KEPIMPINAN pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang nampaknya semakin lama semakin melampau! Kali ini, kerajaan negeri memperkenalkan syarat pembelian rumah paling bodoh dan tidak masuk akal pernah kami dengar!
Bayangkanlah, sesiapa yang tidak mempunyai ijazah sarjana muda atau diploma tidak layak untuk membeli rumah yang terletak di Pulau Pinang. Syarat itu dikenakan untuk sebuah projek perumahan yang dikenali sebagai Mutiara Jesselton.
Pelaksanaan syarat yang langsung tidak releven itu jelas membuktikan kedangkalan pentadbiran pakatan pembangkang tersebut. Mana tidaknya, pelaksanaan syarat tersebut seolah-olah menindas orang yang tidak dapat pendidikan tinggi sekali gus menyebabkan ketidakseragaman dalam kalangan penduduk khususnya yang berpendapatan rendah.
Tambahan pula, pendidikan yang tinggi langsung tidak melambangkan pendapatan individu. Dek kerana itu, ramai menyelar syarat yang dikenakan kerajaan negeri itu menerusi laman Facebook. – MYNEWSHUB.CC
Saya sedang berfikir dua isu selepas membaca artikel di atas dan menonton video Top 10 Things To Do I Penang Malaysia:
ReplyDelete(1) Adakah tindakan merobohkan berpuluh kampung Melayu dan memiliki ijazah sarjana muda atau diploma sebagai syarat membeli unit kediaman dan harga rumah yang tinggi di PP adalah rancangan menghalau sesuatu kaum keluar dari PP? Satu bentuk ethnic cleansing?
(2) Jika pelancong luar negara tonton video Top 10 Things To Do I Penang Malaysia, mereka akan berfikir Penang terletak di negara China atau Taiwan. Mengapa boleh berlaku keadaan demikian dalam negara ini yang terdiri dari pelbagai kaum?
Syarat beli rumah di Mutiara Jesselton tidak munasabah
ReplyDeleteOleh Muhammad Yusri Muzamir yusri.muzamir@bh.com.my
Selasa, 28 Jun 2016 @ 1:51 PM
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/169181
http://www.bharian.com.my/node/169181
GEORGETOWN: GERAKAN negeri hari ini, menyifatkan syarat ditetapkan Kerajaan Pulau Pinang kepada pembeli terhadap projek perumahan Mutiara Jesselton di sini, sebagai tidak relevan.
Jurucakap GERAKAN Pulau Pinang, Ooi Zhi Yi, berkata kerajaan negeri menetapkan pemohon yang mahu membeli unit kediaman bagi projek perumahan terbabit perlu memiliki ijazah sarjana muda atau diploma.
Zhi Yi, berkata syarat itu jelas membuktikan kedangkalan pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang, khususnya bagi menyelesaikan isu perumahan di negeri ini.
"Mereka (Kerajaan DAP Pulau Pinang) perlu gugurkan syarat kepada pemohon yang berminat untuk membeli kediaman berkenaan kerana taraf pendidikan pemohon tidak menggambarkan secara jelas jumlah pendapatan mereka.
"Malah, ia akan menyebabkan jurang ketidaksamarataan dalam kalangan penduduk, khususnya yang berpendapatan rendah," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/169181