng yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) seterusnya didakwa oleh Mahkamah Sesyen Pulau Pinang atas dakwaan rasuah dalam pembelian banglo.

    Lim Kit Siang, Mat Sabu, pemimpin DAP, pemimpin pembangkang berhimpun menyatakan solidariti mereka terhadap Lim Guan Eng di Georgetown malam tadi.

    Lim Kit Siang dalam ucapannya mempersoalkan penangkapan anaknya.

    “”Lim Guan Eng ditangkap. Adakah ini adil?”, jerit Kit Siang.

    Mat Sabu juga mengambil kesempatan mengutuk pegawai SPRM.

    “Tak malukah pegawai-pegawai SPRM?,” jerit Mat Sabu lalu disambut oleh penyokong dengan jeritan “Depa makan dedak, depa makan dedak.”

    Untuk rekod, Lim Kit Siang dan Mat Sabu pernah membuat kenyataan bercanggah sebelum ini yang mengiktiraf dan membenarkan SPRM melakukan tangkapan.

    Ini yang Pedang persoalkan.

    “Kalau ada apa-apa complaint mengenai salah kuasa, buka (kes),” kata Kit Siang.

    “SPRM bebas untuk menyiasat siapa sahaja. Kalau ada kes, dakwa. Tak kira siapa sahajalah,” kata Mat Sabu pula yang juga Presiden PAN.

    Kata Pedang: Inilah malangnya Kerajaan Malaysia, dapat puak pembangkang yang ‘terlajak pandai’.

    ReplyDelete
  2. Syukur. Musyrikin Penang kena Check Mate. kah kah kah. Kalau Polong hilang tuan, dia merayau cari tuan baru. Tak lama lagi PAN akan merayau cari tuan baru jugak. Tak caya tanya pemimpin PAN. Kah Kah Kah. Losers love liers.

    http://www.malaysia-today.net/whether-guan-eng-goes-to-jail-or-goes-home-the-government-still-wins/

    WHETHER GUAN ENG GOES TO JAIL OR GOES HOME THE GOVERNMENT STILL WINS
    And this means Guan Eng must be treated differently compared to Najib. So Guan Eng needs not resign or take leave and the prosecution must prove his guilt. In fact, since he is from the opposition, they should never have investigated, arrested, and charged him in the first place — and for sure should not find him guilty even though he did commit that crime he was charged for.

    THE CORRIDORS OF POWER

    Raja Petra Kamarudin

    There are only two possibilities. Penang Chief Minister Lim Guan Eng goes to jail (the maximum which is 20 years and/or a fine ten times the corruption amount). Or Guan Eng gets acquitted or gets discharged without his defence being called.

    Either way the government benefits. If Guan Eng goes to jail that proves he is guilty. If Guan Eng goes home that proves the government is fair and would never jail an innocent person.

    ReplyDelete