Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, PAS buat masa terdekat tidak bercadang untuk menyertai PH sebaliknya mahu semua parti pembangkang berhenti bercakaran dan 'bersatu' dalam menjayakan matlamat yang sama untuk menumbangkan Umno-BN.
Demikian Lapor Antarapos hari ini.
Gencatan Senjata: T/Presiden, K/Dewan Ulama Selari.
"Kita di dalam satu gabungan memang berbeza, tapi tak perlu untuk kita serang satu sama lain kerana matlamat kita bukan nak jatuhkan pembangkang atau menang sendiri walaupun kita masing-masing (berbeza).
"Kalau betul matlamat untuk jatuhkan Umno-BN maka itulah tumpuan kita perkukuhkan parti masing-masing. Untuk meraih undi daripada orang ramai tak perlu serang menyerang," katanya kepada Antarapos.
Semalam, Tuan Ibrahim menerusi satu kenyataan menyeru 'gencatan senjata' sesama pembangkang dan menggembleng tenaga bersama untuk menumbangkan BN.
Menurut Tuan Ibrahim, sudah tiba masanya parti pembangkang mencari jalan keluar kepada permasalahan dan mencari titik kompromi walaupun masing-masing mempunyai dasar parti yang berbeza.
Senada dengan saranan tersebut, Mahfodz yang juga Pesuruhjaya PAS Johor menambah, perbezaan dasar atau prinsip parti masing-masing perlu dihormati dan bukan diserang.
"Tak ada gunanya untuk kita salahkan satu sama lain, tapi kalau kita perkukuhkan parti masing-masing dan tak perlu salahkan satu sama lain, maka walau kita tak sama (dasar), tapi kalau semua mahu jatuhkan Umno, mestilah sapa yang menang maknanya ia tetap pembangkang," ujar beliau.
PAS Bukan Punca Kepada Perpeahan PR
Mahfodz dalam pada itu turut menolak dakwaan yang mengatakan PAS sebagai punca kepada perpecahan Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotai PKR dan DAP sebelum ini.
"Masing-masing punyai prinsip, jadi apabila prinsip PAS dipersoalkan maka PAS bertindak balas dengan kita keluar dari PR, dan bukan PAS yang memulakan sebaliknya DAP kerana apa jua yang disuarakan PAS tidak dipersetujui," katanya.
Hubungan PAS, DAP dan PKR yang dijalin menerusi gabungan Pakatan Rakyat (PR) 'terkubur' tahun lalu selepas DAP dan PAS berterusan bertelagah khususnya membabitkan soal pelaksanaan hukum hudud.
DAP dan PKR kemudian menganggotai sebuah pakatan baru yang dikenali sebagai Pakatan Harapan (PH) bersama parti serpihan PAS, iaitu Amanah pada September tahun yang sama.
PAS pula menubuhkan kerjasama bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) pimpinan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menerusi Blok Ketiga. (IH)
1 comment:
PERINGATAN UNTUK UMAT ISLAM, ULAMA ISLAM DAN PARTI ISLAM
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda,
لاَ يُلْدَغُ الْمُؤْمِنُ مِنْ جُحْرٍ وَاحِدٍ مَرَّتَيْنِ
“Tidak selayaknya seorang mukmin dipatuk ular dari lubang yang sama sebanyak dua kali.” (HR. Bukhari no. 6133 dan Muslim no. 2998)
Ibnu Hajar berkata, “Seorang muslim harus terus waspada, jangan sampai lalai, baik dalam urusan agama maupun urusan dunianya.” (Fath Al-Bari, 10: 530)
Post a Comment