Friday, July 15, 2016

'Gelek Maut' Siri 2. Video Ira Kaza Kembali Muncul Di Internet.

one more
HALAMAN HIBURAN

DIBERITAKAN..

BELUM pun reda isu video tarian gelek (Klik: Gelekan Maut, Trending 'gila budaya penjajah' Hant...anak kepada pelakon dan penyanyi terkenal, Ira Kaza sekali lagi menggemparkan laman sosial apabila muncul satu lagi video. 

Tidak diketahui bila video berkenaan dirakam tetapi ia mula tersebar kembali di media-media sosial sejak semalam. Kali ini, dia dilihat lebih ekstrim apabila menari seolah tanpa seluar dan hanya memakai baju labuh tidur, berbanding sebelum ini yang menggenakan seluar legging.

(VIDEO) KAZAR MINTA MAAF ANAK GELEK ‘GHAIRAH’?


Gara-gara ‘gelekkan maut’ anak daranya yang dikenali sebagai Ira Kazar yang telah mencuri tumpuan sekaligus menjadi viral sejak semalam, pelakon dan penyanyi, Kazar Saisi, turut menerima kecaman daripada pelbagai pihak yang menyifatkan tindakan anaknya itu kurang manis untuk tatapan umum.

Justeru, menerusi akaun sosial Instagram (IG) Kazar atau nama sebenarnya Kazaruddin Saisi, telah meminta maaf bagi pihak anaknya itu dan menyatakan bahawa anak gadisnya itu bukanlah seorang anak yang jahat sebaliknya Ira hanya melalui zaman remajanya. Sebagai bapa, dia tetap menyayangi Ira dan tidak menyalahkan gadis itu atas kelakuannya.

Bagaimanapun, Kazar meluahkan rasa kesal dan sedih dengan tohmahan yang dilemparkan terhadap dirinya serta keluarganya sekaligus menganggap seolah-olah ada pihak yang sengaja mahu mencalarkan dan merosakkan kegembiraan dan keceriaan mereka sekeluarga.

Tidak mahu terus tertekan dengan tohmahan dan kritikan tersebut, pelakon yang pernah meraih gelaran sebagai Pelakon Komedi Lelaki Terbaik TV Anugerah Lawak Warna 2014 ini mengumumkan beliau tidak akan aktif di laman sosial Instagram.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengpa jadi begitu? Kerana cara fikir yang salah. Apa salahnya?
Satu: Menganggap perbuatan mungkar anaknya yang bertentangan dengan agama itu sebagai 'bukan jahat'. Atau berlaku salah faham tentang 'jahat'.
(Kazar 'menyatakan bahawa anak gadisnya itu bukanlah seorang anak yang jahat sebaliknya Ira hanya melalui zaman remajanya.')
Dua:Sayang anak, tetapi dengan tidak menyalahkan kesalahan anaknya itu, jadi bagaimana nak betulkan?. 
('Sebagai bapa, dia tetap menyayangi Ira dan tidak menyalahkan gadis itu atas kelakuannya.')
Tiga: Bukan sahaja tidak mengakui kesalahan anaknya, bahkan kesalahan itu dilemparkan kepada orang lain dengan tuduhan dan 'sangka jahat'. 
(Kazar meluahkan rasa kesal dan sedih dengan tohmahan yang dilemparkan terhadap dirinya serta keluarganya sekaligus menganggap seolah-olah ada pihak yang sengaja mahu mencalarkan dan merosakkan kegembiraan dan keceriaan mereka sekeluarga.
Begitu, kira-kira..
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

8 comments:

  1. SEEKOR SUPERMAN ROKET TELAH MENYERAHKAN PERAIRAN NEGARA INI (LAUT CHINA SELATAN) KEPADA NEGARA CHINA KOMUNIS! INI BERERTI SUPERMAN ROKET ADALAH PENGKHIANAT YANG SEPATUTNYA DIHUMBAN KE DALAM PENJARA!

    JIKA SIFU-SIFU ROKET MAHU MENJADI PENGKHIANAT, ADALAH LEBIH BAIK MEREKA DAN BARUA MEREKA BERAMBUS KE NEGARA ASAL MEREKA!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amanat. Haji hadi. Yg dulu. Di batalkan.....
      Mana. Amanat. Yg baru. Hadi......
      Saya. Pong nak masouk syurga. Ni...

      Delete
  2. Manusia jahiliah bodoh sombong meremehkan ajaran Islam dan hukum Allah sebab mereka lupa pembalasan dan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat. Bila masuk kubur nanti, barulah mereka tahu nasib mereka!

    ReplyDelete
  3. Tahap nakal yang masih boleh diperbetulkan dengan mengisi borang PAS dapat nombor keahlian... gerenti lepas. Sama mcm tok guru buatlah apa yang salah pun gerenti lepas sebab mesra umno.

    ReplyDelete
  4. Lebih menyokong parti Islam yang memperjuangkan ajaran Islam dan hukum Allah dari menyokong parti roket yang menghina dan menentang ajaran Islam dan hukum Allah dan menindas umat Islam dan menyerahkan perairan dan kedaulatan negara kepada negara China Komunis.

    Hanya pengkhianat yang menyokong parti roket dan Ketua Musyrikin Penang.

    ReplyDelete
  5. PEMBETULAN:

    Lebih menyokong parti Islam yang memperjuangkan ajaran Islam dan hukum Allah dari menyokong parti roket yang menghina dan menentang ajaran Islam dan hukum Allah dan menindas umat Islam dan menyerahkan perairan dan kedaulatan negara kepada negara China Komunis.

    Hanya pengkhianat yang menyokong parti roket dan Ketua Musyrikin Penang.

    ReplyDelete
  6. PEMBETULAN:

    Lebih baik menyokong parti Islam yang memperjuangkan ajaran Islam dan hukum Allah dari menyokong parti roket yang menghina dan menentang ajaran Islam dan hukum Allah dan menindas umat Islam dan menyerahkan perairan dan kedaulatan negara kepada negara China Komunis.

    Hanya pengkhianat yang menyokong parti roket dan Ketua Musyrikin Penang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PENTAKSUB , PENJILAT , PENCANDU , DAN PENTOTOK TOTOK TEGAR
      PARTI PUS PUSS PUN. TIDAK. BOLEH. MENJAWAP........SOALAN...
      APA KAH. HUKUMNYA DUIT. 2.6 B MASUK DI DALAM. POKET SENDIRI...
      LALU ORANG. MISKIN. DI KENAKAN. CUKAI GST.??????
      TUAN. PENIS. YG. SEHAT. PONG. TAK. TAHU. JAWAB......
      LAGI NAK. SEMBANG BANYAK 2.....PORRAH......

      Delete