Saturday, July 02, 2016

G/Eng Buat Perjuangan DAP Jadi Comot Berlumpur. -Datuk Seri Reezal Merican

Guan Eng Runtuhkan Imej DAP dan Kerajaan Negeri

1. Penahanan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng adalah tindakan yang wajar sesuai dengan segala bukti yang telah diperoleh SPRM selama ini. Lim tidak boleh terkecuali dan berselindung di sebalik kedudukan sebagai Ketua Menteri dan hakikat ini mesti diterima secara terbuka oleh semua pihak.
2. Samada DAP mahu mengakuinya ataupun tidak, penahanan Guan Eng ini sudah sama sekali meruntuhkan kepercayaan rakyat terhadap aspirasi parti DAP.
3. ‘Deklarasi Tanjong’ milik DAP yang dicanangkan sejak 1992 – yang menekankan soal usaha melawan autokrasi, rasuah, eksploitasi dan penindasan; sudah bercoreng dengan kes Guan Eng.
4. Benar, Guan Eng tidak bersalah selagi tidak dihukum (innocent until proven guilty); namun pembawaan kes ini ke mahkamah menggambarkan ‘asas perjuangan’ DAP sendiri sudah comot dan berlumpur.
5. Jika Guan Eng mempunyai sedikit rasa tanggungjawab – beliau wajar mengosongkan Pejabat Ketua Menteri sepanjang kes ini berada dalam perbicaraan.
6. Keengganan Guan Eng mengosongkan jawatan, memberi bayangan kesungguhan DAP membanteras rasuah adalah ‘retorik politik’ dan bukannya komitmen yang bersungguh.
7. Minta Guan Eng rujuk pendirian tegas ‘Deklarasi Anti Rasuah DAPSY di Kulai’ (1993). Jika Guan Eng punya harga diri, beliau juga wajar meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung secara serta merta. Lumut dan keladak rasuah DAP tidak boleh ditutup dengan politik simpati.
Datuk Seri Reezal MericanTimbalan Pengerusi
Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang
pertuduhanpertuduhan1pertuduhan2
dr khir
jalil

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails